Monday, August 15, 2011

Sumber : Buletinonline

“Pemimpin dan ahli PAS Jangan Masuk Perangkap”-Dato’ Mustafa Ali
KUALA TERENGGANU - Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali memaklumkan perjumpaan PAS dengan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dijadualkan berlangsung pada hari ini 15 Ogos, tidak dapat diadakan.

Menurutnya, dalam surat yang dihantar oleh pihak JAIS yang dihantar kepada PAS menyatakan ia adalah atas nasihat 'Tuanku Sultan Selangor'.

Beliau turut mendedahkan, maklumat dalaman JAIS menyatakan bahawa ada elemen dan peranan Umno dalam operasi JAIS, pada 3 Ogos terhadap majlis yang diadakan di kawasan gereja Methodist Petaling Jaya.

“Saya dapat maklumat ‘dalaman’ Jais semalam (14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya itu,” jelasnya.

Katanya, matlamat Umno bertindak demikian untuk memperorak-porandakan (destabilize) kerajaan negeri Selangor kerana kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor ini mempunyai pelbagai komponen dan isu-isu sensitif ini mudah.

“Ada usaha hendak timbulkan konflik dalaman Pakatan Rakyat. Ini (isu) penting bagi Umno. Walau pun tidak secara langsung, dia (Umno) guna Perkasa dan sebagainya,” ujarnya.

Sehubungan itu, Dato’ Mustafa berkata beliau sedia mendedahkan maklumat tersebut kepada Pengarah Jais dalam pertemuan yang akan diadakan nanti.

“Kami akan dedah maklumat-maklumat ini kepada beliau (Pengarah Jais). Ini bergantung kepada Jais, jika esok dia hendak berjumpa kita dedah esok, hendak jumpa bila pun, insya Allah,” ujarnya.

Justeru, beliau mengingatkan ahli dan pemimpin PAS disemua peringkat agar tidak terpengaruh dengan “perangkap” Umno dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan gereja.

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali menyeru pemimpin dan ahli PAS agar tidak terperangkap atau terjebak dengan ‘perangkap’ Umno dalam isu tersebut.

Ini kerana, katanya Umno dan agen-agen berkenaan dipercayai memainkan peranan tertentu serta mempunyai matlamat politik.

“Saya menyeru dan minta supaya kalangan pimpinan PAS dan orang PAS sendiri supaya tidak terperangkap atau terjebak dengan ‘perangkap’ Umno.

“Saya menyeru kepada semua lapisan penyokong, pemimpin PAS supaya tidak terjebak dengan perangkap Umno dalam isu yang berkait dengan Jais dan Gereja ini.

0 comments :

ARKIB