Monday, August 15, 2011


Petikan Akhbar Sinar Harian

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda Pas Terengganu meneruskan aktiviti berpolitik pada Ramadan melalui pendekatan berbeza berbanding bulan biasa.

Ketuanya, Mohd Nor Hamzah berkata, pihaknya melakukan aktiviti turun padang terutama di peringkat cawangan secara maksimum untuk terus mendekatkan diri kepada peringkat akar umbi.

Menurutnya, program yang dijalankan juga lebih bersifat kebajikan melalui penganjuran majlis berbuka puasa dan program penyampaian sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin.

“Kita tidak mengadakan ceramah politik secara langsung tetapi tidak bermakna kami berehat daripada politik sepanjang bulan puasa ini.

“Kita melakukan politik dengan cara berbeza dan secara tidak langsung melalui ceramah Nuzul Quran,” katanya.

0 comments :

ARKIB