Wednesday, August 17, 2011

Marang: Hasrat Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia ( Perkasa ) untuk menggantikan PAS bagi memertabatkan Islam di Malaysia dianggap satu lagi cara mendapatkan publisiti murahan terbaru Ibrahim Ali.

Tidak dapat dipastikan apakah kelayakan Perkasa untuk menggantikan PAS sebagai gerakan yang memang sudah dikenali dan diakui kawan dan lawan dalam memperjuangkan Islam secara konsisten.

Adun Bukit Payong Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika diminta memberikan komen berkaitan isu ini menyatakan bahawa tidak perlu ahli-ahli PAS melayan karenah orang seperti Ibrahim Ali ini.

“Dia ini ialah pengkhianat kepada pengundi di Pasir Mas terutama kepada penyokong PAS yang mengundi dia pada pilihanraya dulu.Tiba-tiba melompat meninggalkan kita.

Orang sebegini nak bercakap nak ganti PAS untuk menegakkan Islam.

Dia dan perjuangan dia sendiri tak ikut cara rasulullah, jadi macamana nak menegakkan Islam,” jelas beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu.

Ibrahim dalam satu sidang akhbar baru-baru ini telah mengisytiharkan Perkasa secara rasminya telah mengambil alih tugas memartabatkan Islam daripada PAS.

Antara alasannya ialah kegagalan PAS mengendalikan isu berkaitan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan sebuah gereja dan isu memperlahankan bacaan al quran sebelum solat subuh di Pulau Pinang.

Ustaz Mohd Nor kemudiannya menyeru kepada semua ahli PAS agar fokus kepada isu yang lebih besar iaitu isu berkenaan pendaftaran pengundi yang meragukan.

Isu-isu kecil ini berkemungkinan sengaja dibangkitkan bagi membantu BN yang sedang tertekan dalam isu pengundi hantu seperti yang dibuktikan oleh Pakatan Rakyat.

0 comments :

ARKIB