Sunday, December 18, 2011

Hulu Terengganu : Pengertian hijrah tidak sepatutnya disempitkan dengan hanya perpindahan fizikal seperti yang dilakukan oleh rasulullah sahaja.

Malah jauh dari itu hijrah itu mempunyai maksud yang sangat luas untuk kita memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan kita.

Antaranya seperti yang dinyatakan oleh Allah didalam surah al-Mudatssir agar bangun dan memberi peringatan ke pada manusia, membesarkan Allah meninggalkan membesarkan nafsu.

Seterusnya Allah menyuruh kita agar membersihkan pakaian dan meninggalkan perangai-perangai buruk.

Tafsiran ini dijelaskan oleh Ustaz Mohd Nor Hamzah dalam forum Penghayatan Hijrah yang diadakan di Pasti al-Manar Kuala Pueh di sini.

Menurut beliau lagi semua seruan dari Allah ini adalah anjuran kepada mukmin supaya berhijrah dari perkara-perkara yang negatif kepada perkara yang positif.

“Hati kita kena hijrah daripada kufur kepada iman.

Kita kena hijrah untuk melakukan pembaharuan dalam sistem masyarakat kita agar selari dengan kehendak Allah,” katanya.

Beliau menjelaskan lagi bagaimana keteguhan hati rasulullah dan sahabat-sahabat baginda begitu kental mempertahankan prinsip Islam walaupun ditawarkan dengan pelbagai kesenangan dunia.

Oleh itu beliau berpesan kepada semua ahli PAS agar menerima wang bantuan sekali sebanyak RM500 yang diberikan kerajaan kerana wang itu adalah wang rakyat dan jangan termakan umpan BN.

Dalam kesimpulan beliau diakhir forum itu, beliau menasihatkan kepada seluruh ahli-ahli PAS agar tidak hanya sibuk mendakwah orang lain tetapi wajib secara serius mendakwah ahli keluarga mereka terlebih dahulu.

Amatlah rugi bagi ahli-ahli PAS apabila mereka gagal berhijrah bersama-sama keluarga mereka dek kerana terlalu sibuk diluar hinggakan terabai keluarga mereka.

Forum ini turut disertai oleh Timbalan MTD Telemong, Ustaz Kamaruzaman Abdullah sebagai ahli panel kedua.

Sementara itu, Ustaz Kamaruzaman, dalam isi ucapannya menyatakan bahawa hijrah ini adalah warisan para rasul.

Akan tetapi, tambah beliau lagi, kesemua itu ada harganya iaitu pasti ada ujian yang mendatang diatas usaha kita untuk menjulang Islam ini.

Dalam nasihatnya diakhir forum, beliau menekankan agar ahli-ahli PAS berusaha bersungguh-sungguh agar membentuk syahsiah diri terlebih dahulu.

“Inilah perkara yang ditekankan oleh rasulullah kepada penduduk Madinah ketika perjanjian Aqabah dahulu.

Akhirnya selepas ratusan tahun berbalah, Aus dan Khazraj menjadi saudara kerana mereka berjaya membentuk peribadi Islam,” katanya.

Monday, December 12, 2011

Sumber : Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 10 Dis: PAS ternyata sudah berkemampuan mencapai kemenangan bergaya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang jika setiap ahlinya dapat memenuhi syarat-syarat untuk menang seperti yang dijanjikan oleh Allah.

Keupayaan PAS untuk menang dalam PRU Ke-13 bukan sahaja boleh diukur dari keahliannya yang semakin meningkat setiap hari, tetapi juga sokongan baik yang diterimanya dari pelbagai lapisan masyarakat sekarang.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, berdasarkan sebuah hadis, Nabi saw menjelaskan bahawa ketika kita berjalan seelok-eloknya bersama 4 orang sahabat, untuk berperang memerlukan 400 anggota tentera.

Menurutnya, di dalam hadis itu juga, Nabi saw menjelaskan untuk kemantapan ketenteraan, umat Islam memerlukan 4,000 anggota dan jika mempunyai 12,000 anggota tentera, umat Islam sudah boleh mencapai kemenangan.

Katanya, keanggotaan yang juga jentera PAS kini sudah jauh melangkaui jumlah 12,000 orang seperti yang digambarkan oleh Nabi saw, sehingga jelas memberikan isyarat kemenangan kepada parti jika disusuli dengan langkah-langkah yang betul seperti yang digariskan dalam Islam.

"Syarat-syarat untuk mencapai kemenangan, setiap jentera PAS mestilah mempunyai kekuatan dari segi kerohanian dengan keimanan," katanya ketika berucap pada majlis penutup Ijtimak Tarbawi Pilihan Raya di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), di Taman Melewar, di sini, hari ini.

Dalam masa yang sama, menurut beliau, langkah-langkah pentarbiayahan ke atas ahli-ahli mestilah disusun supaya setiap ahli dan jentera parti faham dengan manhaj perjuangan PAS.

Katanya, untuk mendapatkan kekuatan dari segi kerohanian, setiap ahli PAS mestilah menjauhi maksiat serta ikhlas beribadat kepada Allah secara berterusan.

"Jangan sekali-kali kita hanya kuat berkempen sehingga jauh malam sehingga lupa solat Subuh disebabkan mengantuk kerana tindakan seperti itu pasti gagal membantu kita dalam memperkuatkan kerohanian dan membantu PAS untuk menang," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, sebaliknya untuk memperkuatkan kerohanian, ahli-ahli PAS bukan sekadar wajib menitikberatkan solat lima waktu, tetapi juga memperbanyakkan solat-solat sunat dengan mendirikan solat tahajud.

Selain itu, katanya, ahli-ahli PAS mestilah walad atau taat kepada pemimpin, sejajar dengan potensi pemimpin-pemimpin PAS itu sendiri yang sememangnya sudah terlebih dahulu memperlengkapkan diri masing-masing dengan syarat-syarat tersebut.

"Dengan itu, barulah jihad boleh diteruskan oleh ahli-ahli PAS bersama pemimpin bagi membolehkan PAS menempa kejayaan seperti yang diharapkan," tegasnya.

Dalam masa yang sama, beliau mengingatkan pemimpin-pemimpin PAS agar jangan sekali-kali angkuh dengan kedudukannya sebagai pemimpin kerana dalam Islam, pemimpin juga boleh ditegur dan mesti menerima teguran-teguran baik dan membina daripada orang bawahannya.

"Ukhwah antara ahli-ahli dan pemimpin mestilah sentiasa dijaga supaya sentiasa berada dalam keadaan baik, manakala ukhwah itu pula mestilah terjalin atas dasar keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

"Dengan itu barulah lahir kekuatan kerohanian dan ukhwah pada setiap ahli, pemimpin-pemimpin dan PAS bagi membolehkan kita bergerak bersama di medan jihad menerusi pilihanraya yang menjadi pilihan PAS di negara ini," tegas beliau.

Thursday, December 8, 2011

Petikan Sinar Harian :

KUALA TERENGGANU- Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan akan mengimplementas
ikan pemerintahan Islam di dua negeri terlebih dahulu sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang Pilihan Raya Umum ke-13.

Bagaimanapun, katanya, Islam akan diimplementasikan secara menyeluruh dan pelaksanaannya akan dibuat secara berperingkat.

“Tetapi Terengganu dan Kelantan akan dilaksanakan lebih awal kerana kita sudah mendapat kelulusan di peringkat negeri, dan kita mengambil kira bidang kuasa pelaksanaan syariah adalah bidang kuasa negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dun ke-12 di Wisma Darul Iman di sini, semalam.

Ketika ditanya mengenai adakah Pas bercadang memasukkan hudud dalam manifesto bersama PR, beliau berkata, manifesto itu tidak perlu terperinci.

“Manifesto ini adalah dasar umum. Apabila kita sebut adil, mencegah kemungkaran, ia antaranya berkaitan undang-undang jenayah syariah. Itu sudah diluluskan di Kelantan dan Terengganu.

“Kita pilih negeri yang kita ada kuasa sepenuhnya dan negeri lain, kita perlu tengok bagaimana keadaan penerimaan orang bukan Islam. Kita menerima pendapat agar suara bukan Islam juga didengari dan tidak dipaksa. Tetapi saya percaya jika mereka melihat, mereka boleh menerima,” katanya.

Menurutnya, Umno tidak perlu bimbang kerana semua parti sudah menerima Islam dan Melayu adalah teras dan turut mengakui bahawa Pas akan menjadi tulang belakang dalam hala tuju negara sekiranya dapat memerintah, Hadi berkata, Islam dan Melayu akan menjadi tulang belakang kepada pelaksanaannya.

Malah katanya, dalam konvensyen PR diadakan di Selangor dan Pulau Pinang, mereka telah menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan dan hak bumiputera tetap dipertahankan.

Wednesday, December 7, 2011


Petikan Buletin Online :


KUALA TERENGGANU - Isu Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu menjadi perbahasan ‘hangat’ serta ‘perang mulut’ antara wakil kerajaan dengan wakil rakyat PAS.

Puncanya, soalan lisan yang dikemukakan oleh Adun Rhu Rendang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berbunyi, bilakah kerajaan bercadang untuk menguatkuasa dan melaksanakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 2002M/1423H sebagaimana yang telah diwartakan.

Adun Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika membahaskan Bajet 2012 tidak bersetuju dengan jawapan Exco Karzan Che Mat yang seolah-olah memperlekehkan hukum hudud.

Karzan berpendapat tidak banyak negara Islam lain yang melaksanakan undang-undnag hudud, suasana yang tidak kondusif serta hudud tidak adil jika melibatkan orang Islam dan bukan Islam.

Ketegangan antara Ustaz Mohd Nor dengan Karzan mengundang campur tangan Dato’ Tengku Putera Awang selaku Speaker Dun Terengganu.

Kata Ustaz Mohd Nor, hudud wajib dilaksanakan oleh sebuah kerajaan Islam yang memerintah negeri sebagaimana yang diperintahkan Allah SWT.

Menurutnya, kerajaan PAS yang memerintah Terengganu tahun 1999-2004 telah melulus dan mewartakan enakmen tersebut.

“Hudud adalah hukuman dan undang-undang Allah SWT yang wajib dilaksanakan oleh sebuah kerajaan Islam. Sebagaimana, sembahyang wajib ke atas setiap individu dan hudud wajib ke atas kerajaan.

“Kerajaan PAS Terengganu telah meluluskan dan mewartakan Enakmen Jenayah Syariah semasa memerintah negeri ini,” tegasnya.

Suasana di persidangan Dun Terengganu kecoh apabila beberapa orang wakil BN iaitu Adun Alor Limbat, Alias Abdullah, Muhammad Ramli Nuh (Tepoh) dan Dato’ Rosol Wahid (Ajil) mencelah minta penjelasan ketika Ustaz Mohd Nor berucap.

Alias (BN-Alor Limbat) mencadangkan kesediaanya untuk menyediakan pentas di luar bagi membahaskan mengenai isu hudud kepada Ustaz Mohd Nor.

Sehubungan itu, Ustaz Mohd Nor yang juga Ketua Pemuda PAS Terengganu dengan tegasnya menyahut cabaran Alias tersebut.

“Ya, saya sahut cabaran wakil Alor Limbat (Alias) untuk menyediakan pentas dan bercakap (debat) hal hudud,” tegasnya.

Tuesday, December 6, 2011

Petikan : The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR 5 Dis : Pemuda PAS pusat meminta Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang menyentuh soal hukum hudud semalam menutup mulut dan jangan bercakap mengenai perundangan Islam itu jika tidak mengetahui secara betul dan tepat.

Ketua Penerangannya Riduan Mohd Nor berkata pihaknya melihat pemimpin itu amat biadap kerana mempertikai agama Islam yang merupakan agama rasmi di negara ini dengan mempersoalkan hukum hudud.

Riduan menambah pihaknya sanggup bersemuka dengan Dr Chua gambar bagi memberi penjelasan menyeluruh jika beliau mahu mendalami pengetahuan mengenai Islam

Jangan kerana mahu meraih undi kaum Tionghoa undi Umno pula menyusut kerana umat Islam terlalu marah dengan beliau sehingga menghukum Umno pula katanya lagi.

Beliau tidak berhak bercakap mengenai Islam dalam forum tersebut kerana beliau tidak tahu mengenai Islam.

Jika ada wakil umat Islam yang turut hadir sebagai panel daripada Umno ini tidak memberi gambaran beliau boleh bercakap apa sahaja mengenai Islam � kata beliau dalam satu kenyataan.

Sepatutnya tegas Riduan beliau menyentuh mengenai usaha beliau bagi membela bangsa kaum Tionghoa di negara ini serta bagaimana mahu mengembalikan sokongan masyarakat Cina kepada MCA bukan bercakap mengenai Islam .

Oleh itu katanya lagi bagi Pemuda PAS idu hukum hudud atau hukum Islam tidak wajar dibincangkan secara terbuka oleh masyarakat bukan Islam kerana ia boleh mencetus polemik yang lebih besar.

Isu hukum Islam sepatutnya dibincangkan secara ilmiah oleh mereka yang berkelayakan dan melibatkan semua pihak barulah isu ini mendapat penjelasan secara betul dan menyeluruh katanya lagi.

Malah kata Riduan alasan pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara berhadapan dengan kemusnahan diri jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia adalah alasan yang tidak boleh diterima sama sekali.

Dewan Pemuda menjelaskan hakikatnya jika hukum Islam terlaksana di Malaysia pelabur pasti akan datang ke Malaysia kerana matlamat undang-undang Islam meletakkan keadilan dan keselamatan kepada semua rakyat di negara ini.

Secara logiknya jika keadilan dan keselamatan rakyat terkawal pasti pelabur akan berani datang ke Malaysia kerana hak dan keselamatan mereka dijamin kata beliau lagi.

Selain itu kata Riduan pihaknya juga menyangkal dakwaan Dr Chua bahawa sistem perundangan Islam tidak adil kepada semua pihak khususnya wanita.

Dewan Pemdua PAS mempersoalkan dari manakah rujukan beliau sehingga mendakwa syariat Islam tidak adil khususnya kepada wanita.

Malah Dewan Pemuda PAS yakin jika beliau mendapat maklumat dan fakta yang sebenarnya pasti beliau tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian kata Riduan lagi.

Katanya hukum Islam menjaga hak semua rakyat khususnya kaum wanita dan dengan pelaksanaan hukum Islam sudah tentu kehormatan wanita akan terjaga.

Pelacuran perzinaan rogol liwat menuduh berzina dan liwat dan lain-lain lagi tidak akan berlaku secara berleluasa seperti sekarang ini.

Oleh itu Dewan Pemuda PAS meminta Dr Chua tidak lagi bercakap atau mengeluarkan kenyataan mengenai Islam jika tidak mahu mengundang kemarahan umat Islam katanya.

Monday, December 5, 2011


Marang : Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) hari ini mencabar penasihat agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin untuk berdebat secara ilmiah berkenaan hukum hudud.

Cabaran ini dikeluarkan oleh ketua DPPNT Ustaz Mohd Nor Hamzah dalam usaha untuk menerangkan keadaan sebenar hukum hudud kepada masyarakat yang sering diputar belitkan oleh Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata demikian setelah tersiarnya laporan yang mengatakan Mohd Kamal mendakwa bahawa hukum hudud kerajaan negeri Kelantan adalah bertentangan dengan hukum Allah.

Bercakap pada forum berjudul ‘Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia’ di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, Mohd Kamal dipetik sebagai berkata beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis.

“Antaranya, Mukallaf (akil baligh) ditarifkan sebagai seseorang yang berusia lebih 18 tahun dan boleh berfikir dengan waras, ini undang-undang British dan Eropah, bukan undang-undang Islam.

“Dalam Islam, Mukallaf adalah pada usia 15 tahun.”
Katanya lagi, mengikut undang-undang berkenaan, meliwat ke atas isteri juga dibenarkan.

“Dalam Islam, ini sepatutnya haram.”

Mohd Kamal juga menolak hujah PAS bahawa hukum hudud hanya akan membabitkan orang Islam kerana katanya, pada zaman Nabi Muhammad SAW, hukum itu juga terpakai kepada bukan Islam.

Menurut beliau di bawah hukum hudud PAS, mangsa rogol beragama Islam akan dihukum manakala bukan Islam yang merogol gadis atau wanita berkenaan tidak akan didakwa.

“Jadi, bagaimana boleh ada dua set undang-undang. Ini tidak adil.”

PAS, dakwa Kamal, sengaja menggubal undang-undang itu demi kepentingan politik mereka.

Forum itu juga turut disertai oleh ulamak muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya.

“DPPNT merasa amat kesal atas kenyataan yang tidak bertanggung jawab ini.Apatah lagi dia bercakap dihadapan bukan Islam yang pastinya akan menambah kekeliruan kepada mereka.

Maka saya sebagai ketua DPPNT dengan rasminya mencabar Mohd Kamal untuk berdebat secara terbuka berkaitan perkara hudud ini.

Kita mahukan debat ini terbuka kepada semua agar segala kekusutan yang sengaja diada-adakan berkenaan hudud oleh BN akan terurai.

Mereka mesti berani, jangan lempar batu sembunyi tangan,” tegas beliau.

Saturday, December 3, 2011

Marang: Semakin banyak kes-kes jenayah seperti rompakan atau samun yang melibatkan pegawai penguatkuasa, berlaku di Malaysia akhir-akhir ini.

Walaupun bukan semua mereka yang dituduh itu disabitkan dengan kesalahan, namun fenomena ini jika tidak dibendung, dikhuatiri akan menjadi trend dimasa akan datang.

Hal ini membimbangkan rakyat, kerana pegawai penguatkuasa sepatutnya menjadi pelindung rakyat daripada kejahatan dan bukannya bertindak sebagai pelaku kejahatan itu sendiri.

Bagi Wakil Rakyat Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah, mengesyorkan agar dibuat kajian kembali berkenaan isi kandungan modul latihan bagi semua samada pengambilan baru atau anggota penguatkuasa sedia ada.

“Saya melihat kajian berkenaan isi kandungan modul latihan adalah perlu ketika ini kerana semakin banyak kes-kes seumpama ini berlaku sekarang.

Saya sangat berharap agar ditekankan penerapan nilai-nilai Islam dalam sistem latihan yang ada sekarang.

Saya amat yakin dan percaya bahawa Islam adalah penyelesai kepada permasalahan ini,” tegasnya penuh yakin.

Dalam satu kejadian baru-baru ini, seorang anggota polis telah ditahan bersama seorang rakannya bagi membantu siasatan satu kes rompakan kedai emas di Wakaf Tapai, Marang.

Suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD ) Hulu Terengganu dikatakan telah melepaskan tembakan rambang setelah melakukan rompakan dan hampir mengenai dua orang kanak-kanak yang berada berhampiran tempat kejadian.

Turut dilaporkan sebelum ini, beberapa orang pegawai SPRM telah ditahan bagi membantu siasatan kes rompakan keatas penggurup wang di KLIA.

Ustaz Mohd Nor turut meminta agar pegawai-pegawai penguatkuasa atasan, tidak sibuk berpolitik sehingga mengabaikan anggota-anggota bawahan mereka.

Mereka (pegawai-pegawai) sepatutnya bersikap professional dalam menjalankan tanggung jawab mereka kepada masyarakat dan menyerahkan hal-hal berkaitan politik kepada ahli-ahli politik.

Ini kerana dibimbangi pegawai-pegawai ini sebenarnya digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab bagi menjayakan agenda politik mereka.

Beliau memberikan satu contoh yang berlaku didalam majlis Multaqa Guru-guru J-Qaf baru-baru ini apabila seorang pegawai polis dikatakan telah memberikan ceramah yang berlegar memburukkan parti-parti pembangkang.

Baginya lagi, hal-hal seumpama ini mungkin menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah dikalangan anggota-anggota penguatkuasa kerana pegawai atasan mereka mengabaikan anggota-anggota bawahan kerana sibuk berpolitik.

Tuesday, November 29, 2011

Petikan Sinar Harian:



KUALA TERENGGANU - Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah menghantar SMS ugutan kepada tiga wakil rakyat Nasional (BN) dan SMS fitnah kepada bekas setiausaha sulit menteri besar Terengganu.


Hakim Mahkamah Sesyen, M Bakri Abd Majid menjatuhi hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap semua pertuduhan itu.


Bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh itu dijatuhi hukuman penjara masing-masing tiga bulan untuk kesalahan mengugut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Mohd Ariffin Abdullah, ADUN Permaisuri, Abd Halim Jusoh dan ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid di E726, Kampung Kubang Parit antara 11.21 malam dan 11.25 malam, pada 13 April 2009.


Dia juga dijatuhi hukuman penjara tiga bulan kerana memfitnah bekas setiausaha sulit Menteri Besar Terengganu, Wan Ahamad Wan Muda, yang kini timbalan setiausaha kerajaan negeri dengan menghantar SMS ugutan melalui nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.


Mahkamah memerintahkan kesemua hukuman itu dijalankan berasingan.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan membenarkan Ahmad Ramzi diikat jamin RM15,000 dengan dua orang penjamin.


Dalam penghakimannya, M Bakri berkata, mahkamah perlu mengikuti perkembangan semasa sejajar dengan perkembangan dunia tanpa sempadan yang menyaksikan perbuatan jenayah juga berubah termasuk menggunakan medium baru seperti internet.


"Kecederaan reputasi atau harga diri, tidak kurang pedihnya dengan kecederaan fizikal. Sehubungan itu hukuman perlu dijatuhkan seiring dengan perkembangan ini,” katanya.

Tertuduh diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad, Mohd Noor Mahmood dan Rosli Abd Rahman manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Jazamuddin Ahmad Nawawi, Ooi Chooi Gaik and Nur Azimul Azami.


Pihak pembelaan ketika merayu hukuman diringankan berkata, ini adalah kesalahan pertama tertuduh dan ia juga tidak melibatkan keganasan serta tidak memberi kesan kecederaan kepada mana-mana pihak.


Pihak pendakwaan pula meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh dan meminta setiap hukuman dijalankan berasingan.


Dalam hujahnya, Mohd Jazamuddin berkata walaupun perbuatan tertuduh tidak mendatangkan kecederaan fizikal, ia telah menjatuhkan reputasi Wan Ahamad, sekali gus menjejaskan reputasi kerajaan di bawah Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.


Beberapa anggota keluarga Ahmad Ramzi termasuk isterinya dilihat hadir di mahkamah. - Bernama

Petikan Sinar Harian:

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT) sangsi dengan tindakan kerajaan untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), bagi memberi ruang yang lebih luas untuk pelajar aktif berpolitik.

Ketuanya, Mohd Nor Hamzah berkata, selain melihat keputusan itu tidak lebih untuk memancing undi dalam kalangan mahasiswa pada pilihan raya umum akan datang, pihaknya tidak yakin berhubung kebebasan yang diberi melalui pindaan seksyen terbabit.

Menurutnya, pelaksanaan itu dikhuatiri tidak memberi kebebasan sepenuhnya, terutama mereka yang membangkang kerajaan berhubung sesuatu isu sehingga mewujudkan ketidakseimbangan dengan mereka yang menyokong parti memerintah.

“Dari sudut pelaksanaan, kita bimbang kebebasan menjurus kepada mereka yang menyokong parti memerintah sahaja.

“Sebaliknya menyekat, menghalang mana-mana pihak yang tidak menyokong parti kerajaan. Kita juga khuatir sekiranya pemimpin sebenarnya mahu melihat mereka yang tidak menyokong mereka dan mengenakan tindakan tertentu seperti menarik balik biasiswa dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian.

Berdasar ketidakyakinan itu, Mohd Nor turut mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa bebas untuk memantau pelaksanaan undang-undang itu bagi memastikan ia berjalan lancar.

Jelasnya, keadaan itu penting bagi memastikan pelajar-pelajar tidak didiskriminasi atau dikenakan sebarang ugutan sekiranya mengeluarkan pandangan berhubung sesuatu isu yang tidak memihak kepada kerajaan.

“Kita minta ada jawatankuasa bebas terdiri daripada pembangkang dan mahasiswa bagi memantau pelaksanaan undang-undang tersebut,” katanya.

Beliau bagaimanapun mengharapkan kerajaan bersikap jujur dan ikhlas terhadap pindaan Seksyen 15 itu sambil menyifatkan tindakan itu bagus kerana memberi kebebasan berpolitik buat mahasiswa.

Beliau menegaskan, kebebasan itu sepatutnya sudah lama dinikmati kelompok cerdik pandai itu dalam menunjangi tradisi keintelektualan.

Pada masa sama, katanya, peluang yang diberi kerajaan itu perlu diguna sepenuhnya untuk membuat perubahan besar memandangkan sudah berpuluh-puluh tahun kebebasan mereka disekat.

Sunday, November 27, 2011

26 November - Majlis Berkhatan secara beramai-ramai anjuran Badan Kebajikan DUN Bukit Payong telah diadakan di PASTI al-Huda, Kedai Buluh dengan disertai oleh 80 orang peserta.

Para peserta bersama ibu bapa dan penjaga mereka terlebih dahulu berkumpul di PASTI al-Iman, Pekan Bukit Payong untuk menerima cenderahati berbentuk pulut kuning dan kain batik daripada YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, ADUN Bukit Payong.

Seterusnya, YB Ustaz Mohd Nor melepaskan peserta-peserta menaiki lebih 20 kenderaan pacuan 4 roda yang dipandu oleh ahli-ahli persatuan kenderaan pacuan 4 roda kawasan Marang, PASAK, yang membawa peserta berkonvoi mengelilingi beberapa kampung di DUN Bukit Payong sebelum menghantar mereka ke PASTI al-Huda Kedai Buluh.

Seterusnya YB Ustaz Mohd Nor membacakan doa sebelum majlis berkhatan dimulakan.

Beberapa gambar sekitar program.







































Petikan BuletinOnline


MARANG
- PAS mahu melihat para pemuda Islam disemua peringkat dalam zaman mudanya menjadi aktif dan seimbang dalam semua kegiatan hidup.

Menurut Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali, Nabi SAW bersabda badan setiap orang itu haknya, yang menuntut kepada latihan dan kecergasan.

Belliau menfikan tanggapan sesetengah pihak bahawa PAS tidak menggalakkan sukan dan permainan.

"Nabi SAW kata atas badan kamu ada hak, maknanya Nabi nak suruh kita 'exercise' dan antara sunnahnya, orang muda ini sunahh (untuk) berenang, memanah dan menunggang kuda,

"jangan kita kata (bila) sebut orang PAS ini, benda-benda 'main' (permainan dan sukan) tidak suka atau tidak ada kaitan dengan agama,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan bolasepak 'musim banjir' anjuran Pemuda DUN Pengakalan Berangan di Kampung Pasir Putih pada Jumaat 25 November.

Menurutnya, para pemuda mestilah membuat perubahan dalam hidup dan meningkatkan diri dalam apa saja kegiatan yang bermanfaat.

Katanya, agama Islam juga mengajar, orang yang paling baik adalah mereka yang dapat memberi manfaat kepada diri sendiri dan pada masa yang sama bermanfaat kepada orang lain.

Oleh itu, beliau yang juga Yang DiPertua PAS Marang berharap orang muda dapat mengurus kehidupan zaman muda sebagaimana yang disarankan oleh RasuluLlah SAW.

"kita (mesti) pandai mengruskan masa kita, sebagaimana Nabi kata, ambil peluang, ambil kesempatan (ketika) masa kita sihat sebelum kita sakit,

"(ambil peluang) masa kita senang sebelum kita susah, masa kita lapang sebelum kita sibuk dan masa kita muda sebelum tua,"jelasnya.

Justeru, menurutnya, setiap pemuda Islam perlu mempunyai cita-cita menjadi seorang yang 'hebat' dalam pencapaian hidup masing-masing.

"supaya nantinya, apabila kita sebagai pemuda Islam ini adalah pemuda yang hebat dan apabila kita duduk dikampung, kita menjadi pemuda yang bermanfaat,

"bukan sahaja ke atas diri kita, (tetapi juga) kepada ibu bapa dan kepada orang kampung,"katanya.

Turut bersama Haji Yahaya dalam majlis tersebut adalah Penasihat Majlis Tindkan DUN Pengkalan Berangan Haji Mohd Deraman (Cikgu Mad Deraman).

Menurut Cikgu Mad, acara penyampaian hadiah pertandingan bolasepak tersebut adalah bersempena dengan program pimpinan PAS Kawasan Marang turun ke peringkat DUN.

"Penyampaian hadiah dalam majlis ringkas ini bersempena program pimpinan PAS Kawasan turun ke bawah, ke peringkat DUN,

"minggu ini di DUN Pengkalan Berangan ada dua kumpulan yang menziarahi penduduk miskin, orang kurang upaya dan warga emas (MOSWA),"katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Tindkan DUN Pengkalan Berangan, Ustaz Abdullah Suhaimi Zakaria berkata program ziarah MOSWA pada kali ini ditumpukan kepada Kampung Tok Fakir dan Kampung Pasir Putih

Menurutnya program mingguan itu merupakan program prihatin dam cakna PAS terhadap golongan yang kurang berkemampuan.

Katanya, sasaran ziarah tersebut adalah menyampaikan sedikit sumbangan kepada empat puluh buah rumah, bagi mengurangkan beban mereka menghadapi kesempitan hidup dalam musim tengkujuh.
Petikan Sinar Harian:


KUALA TERENGGANU – Pas menyifatkan kenyataan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengundurkan diri sebagai isyarat kepada golongan muda supaya meneruskan perjuangan parti.

Pengarah Penerangan Pas Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah percaya kenyataan itu bukanlah bermaksud Abdul Hadi tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Sebaliknya, beliau yakin, ia isyarat kepada ahli parti terutama golongan muda untuk bersiap sedia bagi meneruskan perjuangan dalam politik di negara ini.

“Kita rasa kenyataan be-liau sebelum ini bertujuan memastikan keyakinan dalam kalangan pelapis baru untuk meneruskan perjuangan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Sinar Harian bertarikh 12 November lalu bertajuk ‘Abdul Hadi sedia undur beri laluan muka baru’.

Memetik laporan tersebut, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan sedia mengundurkan diri bagi memberi laluan kepada muka baru yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Ditanya jika benar keadaan itu berlaku, Wan Sukairi menjelaskan bahawa Pas tidak bergantung pada kekuatan individu, sebaliknya memberi tumpuan terhadap prinsip perjuangan parti.

Mengulas lanjut, pemimpin yang tidak bertanding juga tidak akan hilang jawatan dalam politik dan tetap akan diberi kedudukan sesuai sebagaimana yang berlaku terhadap Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Harun Din.

“Tidak timbul isu apabila tidak bertanding akan hilang pengaruh. Dalam Pas, kita tidak pernah anggap apabila bersara, pemimpin tidak pegang apa-apa atau jawatan politik akan hilang. Pas tidak seperti Umno,” katanya.

Beliau bagaimanapun yakin, Abdul Hadi akan tetap bersama meneruskan perjuangan dalam parti.

Menurutnya, kepimpinan Abdul Hadi juga dilihat mampu membawa Pas ke arah lebih baik apabila kewibawaan beliau bukan sahaja diiktiraf di peringkat negeri dan negara tetapi juga antarabangsa.

“Keadaan ini terbukti apabila banyak negara luar menjemput beliau menjadi salah seorang pemimpin untuk memberi penerangan berhubung sesuatu isu peringkat global,” katanya.

Friday, November 25, 2011

Majlis Berkhatan Ramai-Ramai DUN BUkit Payong

Pada : 26, 27 dan 28hb November 2011

Tempat : PASTI Al- Huda, Kedai Buloh

Anjuran : Badan Kebajikan PAS DUN Bukit Payong

Perasmian Oleh : ADUN Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah


Majlis perasmian dan perarakan peserta pada 26hb November

Pada jam : 8.00 pagi

Bermula daripada PASTI al- Iman Bukit Payong

Thursday, November 24, 2011

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengumumkan bilik gerakan banjir telah dibuka di seluruh negara bagi menghadapi kemungkinan banjir kelak.

“Sukarelawan untuk membantu pasukan penyelamat yang akan bertugas semasa banjir sangat diperlukan,” kata setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Kenyataan beliau merujuk kepada laporan Jabatan Meteorologi Malaysia bahawa beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak akan menerima lebihan hujan di antara 20 peratus hingga 40 peratus daripada normal berbanding tahun lepas, di antara bulan November 2011 hingga Mac 2012.

Berdasarkan ramalan itu, dan sekiranya intensiti hujan yang tinggi turun dalam masa singkat, serta ditambah pula dengan keadaan air pasang, maka situasi banjir akan menjadi lebih buruk.

Negeri-negeri yang dijangka menerima hujan yang tinggi antara lain adalah negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, Kedah dan Sabah.

Fenomena air pasang besar pula diramalkan akan berlaku pada 25 Disember 2011 dan 23 Januari 2012

.“DPPM mengingatkan kepada negeri-negeri yang dijangka akan mengalami banjir besar ini supaya sentiasa berjaga-jaga terutama di musim hujan,” kata Khairul Faizi lagi.

Menurutnya, DPPM sudah siap terutamanya tenaga yang akan bertugas, tenaga penyelamat dan bantuan kecemasan.

DPPM juga, ujarnya siap menghulurkan tenaga bantuan dan kerjasama kepada pihak kerajaan untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

Beliau berkata, Bilik Gerakan Banjir dan Bencana Alam ditubuhkan di peringkat negeri.

Katanya, untuk mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi Pejabat Pentadbiran Dewan Pemuda PAS negeri-negeri.

Wednesday, November 23, 2011

Petikan The Malaysian Insider:

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Pemuda Pakatan Rakyat (PR) akan menerbitkan filem-filem pendek dalam usaha mengukuhkan lagi sokongan pengundi muda kepada parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin langkah ini merupakan langkah terbaru untuk menambat hati golongan muda selain dari menggunakan media baru seperti facebook, Twitter dan blog.

“Melalui filem pendek ini,kami akan menyampaikan maklumat kenapa kerajaan pusat perlu ditukar pada pilihan raya umum nanti,” katanya pada sidang akhbar bersama dengan Ketua Pemuda PAS dan Ketua Pemuda Sosialis DAP di sini.

Katanya lagi, sungguhpun pilihan raya umum kian hampir, usaha mendekati pengundi muda belum lagi terlambat.

Sebab itu, Shamsul Iskandar berkata AMK bersama Pemuda PAS dan DAP berganding bahu menjelajah seluruh negara mendekati pengundi muda secara bersepadu.

“Jika kita bergerak berasingan, mungkin kita tidak sempat mendekati mereka seramai mungkin. Sebab itu kita bergerak bersama secara bersepadu,” katanya yang yakin majoriti 40 peratus pengundi muda masih tetap bersama Pakatan Rakyat.

Namun begitu katanya, AMK tidak mahu berpeluk tubuh dalam keadaan selesa.

“Justeru, kami akan menjelajah ke seluruh negara mendekati pengundi muda supaya mereka terus memilih Pakatan Rakyat,” katanya.

Ini adalah kali pertama AMK, Pemuda DAP dan Pemuda PAS bergerak secara bersepadu menjelang pilihan raya umum ke-13.

Seramai 4.5 juta pengundi muda atau 38.8 peratus daripada 12 juta pengundi akan menentukan kemenangan parti yang bertanding dalam pilihan raya umum ke 13 sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

Peranan mereka amat penting dalam menentukan pembentukan kerajaan baru.

Kata Shamsul Iskandar lagi, buat kali pertama mereka akan menjelajah setiap bandar utama secara bersepadu dengan tiga Pemuda Pakatan Rakyat sekali gus supaya mesej perubahan sampai kepada pengundi muda untuk disebarkan kepada pengundi luar bandar.

Shamsul Iskandar berharap retreat di kalangan 60 ketua Pemuda Pakatan Rakyat pada 4 Disember ini di Shah Alam dapat memastikan bukan sahaja undi golongan muda bertahan, malah bertambah lagi.

Sementara itu Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan berkata, pihaknya akan mendekati seberapa ramai golongan muda termasuk mat rempit dan golongan penganggur supaya mereka dapat menerima perubahan melalui kerajaan baru.

Nasrudin menjelaskan, dalam menjelajah ke seluruh negara, mereka akan menggunakan pengangkutan awam seperti bas, komuter, LRT untuk menyampaikan mesej kepada golongan muda.

Thursday, November 17, 2011

PENGENALAN

Ramai pelajar mempunyai persepsi bahawa bahasa Arab itu SUSAH untuk dikuasai. Walhal, ia SENANG saja. Yang penting ialah teknik belajar yang betul. PAKEJ-PAKEJ 10 HARI AJAIB adalah untuk membawa anda ke landasan yang betul untuk BERJAYA dalam peperiksaan bahasa Arab.



Ù‡َÙŠَّا Ù†َتَعَÙ„َّÙ…ُ اللُّغَØ©َ العَرَبِÙŠَّØ©َ

PAKEJ-PAKEJ KURSUS YANG DITAWARKAN

Untuk maklumat selanjutnya lihat di sini :

http://insanberpotensi2.blogspot.com/

Wednesday, November 16, 2011

Oleh : Ustaz Mohd Nor Hamzah (Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu)

Bantuan RM100 kepada setiap pelajar :

Meneliti bantuan RM100 seorang kepada seluruh pelajar sekolah di seluruh negara telah secara amnya, adalah sesuatu yang positif. Pada zahirnya bantuan ini pastinya akan membantu ibu bapa dalam membuat persediaan persekolahan anak-anak tahun hadapan. Alhamdulillah ianya sudah hampir selesai dibahagikan kepada ibu bapa. Ini adalah perkara yang tersurat yang mudah dibaca oleh sesiapapun berkaitan hal ini.

Tidaklah menjadi salah bila kita berterima kasih jika apa yang dibuat memberikan kebaikan kepada rakyat marhaen kerana dasar Islam yang PAS pegang dan julang selama ini, mengikut al-Quran dan sunnah antaranya ialah membantu manusia yang dalam kesusahan.Kita juga percaya bahawa bantuan ini adalah sebahagian impak daripada rancangan ‘Negara Berkebajikan’ PAS yang dengan jelas telah memberikan tekanan kepada kerajaan. Dan yang lebih utama, hasil dari tekanan ini, rakyat kebanyakan mendapat laba.

Akan tetapi berapa ramaikah diantara kita yang membaca perkara yang tersirat berkenaan pemberian ini? Pada saya, ia adalah sesuatu yang pelik kerana penggunaan duit kerajaan perlulah disandarkan kepada sesuatu sebab yang munasabah disamping tidak terkeluar dari garis perundangan.

Dimanakah peliknya dalam hal pemberian bantuan ini? Peliknya ialah kenapa bantuan ini diberikan kepada semua pelajar dan tidak kepada pelajar yang miskin dan yang layak sahaja? Jika dikatakan ini sebagai bantuan atau subsidi, kenapa tidak disasarkan kepada golongan yang sepatutnya sahaja? Iaitu golongan yang benar-benar memerlukannya?

Adakah dinamakan bantuan kepada pelajar-pelajar yang ibu bapa mereka adalah orang-orang kaya-raya dan mereka ini (pelajar-pelajar) belajar di sekolah elit dan terpilih? Sudah pastinya yuran mereka mahal yang pastinya tidak mampu ditanggung oleh semua orang kerana hanya mereka yang kaya dan mampu sahaja akan menghantar anak-anak mereka ke sekolah berkenaan.

Bagi saya, saya melihat bantuan ini tidak lain hanyalah sebagai salah satu agenda politik BN menjelang pilihan raya umum ke 13 kerana ianya tidak kelihatan sampai keseluruhannya kepada golongan berpendapatan rendah. Sepatutnya golongan kaya menghulurkan bantuan kepada mereka yang tidak mampu bukan menerimanya. Apa makna semua ini? Sudah terang taktik yang mereka gunakan ini hanya semata-mata untuk memancing undi.

Kedai Rakyat 1 Malaysia :

Satu lagi projek kerajaan BN untuk rakyat, yang saya sangat yakin dan percaya, ianya untuk mengimbangi motto muktamar tahunan PAS yang lalu iaitu Membangun Negara Berkebajikan. Walaupun BN mendakwa mereka sudah lama menjadi kerajaan berkebajikan, tetapi semakin hari semakin banyak pula idea-idea kebajikan yang mereka lakukan setelah PAS memperkenalkan konsep Negara berkebajikan ini. Saya cuba mencari nilai positif dan negatif dalam isu ini.

Positifnya ialah melalui Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M), sepatutnya rakyat akan mendapat keuntungan melalui pengurangan kos keatas 250 jenis barangan sehingga 40% lebih murah di KR1M ini. 40% ialah satu jumlah yang banyak bagi mereka yang berpendapatan rendah. Daripada apa yang tersurat, kerajaan begitu prihatin kepada rakyat bawahan.

Akan tetapi disebalik gambaran indah yang tersurat itu, kelihatannya ada kehodohan yang tersirat iaitu hal-hal negatif, yang boleh dilihat jika kita menggunakan sedikit kebijaksanaan kita. Telah kelihatan kontorversi-kontroversi yang didedahkan oleh sesetengah pihak yang prihatin berkenaan perlaksanaan KR1M ini.

Contohnya seperti yang dibawakan oleh Nurul Izzah Anwar, Dr Dzulkefly Ahmad dan Tony Phua menunjukkan bahawa harga di KR1M tidaklah semurah seperti yang diwar-warkan. Antaranya harga peluntur didapati lebih mahal 60sen berbanding dengan pasaraya lain. Beliau juga memberikan senarai 23 jenis barangan yang dikatakan dari KR1M itu tidak semuanya murah, malah ada yang lebih mahal daripada pasaraya-pasaraya lain. Itu belum termasuk lagi dengan rungutan pengguna yang mengatakan barangan KR1M berkualiti rendah.

Dengan bukti-bukti yang telah diberikan oleh mereka, saya yakin dan percaya bahawa KR1M ini adalah salah satu lagi projek serampang yang banyak mata yang ingin direalisasikan oleh kroni-kroni BN. Bisnes yang mereka sedang lakukan sekarang ini mungkin boleh dikatakan sebagai bisnes untuk membina kekayaan melalui kroni-kroni dan produk-produk keperluan asas dengan harga murah.

Saya berharap agar rakyat faham dan peka dengan keadaan yang berlaku sekarang. Dengan pilihan raya umum semakin hampir, dan saya cuba menjelaskan taktik licik BN bagi memancing undi, supaya dapat dihidu oleh penyokong-penyokong PR dan rakyat Malaysia.

Saya tidak menyukai BN kerana mereka angkuh dan suka menyeleweng, (terbukti dalam laporan audit) dan mengakibatkan negara dan rakyat akan menanggung padah.

Sunday, November 13, 2011

Petikan Sinar Harian:



KUALA LUMPUR - Pemuda Pas mahu lebih ramai orang muda diberi peluang menjadi calon pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan berkata, mereka telah menyerahkan senarai calon mewakili pimpinan muda kepada Pas Pusat untuk dipertimbangkan.

Katanya, pilihan ini perlu, supaya semua pihak boleh menerima corak pentadbiran baru dan mengasah kepimpinan daripada golongan muda.

“Kita telah menyiapkan cadangan ke arah penambahbaikan sistem pilihan raya di negara ini,” katanya selepas menghadiri mesyuarat bulanan Pemuda Pas di ibu pejabat Pas di sini, semalam.

Menurutnya, bagi mewujudkan pelapis kepimpinan sedia ada, 40 peratus kepimpinan hendaklah diwakili orang muda.

“Cadangan berkenaan bukannya menidakkan kepimpinan sedia ada, sebaliknya untuk kebaikan dalam melaksanakan perubahan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai penerimaan pimpinan pusat, beliau berkata sehingga kini masih belum ada kata putus kerana pembahagian kerusi dibuat di peringkat pusat.

Sementara itu, mengulas me-ngenai sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC), beliau berkata, sesetengah pihak tidak perlu memberi ruang kepada jawatankuasa untuk membuat keputusan.

Nasruddin berkata, tindakan berkenaan boleh menjamin kelancaran perjalanan jawatankuasa yang diberi kepercayaan menangani penipuan di dalam pilihan raya.

“Itu pandangan daripada MCA di dalam PSC, kita tidak berhak memberikan ulasan mengenai isu berkenaan kerana ia adalah cadangan mereka.

“Bukan direalisasikan lagi. Mungkin akan ada perbincangan lanjut daripada anggota dalam PSC terhadap isu berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan pihak lain mengecam pandangan Ahli Majlis Tertinggi MCA, Datuk Ei Kim Hock yang enggan membenarkan rak yat Malaysia di luar negara mengundi.

Saturday, November 12, 2011

Marang : “Sepatutnya Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) gembira dengan penyertaan ramai pendakwah yang ingin menyebarkan agama Islam.

Akan tetapi sayangnya kebanyakan pejabat agama seolah-olah tidak selesa dengan senario terkini dan seperti membenci pendakwah-pendakwah serta bertindak seperti mengikut telunjuk pihak ketiga pula.

Jika salah apa yang diajar (oleh pendakwah-pendakwah itu), maka perbetulkan,” kata ADUN Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas isu berkaitan ‘zikir agung’ yang menyebut nama bekas pemimpin al-Arqam Ashaari Muhammad di sebuah asrama kebajikan di Puchong yang sehingga kini masih tidak diambil tindakan oleh Jais.

Sedangkan ketika bekas artis Bob Lokman sedang memberikan tazkirah, Jais dengan pantas bertindak menghalang beliau pada hari yang sama.

Waran tangkap kepada Bob Lokman juga telah dikeluarkan baru-baru ini atas kesalahan mengajar tanpa tauliah.

Semalam didalam laporan sebuah akhbar tempatan, bekas orang kanan al-Arqam Sheikh Hussien Sheikh Omar telah membuat laporan polis terhadap Pengarah Jais, Marzuki Hussin atas kenyataannya berhubung isu ‘zikir agung’ ini.

Dalam kenyataannya, Marzuki mendakwa pihaknya telah mengetahui mengenai ‘zikir agung’ ini sejak setahun yang lalu tetapi masih belum mengambil tindakan sehingga kini.

Bertolak dari kenyataan Marzuki itu, Sheikh Hussien mendesak agar Marzuki meletak jawatan atas kegagalannya bertindak kerana ini adalah isu akidah.

“Jais sudah mengetahui berkenaan isu ‘zikir agung’ ini sejak setahun lalu. Sampai bila mahu siasat perkara ini?” beliau dipetik sebagai berkata.

Sheikh Hussien yang juga Timbalan Presiden Persatuan Usahawan Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop) dilaporkan akan membawa perkara ini ke peringkat antarabangsa.

‘Zikir agung’ ini seperti yang dijelaskan oleh kakitangan asrama kebajikan itu, ialah menyebut-nyebut nama Abuya (Ashaari Muhammad) sebagai zikir selepas solat.
Mereka akan mengadu dan meminta pertolongan kepada Abuya dengan cara bertawassul.

Tambah Ustaz Mohd Nor lagi, sekiranya pendakwah-pendakwah ini tiada tauliah, maka berikan kepada mereka, sehingga terbukti penyelewengan agama telah dilakukan, barulah tindakan diambil.

Tetapi apa yang berlaku sekarang menurut beliau tindakan itu bagaikan salah diberi keutamaan diantara isu akidah dan isu tauliah.

“Jika hal seperti yang terjadi kepada saudara Bob berterusan, kita bimbang masyarakat akan membuat anggapan bahawa pejabat agama suka masyarakat menjadi jahil agama.

Jika tidak diselesaikan(tangkapan terhadap pendakwah-pendakwah tanpa tauliah), kita bimbang masyarakat akan terus tinggal dalam keadaan batil.

Dan yang paling kita tidak mahu, takut-takut ialah tindakan-tindakan ini dibayangi oleh tangan-tangan politik di belakang Jais,” kata Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu itu mengakhiri perbualan.
Petikan Sinar Harian:


Kuala Terengganu – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan pilihan raya umum lebih awal bagi memberi peluang kepada pengundi membuat penilaian.

Ketuanya, Mohd Nor Hamzah berkata, penetapan tarikh lebih awal juga melambangkan sistem demokrasi yang diamalkan dalam negara lebih telus selain memberi peluang kepada semua pihak bersiap sedia.

Menurutnya pilihan raya adalah perkara yang besar dan tidak harus disembunyikan daripada pengetahuan umum dengan mengadakan pilihan raya secara mengejut.

“Perkara ini menjadi persoalan besar kepada masyarakat yang sepatutnya ditentukan awal supaya masyarakat boleh berfikir dan membuat penilaian kerana mereka mempunyai hak memilih,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini.

Bagaimanapun, Mohd Nor menjelaskan bahawa tarikh pilihan raya di negara ini tidak pernah diumumkan lebih awal, sebaliknya pilihan raya mengejut bertujuan memberi kelebihan kepada satu pihak.

Mengulas mengenai ramalan pembangkang mengenai tarikh pilihan raya yang dijangka berlaku tahun ini, beliau berkata PAS bersedia bila-bila masa sahaja menghadapi kemungkinan tersebut.

Pihaknya tetap menyerahkan perkara berhubung tarikh sebenar pilihan raya kepada Najib.

Bagaimanapun beliau tidak menolak pilihan raya boleh berlaku bila-bila masa sahaja termasuk musim banjir memandangkan Kelantan dan Terengganu dijangka mengalami banjir besar tahun ini.

Berdasarkan sejarah katanya, pilihan raya di negara ini pernah berlaku pada musim haji, namun menjelaskan Umno sebenarnya mendapat pandangan tertentu untuk memastikan pilihan raya menyebelahi mereka.

“PAS bersedia bila-bila masa dan melihat suasana ketika ini, banyak isu berlaku termasuk laporan audit yang didedahkan baru-baru ini di Parlimen,” katanya

Wednesday, November 9, 2011



Marang: Keceluparan Choi Soi Lek semakin menjadi-jadi kebelakangan ini dengan pelbagai kenyataannya yang merapu.

Terbaru dia telah menyatakan orientasi seks adalah perkara peribadi sama seperti agama, seseorang bebas memilih selagi tidak mencederakan orang lain.

"Sekiranya, mereka mahu anjurkan ini (Seksualiti Merdeka) dalam suasana ‘low-profile’, saya tidak lihat mengapa ini tidak boleh dilakukan.

"Bagaimanapun jika mereka mahu menganjurkannya untuk tempoh masa yang lama, ia akan menyebabkan ada yang tidak bersetuju,” Chua dipetik sebagai berkata kepada pemberita di ibu pejabat MCA baru-baru ini.

Beliau dilaporkan membuat kenyataan itu dalam satu sidang media sebagai mengulas isu penganjuran Seksualiti Merdeka yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini.

Sementara itu, Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah mendesak Umno dan parti-parti komponen BN agar menyingkirkan MCA dari BN.

Ini penting menurut beliau agar Umno yang mendakwa kononya mereka sebagai parti yang mempertahankan Islam tidak dilihat seperti diperkudakan MCA.

“Umno kena tunjuk sikap tegas mereka. Sudah beberapa kali MCA mengeluarkan kenyataan yang menghina terutama kepada Islam.

Lihat isu hudud, isu bersalaman antara bukan mahram. Ini semua adalah kenyataan yang menghina Islam secara sedar.

Dan kenyataan terbaru beliau ini pula menyamakan pilihan seks, samada sah atau tidak, songsang atau betul sama dengan memilih agama.

Dia sudah menghina bukan sahaja Islam tapi juga agama lain kerana tiada satupun agama diatas dunia ini membenarkan seks bebas atau songsang,” tegas beliau.

Bagi beliau, hal seperti ini akan berterusan berlaku kerana Umno tidak bersedia memberi teguran mahupun amaran kalaupun tidak mahu mengambil tindakan tegas kepada parti-parti komponen BN yang diketuai oleh Umno.

Tuesday, November 8, 2011

Petikan Malaysiakini:



Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 November. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.

“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.

Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.

“Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.

“Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya lagi.

Friday, November 4, 2011

Petikan : Malaysiakini

Oleh : Dr Syed Azman Syed Ahmad (ADUN Batu Burok)
11:30AM Nov 4, 2011

Saya berkesempatan meneliti Laporan Ketua Audit Negara yang melibatkan negeri Terengganu bagi tahun 2010.

Laporan yang dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) itu merangkumi penyata kewangan dan pengurusan kewangan jabatan serta aktiviti jabatan dan pengurusan syarikat kerajaan.

Seperti yang disarankan oleh ketua audit negara, kerajaan negeri perlu merancang perbelanjaan dengan cekap dan berhemah selaras dengan dasar kerajaan negeri tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan dan pembangunan ekonomi negeri.

Antara yang perlu diberikan perhatian adalah laporan penyata kewangan yang masih memberi gambaran bertapa tingginya ‘perbelanjaan tahunan’ kepimpinan Datuk Sri Ahmad Said, berbelanja dengan tanggunggan ‘defisit’ (lebihan perbelanjaan) yang masih berada di tahap yang amat tinggi:

i. Perbelanjaan mengurus kerajaan Terengganu pada tahun 2010 antara yang tertinggi di seluruh negara iaitu RM 1,690.22 juta. Jumlah ini jauh lebih tinggi berbanding dengan negeri-negeri maju seperti Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

ii. Kedudukan kewangan kerajaan negeri pada tahun 2010 di bawah akaun hasil disatukan mencatitkan surplus sejumlah RM202.73 juta namun baki defisit terkumpul masih berada di tahap yang amat tinggi iaitu RM 496.28 juta.

iii. Kerajaan negeri mengalami penurunan wang tunai sejumlah RM166.79 juta atau 69.4 peratus menjadi RM73.66 pada tahun 2010 berbanding RM240.45 juta pada tahun 2009.

iv. Penyumbang utama hasil kerajaan negeri bagi tahun 2010 masih lagi ‘Terimaan Dana Khas daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1,600 juta. Ini hasil ‘royalti minyak’ yang disalurkan dalam bentuk bantuan dana khas.

'Pengkhianatan & penyelewengan'

Analisis Audit juga mendapati pada tahun 2010, pejabat menteri besar dan setiausaha kerajaan negeri mencatitkan perbelanjaan paling besar iaitu berjumlah RM845.65 juta.

Ini merupakan peningkatan perbelanjaan sejumlah RM280.31 juta atau 49.6 peratus berbanding tahun 2009 yang berjumlah RM565.34 juta.

Peningkatan ini adalah bagi membiayai perbelanjaan pembangunan seperti berikut:

i. Kompleks Istana Baru di Bukit Chendering Kuala Terengganu berjumlah RM104.02 juta.
ii. Pembinaan jalan dan jambatan dari Jeram ke Kg Tok Kong berjumlah RM80 juta.
iii. Kemudahan prasarana penbangunan serta pembasmian kemiskinan berjumlah RM120 juta.

Begitu juga dengan aktiviti pembalakan di negeri Terengganu. Laporan audit mendapati berlakunya peningkatan aktiviti pengeluaran kayu balak yang amat ketara iaitu sejumlah 255,748 meter padu daripada 304,388 meter padu pada tahun 2009 kepada 560,137 meter padu pada tahun 2010.

Manakala hasil rayolti kayu kayan yang diperolehi oleh kerajaan negeri pada tahun 2010 adalah amat rendah iaitu RM7.07 juta sahaja. Ya, balak-balak ini untuk apa dan untuk siapa?

Laporan audit juga mengesan beberapa kelemahan yang ketara dalam perancangan, perlaksanaan dan pemantauan oleh jabatan/agensi negeri pada tahun 2010.

Antara kelemahan yang ditemui seperti berikut: Kelewatan pengagihan bantuan kepada pelajar, imbuhan tetap perumahan dan bantuan sara hidup yang masih dibayar kepada pegawai yang menduduki kaurters kerajaan, dokumen teknikal yang tidak dibekalkan, tunggakan bayaran balik pinjaman, tunggakan hasil air, kelewatan menyiapkan pembinaan bangunan dan pambinaan lebuh raya tidak disiapkan mengikut jadual.

Namun ‘pengkhianatan dan penyelewengan’ yang paling ketara adalah program bantuan pakaian dan alatan sekolah antara tahun 2008-10 berjumlah RM28.47 juta.

Kajian audit mendapati bahawa proses rundingan harga tidak mematuhi garis panduan dan kontrak formal antara kerajaan dan pembekal tidak ditandatangani.

Begitu juga dengan proses pengedaran yang tidak sampai kepada sasaran pelajar-pelajar dari keluarga miskin.

Tiada pilihan! Seluruh warga Terengganu yang sayangkan ‘negeri cantik budaya menarik’ ini mesti berusaha keras menolak secara ‘total’ kepimpinan Ahmad Said yang terus berbelanja besar ditengah-tengah kesempitan dan keperitan hidup golongan marhaen yang hanya mengharapkan sesuap nasi bagi menampung keperluan keluarga yang miskin.

Tuesday, November 1, 2011


Marang : Kalau dahulu antara lirik lagu nyanyiannya ialah “Andaikan matahari terbit dari barat, tak akan goyah cintaku kepadamu…”

Lirik ini telah mencetuskan kontroversi dan mendapat teguran dari Mufti Perak Tan Sri Harussani kerana ketika suasana hari kiamat (matahari terbit dari barat) masih mahu bermain cinta.

Itu kisah lebih 15 tahun dahulu. Sekarang dengan penampilan yang masih bertenaga tetapi dalam kawalan lunas-lunas Islam, Iwan Syahman (kiri) sudah tidak menoleh kebelakang lagi.

Baginya ketika zaman dangdutnya, dia hanya mahu berhibur dan menghiburkan peminat tanpa mempedulikan batas-batas yang harus dia jaga sebagai seorang muslim.

Itulah antara pengakuannya ketika mengadakan persembahan di sebuah restoran dekat sini malam tadi.

Dengan suaranya yang masih lunak, dia menghiburkan hadirin di restoran itu dengan tiga buah lagu nasyid yang liriknya tidak lagi memuja-muja cinta wanita akan tetapi yang menzahirkan cintanya kepada Allah.

Beliau kemudiannya menyambung persembahannya di tapak ceramah isu semasa di Kampung Gong Kubur kira-kira dua kilometer dari situ bersama penceramah jemputan Ustaz Suhaimi Saad dan Ustaz Mohd Nor hamzah.

Sementara itu Ustaz Suhaimi Saad dalam ceramahnya mempertikaikan cara BN menguruskan Negara yang mana menurutnya amat menyedihkan jika dinilai dari laporan audit oleh Ketua Audit Negara.

Antaranya ialah persoalan mengapa kereta rasmi kerajaan Negeri Terengganu boleh mengisi minyak sebanyak tiga kali dalam masa selang tiga minit dengan jumlah kesemua isian itu melebihi maksima tangki.

Ada juga dengan kereta kerajaan negeri yang sudah masuk dalam kategori dilupuskan tetapi masih menjalani proses penyelenggaraan.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Pahang berkata rakyat juga harus sedar dengan cubaan menipu dari kerajaan BN apabila mengatakan yuran persekolahan dilupuskan.

Sedangkan menurutnya ketika zaman Pak Lah, yuran sekolah sudahpun diisytiharkan lupus.

“Ni berapa kali nak lupus ni ? “, tanya beliau disambut dengan gelak ketawa hadirin.

Ceramah yang diberi nama PAS Ganti Umno, Nasyid ganti Dangdut itu diakhiri dengan persembahan nasyid oleh Iwan Syahman.
Alhamdulillah semalam YB Ustaz Mohd Nor telah mengadakan program ziarah dan pemberian sumbangan bagi mendekati penduduk kawasan DUN BUkit Payong.



Salah seorangnya ialah Mak Ngah yang tinggal di Kampung Surau Haji Mat Zin.Mak Ngah telah dua tahun lebih menghidap sakit kencing manis.



Akan tetapi keadaannya semenjak dua bulan lalu semakin teruk sehingga menyebabkan jari kakinya terpaksa dipotong dan mengalami kesukaran untuk bergerak.


Beliau dan keluarga mengucapkan ribuan terima kasih atas keperihatinan Ustaz Mohd Nor yang datang untuk bertanya khabar mereka.


Sebuah lagi keluarga yang diziarahi ustaz ialah keluarga allahyarhamah Suriani Yahya yang meninggal kerana terbakar teruk baru-baru ini.



Allahyarhamah meninggalkan dua anak lelaki yang masih kecil tiga dan lima tahun.



Suaminya masih dalam tahanan polis bagi membantu siasatan dan anak-anak itu sekarang tinggal sementara bersama ibu saudara mereka di Kampung Wakaf Pak Ya, Gong Kubur.



Allahyarhamah 28, meninggal selepas 10 hari berada di (Unit Rawatan Rapi) ICU dalam kejadian kebakaran itu.




Wednesday, October 26, 2011

Disini kami merangkumkan sebahagian besar laporan audit yang disiarkan oleh Ketua Audit Negara yang secara terperinci menjelaskan beberapa kepincangan yang telah dilakukan oleh pihak pengurusan kerajaan.

Kita memandang secara serius hal ini kerana menggunakan wang rakyat secara tidak amanah.Kita tidak sepatutnya berdiam diri terhadap perkara ini.

Bukan pertama kali laporan audit menyiarkan penyelewengan wang rakyat malah sudah acap kali, akan tetapi hal ini terus berlaku. Kenapa?

Anda baca dan anda fikirkanlah sendiri demi masa depan anak cucu kita.

Antara kepincangan didalam Laporan Audit Negara yang dibentangkan ialah :

1. Tenaga Nasional Berhad (TNB) membelanjakan RM770,000 untuk membekalkan tenaga elektrik kepada sebuah rumah di bawah Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), dedah Laporan Ketua Audit Negara.

Menurut laporan projek BELB, dana itu sepatutnya bagi membekalkan elektrik kepada 17 buah rumah di sebuah kampung di Indera Mahkota, Pahang.

Bagaimanapun lawatan audit ke tapak berkenaan mendapati hanya terdapat sebuah unit rumah di kampung itu. Laporan Audit 2010 juga mendedahkan bahawa TNB meluluskan projek bernilai RM65,193 bagi membekalkan elektrik kepada lima buah rumah terbengkalai di sebuah kampung di Bera, Pahang.


2. Pihak kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam telah terlebih membayar RM4.66 juta sebagai pencen kepada pesara dan waris mereka di antara 2007 dan 2010.

Daripada jumlah itu, RM2.57 juta telah terlebih bayar kepada 1,975 kakitangan awam yang telah meninggal dunia. Hanya RM850,000 berjaya dikutip semula daripada 965 waris mereka.

Baki, RM1.72 juta, yang perlu dituntut daripada 1,010 yang lain, masih belum dituntut sepenuhnya. Seramai 206 individu lagi membayar balik secara ansuran bulanan bagi jumlah RM390,000.

Ini berlaku walaupun terdapat sistem komputer bersepadu yang dikenali sistem Power - Pensions Online Workflow Environment - untuk mengemas kini rekod kematian yang diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

3. Projek komputer sekolah di Sabah gagal

Projek makmal komputer sekolah harian di Sabah yang bernilai RM160.74 juta yang bertujuan membina bangunan, membekalkan dan pemasangan perabot dan peralatan ICT didapati telah gagal mencapai objektifnya, dedah Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Ini kerana hanya dua daripada 300 makmal komputer sahaja yang dapat digunakan manakala lawatan audit ke SK Kepayan, Kota Kinabalu, mendapati stok peralatan ICT yang dibekalkan hampir tiga tahun lalu masih tidak digunakan.

“Peralatan ICT didimpan di dalam kotak asalnya dan tidak diagih. Keadaan ini berlaku kerana 99.3 peratus makmal yang dibina gagal disiap dan diserahkan mengikut tempoh yang ditetapkan.

“Adalah juga didapati sebahagiannya telah mengalami kerosakan fizikal akibat daripada serangan anai-anai,” petik laporan itu.

Projek makmal komputer yang ditugaskan kepada syarikat TimeCom Holdings Sdn Bhd itu sepatutnya bermula pada 31 Oktober, 2006 tetapi tellah mengalami kelewatan yang berpanjangan dan hanya siap pada 30 April, 2008.

4. Projek pembinaan Kem Muara Tuang, Sarawak yang selesai pada Februari tahun lalu, masih belum lengkap dan beberapa kecacatan serta kepincangan mula terserlah, kata Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Menurut laporan itu, hanya 95.7 peratus berjaya disiapkan meskipun kerajaan telah membenarkan tiga kali lanjutan tarikh akhir untuk projek bernilai RM214.43 juta.

Pasukan audit juga mendapati kerja-kerja dijalankan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Antaranya, kayu yang tidak berkualti digunakan, kecaccatan kerja-kerja konkrit, kerja lepaan simen yang nipis dan bahan-bahan kalis air mula tertanggal.

“Berdasarkan pemerhatian tersebut, pihak Audit telah memberi teguran kepada perunding/kontraktor dan pada bulan Mac 2011, Tim Projek memaklumkan bahawa tindakan telah diambil oleh kontraktor untuk membaiki kerja tersebut.

“Sekiranya kerja yang tidak mengikut spesifikasi/tidak berkualiti yang dibangkitkan tidak diperbaiki, pihak Audit akan mengesyorkan kepada Kementerian supaya nama perunding dan kontraktor ini disenaraihitamkan,” petik laporan itu.

Kontraktor berkenaan Konsortium Jendela Hikmat Sdn Bhd (JHSB) juga didapati belum membayar bon pelaksanaan RM10.72 juta, seperti yang dikehendaki oleh Kementerian Kewangan untuk projek-projek yang bernilai melebihi RM200, 000.

5. Di Sarawak pula, pasukan Audit mendapati pembinaan penjara baru Kuching, yang bertujuan menggantikan penjara uzur di Jalan Penrissen yang dibina pada tahun 1882, hanya siap kira-kira lapan tahun selepas tarikh permulaan projek itu pada 6 Mei 1997.

“Pelaksanaan projek pembinaan penjara baru Kuching adalah tidak memuaskan kerana projek yang sepatutnya siap dalam tempoh 3 tahun 3 bulan telah mengambil masa 11 tahun 2 bulan.

“Selain daripada kelewatan pelaksanaan projek oleh kedua-dua kontraktor, proses pelantikan kontraktor kedua untuk membaik pulih dan membina semula penjara baru telah mengambil masa 2 tahun 7 bulan,” kata laporan itu lagi.

Walaupun membabitkan kos lebih tinggi, namun saiz penjara telah dikurangkan daripada 103 blok ke 65 blok dan hanya mampu menampung 1,366 banduan dan kakitangan penjara serta bukannya, 2,665 seperti mengikut perancangan asal.

6. Laporan Ketua Audit Negara 2010, berhubung pengauditan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati beberapa kontraktor telah membina lebuhraya Senai-Desaru di beberapa bahagian dengan turapan Dense Bituminous Macadam (DBM) yang kurang daripada ketebalan minimum 95 mm.

“Lawatan Audit pada bulan Oktober 2010 juga mendapati kualiti kerja pembinaan lebuh raya kurang memuaskan.

“Mengikut spesifikasi kontrak, ketebalan minumun turapan DBM yang dibenarkan adalah 95 mm manakala ketebalan turapan DBM mengikut lukisan Approved Detail Design adalah 100 mm,” petik laporan itu.

Menurutnya laporan itu lagi, ketebalan paling rendah yang dicatatkan adalah 72 mm manakala bacaan tiga lagi ujian yang dijanlankan menunjukkan ketebalan - 81 mm, 89 mm dan 79 mm.

“Permukaan jalan didapati beralun dan tidak rata di sepanjang lebuh raya bagi Pakej 1 dan 2. Selain itu, beberapa bahagian permukaan lebuh raya telah rosak, kasar dan berlubang walaupun baru setahun dibuka kepada pengguna.”

Ia juga mencatatkan bahawa Pakej 3 iaitu pada kilometer 77, tidak siap mengikut masa pada 18 Julai 2008 dan terpaksa dilanjutkan sebanyak tiga kali sehingga 31 Disember, 2010, kerana kontraktor utamanya menghadapi masalah kewangan, kenaikkan harga barangan yang digunakan dan masalah cuaca.

Bagi Pakej 3 juga, kontraktor sepatutnya membina ‘pelindung sungai’ atau river protection bagi menghalang hakisan kerana projek itu merentasi lima batang sungai.

“Bagaimanapun, pihak Audit mendapati river protection di tebing jambatan lima sungai tersebut masih belum dibina. Keadaan tebing jambatan yang belum dibina river protection adalah di Sungai Layau dan Sungai Papan.

“Reventment Protection perlu dibina bagi mengelakkan hakisan tanah di kawasan yang telah ditentukan di sepanjang lebuh raya. Pihak Audit mendapati syarikat konsesi belum membina reventment protection di kedua-dua arah lebuh raya,” kata laporan itu lagi.

7. Lapan belas daripada 23 kuda baka khas yang dibeli oleh Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak terpaksa diagihkan kepada pelbagai jabatan kerajaan kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 itu gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre Internationale.

Lima kuda lain - yang dinamakan Edenfels Zephyr, Blue Bronco, Amira Alborada, Navidad, Brookleigh Kentara, bagaimanapun didapati layak dan bertanding pada pertandingan World Endurance Championship.

Pemilihan itu dibuat oleh jawatankuasa direktorat World Endurance Championship, yang diketuai oleh ketua pengarah Institut Sukan Negara (ISN), termasuk doktor veterinar, pegawai teknik dan pengurus projek.

Harga 23 kuda itu berjumlah RM5.66 juta dan dibuat melalui rundingan terus tanpa kelulusan Kementerian Kewangan, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.


8. Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan RM56,350 bagi sepasang ‘binokular marin’ atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940, dedah Laporan Ketua Audit 2010.

Jabatan itu juga membayar jumlah yang sama bagi sepasang binocular visi malam jenama Bushnell, atau 1,893 peratus lebih tinggi daripada harga sebenar RM2,827.


Ia juga didapati ‘terlebih bayar’ RM38,470 dan RM13,918 bagi set radar Colour Marine berharga RM8,255 dan sebuah TV LCD dengan pemain cakera DVD bernilai RM16,100 dan RM2,182 masing-masing.

Barangan lain termasuk:
• Komputer riba dan pencetak warna berharga RM3,428 pada harga RM11,845 (lebihan 246 peratus)
• Hand-held portable VHF Transceiver berharga RM1,561 pada harga RM4,324 (lebihan 177 peratus)


“Semakan Audit mendapati tiada bukti JTLM telah membuat kajian pasaran sewajarnya. Bagaimanapun pihak JTLM mempunyai anggaran harga jabatan yang tidak dapat dikenal pasti asas perkiraannya.

“Analisis Audit mendapati perbezaan harga yang ketara antara 177 peratus hingga 2,805 peratus terhadap kadar harga yang ditetapkan dalam kontrak berbanding anggara harga pasaran,” petik laporan itu.


9. Di sebalik membelanjakan peruntukan RM54 juta untuk menyediakan kursus latihan bagi golongan miskin tegar, Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan wang untuk mendapatkan peralatan tertentu - seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.

Laporan Audit 2010, yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, menyatakan bahawa dana yang disediakan di bawah program rangsangan ekonomi kedua untuk membantu golongan miskin meningkatkan pendapatan mereka.

Berikut beberapa barang yang dilaporkan dalam laporan berkenaan:
• Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419, untuk membuat roti dan pastri bagi kursus di Kelantan
• Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100
• Dapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90
• Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan bukannya RM79
• Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60

Katil boleh lipat itu digunakan untuk kursus urutan secara tradisional bagi ibu selepas bersalin dan mesin gunting rambut digunakan untuk kursus menggunting rambut.

Laporan tersebut mencatatkan bahawa sebahagian besar pembelian dibuat melalui rundingan terus, tidak melalui tender terbuka - dan tanpa kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

Prosedur operasi standard tidak dibentangkan sebelum lembaga pengarah MARA meluluskannya, kata laporan itu.

Laporan itu juga memberi komen bahawa Giatmara perlu menyatakan prosedur operasi standard secara mendalam dan terperinci bagi program yang hendak dijalankan di seluruh negara.

10. Beli peralatan, bekalan eletrik tiada. Laporan itu turut mencatatkan pembelian beberapa peralatan untuk peserta kursus yang dibuat tanpa mengambil kira keperluan yang betul.

Sebagai contoh, di Kapit, Sarawak, ketuhar dan mesin jahit disediakan tetapi tiada bekalan elektrik di pusat latihan tersebut.

Laporan itu juga mencatatkan beberapa peralatan termasuk pengadun dan pengisar yang dibeli di bawah tahap keupayaan sebenar untuk digunakan mengadun kek dan oleh itu, ia tidak boleh digunakan.

Giatmara juga membeli pengisar untuk mencampur makanan ikan dengan spesifikasi yang rendah dan peserta kursus boleh secara mudah mendapat makanan ikan di Perak.

Laporan Audit Negara mencadangkan Giatmata membuat penilaian sesuatu peralatan yang hendak dibeli mengikut kapasiti dan kesesuaian bagi mencapai hasratnya.

11. Empat puluh peratus daripada syarikat-syarikat yang dikawal oleh Kementerian Kewangan - atau 19 daripada 47 syarikat-syarikat seumpama ini mengalami kerugian pada tahun 2009, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Jumlah kerugian hampir mencecah RM0.71 bilion, tetapi oleh kerana 28 syarikat lain berkenaan mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM93.06 bilion, keuntungan sebelum cukai keseluruhan 47 syarikat tersebut adalah berjumlah RM92.35 bilion.

"Jumlah ini menunjukkan penurunan sebanyak RM3.83 bilion berbanding dengan keseluruhan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM96.18 bilion pada tahun 2008," kata laporan itu.

Antara syarikat-syarikat yang menyaksikan prestasi cemerlang, adalah Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Bank Pembangunan Malaysia Bhd dan syarikat hartanah Cyberjaya, Cyberview Sdn Bhd.

Tiga syarikat yang mencatatkan kerugian terbesar adalah syarikat pengendali pengangkutan awam Syarikat Prasarana Bhd (Prasarana), Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan Aset Global Network Sdn Bhd.


12. Risda Plantation Sdn Bhd diarah mengambil tindakan undang-undang ke atas tujuh kakitangannya — pegawai pembeli — yang tidak memulangkan RM1 16 juta yang disalurkan untuk tujuan pembelian komoditi kata laporan Ketua Audit Negara 2010.

Menurut laporan itu semakan mendapati wang pendahuluan RM1 16 juta itu untuk pembelian komoditi yang diberi kepada tujuh kakitangan Risda Plantations antara 2001 dan 2005 tidak dipulangkan.

“Pihak Audit berpendapat Risda Plantation perlu mengambil tindakan sivil terhadap tujuh kakitangan untuk menuntut semula wang pendahuluan tersebut ” kata laporan itu.

Laporan itu menambah kes itu membabitkan enam kakitangan cawangan Kuala Kangsar yang dikesan pada 201 dan seorang lagi di cawangan Machang yang dikesan pada 2005.


13. Bumbung Stadium Nasional Bukit Jalil pusat sukan yang menjadi lokasi nadi Sukan Komanwel 1998 telah tamat tempoh jaminan tiga tahun lalu dan memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan segera demi keselamatan dan keselesaan pengguna kata laporan Ketua Audit Negara 2010.

“Semakin Audit mendapati bumbung stadium tersebut telah tamat tempoh jaminan pada 2008 dan masih digunakan sehingga kini “

Sebahagian besar bumbung didapati telah terkoyak dan skru kabelnya longgar dan berkarat ” kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dalam laporannya dikeluarkan hari ini.

Katanya masalah itu antara lain berpunca daripada kelewatan dan ketiadaan kelulusan mendapatkan peruntukan daripada kerajaan.

Selain Stadium Nasional Stadium Putra Bukit Jalil juga berhadapan dengan masalah mendapatkan peruntukan.

Tanpa merujuk kepada mana-mana kes sebelum ini Ambrin berkata tindakan segera perlu diambil bagi mengelakkan insiden bumbung stadium runtuh Terengganu menyaksikan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh dua tahun lalu.

13. Laporan Ketua Audit Negara 2101 mendapati bahawa bekalan air terawat ke kantin sepuluh sekolah rendah mengandungi tahap bakteria dan logam yang tidak selamat untuk diminum.

Penemuan ini berdasarkan ujian air tawar, yang dijalankan pasukan audit ke atas air yang telah dirawat dan air paip ke kantin di 13 buah sekolah.

Air yang digunakan di kantin SK Kg Kudong, Segamat; SK Sejagong, Batu Pahat didapati mengandungi kehadiran bakteria seperti Total Coliform dan E Coli yang tinggi.

“Pihak KKM memanadang berat pelanggaran paarmeter bakteria dalam air terawat yang dikesan dalam kajian ini kerana kehadiran bakteria seperti Total Coliform dan E Coli dalam air minum boleh menyebabkan wabak penyakit bawaan air seperti kolera, tifoid dan hepatitis A sekiranya air yang tercemar diminum secara terus dan berterusan,” petik laporan itu.

Air yang dianggap selamat untuk diminum tidak seharusnya mempunyai sebarang Coliform dan E Coli manakala paras 6.5 hingga 9 pada skala pH.

Sekolah-sekolah lain yang disenaraikan mempunyai tahap 'terlalu tinggi' bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan, adalah:
• SRJK (T) Ladang Lambak, Kluang
• SMK Alor Pasir, Tanah Merah
• SK Lata Rek, Kuala Krai
• SK Juara, Rompin
• SK Luat, Lenggong

Keputusan dari SK Benggol Petai, Pasir Mas dan SK Kuala Koyan, Kuala Lipis juga menunjukkan tahap 'terlalu tinggi’ untuk kiraan bakteria Coliform.

ARKIB