Friday, September 13, 2013

Petikan : Buletin Online
KUALA TERENGGANU – PAS kesal dengan tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) khususnya di negeri Terengganu yang terus menerus menganjurkan program-program hiburan dan kebudayaan yang bertentangan dengan syariat dan akhlak.
 
Isu maksiat dan gejala sosial yang berlaku seperti khalwat, zina, peyalahgunaan dadah, minum minuman yang memabukkan, buang anak dan lain-lain adalah merupakan isu yang tidak mampu diselesaikan oleh pihak berkuasa sehingga kini.
 
dikir barat manir1Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah, ia merupakan ‘penyakit’ dalam masyarakat dan ia tidak tidak boleh dirawat dengan mendatangkan dan mengujudkan penyakit-penyakit yang lain pula.
 
“Saya mahu memberi komen tentang peraturan kerajaan Barisan Nasional dalam menganjurkan program-program hiburan dan kebudayaan. Kita melihat banyak program hiburan yang dianjurkan tanpa ‘bimbingan syariat’ yang dibenarkan (oleh kerajaan),
 
Saya mendesak supaya kerajaan membatalkan program tersebut (seumpama itu) atau mengubahkannya agar diadakan dalam situasi dan keadaan yg tidak bercanggah dengan syariat,” tegasnya.
 
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong berkata demikian ketika mengulas satu penganjuran hiburan ‘dikir barat’ yang membariskan para pendikir wanita, akan diadakan pada 13 September, Jumaat (hari ini) di Kampung Telari, Manir dekat sini.
 
Oleh itu, beliau menyeru anak-anak muda dan orang ramai agar melupakan program hiburan yang ‘tidak sihat’ seumpama itu kerana katanya banyak lagi hiburan dan program budaya yang tidak bercanggah dengan nilai islam dan bermanfaat.
 
“Program hiburan seumpama ini berlaku kerana kerajaan BN menggalakkannya dan menyuburkannya melalui anjuran yang dibuat oleh agensi serta pihak-pihak yang bekait dengan parti yang memerintah.
 
Ia mengundang maksiat dan gejala sosial, yang sudah (pun) parah dan tidak berupaya dibendung.
 
Isu khalwat, zina, dadah, mabuk, buang anak dan lain-lain merupakan isu yg tidak mampu diselesaikan,” jelas beliau yang menegaskan, penyelesaiannya mesti kembali kepada Islam dan peraturan Islam.

0 comments :

ARKIB