Monday, August 22, 2011

Petikan Sinar Harian


BUKIT PAYONG – Walaupun wakil rakyat Pas tidak mendapat peruntukan Kerajaan Negeri tetapi parti itu tetap memberi bantuan kepada golongan memerlukan sekadar yang termampu.

Ketua Dewan Pemuda Pas negeri Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata, pada tahun ini Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Payong menyalurkan duit raya kepada 300 penerima terdiri daripada golongan kurang bernasib baik membabitkan ibu tunggal, warga emas dan miskin

Majlis penyampaian sumbangan itu diadakan di Madrasah Darul Iman (MDI) Titian Baru disampaikan Mohd Nor yang Adun Bukit Payong.

“Meskipun Pas tidak dapat peruntukan Kerajaan Negeri, tetapi pelbagai aktiviti parti dengan masyarakat tetap dilaksanakan.

“Kita (Pas) buat sekadar termampu dengan sumber kewangan dan kemudahan yang terhad,” katanya.

Pihaknya berharap sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban penerima sempena Ramadan dan Syawal ini.

Sementara itu, seorang warga emas, Endon Salleh, 70, berkata, sumbangan duit raya itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangannya yang ketika ini tinggal bersama anaknya.

“Duit yang diterima ini dapat saya gunakan untuk menampung keperluan persiapan raya sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban keluarga anak perempuan saya,” katanya yang mempunyai dua anak dan lima cucu

Saturday, August 20, 2011

Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Zuliadin Abdullah Imam Masjid Rusila.Semoga bermanafaat insyaAllah


http://www.youtube.com/watch?v=CWdP2Y4_mw8


Wednesday, August 17, 2011

Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Hamzah Ngah Timbalan Mudir Maahad Darul Quran Rusila Marang.Semoga bermanafaat insyaAllah

http://www.youtube.com/watch?v=eL3B6XbSjdg&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=nAXIOMx1GO0
Marang: Hasrat Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia ( Perkasa ) untuk menggantikan PAS bagi memertabatkan Islam di Malaysia dianggap satu lagi cara mendapatkan publisiti murahan terbaru Ibrahim Ali.

Tidak dapat dipastikan apakah kelayakan Perkasa untuk menggantikan PAS sebagai gerakan yang memang sudah dikenali dan diakui kawan dan lawan dalam memperjuangkan Islam secara konsisten.

Adun Bukit Payong Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika diminta memberikan komen berkaitan isu ini menyatakan bahawa tidak perlu ahli-ahli PAS melayan karenah orang seperti Ibrahim Ali ini.

“Dia ini ialah pengkhianat kepada pengundi di Pasir Mas terutama kepada penyokong PAS yang mengundi dia pada pilihanraya dulu.Tiba-tiba melompat meninggalkan kita.

Orang sebegini nak bercakap nak ganti PAS untuk menegakkan Islam.

Dia dan perjuangan dia sendiri tak ikut cara rasulullah, jadi macamana nak menegakkan Islam,” jelas beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu.

Ibrahim dalam satu sidang akhbar baru-baru ini telah mengisytiharkan Perkasa secara rasminya telah mengambil alih tugas memartabatkan Islam daripada PAS.

Antara alasannya ialah kegagalan PAS mengendalikan isu berkaitan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan sebuah gereja dan isu memperlahankan bacaan al quran sebelum solat subuh di Pulau Pinang.

Ustaz Mohd Nor kemudiannya menyeru kepada semua ahli PAS agar fokus kepada isu yang lebih besar iaitu isu berkenaan pendaftaran pengundi yang meragukan.

Isu-isu kecil ini berkemungkinan sengaja dibangkitkan bagi membantu BN yang sedang tertekan dalam isu pengundi hantu seperti yang dibuktikan oleh Pakatan Rakyat.

Monday, August 15, 2011

Sumber : Buletinonline

“Pemimpin dan ahli PAS Jangan Masuk Perangkap”-Dato’ Mustafa Ali
KUALA TERENGGANU - Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali memaklumkan perjumpaan PAS dengan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dijadualkan berlangsung pada hari ini 15 Ogos, tidak dapat diadakan.

Menurutnya, dalam surat yang dihantar oleh pihak JAIS yang dihantar kepada PAS menyatakan ia adalah atas nasihat 'Tuanku Sultan Selangor'.

Beliau turut mendedahkan, maklumat dalaman JAIS menyatakan bahawa ada elemen dan peranan Umno dalam operasi JAIS, pada 3 Ogos terhadap majlis yang diadakan di kawasan gereja Methodist Petaling Jaya.

“Saya dapat maklumat ‘dalaman’ Jais semalam (14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya itu,” jelasnya.

Katanya, matlamat Umno bertindak demikian untuk memperorak-porandakan (destabilize) kerajaan negeri Selangor kerana kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor ini mempunyai pelbagai komponen dan isu-isu sensitif ini mudah.

“Ada usaha hendak timbulkan konflik dalaman Pakatan Rakyat. Ini (isu) penting bagi Umno. Walau pun tidak secara langsung, dia (Umno) guna Perkasa dan sebagainya,” ujarnya.

Sehubungan itu, Dato’ Mustafa berkata beliau sedia mendedahkan maklumat tersebut kepada Pengarah Jais dalam pertemuan yang akan diadakan nanti.

“Kami akan dedah maklumat-maklumat ini kepada beliau (Pengarah Jais). Ini bergantung kepada Jais, jika esok dia hendak berjumpa kita dedah esok, hendak jumpa bila pun, insya Allah,” ujarnya.

Justeru, beliau mengingatkan ahli dan pemimpin PAS disemua peringkat agar tidak terpengaruh dengan “perangkap” Umno dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan gereja.

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali menyeru pemimpin dan ahli PAS agar tidak terperangkap atau terjebak dengan ‘perangkap’ Umno dalam isu tersebut.

Ini kerana, katanya Umno dan agen-agen berkenaan dipercayai memainkan peranan tertentu serta mempunyai matlamat politik.

“Saya menyeru dan minta supaya kalangan pimpinan PAS dan orang PAS sendiri supaya tidak terperangkap atau terjebak dengan ‘perangkap’ Umno.

“Saya menyeru kepada semua lapisan penyokong, pemimpin PAS supaya tidak terjebak dengan perangkap Umno dalam isu yang berkait dengan Jais dan Gereja ini.

Petikan Akhbar Sinar Harian

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda Pas Terengganu meneruskan aktiviti berpolitik pada Ramadan melalui pendekatan berbeza berbanding bulan biasa.

Ketuanya, Mohd Nor Hamzah berkata, pihaknya melakukan aktiviti turun padang terutama di peringkat cawangan secara maksimum untuk terus mendekatkan diri kepada peringkat akar umbi.

Menurutnya, program yang dijalankan juga lebih bersifat kebajikan melalui penganjuran majlis berbuka puasa dan program penyampaian sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin.

“Kita tidak mengadakan ceramah politik secara langsung tetapi tidak bermakna kami berehat daripada politik sepanjang bulan puasa ini.

“Kita melakukan politik dengan cara berbeza dan secara tidak langsung melalui ceramah Nuzul Quran,” katanya.

Saturday, August 13, 2011

Sambungan tazkirah ramadhan oleh Ustaz Zuliadin Abdullah Imam Masjid Rusila Marang.Moga-moga bermanafaat insyAllah


http://www.youtube.com/watch?v=-o5-gE49jqQ


Sambungan tazkirah oleh Ustaz Zuliadin Abdullah Imam Masjid Rusila Marang.Moga-moga bermanafaat.InsyaAllah

http://www.youtube.com/watch?v=gmjXW24lvQg

Thursday, August 11, 2011


Sumber Malaysiakini

Berdasarkan pengalaman kerajaan Sabah pimpinan PBS yang ditumbangkan oleh BN, maka tidak hairanlah jika seseorang mengandaikan serbuan gereja di Petaling Jaya, Selangor minggu lalu adalah sesuatu yang mungkin dirancang, kata beberapa ahli politik veteran Sabah.

Menurut presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee, "momokan Kristianisasi" adalah taktik lama yang digunakan semula itu menunjukkan terdapat "persamaan antara Selangor hari ini dan Sabah era PBS dulu".

Yong (kiri) yang bersama bekas naib presiden PKR Dr Jeffrey Kitingan pada sekitar tahun 1980-an berjaya membongkar terdapat kira-kira 33,000 kes yang didakwa sebagai 'pengundi hantu', tetapi malangnya pendedahan itu ditenggelamkan oleh isu momokan Kristianisasi ke atas PBS.

"Momokan Kristianisasi digunakan... untuk menarik orang Islam kembali kepada Umno, (manakala) penyalahgunaan pengundi hantu dengan menggunakan warga asing dilakukan secara terselindung," kata bekas ketua menteri Sabah itu dalam satu mesej teks kepada Malaysiakini.

Jeffrey, yang merupakan sebahagian daripada pemimpin kerajaan PBS pada tahun 1994, juga mengakui bahawa apa yang berlaku di Selangor hari ini adalah tepat mengambarkan apa yang berlaku di Sabah ketika itu.

Jeffrey (kanan), yang mengetuai Institut Kajian Pembangunan (IDS) pada tahun 1980-an, bersama-sama dengan Yong berjaya membongkar bahawa terdapat pertindihan berlipat ganda kad-kad pengenalan yang sama dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Namun ini ditolak terus oleh pemimpin BN.

"NGO Islam yang mempunyai hubungan dengan (ketua BERJAYA) Datuk Harris Salleh kemudiannya memutarkan perkara itu dan menjadikannya isu kaum dan agama dengan mendakwa (kami) menjadikan pertumbuhan penduduk Melayu-Islam sasaran," katanya.

Walau bagaimanapun, kedua-dua pemimpin berpengalaman Sabah ini percaya bahawa taktik lapuk BN tidak mungkin mendapat sokongan meluas pada hari ini kerana sebahagian besar pengundi kini lebih matang dan dapat melihat bahawa momokan Kristianisasi cuma “helah politik".

Bagi ahli parlimem Shah Alam Khalid Samad beliau lebih berhati-hati dengan kenyataannya.

Jika sebelum ini pendedahan bahawa terdapat penduduk tetap (PR) yang didaftar sebagai pengundi menyaksikan partinya, PAS mempunyai isu menjelang pilihan raya umum akan datang tetapi serbuan gereja berkenaan menjadikan pembangkang lebih defensif.

Khalid yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Selangor percaya tindakan ke atas masyarakat Kristian itu sesuatu yang bermotifkan politik.

"Bagaimana serbuan seperti itu boleh berlaku tanpa pengetahuan anggota exco Selangor mengenai hal ehwal Islam dan Pengarah JAIS - mereka hanya dimaklumkan selepas kejadian itu? Ini menunjukkan kemungkinan ada campur tangan luar," katanya.

Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Zuliadin Abdullah.Moga-moga bermanafaat insyaAllah


http://www.youtube.com/watch?v=UfanOkskV7w

Wednesday, August 10, 2011


Kesungguhan Umno memainkan isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) keatas sebuah gereja baru-baru ini akhirnya menjadi kekecewaan setelah jawatankuasa kerja PAS Pusat memutuskan untuk tidak mengambil tindakan keatas Datuk Dr Hasan Ali.

Walaupun kelihatan desakan tindakan disiplin keatas Dr Hasan datangnya dari dalam, tetapi apabila diamati isu ini telah dimainkan secara halus oleh Umno dan kumpulannya.

Ianya ternyata benar kerana saban hari media milik Umno memainkan isu ini dan secara tersirat dan tersurat telah cuba meletakkan beban tindakan JAIS itu keatas kerajaan Selangor secara amnya dan PAS secara khususnya.

Pada 3hb Ogos lalu, sekumpulan pegawai penguatkuasa JAIS beserta polis telah menyerbu sebuah gereja di Selangor berikutan adanya laporan cubaan memurtadkan orang Islam.

Serbuan JAIS itu disokong oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan kemudahan Awam Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang mengatakan bahawa JAIS mempunyai bukti tentang cubaan memurtadkan orang Islam itu.

Akan tetapi tuduhan itu dinafikan oleh pihak pengurusan gereja dan sekaligus menimbulkan perdebatan besar di dalam media milik Umno mengenai kehormatan rumah ibadat telah dicabuli.

Mengulas perkara ini Ustaz Mohd Nor Hamzah, mengucapkan syabas kepada jawatankuasa kerja PAS Pusat yang tidak melatah dengan isu yang cuba dimanipulasikan oleh Umno itu.

Beliau melihat keputusan ini menunjukkan bahawa jawatankuasa itu dan Dr Hasan telah bertindak selari menurut dasar PAS.

“Jawatankuasa kerja PAS Pusat secara bijaksana telah menjalankan tanggungjawab mereka.Mereka memanggil Dr Hasan bagi mendengar penjelasan dan bukti dari beliau.

Jawatankuasa juga akan bertemu dengan pihak gereja bagi mendapat penjelasan mereka pula.

Mereka tak ambil cerita dari media sahaja untuk buat keputusan,”kata beliau.

“Di dalam al-quran surah al-Hujuraat jelas disarankan agar kita orang yang mengaku beriman tidak menerima bulat-bulat berita yang disampaikan oleh orang-orang yang fasik agar kita tidak tersalah langkah dalam menghukum,”tambah beliau.

Beliau turut menyarankan agar semua orang supaya memeriksa dahulu dan tidak menerima bulat-bulat cerita-cerita yang disiarkan oleh media milik Umno.

Tuesday, August 9, 2011

Sambungan tazkirah ramadhan oleh Ustaz Zuliadin Abdullah.Moga memberi manafaat insyaAllah



http://www.youtube.com/watch?v=M8cFemhdLgs


http://www.youtube.com/watch?v=MEU8wTUf8y4

Friday, August 5, 2011

Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Zuliadin Abdullah Imam Masjid Rusila Marang.Moga-moga bermanafaat untuk semua insyaAllah

http://www.youtube.com/watch?v=IT7IDy8-_zo&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=7QlNa5NVTeE

Wednesday, August 3, 2011

Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Zuliadin Abdullah Imam Masjid Rusila siri 2.Moga-moga tazkirah ini membawa manafaat kepada semua insyAllah

http://www.youtube.com/watch?v=zJK33wUWaqE

Tuesday, August 2, 2011

Tazkirah ramadhan oleh Ustaz Zuliadin Abdullah Imam Masjid Rusila.Moga bermanafaat.

http://www.youtube.com/watch?v=RAU8P_7Avso

Monday, August 1, 2011

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah mengucapkan selamat menyambut ramadhan 1432.




Semoga dengan izin Allah kita akan keluar dari madrasah ini dengan menjadi seorang yang bertaqwa kepada Allah.




"Hidupkan Ramadhan dalam bersih jiwa, bersih hati, bersih minda dan bersih perjuangan"

ARKIB