Saturday, September 28, 2013

Petikan : Sinar Harian         
  • Mangsa serakah lapan lelaki
  • Mangsa serakah lapan lelaki
  • Mangsa kelihatan trauma dan tidak banyak bercakap.
  • Mangsa serakah lapan lelakiLaporan Sinar Harian pada 22 September lalu.
 
KUALA KUBU BHARU - Ahli keluarga seorang remaja bawah umur yang dirogol lapan pelajar sekolah menafikan mangsa merelakan dirinya disetubuhi sebaliknya dipaksa dan dicederakan.

Sepupu mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa yang sebenarnya baru berusia 12 tahun diugut dan dicederakan sebelum dirogol.

“Dia dibawa ke kawasan rumah kosong di Jalan Rampaisari oleh kelapan-lapan lelaki terbabit sebelum salah seorang menutup matanya dengan kain dan dibawa ke tingkat atas rumah tersebut.

“Ketika itu lelaki terbabit membuka baju, seluar dan meraba lalu merogolnya secara bergilir-gilir,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di sini semalam.

Menurut sepupu mangsa turut ditemani bapa tiri dan ibu saudaranya, mangsa dirogol dua kali di rumah kosong berlainan hanya selang 30 minit selepas itu.

Menurutnya, mangsa cuba menjerit tetapi mulutnya ditekap tangan suspek.

“Dalam jam 8.05 pagi kelapan-lapan lelaki itu sekali lagi membawanya ke sebuah lagi rumah kosong di kawasan sama.

“Dia cuba melarikan diri ketika dibawa ke rumah tersebut tetapi diekori rapat oleh lelaki terbabit. Setibanya di rumah itu, dia diraba dan dirogol bergilir-gilir oleh tujuh lelaki,” katanya.

Menurutnya, setelah itu mangsa ditinggalkan bersendirian di rumah kosong tersebut.

Katanya, mangsa keluar dari rumah itu dan menuju ke surau berdekatan untuk mencuci pakaian dan ketika itulah seorang lelaki memanggil dan mendekati mangsa sebelum dibawa ke balai polis.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan kejadian itu berlaku pada 20 September lalu di sebuah lokasi seperti dimaksudkan sepupu mangsa dan jaraknya hanya kira-kira 100 meter daripada surau berkenaan.

Sepupu mangsa menjelaskan, mangsa keluar rumah pada 19 September lebih kurang jam 9 pagi ke rumah rakannya Jalan Rampaisari 3E, Bandar Sungai Buaya.

Menurutnya, mangsa berada bersama rakannya sehingga petang dan tidak pulang ke rumah.

Katanya, pada keesokannya, lebih kurang jam 7.30 pagi ketika mangsa berada di sekitar kawasan rumah rakannya itu, mangsa telah diajak oleh lapan lelaki ke rumah kosong di jalan yang sama dan ketika itulah kejadian tersebut berlaku.

Tambah sepupu mangsa lagi, gadis itu turut mengalami kecederaan dan kesan lebam pada tangan dipercayai dipijak dan jari-jemarinya kehitaman kerana cuba bertahan dan menahan kesakitan.

“Dia turut mengadu sakit di kepala kerana dihentak pada batang paip PVC.

“Tangannya lebam-lebam kerana dikasari dan dia ada katakan perutnya turut disepak,” katanya.

Sementara itu, menurut ahli keluarga mangsa yang lain, mereka mengakui mangsa tidak hadir ke sekolah tetapi bukan sengaja sebaliknya mengambil keputusan untuk tidak hadir kerana menemani ibunya yang mahu bersalin.

Menurut mereka, selesai Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), mangsa tidak lagi ke sekolah kerana menemani ibunya di hospital.

“Sebab itu dia tidak ada pakaian lain untuk digunakan.

“Dia berulang-alik ke hospital untuk menemani ibunya yang ketika itu hanya menunggu masa bersalin,” kata seorang ibu saudara mangsa.

Katanya, ibu mangsa selamat melahirkan anak perempuan pada jam 3 pagi, 24 September di Hospital Selayang.

Ahli keluarga mangsa turut diberitahu kesemua lapan suspek direman sehingga 27 September bagi proses siasatan.

Difahamkan, mangsa hadir ke IPD Hulu Selangor petang semalam untuk siasatan lanjut dan proses pengecaman kesemua suspek.

Namun, suspek yang dikatakan hadir untuk proses pengecaman itu tidak kelihatan sehingga jam 9 malam semalam.

Friday, September 27, 2013

Petikan : Buletin Online


 
Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, mantan Menteri Besar Kedah merangkap Pegerusi Badan Perhubungan PAS Kedah, yang telah pulang ke rahmatullah jam 11.10 pagi tadi.

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terenggau Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, khidmat dan jasa Allahyarham Ustaz Azizan sebagai Menteri Besar kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah yang diterajui oleh PAS dari 2008 hingga 2013 serta jasa-jasaya memimpin PAS negeri Kedah akan sentiasa dikenang.

Seluruh wakil-wakil rakyat PAS yang sedang berrmesyuarat ketika menerima khabar pemergian Ustaz Azizan turut merakam ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Pengerusi Lujnah Hal Ehwal DUN, Dr Alias Abdul Razak berkata, Ustaz Azizan adalah antara tokoh PAS yang sukar dicari ganti kerana usahanya yang panjang dalam perjuangan Islam dan PAS ditanah air.

Oleh itu, Badan Perhubungan PAS Terengganu menghantar rombongan yang diketuai oleh Bendaharinya Cikgu Shukrimun Shamsuddin untuk menziarahi keluarga Ustaz Azizan.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Tuesday, September 24, 2013


“Ok harga tiket ke Tawau semuanya RM500. Boleh ke? Tanya Habib yang sedang menunggu pengesahan saya sebelum membeli tiket.
“Tapi tiket ni tak termasuk balik ke Kuala Terengganu,” katanya lagi.
“Ok”jawab saya ringkas. Habibpun kemudiannya mengesahkan tiket untuk saya ke Tawau.
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau mengambil masa kira-kira tiga jam. Inilah pertama kali saya menjejakkan kaki di Sabah. Saya menyertai rombongan ekspedisi dakwah bersama rombongan Tabung Kemiskinan Harakah yang diketuai saudara Habib beserta kumpulan dari Pusat Perubatan Darul Salam Gombak yang diketuai oleh Ustaz Manaf. Turut serta ialah YB Ustaz Mohd Nor Hamzah Ketua DPPNT,  Ustaz Norazli Musa mantan AJK DPPM dan Ustaz Lothfi dari Kedah bersama rombongan ini.
Kami disambut oleh wakil Pemuda PAS Tawau setibanya di Lapangan Terbang Tawau. Kami dibawa terus ke rumah TPj Sabah Haji Ahmad Dollah yang pada kebetulannya sedang mengadakan kenduri. Selesai makan makanan yang sedap-sedap orang Sabah yang tak pernah saya rasakan sebelum ini, kami terus ke Pejabat PAS Kawasan Tawau bagi sesi tazkirah. Kebetulan pula malam itu ialah malam kemerdekaan, maka jalan agak “jam” dan kami sampai agak lambat ke tempat tazkirah.

Selesai program tazkirah itu, saudara Habib mewakili Tabung Kemiskinan Harakah menyerahkan sumbangan sebanyak RM5000 kepada mangsa kebakaran di Batu Sapi kepada Yang DiPertua PAS Kawasan Tawau,  Haji Muhammad Hussin. Selepas itu kamipun dihantar ke tempat penginapan untuk berehat.
Subuh hari kedua, saya menemani YB Ustaz Mohd Nor Hamzah bagi program kuliah subuh di Masjid al-Ubudiyah Jalan Damai Tawau. Masjidnya tidak sebesar kebanyakkan masjid-masjid seperti di kampung saya di Terengganu. Akan tetapi menariknya para jemaah datang awal dan hampir 70 orang yang hadir untuk mendengar kuliah subuh YB. Hampir tiga saf. Terdetik dalam hati saya, ada sesetengah masjid di Terengganupun tak dapat seramai ini untuk solat subuh. Dan paling menarik yang saya perhatikan, jemaah duduk berhimpun dekat dengan YB dan tiada yang cari tiang dan dinding untuk bersandar ketika kuliah.....saya tersenyum teringat kebiasaan makmum kepada sesetengah masjid di Terengganu ketika kuliah berjalan.
 


Pada sebelah malamnya pula, program kuliah maghrib diatur, kali ini di Masjid al-Kautsar di tengah-tengah bandar Tawau, kuliah bertajuk Mesir Berdarah. Sehinggakan selesai kuliah ada seorang jemaah memberikan komen kepada temannya “Ini baru kuliah....” katanya yang sangat teruja dengan penyampaian YB Ustaz Mohd Nor. Mungkin berlainan gaya penyampaian YB yang membuatkan mereka tak mengantuk berbanding dengan cara penyampaian penceramah lain...entahlah. Selesai di Masjid al-Kautsar, kami bergegas pula ke tempat ceramah kedua iaitu di Masjid Babus Saadah yang terletak kira-kira empat atau lima kilometer dari masjid pertama. Walaupun lewat kira-kira sejam dari jadual asal, alhamdulillah jemaah masih ramai yang menunggu kehadiran YB. Selesai ceramah, YB beramah mesra dengan jemaah dan bersoal jawab ketika makan. Banyak sekali pertanyaan dari jemaah menunjukkan keinginan mereka untuk tahu keadaan sebenar di Mesir.
Hari ketiga kami dimulakan dengan kuliah subuh di Kampung Baru Tawau. Kami tersalah jalan, mujurlah bertemu dengan penduduk kampung yang kemudiannya membawa kami ke surau berkenaan. Rupanya surau itu terletak dalam perkarangan rumah seorang penduduk di situ. Surau yang baru dibina itu berukuran kira-kira 20’ X 30’ sahaja. Tetapi sebelum iqamah surau itu sudah hampir penuh.  Saya anggarkan lebih kurang 50 orang jemaah. Sungguh saya hairan dengan keadaan ini. Tanggapan saya sebelum ini tentang Sabah, masjid-masjid dan surau-surau mereka kosong. Semangat agama mereka lemah, apatah lagi dengan cerita berkenaan PBS dan kristianisasi yang begitu sinonim dengan Sabah....aduh...saya silap, jauh tersasar persepsi saya itu. Benar pesan orang tua, jauh berjalan luas pandangan. Maafkan saya orang Sabah.....
Kami dimaklumkan oleh pihak Pemuda PAS Sabah yang jadual untuk petang hari ketiga adalah bebas selepas acara makan sup rusa. Saya terus menghubungi teman saya orang Terengganu yang kebetulan tinggal di Tawau. Rakan sekolah yang hampir 22 tahun tak berjumpa. Alhamdulillah facebook banyak juga manafaatnya jika digunakan dengan betul. Kami berbual panjang, maklumlah cerita 22 tahun. Antara topik kami ialah berkenaan Islam. Dia hanya ketawa apabila mendengar cerita saya selama tiga hari berada di Tawau. Itulah juga persepsinya apabila mula-mula menjejakkan kaki ke Sabah katanya. Tapi sebenarnya orang Islam di Sabah juga mempunyai kekuatannya sendiri komennya. Mungkin tidaklah seperti di Terengganu dan Kelantan bila bercakap tentang kelas-kelas agama yang sangat banyak akan tetapi sekurang-kurangnya tanggapan liar dia dahulu terhapus sama sekali bila dia bergaul dengan masyarakat, sama seperti saya. Dan alhamdulillah sahabat saya itu baru saja mendirikan rumahtangga dengan wanita Sabah dimana sahabat saya inilah yang membawa isterinya memeluk agama Islam....syukur.
 
Mungkin tiga hari bukanlah satu waktu yang cukup bagi kita untuk membuat hipotesis berkenaan sesuatu perkara, apatah lagi hal berkaitan agama, yang mana ianya adalah topik terpenting dalam hidup kita. Tetapi secara jujurnya, keadaan sesuatu masyarakat itu tidak akan berubah tiba-tiba. Maksud saya pastinya pengamalan kepada sesuatu tradisi atau budaya setempat adalah alasan utama bagi amalan itu berterusan. Kelangsungan ini apatah lagi dalam hal solat, terutamanya subuh, yang memang kita sedia maklum, ianya bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan, meyakinkan saya bahawa kekuatan Islam di Tawau khasnya terlalu besar peluangnya untuk digilap. Tinggal saja setakat mana kekuatan kita untuk berusaha merealisasikannya.
Masa depan Islam yang gemilang di Tawau terlihat pada kesungguhan Pemuda PAS Tawau. Ahli-ahlinya masih gagah dan bertenaga, ramai yang lepasan universiti. Bekerjasama bagi memartabatkan Islam adalah usaha yang paling mulia. Sepertimana zaman kebangkitan Islam, golongan pemudalah pelopor kepada kebangkitan Islam. Kata ulamak Islam kalau mahu dilihat masa depan negara itu, maka lihatlah kepada pemuda-pemudi mereka. Saya percaya dan sangat yakin dengan kemampuan Pemuda PAS Tawau untuk menjadi kumpulan yang membawa seruan, membangkitkan semangat Islam dan seterusnya menjadikan Tawau dan Sabah seluruhnya sebagai negeri tanah tumbuhnya para ulamak.
Semoga keyakinan saya ini menjadi kenyataan suatu hari nanti insyaAllah. Terima kasih yang tak terhingga kepada pasukan Pemuda PAS Tawau yang saya kira tak perlulah saya senaraikan nama-nama mereka kerana sebab yang termaklum, atas layanan yang istimewa yang diberikan. InsyaAllah saya akan ke sana lagi jika berpeluang. Dari jauh saya doakan agar kita akan dihimpunkan bersama dalam syurga Allah insyaAllah. Moga diterima segala amal baik kita.

Monday, September 23, 2013

 
Petikan : Malaysiakini
"Wang itu bukan milik Lim (Guan Eng), tapi rakyat," begitu reaksi segera Ketua Pembangkang Pulau Pinang Jahara Hamid ketika ditanya tentang peruntukan RM40,000 untuk setiap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno di negeri itu.

NONEJahara (kanan) bagaimanapun berkata, beliau memandang langkah itu sebagai positif, demi untuk kepentingan rakyat.

Lim, ketua menteri Pulau Pinang hari ini mengumumkan, sepuluh ADUN Umno di negeri itu akan diberikan peruntukan untuk projek pembangunan kecil sebanyak RM 40,000 setahun mulai 2014.

Katanya, peruntukan kepada pembangkang negeri itu "diluluskan secara prinsip" dalam mesyuarat exco negeri pada 18 September lalu, antaranya bagi menunjukkan keterbukaan Pakatan dalam menghormati prinsip demokrasi.

Sementara itu, ditanya sama ada wakil rakyat Umno akan menerima tawaran itu, beliau hanya menjawab, bahawa wang itu bukan untuk parti Melayu itu, tetapi rakyat.

"Kerajaan persekutuan (dipimpin BN) juga memberi peruntukan untuk pembangunan Pulau Pinang dan tidak pernah mendiskriminasi pihak yang berhak," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Sunday, September 22, 2013


 
Pihak pengurusan Madrasah Darul Iman (MDI) baru-baru ini telah mengadakan satu program mengutip dana bagi membina bangunan tambahan dalam rangka menambahkan lagi jumlah pelajar mereka.
Program ‘Makan Malam Sambil Menderma’ itu telah mendapat sambutan yang sungguh memberangsangkan apabila kesemua 40 meja habis dijual.
Hampir 300 orang penderma termasuk ahli keluarga mereka hadir dalam program ini yang turut disertai oleh Adun Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah serta Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Ustaz Baharudin Mohammad.
 

Menurut jurucakap MDI saudara Ashraf Muda, tujuan utama kutipan ini ialah kerana MDI bercadang untuk menyiapkan bangunan bagi pelajar-pelajar tahfiz termasuk pejabat, rumah guru, kelas dan juga asrama.
“Majlis pecah tanah telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Marang, Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang baru-baru ini, dan sekarang kita sedang menunggu kelulusan pelan bangunan dari pihak Majlis Bandaraya.
Kita menganggarkan kerja-kerja pembinaan akan dimulakan selepas Aidil Adha nanti selepas pelan diluluskan dengan anggaran kos keseluruhan ialah kira-kira RM800 ribu.
Kita berharap ianya akan siap dalam masa seperti yang dijadualkan dan untuk itu kita memerlukan sokongan dari orang ramai dalam pelbagai bentuk sumbangan bagi menjayakan projek yang baik ini,” kata beliau.
MDI adalah sekolah rendah agama swasta yang mengikut sukatan Kementerian Pelajaran dan mempunyai seramai kira-kira 650 orang pelajar dari tahun satu hingga tahun enam yang mana setiap satunya mempunyai empat kelas.
Baru-baru ini pelajar-pelajar tahun enam mereka telah selesai menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Bagi yang berminat untuk menghulurkan sumbangan kewangan, bolehlah menyalurkan sumbangan kepada akaun MDI – Maybank 5630 1923 3967
Kepada mereka yang ingin menyumbangkan bahan binaan ataupun apa-apa bentuk sumbangan selain kewangan bolehlah berhubung dengan Mudir MDI Ustaz Mazlan Ibrahim di talian 0199024674 bagi sebarang urusan.

Saturday, September 21, 2013

Petikan : Sinar Harian

K MANOHARAN
K MANOHARAN
 
KUALA TERENGGANU - Bengang kehendaknya untuk mendapatkan sejumlah wang tidak dilayan, seorang anak tergamak mengeluarkan kata-kata kesat mengugut akan memukul ibu kandungnya, dalam satu kejadian di Kampung Tok Pong Kedai Buluh, di sini, Selasa lalu.

Lebih melampau, dia yang berusia 20-an itu turut melepaskan geram dengan mencurahkan minyak petrol ke muka adiknya yang secara kebetulan berada dilokasi.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam iaitu semasa ibu malang berusia 49 tahun itu sedang berehat di rumah bersama anak-anak lain sebelum dihampiri suspek dalam keadaan marah-marah sambil mendesak menyerahkan wang.

“Mangsa yang sudah lali dengan perangai panas baran suspek tidak mengendahkan permintaan itu sehingga menyebabkan suspek seperti dirasuk dengan mengamuk dan merosakkan barang-barang di dalam rumah itu.

“Tidak puas dengan itu, suspek turut mengeluarkan kata-kata ugutan akan memukul mangsa sekiranya masih berdegil tidak mahu memberikan wang diminta,” katanya, semalam.

Jelas sumber, suspek yang seperti hilang kawalan itu turut bertindak mencurahkan petrol ke muka adiknya yang cuba masuk campur menegur perbuatan biadabnya terhadap ibu mereka.

“Suspek yang masih tidak berpuas hati itu turut menghantar pesanan ringkas kepada mangsa memaklumkan yang kereta milik mangsa akan dihancurkan juga,” katanya.

Bimbang keselamatan diri dan keluarga serta harta benda, mangsa mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Chendering, di sini, sejurus suspek keluar dari rumah tersebut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian dan menjelaskan suspek kini masih diburu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Thursday, September 19, 2013


“Pakcik tak apa-apa, pakcik redha,” demikian ungkapan yang keluar dari mulut Mohamad @ Nordin ayah kepada Mohd Safwan Nordin yang dijatuhkan hukuman RM5500 dan penjara dua tahun baru-baru ini.
“Sudah ketentuan Allah apa nak buat,” ujarnya lagi dengan tenang.
Mohd Safwan Nordin dijatuhkan hukuman selepas didapati bersalah menyebabkan kerosakan kepada kereta peronda polis dan mencederakan polis ketika perhimpunan Bersih 3.0 berdekatan dengan Sogo tahun lalu.
Safwan yang sekarang ini berada di rumahnya dan sedang menunggu rayuan setelah mahkamah membenarkan permohonan peguambela Safwan untuk menangguhkan hukuman sehingga selesai proses rayuan.
Ditanya tentang masyarakat sekeliling dan saudara mara, Pakcik Nordin berkata tiada masalah dengan masyarakat dan saudara mara malah mereka turut menzahirkan simpati dan memberi sokongan moral.
Beliau berharap agar pasukan pembela berjaya dalam rayuan mereka untuk meringankan hukuman keatas anaknya.
 

Harapan yang sama turut dizahirkan oleh ibu Safwan yang kelihatan agak sedih dan tidak banyak bercakap mengenangkan nasib yang menimpa anak bujangnya itu.
Sementara itu Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) akan berusaha membantu semampu mungkin bagi meringankan bebanan keluarga pakcik Nordin.

Ketuanya YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata demikian ketika menziarahi keluarga ini dan menegaskan ianya sudah menjadi kebiasaan DPPNT untuk membantu mereka yang ditimpa kesusahan.

Beliau hadir bagi memberikan sokongan moral serta memberikan kata-kata semangat kepada Mohd Safwan dan ahli keluarga juga turut mendoakan kesejahteraan ke atas mereka sekeluarga.

Di pihak Majlis Tindakan DUN (MTD) Pengkalan Berangan pula, timbalan pengarahnya, Ustaz Sulaiman Sulong telah menyatakan persetujuan untuk menghulurkan bantuan kewangan semampu yang boleh kepada keluarga Pakcik Nordin.

Kes Mohd Safwan mendapat perhatian, kerana ketika beliau dijatuhkan hukuman, anggota-anggota PDRM dan DBKL yang dikatakan sebagai pencetus kekecohan oleh panel yang dibentuk kerajaan, masih belum seorangpun didakwa.

Monday, September 16, 2013


Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) hari ini mendesak pihak berwajib menyiasat dan menjatuhkan hukuman kepada anggota-anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Ini kerana dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh portal berita, panel yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia telah mengesahkan bahawa anggota-anggota PDRM dan DBKL yang menjadi punca huru-hara Bersih 3.0.
Ketuanya, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah menggesa siasatan segera diadakan kerana laporan yang dikeluarkan setebal 500 muka surat itu diketuai oleh bekas Ketua Polis negara Tun Hanif Omar bagi menjamin keadilan kepada semua.
“Seorang peserta telah dijatuhkan hukuman dan ketika ini sedang menunggu rayuan, itu keputusan mahkamah, kita kena patuh.
Tetapi apabila punca kepada kekecohan telah dikenalpasti, maka apakah hukuman kepada mereka yang bertindak memulakannya?
Sepatutnya, supaya berlaku adil, satu siasatan segera sejurus sahaja laporan diterima dijalankan keatas mereka-mereka yang dikatakan sebagai pemula kekecohan,” kata beliau.
Beliau ditemui dalam majlis makan malam mengutip dana pendidikan Madrasah Darul Iman di sebuah restoran di Bukit Payong.
Beliau tidak menolak kemungkinan penggunaan kuasa secara berlebihan oleh anggota-anggota PDRM dan DBKL  seperti dalam laporan panel itu menjadi punca kepada tindak balas orang ramai.
Laporan panel itu juga turut menyalahkan DBKL kerana memberikan alasan yang rapuh untuk tidak membenarkan penggunaan Dataran Merdeka oleh peserta Bersih 3.0.
Turut dilaporkan ialah anggota-anggota polis menggunakan kekerasan terhadap provokasi.
Bersih, pada 24 Julai 2012 telah diisytiharkan sebagai entiti yang sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Adun Bukit Payong, Marang itu turut mempersoalkan siasatan dan tindakan keatas kumpulan yang memaki DYMM Sultan Terengganu sedikit masa dahulu.
“Kita ingin tahu setakat manakah siasatan yang telah dijalankan keatas mereka yang suatu masa dahulu menggelarkan DYMM Sultan Terengganu sebagai “Natang” (binatang)?
Kes ini juga sepatutnya dipandang serius kerana DYMM adalah ketua agama Islam negeri dan tidak seharusnya baginda digelar dengan gelaran menghina sebegitu, tetapi sehingga kini statusnya kita tidak tahu,” tegas beliau.
Sambil beliau membandingkan kes di Perak, hukuman yang sama sepatutnya dijatuhkan ke atas penentang-penentang DYMM Sultan Terengganu.
Bagi YB Ustaz Mohd Nor, beliau melihat kerajaan seperti menggunakan peluang bagi menakut-nakutkan rakyat dalam menyatakan pandangan mereka walaupun berhimpun dalam keadaan aman seperti yang berlaku di Perak.
 

Oleh itu beliau berharap agar kes-kes yang besar seperti yang beliau sebutkan di atas tidak dipandang kecil oleh pihak berwajib.
Ini kerana kata beliau, menurut Islam, keadilan mesti ditegakkan tidak kira samada ke atas rakyat biasa mahupun orang ternama.

Friday, September 13, 2013

Petikan : Buletin Online
KUALA TERENGGANU – PAS kesal dengan tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) khususnya di negeri Terengganu yang terus menerus menganjurkan program-program hiburan dan kebudayaan yang bertentangan dengan syariat dan akhlak.
 
Isu maksiat dan gejala sosial yang berlaku seperti khalwat, zina, peyalahgunaan dadah, minum minuman yang memabukkan, buang anak dan lain-lain adalah merupakan isu yang tidak mampu diselesaikan oleh pihak berkuasa sehingga kini.
 
dikir barat manir1Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah, ia merupakan ‘penyakit’ dalam masyarakat dan ia tidak tidak boleh dirawat dengan mendatangkan dan mengujudkan penyakit-penyakit yang lain pula.
 
“Saya mahu memberi komen tentang peraturan kerajaan Barisan Nasional dalam menganjurkan program-program hiburan dan kebudayaan. Kita melihat banyak program hiburan yang dianjurkan tanpa ‘bimbingan syariat’ yang dibenarkan (oleh kerajaan),
 
Saya mendesak supaya kerajaan membatalkan program tersebut (seumpama itu) atau mengubahkannya agar diadakan dalam situasi dan keadaan yg tidak bercanggah dengan syariat,” tegasnya.
 
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong berkata demikian ketika mengulas satu penganjuran hiburan ‘dikir barat’ yang membariskan para pendikir wanita, akan diadakan pada 13 September, Jumaat (hari ini) di Kampung Telari, Manir dekat sini.
 
Oleh itu, beliau menyeru anak-anak muda dan orang ramai agar melupakan program hiburan yang ‘tidak sihat’ seumpama itu kerana katanya banyak lagi hiburan dan program budaya yang tidak bercanggah dengan nilai islam dan bermanfaat.
 
“Program hiburan seumpama ini berlaku kerana kerajaan BN menggalakkannya dan menyuburkannya melalui anjuran yang dibuat oleh agensi serta pihak-pihak yang bekait dengan parti yang memerintah.
 
Ia mengundang maksiat dan gejala sosial, yang sudah (pun) parah dan tidak berupaya dibendung.
 
Isu khalwat, zina, dadah, mabuk, buang anak dan lain-lain merupakan isu yg tidak mampu diselesaikan,” jelas beliau yang menegaskan, penyelesaiannya mesti kembali kepada Islam dan peraturan Islam.

Thursday, September 12, 2013


Kuala Besut : Sepertimana Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Polis DiRaja Malaysia disarankan mempunyai Unit Agama dalam pasukan mereka dan berfungsi memulihkan kesedaran agama dikalangan anggota mereka.
“Cadangan kami, unit seperti ini wajib ditubuhkan oleh pihak polis, dimana pihak keselamatan ini harus diberi penambahbaikan ilmu (agama) kepada mereka.
Apatah lagi soal agama adalah penting bagi pihak keselamatan.
Bayangkan tanpa agama, tanpa pemerkasaan iman, mereka akan mudah terjebak dengan rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya,” demikian saranan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Riduan Mohamad Nor (kanan) kepada PDRM.
 

Beliau menyatakan demikian ketika mengulas satu laporan menyebut kira-kira 40 peratus pelatih-pelatih PDRM tidak tahu mandi junub.
Laporan dalam sebuah akhbar harian tempatan itu juga mendedahkan kira-kira 40 hingga 50 peratus diantara mereka tidak lancar mengucap syahadah dan juga bermasalah dalam solat.
Laporan tersebut didedahkan oleh Datuk A Kadir Jasin ketika beliau menjadi ahli panel dalam Suruhanjaya Khas Penambahbaikan Perjalanan Dan Pengurusan Polis DiRaja Malaysia.
Menurut Ustaz Riduan, perkara ini perlu dipandang serius oleh kerajaan kerana bagi beliau ini adalah bukti sistem pendidikan negara telah gagal terutamanya berkaitan pendidikan agama.
Tambah beliau lagi melalui Unit Agama PDRM itu, anggota-anggota dicadangkan supaya mengikuti kelas-kelas agama secara jam kredit contohnya selama empat jam seminggu bagi memastikan kefahaman mereka dalam ilmu agama.
Mengulas isu yang sama, Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh (kiri) bersependapat dengan Ustaz Riduan iaitu sistem pendidikan yang ada sekarang gagal kerana tidak meletakkan agama sebagai teras.
Sistem yang tidak berpaksikan quran, sunnah, ijmak dan qias ini menurut beliau lagi hanya memandu manusia kearah keduniaan sahaja dan meminggirkan akhirat, dan inilah hasil yang diperolehi.
Beliau mendedahkan bukan sahaja di Pusat Latihan Polis malahan di pusat-pusat pengajian tinggi juga mengalami masalah berkaitan dengan perkara asas agama ini yang dbeliau yakini hasil kerana kegagalan sistem pendidikan.
“Kita tidak ada jalan kedua, ketiga, kita ada satu jalan iaitulah balik kepada syariat Allah.
Balik kepada konsep negara Islam, pendidikan Islam dan segala-galanya mengikut acuan Islam.
InsyaAllah (dengan mengikut Islam) kita akan memperolehi kejayaan yang lebih besarlah,” tegas beliau.
Beliau seterusnya berharap rakyat sedar dengan keadaan ini dan membantu proses menukar kerajaan yang ada agar sistem kehidupan yang berpandukan material dan dunia semata-mata ditukar kepada takutkan Allah.
Dan atas alasan inilah menurut beliau, tujuan utama menukar kerajaan, bukan semata-mata taksub kepada parti tetapi PAS berkehendakan supaya negara Malaysia ini akan menjadi bertambah baik dengan sistem Islam.
Kedua-dua mereka ditemui dalam majlis kesyukuran meraikan petugas-petugas PRK Kuala Besut di Markas PAS Kampung Baru Kuala Besut .
Sebanyak tiga ekor lembu dikorbankan bagi majlis ini dan dihadiri oleh sebahagian besar AJK Badan Pehubungan PAS Negeri Terengganu selain dari petugas-petugas dan juga penyokong-penyokong PAS.

Saturday, September 7, 2013


Satu program Liqa Fikri PAS Kawasan Marang telah diadakan baru-baru ini bertempat di bangunan Pas Kawasan Marang, Kampung Rusila.
Program ini bertujuan bagi memantapkan kefahaman ahli-ahli PAS terutamanya ahli jawatankuasa (AJK) peringkat kawasan tentang dasar dan perjuangan PAS agar sentiasa ahli-ahli berada dilandasan yang betul.
Menurut Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiyyah PAS Kawasan Marang, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, kefahaman asas kepada jalan yang dilalui oleh parti mesti sentiasa disedarkan agar ahli-ahli tidak tergelincir dari landasan perjuangan.
Menurut beliau yang juga Adun Bukit Payong, dengan cabaran kepelbagaian pemikiran dalam melaksanakan Islam mutakhir ini, maka Liqa Fikri ini dilihat sebagai satu perisai kepada jemaah agar fokus kepada dasar parti.
Beliau juga bercadang bagi mengadakan program seperti ini dengan lebih kerap setelah melihat keberkesanan dan rata-rata peserta memberi maklumbalas yang positif kepada maklumat-maklumat yang begitu baik dan juga baru bagi mereka.
Dasar PAS ialah sebuah gerakan dakwah, gerakan tarbiyyah dan juga parti politik yang mana mesti berjalan bersama-sama tanpa meninggalkan salah satu darinya.
Program yang dihadiri hampir keseluruhan AJK PAS Kawasan Marang, turut disertai oleh Yang DiPertuanya Haji Yahaya Ali.
Pengarah Jabatan Arkib PAS Pusat, Dr. Fadhli Abdul Ghani (tengah )  dijemput bagi menyampaikan syarahan dan berdailog dengan peserta selama kira-kira dua jam yang menumpukan topik berkenaan kepelbagaian pemikiran dan pendekatan dalam Islam.

Turut disentuh oleh beliau ialah hal-hal berkaitan Islam Liberal, Islam Pluralisma, Islam Demokrat serta Islam Protestant yang mana kebanyakkan daripadanya telahpun mempengaruhi umat Islam ketika ini.

Paling membimbangkan menurut beliau ialah pemikiran yang menjurus kepada idea Islam tanpa syariat iaitu mengenepikan persoalan-persoalan syariat dan mengenengahkan hal-hal berkaitan keserdehanaan.
“Pemikir-pemikir barat mengkaji perihal perkembangan Islam di seluruh dunia.
Negara Turki adalah negara yang menjadi model ujikaji mereka yang jangkaan mereka sekularisma di Turki sepatutnya bertahan sehingga 100 tahun gagal, dan bertahan hanya sekitar 70 tahun saja, maka mereka menukar strategi.
Mereka menyusup masuk dalam masyarkat Islam dan melahirkan pemikir-pemikir dari kalangan orang Islam sedniri beserta idea-idea baru berkaitan dengan Islam.
Tujuan mereka ialah supaya pertembungan ini bukan lagi antara Islam dengan kafir, tetapi pertembungan antara Islamis dengan Islamis.
Ada idea yang diambil dari pengkritik-pengkritik kristian seperti idea mempersoalkan Bible yang kemudiannya melontarkan idea al-Quran sepatutnya diterjemahkan semula kerana ulamak-ulamak terdahulu mungkin menipu,” ujarnya.
Beliau membariskan beberapa nama Islam yang mempelopori pemikiran yang menyimpang ini seperti Ismail Faruqi tokoh dari Eropah dan Norcholish Madjid pelopor Islam Pluralisma di Indonesia yang mendakwa semua agama adalah baik.
Hal berkaitan desakan berkaitan isu-isu lain seperti persamaan hak jantina turut dibincangkan dalam program itu.

Wednesday, September 4, 2013

Petikan : Bernama
Harga minyak di Malaysia masih kelapan terendah di dunia dengan jumlah subsidi bahan api yang ditanggung kerajaan pada tahun ini berjumlah RM23.7 bilion.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata walaupun harga minyak RON 95 and diesel naik 20 sen mulai tengah malam semalam, harga minyak bahan api negara ini masih rendah berbanding negara jiran lain.

Beliau berkata rakyat harus faham tindakan pemotongan subsidi ini merupakan satu daripada langkah kerajaan untuk memberi faedah ekonomi negara bagi jangka masa panjang.

"Bantuan subsidi seharusnya disalurkan kepada yang benar-benar memerlukan dan melalui pemotongan subsidi ini kerajaan kemudian menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk rakyat yang berpendapatan rendah," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Majlis Kem Cerdik Cukai anjur secara bersama oleh Akademi Percukaian Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kementerian Pendidikan di Bangi hari ini.

Selepas pemotongan subsidi bahan api sebanyak 20 sen untuk RON 95 dan diesel bermula tengah malam semalam, bahan api itu masing-masing berharga RM2.10 dan RM2.00.

Buat masa ini, harga RON 95 dan diesel di Thailand masing-masing adalah RM4.74 dan RM3.06, manakala Singapura (RM5.56 dan RM4.32), Indonesia (RM3.05 dan RM3.43) dan Filipina (RM5.44 dan RM4.32).

Di JOHOR BAHARU, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menubuhkan satu pasukan khas serta-merta bagi mengkaji kesan kenaikan harga minyak diesel kepada golongan nelayan.

Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pasukan itu akan disertai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) dan diketuai Jabatan Perikanan Malaysia.

"Kita akan buat kajian untuk melihat kesan peningkatan kos diesel ini kepada nelayan sebelum membuat tindakan sama ada meminta bantuan tambahan daripada kerajaan untuk membantu golongan nelayan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Nekmat kali ke-28 di sini malam tadi.

Dalam ucapannya, beliau berkata golongan nelayan seharusnya bersyukur kerana kerajaan sentiasa memastikan kenaikan harga minyak RON 95 dan diesel tidak membebankan mereka.

"BR1M yang diberikan kerajan kepada golongan yang berpendapatan bawah RM3,000 turut diterima nelayan selain bantuan sara hidup sebanyak RM200 kepada nelayan nelayan sepenuh masa.

"Malah selain itu, pelbagai insentif lain turut diberikan seperti insentif pendaratan ikan yang telah banyak membantu nelayan di negara ini hidup jauh lebih baik daripada nelayan-nelayan di negara jiran," katanya.

Beliau berkata kenaikan harga minyak tidak dapat dielakkan berikutan kenaikan harga minyak pasaran dunia ditambah lagi dengan pergolakan yang berlaku di negara pengeluar minyak dunia seperti Mesir.

Sementara itu di Kuching, Menteri Kewangan Kedua Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh berkata kerajaan boleh meneruskan polisi populis dengan tidak menaikkan harga minyak namun langkah itu tidak menguntungkan negara secara keseluruhan.

Beliau berkata pelarasan harga minyak perlu dilakukan dari semasa ke semasa kerana jumlah subsidi yang terpaksa ditanggung kerajaan semakin meningkat.

Di Kuala Lumpur, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek berharap rakyat memahami pemotongan subsidi adalah sebahagian daripada proses rasionalisasi bagi membantu menstabilkan ekonomi negara.

"Mekanisme subsidi ketika ini memanfaatkan semua orang tanpa mengira latar belakang yang menggagalkan hasrat kerajaan untuk membantu mereka yang benar-benar memerlukannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, MCA menyambut baik keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menaikkan jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang akan diumum dalam Belanjawan 2014.

MCA turut menjangka lebih ramai menggunakan pengangkutan awam berikutan kenaikan harga minyak.

Sehubungan itu, Chua berkata kerajaan perlu mempercepat penambahbaikan sistem pengangkutan awam dan memastikan tidak berlaku sebarang penangguhan dalam projek MRT.

"Kami turut menggesa pembangkang agar berhenti mempolitikkan isu ini serta menanam kebencian terhadap BN," katanya.

Tuesday, September 3, 2013


Petikan : Malaysiakini

Persatuan pengendali bas kini mahu harga tambang disemak semula ekoran tindakan kerajaan menaikkan harga minyak petrol RON95 dan diesel mulai tengah malam tadi.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, tambang itu mesti diselaraskan semula atau ia akan menjejaskan industri itu.

Bagaimanapun, pengendali masih memerlukan kelulusan kerajaan sebelum ia dapat dinaikkan.

'Di Malaysia, harga bas dikawal oleh kerajaan. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan tambang bas....

"Kami sudah mohon peningkatan 30 peratus tambang bas pada Mei tetapi kerajaan belum meluluskannya," katanya.

Kerajaan hanya meluluskan 10 peratus surcaj untuk bas ekspres semasa musim perayaan antara 8 Julai hingga 8 September.

Mohamad Ashfar juga menggesa kerajaan menaikkan subsidi diesel antara 1,400 hingga 3,000 liter sebulan untuk bas henti-henti dan antara 2,800 hingg 5,000 liter untuk bas ekspres.

ARKIB