Friday, September 27, 2013

Petikan : Buletin Online


 
Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, mantan Menteri Besar Kedah merangkap Pegerusi Badan Perhubungan PAS Kedah, yang telah pulang ke rahmatullah jam 11.10 pagi tadi.

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terenggau Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, khidmat dan jasa Allahyarham Ustaz Azizan sebagai Menteri Besar kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah yang diterajui oleh PAS dari 2008 hingga 2013 serta jasa-jasaya memimpin PAS negeri Kedah akan sentiasa dikenang.

Seluruh wakil-wakil rakyat PAS yang sedang berrmesyuarat ketika menerima khabar pemergian Ustaz Azizan turut merakam ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Pengerusi Lujnah Hal Ehwal DUN, Dr Alias Abdul Razak berkata, Ustaz Azizan adalah antara tokoh PAS yang sukar dicari ganti kerana usahanya yang panjang dalam perjuangan Islam dan PAS ditanah air.

Oleh itu, Badan Perhubungan PAS Terengganu menghantar rombongan yang diketuai oleh Bendaharinya Cikgu Shukrimun Shamsuddin untuk menziarahi keluarga Ustaz Azizan.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

0 comments :

ARKIB