Saturday, September 7, 2013


Satu program Liqa Fikri PAS Kawasan Marang telah diadakan baru-baru ini bertempat di bangunan Pas Kawasan Marang, Kampung Rusila.
Program ini bertujuan bagi memantapkan kefahaman ahli-ahli PAS terutamanya ahli jawatankuasa (AJK) peringkat kawasan tentang dasar dan perjuangan PAS agar sentiasa ahli-ahli berada dilandasan yang betul.
Menurut Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiyyah PAS Kawasan Marang, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, kefahaman asas kepada jalan yang dilalui oleh parti mesti sentiasa disedarkan agar ahli-ahli tidak tergelincir dari landasan perjuangan.
Menurut beliau yang juga Adun Bukit Payong, dengan cabaran kepelbagaian pemikiran dalam melaksanakan Islam mutakhir ini, maka Liqa Fikri ini dilihat sebagai satu perisai kepada jemaah agar fokus kepada dasar parti.
Beliau juga bercadang bagi mengadakan program seperti ini dengan lebih kerap setelah melihat keberkesanan dan rata-rata peserta memberi maklumbalas yang positif kepada maklumat-maklumat yang begitu baik dan juga baru bagi mereka.
Dasar PAS ialah sebuah gerakan dakwah, gerakan tarbiyyah dan juga parti politik yang mana mesti berjalan bersama-sama tanpa meninggalkan salah satu darinya.
Program yang dihadiri hampir keseluruhan AJK PAS Kawasan Marang, turut disertai oleh Yang DiPertuanya Haji Yahaya Ali.
Pengarah Jabatan Arkib PAS Pusat, Dr. Fadhli Abdul Ghani (tengah )  dijemput bagi menyampaikan syarahan dan berdailog dengan peserta selama kira-kira dua jam yang menumpukan topik berkenaan kepelbagaian pemikiran dan pendekatan dalam Islam.

Turut disentuh oleh beliau ialah hal-hal berkaitan Islam Liberal, Islam Pluralisma, Islam Demokrat serta Islam Protestant yang mana kebanyakkan daripadanya telahpun mempengaruhi umat Islam ketika ini.

Paling membimbangkan menurut beliau ialah pemikiran yang menjurus kepada idea Islam tanpa syariat iaitu mengenepikan persoalan-persoalan syariat dan mengenengahkan hal-hal berkaitan keserdehanaan.
“Pemikir-pemikir barat mengkaji perihal perkembangan Islam di seluruh dunia.
Negara Turki adalah negara yang menjadi model ujikaji mereka yang jangkaan mereka sekularisma di Turki sepatutnya bertahan sehingga 100 tahun gagal, dan bertahan hanya sekitar 70 tahun saja, maka mereka menukar strategi.
Mereka menyusup masuk dalam masyarkat Islam dan melahirkan pemikir-pemikir dari kalangan orang Islam sedniri beserta idea-idea baru berkaitan dengan Islam.
Tujuan mereka ialah supaya pertembungan ini bukan lagi antara Islam dengan kafir, tetapi pertembungan antara Islamis dengan Islamis.
Ada idea yang diambil dari pengkritik-pengkritik kristian seperti idea mempersoalkan Bible yang kemudiannya melontarkan idea al-Quran sepatutnya diterjemahkan semula kerana ulamak-ulamak terdahulu mungkin menipu,” ujarnya.
Beliau membariskan beberapa nama Islam yang mempelopori pemikiran yang menyimpang ini seperti Ismail Faruqi tokoh dari Eropah dan Norcholish Madjid pelopor Islam Pluralisma di Indonesia yang mendakwa semua agama adalah baik.
Hal berkaitan desakan berkaitan isu-isu lain seperti persamaan hak jantina turut dibincangkan dalam program itu.

0 comments :

ARKIB