Saturday, June 25, 2011

Marang 25 Jun : Seorang bapa dari Alor Star bercadang untuk menyaman Jabatan Bomba dan Penyelamat kerana telah mengarah membotakkan kepala anak perempuannya ketika menjalani latihan di Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai di Marang, Terengganu pada 2 Mei lalu.

Mengikut laporan Sinar Harian, bapa pelatih terbabit Othman Long 63, yang juga pesara Jabatan Kastam Diraja Malaysia sudahpun mengemukakan bantahan melalui surat pembaca di dalam sebuah akhbar pada 16 Mei lalu

Maklum balas yang diterimanya dari Jabatan Bomba dan Penyelamat pada 27 Mei hanya menyatakan bahawa pihaknya memberi jaminan akan menyemak ukuran rambut sesuai bagi pelatih wanita supaya memenuhi kehendak keselamatan latihan.

Beliau merasa kesal kerana tiada permohonan maaf secara rasmi yang dilaporkan dari pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, sedangkan menurut Othman, tiada dinyatakan dalam surat tawaran pelatih wanita wajib membotakkan kepala.

Mengulas isu ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah juga turut kesal dengan apa yang terjadi dan menegaskan adalah haram perbuatan yang menyamakan perempuan dengan lelaki.

Beliau yang dihubungi sebentar tadi juga yakin dan percaya bahawa perkara yang berlaku ini adalah kesan dari sistem bukan Islam yang dipertahankan Umno dan sekutunya yang tidak sensitif dengan hukum hakam

“Tidak dapat diterima perbuatan seperti ini kerana haramnya hal ini memang sudah dimaklumi oleh semua orang.

Maka saya sangat berharap supaya semua orang sedar bahawa memang sudah masanya Umno kena diganti oleh PAS yang sentiasa mempertahankan Islam,” tegasnya diakhir pesanan ringkasnya

Sumber : Buletin Online


KUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu tidak gentar dan bersedia berdepan dengan mana-mana 'samseng' yang mengugut pemimpin-pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat.

Ketuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata amalan 'ugut-mengugut' adalah bercanggah dengan Islam dan nilai-nilai demokrasi.

"Kami pemuda PAS tidak takut (kepada sesiapa) melainkan kepada Allah, InsyaAllah, pemuda PAS akan mempertahankan mereka yang dizalimi,"katanya dalam pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada Buletinonline.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian 'ugutan bunuh' pemimpin PAS, Pakatan Rakyat dan BERSIH yang diterima melalui SMS lewat malam semalam dan awal pagi ini.

Ustaz Mohd Nor turut mendakwa, amalan ugut mengugut tidak ada dalam PAS tetapi ia sudah menjadi kelaziman kepada sesetengah perangai pemimpin Umno.

Ugutan 'bunuh' tersebut sebagaimana dipetik berkata “kalau perhimpunan (BERSIH) ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengokla nanti."

Oleh itu, beliau menyeru supaya seluruh Pemuda PAS di negeri Terengganu untuk turun beramai-ramai menghadiri Himpunan Aman BERSIH 2.0 yang akan diadakan pada 9hb Julai bagi mempertahankan pemimpin PAS, Pakatan Rakyat dan sesiapa sahaja yang dizalimi.

"Ugutan bunuh didakwa akan dibuat ketika Himpunan BERSIH maka wajib kita turun beramai-ramai untuk mempertahankan pimpinan,"jelasnya.

Sebelum ini, beliau menganggarkan kir-kira 50,000 pemuda dan ahli PAS Terengganu akan menyertai Himpunan bagi menuntut pilihanraya yang adil dan bersih itu.

Beliau turut mendesah supaya pihak polis menjalankan sisatan dan mengambil tindakan dengan segera kepada 'dalang' yang menghantar ugutan bunuh tersebut.

Sunday, June 19, 2011

Titian Baru 18hb Julai : Keazaman Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk mengadakan perhimpunan aman bagi mendesak kerajaan melakukan baikpulih keatas sistem pilihanraya di Malaysia benar-benar menyesakkan Umno.


Mulanya mereka mendakwa beberapa peniaga yang mendakwa mengalami kerugian ketika perhimpunan itu pertama kali diadakan pada 2007 kemudian mereka mengugut untuk guna Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


Setelah semuanya gagal menggoyangkan tekad penganjur, maka kini mereka mula menggunakan agama sebagai bahantara untuk mengelirukan masyarakat.


Ini jelas dengan tersiarnya tulisan dari Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Aziz Jamaludin Mhd Tahir (kiri) mendakwa Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini bertentangan dengan nilai dan etika Islam.
Kenyataan beliau didalam Utusan semalam menyatakan bahawa perhimpunan Bersih ialah satu cubaan mengheret rakyat ke dalam kancah politik serta ianya juga medan bagi sesetengah pemimpin pembangkang untuk menguji pengaruh.


Bekas calon BN bagi parlimen Titiwangsa tahun 2008 itu juga melabelkan penganjur sebagai golongan yang tidak mempunyai jiwa perjuangan yang besar dan hanya berminat untuk mengadakan rusuhan dan menipu rakyat demi kepentingan politik.


Menurut beliau lagi, dalam Islam perjuangan yang bersifat anarkisme tidak sesuai dengan tuntutan agama malah diharamkan kerana boleh memudaratkan termasuk dari aspek fizikal dan psikologi.


Menangkis dakwaan yang dianggap dangkal itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu (DPPT) Ustaz Mohd Nor Hamzah menjelaskan Islam membenarkan ummatnya menunjukkan rasa tidak puashati terhadap sesuatu perkara yang tidak betul.


“Ini (pendapat YDP Yadim) kata-kata dari orang yang jahil tentang demokrasi. Demokrasi memberikan hak kepada rakyat untuk bersuara.


Kita bukan hendak merusuh, kita hanya ingin menghantar memorandum secara aman dan mengajak semua orang yang bersetuju dengan kita bahawa sistem pilihanraya di Malaysia perlu dibaik pulih untuk hadir bersama,” tegas beliau.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Bukit Payong itu berkata bahawa Sheikh Yusuf al-Qaradhawi bersama ulama-ulama dunia lain juga turut bersetuju dengan perhimpunan seperti yang berlaku di Mesir dan Tunisia.


Katanya lagi, sejarah Islam juga merakamkan yang Saidina Umar bersama Saidina Hamzah pernah menunjuk perasaan kepada kafir Quraisy selepas mereka memeluk Islam bagi menyatakan ketidakpuasan hati mereka.


“Saya menganggap pendapat ini hanya fitnah untuk cuba mengelirukan rakyat dan menyerlahkan Yadim sebagai salah satu kuda tunggangan Umno BN,” tambah beliau.


Ustaz Mohd Nor kemudiannya menyeru kepada semua ahli-ahli PAS agar turut serta dalam perhimpunan pada 9hb Julai ini bagi menunjukkan kepada Umno bahawa rakyat tidak berpuashati dengan sistem pilihanraya yang ada.

Saturday, June 18, 2011

(Dari kiri Yahya Ali, Haji Mohd Abdul Wahid dan Haji Muhyiddin Abdul Rasyid)




Petikan Bernama dan Buletin Online

Kuala Terengganu 18 Julai : Mesyuarat pertama Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu hari ini menyaksikan pelantikan ramai muka baru dengan sebilangan besar daripadanya terdiri daripada golongan muda.


Pesuruhjaya PAS baru Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, berkata pelantikan tersebut adalah antara sebahagian daripada persiapan parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13 nanti.

"Bagaimanapun, orang lama yang banyak berpengalaman juga diperlukan dan berada di belakang kami," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu di Kuala Terengganu.

Mohd Abdul Wahid berkata mesyuarat itu juga mengambil keputusan melantik presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penasihat kepada Badan Perhubungan PAS Terengganu.

Katanya pelantikan Abdul Hadi memandangkan beliau adalah orang Terengganu dan juga merupakan ahli parlimen Marang serta ADUN Rhu Rendang.

Beliau berkata, selain beliau serta tiga Timbalan Pesuruhjaya Saiful Bahri Mamat (kiri), Muhyidin Abdul Rashid dan Dr Alias Razak (ADUN Bukit Tunggal), seramai 22 ahli jawatankuasa baru juga telah dilantik.

Mohd Abdul Wahid berkata Yahaya Ali dikekalkan sebagai setiausaha manakala tiga penolong setiausaha ialah Kamarudin Yunus, Hanafiah Mat dan Zakaria Dagang.

Katanya, M Shukrimun Shamsudin pula dilantik sebagai bendahari, ketua penerangan Nik Muhammad Zawawi Salleh manakala Ariffin Deraman dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya negeri.

Di samping itu, 10 ahli jawatankuasa yang dilantik antaranya Datuk Abu Bakar Chik, Dr Mohd Khazani Abdullah, Dr Azman Ibrahim, Zarani Othman, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (ex officio) dan dua pemeriksa kira-kira.

Mohd Abdul Wahid berkata, beliau mendapat kerjasama yang cukup baik dengan barisan kepimpinan baru yang dilantik itu dan menyifatkannya lebih mantap.

- Bernama


Dibawah adalah senarai penuh 'kabinet' baru PAS Terengganu (sumber Buletin Online)


Pesuruhjaya - YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut
Timb. Pesuruhjaya 1 - Ustaz Satiful Bahri Mamat
Timb. Pesuruhjaya 2 - Haji Muhyiddin Abdul Rashid
Timb. Pesuruhjaya 3 - YB Dr. Alias Razak
Setiausaha - Haji Yahya Ali
Pen. Setiausaha 1 - Ustaz Kamaruddin Yunus
Pen. Setiausaha 2 - Haji Hanafiah Mat
Pen. Setiausaha 3 - Ustaz Zakaria Dagang
Bendahari - Mohd Shukrimun Shamsuddin
Ketua Penerangan - Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh
Pengarah Pilihanraya - Ariffin Deraman
Ahli-ahli Jawatankuasa ;
1. Dato' Ustaz Abu Bakar Chik
2. Haji Hussin ismail
3. Abdul Harris Malik
4. Ustaz Harun Jusoh
5. Dr. Mohd Khazani Abdullah
6. Dr Azman Ibrahim
7. Hajjah Zarani Othman
*Semua YDP PAS Kawasan adalah Ahli Jawatankuasa

Monday, June 13, 2011

Bukit Payong : Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah hari ini mengucapkan tahniah kepada Haji Mohd Wahid Endut diatas perlantikan beliau sebagai Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu yang baru.

Ustaz Mohd Nor yakin dan percaya dengan perlantikan ini PAS Terengganu akan melangkah lebih gagah dalam agenda untuk melakukan perubahan yang bermakna bagi rakyat Terengganu.

Ini penting terutama dalam usaha untuk merealisasikan tema muktamar baru-baru ini iaitu Membangun Negara Berkebajikan


Sumber : Buletin Online


KUALA TERENGGANU - Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam Haji Mohd Abdul Wahid Endut sah dilantik sebagai Pesuruhjaya (PJ) PAS Terengganu yang baru.

Beliau mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi Buletinonline selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung pada petang ini Ahad 12 Jun, bersetuju melantik Wahid ke jawatan tersebut.

Wahid yang juga Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu menegaskan, beliau bukanlah individu yang terbaik untuk jawatan tersebut, namun akan memikul amanah yang dipersetujui Presiden serta AJK Kerja PAS Pusat.

"Saya bukanlah yang terbaik, masih ramai yang (saya rasa) lebih baik dan mampu serta lebih layak,

"tetapi mungkin Presiden dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mencadangkan beliau kerana suasana menghadapi pilihanraya yang akan datang,"ujarnya.

Oleh itu, katanya, beliau akan memanggil satu mesyuarat perhubungan PAS negeri Terengganu dengan seberapa segera bagi melantik jawatankuasa perhubungan negeri 'kearah' kerja-kerja pilihanraya.

"InsyaAllah, kita akan tubuhkan 'kabinet perang' pilihanraya bagi berusaha dan memastikan Terengganu akan kembali kepa pangkuan PAS pada pilihanraya umum ke-13 akan datang,"tegasnya.

Pertukaran Pesuruhjaya Terengganu itu difahamkan bagi mengurangkan 'beban amanah' yang dipikul oleh Bekas PJ, Dato' Ustaz Harun Taib.

Pada pemilihan Muktamar Dewan Ulamak yang lalu, Ustaz Harun kekal memenangi jawatan Ketua Dewan Ulamak tanpa dicabar mana-mana pihak.

Sementara Wahid, adalah muka baru yang menang dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, pada Muktamar ke-57 baru-baru ini.

Friday, June 10, 2011


Kedai Buloh 10 Jun : Setelah lebih 60tahun baru kini Umno sedar akan lompang dalam kepimpinan parti mereka iaitu kurangnya ulama dalam kepimpinan utama mereka.


Ulama di dalam parti mereka ketika ini hanyalah diletakkan dibawah biro agama sahaja, seperti hanya berperanan untuk melengkapkan senarai penuh biro mereka sahaja.


Sedangkan PAS sudah sekian lama telah meletakkan ulama pada tempat yang sangat tinggi dengan menyediakan dua tempat bagi golongan itu untuk menentukan dasar dan halatuju parti.


Begitulah yang disuarakan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah apabila diminta mengulas tentang cadangan ahli Umno untuk mewujudkan sayap baru iaitu Sayap Ulama Umno.


Semalam dalam akhbar Utusan, Timbalan Ketua Pengarangnya Datuk Zaini Hasan mencadangkan agar ditubuhkan segera sayap baru Umno iaitu Sayap Ulama Umno.


Cadangan beliau itu bertolak dari dakwaan beliau bahawa Pas sudah menolak kepimpinan ulama dalam muktamar Pas baru-baru ini.


“Kita mempunyai Dewan Ulama dan yang tertinggi ialah Majlis Syura yang mana kita tidak akan mengingkari apa jua keputusan Majlis Syura, kerana ahli kita tsiqah (percaya) kepada ulama-ulama kita yang berilmu,” kata Ustaz Mohd Nor


Bagi beliau inilah tanda yang menunjukkan bahawa Pas meletakkan ulama ditempat yang sepatutnya berbanding Umno yang hanya menggunakan ulama apabila mereka tersepit dalam isu-isu yang menguntungkan mereka.


Seperti contoh yang terbaru apabila isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang, ulama muda mereka Fathul Bari Jahaya dalam satu kuliahnya dengan tegas menyeru ahli Umno menolak tuduhan itu.


Akan tetapi suaranya dianggap sepi sahaja oleh ahli Umno yang lebih galak bermain dengan isu itu walaupun Fathul Bari telah mengeluarkan hadis sahih berkenaan fitnah serta ancaman Allah terhadap pengfitnah


Berikutan itu Ustaz Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payong mencabar agar Umno menyenaraikan dahulu ulama yang ada di dalam Jawatankuasa Majlis Tertinggi mereka sebelum menuduh Pas telah mengenepikan ulama.


“Dengan cadangan ini kita amat berharap selepas ini Presiden Umno akan dipilih dari kalangan ulama,” ujar beliau sinis.

Dijemput semua ke majlis ceramah bersama Ustaz Radzi (bekas vokalis Malissa)

Di perkarangan PASTI Kampung Tok Dir

Pada 11hb Jun 2011

Acara bermula selepas isyak

Skrin besar akan disediakan untuk menonton perlawanan akhir bolasepak Piala FA antara Terengganu dan Kelantan sebelum ceramah bermula

Datanglah beramai-ramai

Monday, June 6, 2011

Klik di sini untuk ucapan penangguhan.


Isi-isi utama ucapan penangguhan.
  1. Tahniah kepada perwakilan yang memilih.
  2. Tahniah kepada calon yang terpilih.
  3.  Maafkan wartawan-wartawan yang dikongkong dengan peraturan dan melaporkan dengan cara orang jahil.
  4. Ini bukan Erdogan. Ini Nik Aziz dan Abdul Hadi Awang.
  5. Ini PAS bukan AK Party. AK Party bukan parti Islam sebab halangan undang-undang Turki.
  6. Pimpinan baru yang dipilih terdiri daripada 8 orang lulusan agama, 2 doktor, 2 engineer, 1 peguam, 6 bekas pensyarah, 2 aktivis masyarakat.  
  7. Peranan besar majlis syura ulama’ dalam menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang bukan Islam.
  8. Kewajiban Pilihanraya berpegang kepada kaedah ‘Apa yang tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan dengan dia, maka dia menjadi wajib.’
  9. Cara damai, memujuk perlu didahulukan.
  10. Ada yang tak buat kerja, mari muktamar pilih pemimpin. Ini tidak bertanggungjawab.
  11. Pengajaran daripada kisah Zulqarnain.
  12. Bijak menangani isu dengan merujuk kepada pakar PAS seperti dalam isu Lynas.
  13. Mesti menggunakan bahasa yang difahami oleh pengundi, bukan bahasa menghalau pengundi.
  14. Cabaran untuk menyediakan 12 ribu jentera parti terlatih untuk ke Putera Jaya.
  15. Allah tanya sama ada kita telah menjalankan tanggungjawab atau tidak.
  16. Terima kasih kepada semua yang hadir dan memeriahkan muktamar.
  17. Doa sewaktu hujan turun.

Friday, June 3, 2011

Shah Alam 3hb Jun : Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Bukit Payong, Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah telah berjaya meraih kepercayaan dari perwakilan Dewan Pemuda Pas Pusat apabila berjaya memenangi kerusi AJK Dewan Pemuda Pas Pusat ( DPPP ) di Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat semalam

Dalam pemilihan yang diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam ( MBSA ) itu juga menyaksikan DPPP mendapat timbalan baru apabila Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz berjaya mengalahkan penyandang jawatan itu iaitu Ustaz Azman Shapawi Abdul Ghani

Ustaz Mohd Nor yang dihubungi sebentar tadi melahirkan rasa bersyukur kepada Allah dan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua perwakilan diatas kepercayaan yang telah diberikan.

Beliau berharap semoga Allah akan memberikan kekuatan kepada beliau untuk memikul amanah yang telah diberikan oleh perwakilan.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu, berharap agar semua pihak samada yang terpilih atau tidak, untuk kembali merapatkan saf dan fokus kepada agenda yang lebih besar iaitu pilihanraya umum tidak lama lagi.

Antara calon lain yang turut diberi kepercayaan perwakilan untuk mengisi kerusi AJK Dewan Pemuda Pas Pusat ( DPPP ) ialah anakanda kepada Presiden Pas, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi

Sementara itu apabila diminta mengulas ucapan dasar presiden yang dibentangkan tadi, beliau berpendapat ianya satu ucapan dasar yang paling bersemangat kepada semua ahli.

Menurutnya, ucapan dasar bertemakan Membangun Negara Berkebajikan itu, seharusnya menjadi pemangkin kepada pejuang-pejuang Islam terutamanya dari kalangan akar umbi untuk mengemaskinikan bilik gerakan masing-masing bagi menghadapi pilihanraya tidak lama lagi.

“Seboleh-bolehnya ahli-ahli Pas kena berusaha dengan gigih untuk memahamkan rakyat Malaysia perihal politik Islam serta tawaran dari Pakatan Rakyat ( PR ) yang terkandung di dalam Buku Jingga sepertimana arahan dari Dato’ Tuan Guru Presiden,” katanya mengakhiri perbualan

ARKIB