This is featured post 1 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.

This is featured post 2 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.

This is featured post 3 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.

Wednesday, October 30, 2013


Tuesday, October 29, 2013



Sunday, October 27, 2013


Saturday, October 26, 2013




Barisan AJK DPPNT bagi sesi 2013-2015 bergambar bersama dengan mantan KP DPPNT YB Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Pengerusi Tetap Muktamar Ustaz Hamzah Ngah
TIMBALAN. : YB USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
NAIB. : USTAZ MOHD KHALIL ABDUL HADI
AHLI JAWATANKUASA
USTAZ SHEIKH HANAFI ABDUL AZIZ
YB USTAZ HILMI HARUN
SAUDARA ZAIDAN ABDULLAH
USTAZ WAN MOHD FAIZUL WAN ABAS
SAUDARA AL GHAZALI ABU BAKAR
USTAZSULAIMAN SULONG
USTAZ HAMDI HARUN
USTAZ NASIR ABDUL RAZAK
USTAZ RAMLAN YAHYA
USTAZ AZIZUL HISHAM


Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa, Mohd Ramli Muda, 57, yang memandu kereta bersendirian, dipercayai sedang dalam perjalanan menuju ke Kuala Terengganu dari arah Ajil, Hulu Terengganu.
Susulan kemalangan tersebut, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai, di sini, bergegas ke tempat kejadian dan mendapati, mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.
Mohd Ramli yang menguruskan sebuah klinik di Chabang Tiga, Kuala Terengganu, disahkan menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian selepas dikeluarkan pasukan penyelamat daripada kenderaan.
“Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian, kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk bedah siasat,” katanya.
Monday, October 14, 2013


Friday, October 11, 2013




Tuesday, October 8, 2013


Friday, October 4, 2013


Bagaimanapun, Mohd Najib Mohtar, 27, dari Kampung Surau Panjang, di sini, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan itu.
Bapa kepada seorang anak itu mengaku tidak bersalah dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan dengan menikam menggunakan pisau di paha kiri dan tangan kiri mangsa, Intan Suhana Rani, 26, di kediaman mereka di Kampung Surau Panjang, di sini, pada 30 September lalu, jam lebih kurang 1 pagi.
Dengan itu, Mohd Najib yang turut memiliki rekod jenayah lampau atas kesalahan menyalahgunakan dadah berdepan hukuman penjara boleh sampai tiga tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna di hadapan Majistret Nurunaim Abdullah manakala Mohd Najib tidak diwakili peguam.
Sejurus pengakuan tidak bersalah Mohd Najib direkodkan, Nurunaim menetapkan 4 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.
Selain itu, Mohd Najib turut dibenarkan dibebaskan dengan jaminan RM2,500 dengan dua orang penjamin.
Semalam, Sinar Harian ada melaporkan hasrat murni seorang isteri menegur perbuatan panas baran suaminya yang memukul dan memarahi anak perempuan mereka berusia empat tahun, bertukar episod ngeri apabila dia ditampar dan ditumbuk.
Bukan itu sahaja, mangsa yang cuba melindungi anak tunggal mereka itu turut cedera di tangan dan paha dalam usaha menyelamatkan dirinya daripada cuba ditikam dengan pisau oleh suspek.
Thursday, October 3, 2013


KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pelumba basikal Mohd Asmu’i Ali @ Awang yang meninggal dunia akibat kemalangan di KM 71 Kampung Pulau Serai Jalan Kuala Terengganu – Kuantan, pada pagi semalam, Rabu 2 September.
“Saya bagi pihak seluruh pemuda PAS negeri Terengganu mengucapkan takziah kepada keluarga Asmu’i, terutamanya kepada ibunda allahyarham, makcik Kuntum Yusof, semoga bersabar menerima dugaan dari Allah dan kami mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan dimasukkan dalam golongan pemuda-pemuda yang soleh,”ujar Ketua Pemuda PAS Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong berharap tragedi kemalangan berulang yang menimpa pelatih skuad lumba basikal negeri Terengganu dapat menjadi iktibar dan pengajaran serta diambil perhatian oleh pihak berkuasa sukan dan kerajaan negeri Terengganu.
[Gambar - Skuad Lumba basikal sedang menjalani latihan. Jarak kenderaan pengiring terlalu dekat di belakang para pelatih yang mungkin boleh menyebabkan risiko kemalangan]
YB Ustaz Mohd Nor menyifatkan kejadian yang berlaku ketika konvoi pasukan Lumba Basikal menjalani latihan menuju ke Sepang dari Kuala Terengganu adalah satu ketetapan ilahi, bagi memberi petunjuk kepada manusia supaya dapat merancang tindakan yang lebih berhemah pada masa hadapan.
Oleh itu, DPPNT meminta pihak yang bertanggungjawab membuat siasatan rapi atas kejadian semalam dan kemalangan yang berlaku kepada pasukan yang sama di jambatan Kampung Bukit Guntong pada empat bulan yang lalu.
“Kita amat berharap pihak Jawatakuasa Belia dan Sukan Negeri membuat siasatan rapi dan memberitahu rakyat, apakah sebenarnya punca-punca yang menyebabkan kedua-dua kemalagan tersebut dan kemudian,
“Mengambil langkah-langkah ‘yang keras’, supaya kejadian yang mengorbankan nyawa para pelatih sukan tidak akan berulang serta berusaha memberi jaminan keselamatan berdasarkan prosedur-prosedur tertentu,”jelasnya.
Antara usaha yang boleh diambil, kata beliau, memastikan kawalan trafik oleh pihak polis atau pihak yang berotoriti tentang keselamatan jalanraya dan mempamerkan tanda-tanda yang jelas, yang dibawa oleh petugas sewaktu pasukan lumba basikal menjalani latihan.
“Prosedur keselamatan kena jelas, jarak yang munasabah di antara kenderaan pengiring dengan para pelatih dan tanda-tanda umpamanya bendera yang berwarna yang dapat memberikan awasan kepada pegguna jalanraya bahawa terdapat latihan sedang berlangsung,
“Pegawai yang berdedikasi dan berdisiplin serta komimen perlu diutamakan kerana ia melibatkan nyawa para pelatih,”tegasnya.
Wednesday, October 2, 2013


Laporan Audit Negara 2012 bagaimanapun mendapati sebaliknya – tiga kumpulan itu didapati dibawa masuk dengan kos RM1.6 juta yang ditanggung kerajaan.
Kementerian itu juga ditegur atas "perbelanjaan tinggi" dan "tidak "selaras dengan peraturan perbelanjaan berhemat" bagi belanja lain untuk sambutan tersebut – berjumlah hampir RM3 juta.
Tiga kumpulan K-Pop – U-Kiss, Teen-Top dan Dal shabet – ditampilkan untuk persembahan ke acara tersebut oleh syarikat Stadium First Sdn Bhd.
Ketua setiausa kementerian Mohd Mohamad dalam laporan Bernama tahun lalu menyatakan bahawa kos untuk membawa masuk persembahan tersebut ditanggung oleh penaja.
Tuesday, October 1, 2013






ADUN Teluk Pasu Ustaz Ridzuan Hashim berkata beliau yang bangun terlebih dahulu daripada ADUN Jabi Mohd Iskandar Jaafar pada permulaan sidang DU untuk membawa usul di bawah peraturan Majlis Mesyuarat fasal 30 peraturan-peraturan dan perintah tetap Dewan Undangan negeri Terengganu.
Tetapi, katanya, speaker DUN, Mohd Zubir Embong buat-buat tak nampak dan terus memberikan ruang kepada Iskandar.
“Saya bangun dulu, tapi speaker buat-buat tak nampak dan bila ADUN Jabi bangun, dia (speaker) terus beri ruang kepadanya, saya terus baca usul mohon mencadangkan supaya persidangan ditangguh.
“Bagi membolehkan dewan merundingkan isu bumbung dan siling Masjid Kampung Tebauk, Bukit Tunggal yang runtuh awal pagi kelmarin, tetapi pembesar suara saya telah dimatikan,”ujarnya.
Kemudian, ADUN Tepoh, Ustaz Hishamuddin bangun dan bertaya kepada speaker, mengapa tidak memberikan ruang kepada kepada wakil PAS, sedagkan wakil BN (Jabi) bangun kemudian.
Tetapi, kata Ustaz Ridzuan, speaker tidak mejawab dan hanya mengarahkan supaya ADUN Tepoh duduk.
Menurutya, pada Persidangan DUN kali pertama bulan Jun lalu, saya juga bangun untuk membawa usul berhubung pembinaan jalan dan jambatan Jeram yang melibatkan perlanggaran hak penduduk Banggol Donas, bertembung dengan ADUN Jabi juga.
“Sepatutnya, dulu dah beri ruang kepada ADU Jabi, pada kali ini berilah peluang kepada saya, tapi tindakan spekaer ‘bias’, walaupun itu adalah hak speaker untuk memberikan ruang kepada sesiapa, namun gunakanlah pertimbangan yang adil,”katanya.
Sedangkan, katanya lagi, usul yang dibawa oleh ADUN Jabi adalah usul berkaitan dengan ‘Syiah’ bukanlah perkara yang perlu disegerakan.
Berbanding dengan usul masjid Kampung Tebauk yang runtuh, perkara semasa yang perlu disegerakan kerana membabitkan kepeningan awam dan boleh mengancam nyawa rakyat.
Berikut adalah usul yang cuba dikemukakan oleh ADU Teluk Pasu pada sidang DUN.
Usul di bawah peraturan Majlis Mesyuarat fasal 30 peraturan-peraturan dan perintah tetap Dewan Undangan negeri Terengganu.
__________________________________________________________________________________________________________________________
Tuan Yang Di-Pertua,
Adalah saya Ridzuan Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri Teluk Pasu mohon mencadangkan,
“Bahawa persidangan ini hendaklah ditangguh mengikut fasal 30 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan isu bumbung dan siling Masjid Kampung Tebauk, Bukit Tunggal yang runtuh awal pagi kelmarin.
Insiden yang amat memalukan ini dipercayai berlaku pukul 4 pagi dan melibatkan kira-kira 40 peratus bahagian masjid itu yang siap dibina dua tahun lepas serta melibatkan kos RM6 juta dan boleh memuatkan 1,000 jemaah.
Tuan Yang Di-Pertua,
Isu ini adalah perkara-perkara tertentu kerana telah berlaku suatu tragedi yang amat memalukan kita semua Adun-Adun dan seluruh rakyat di negeri Terengganu. Apa yang berlaku ini adalah jelas ‘salah urus‘ (mis-management) yang melibatkan kontraktor kroni yang tidak bertanggung-jawab dan perkara ini adalah amat dikesali kerana ia mengkhianati amanah seluruh rakyat negeri Terengganu.
Tuan Yang Di-Pertua,
Isu keruntuhan ini bukan laporan pertama mengenai masjid bumbung runtuh di negeri ini. Pada 20 Mei lepas, 12 jemaah masjid yang baru sahaja solat Isyak nyaris maut setelah bumbung hadapan Masjid Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu runtuh. Pada 3 Okt 2009, bumbung bahagian hadapan Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman juga runtuh menyebabkan tiga mangsa cedera.
Selain itu, pada 2 Jun 2009, bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang menelan belanja RM292.9 juta telah siap dibina pada Mei 2008 dan digunakan dalam penganjuran Sukan Malaysia turut roboh. Sebahagian struktur bumbung stadium berkenaan sekali lagi roboh pada 20 Feb lepas menyebabkan tiga pekerja parah manakala dua lagi cedera ringan.
Tuan Yang Di-Pertua,
Isunya kenapakah keruntuhan ini begitu mudah boleh berlaku di negeri Terengganu di bawah pentadbiran yang ada sedangkan kita berbelanja beratus-ratus juta ringgit wang rakyat? Apakah kerana ‘kontraktor kroni’ yang tidak berwibawa langsung telah dikurniakan kontrak secara mudah?
Dan apakah ada unsur-unsur rasuah dan salahguna kuasa berlaku secara berleluasa di bawah pentadbiran yang ada ini di negeri Darul Iman?
Menteri Besar serta pimpinan kerajaan negeri perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap tragedi yang amat memalukan ini. Imej Terengganu kini amat tercemar akibat dari pelbagai kejadian keruntuhan yang berlaku sejak kebelakangan ini.
Tuan Yang Di-Pertua,
Perkara ini adalah melibatkan kepentingan orang ramai kerana siri keruntuhan yang berlaku di negeri ini akan menghilangkan lagi keyakinan rakyat Terengganu terhadap pentadbiran serta kredibiliti pemimpin negeri yang ada.
Perkara ini perlu disegerakan kerana ia menyentuh hal masjid yang merupakan tempat ibadat yang suci bagi seluruh umat Islam dan menjadi milik rakyat dan negeri Terengganu yang wajib dipertahankan dengan apa cara sekalipun.
Maka saya berpandangan bahawa usul ini melibatkan perkara tertentu, kepentingan ramai serta perlu
disegerakan.
Yang Mengusulkan,
YB Ridzuan Hashim
Ahli Dewan Undangan Negeri Teluk Pasu
Terengganu
30hb September, 2013.