Sidang Dewan Undangan Negeri
Terengganu bagi membentangkan bajet 2014 yang berlangsung selama empat hari
bermula 9 Disember dicemari dengan peristiwa Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri
(Exco) melawan arahan Speaker Dewan.
Kejadian tersebut berlaku dengan
jelas pada hari terakhir persidangan itu ketika bacaan usul dijalankan bagi
meluluskan beberapa enakmen.
Exco Perindustrian dan Perdagangan
Tengku Putera Tengku Awang cuba mencadangkan
kepada speaker agar dicatatkan dalam handsard sikap berkecuali pembangkang (tidak
angkat tangan) sebagai membangkang usul.
Beliau menambah lagi selepas ini
pembangkang tidak boleh mendakwa bahawa mereka terlibat dengan usul-usul yang
dikemukakan kerana sikap berkecuali itu dikira sebagai menentang.
Namun beberapa Adun dari Pakatan
Rakyat bangun membantah cadangan yang mereka anggap sebagai cubaan menafsirkan
sendiri peraturan dewan tanpa asas.
Adun Bandar Azan Ismail
menempelak Tengku Putera dengan penegasan bahawa tiada dalam buku peraturan mesyuarat
sikap berkecuali bermakna membantah ataupun bersetuju dengan sesuatu cadangan.
Pertikaman lidah terus
berlangsung apabila Exco yang juga Adun Kuala Berang itu terus mempertahankan
cadangannya itu agar sikap berkecuali dikira menentang dan kemudiannya beberapa
wakil rakyat lain turut masuk campur.
Speaker berjaya menenangkan
keadaan dan kemudiannya bersetuju dengan Adun Bandar berkenaan penafsiran yang
dicadangkan oleh Tengku Putera itu tidak tepat.
Speraker kemudiannya mengarahkan
agar Tengku Putera agar menarik balik cadangannya itu.
Namun beliau yang juga bekas
Speaker bersikap keras kepala dengan tidak mahu menarik balik kenyataan beliau
yang tidak tepat itu.
Kemudian bangun Pesuruhjaya Pas
Terengganu yang juga Adun Paka Ustaz Saiful Bahari Mamat mendesak Tengku Putera
agar mengikut arahan menarik balik kenyataan oleh Speaker.
“Doh guane (macamana) yang
speaker suruh tarik dok (tak) tarik balik?
Kekgi (nanti) orang kata derhaka
pada speaker,” kata beliau yang mengundang ketawa orang ramai.
Beliau yang jelas kesal dengan
keengganan Tengku Putera menarik balik kenyataannya itu berkata hal ini akan
menjadi contoh yang tidak baik kepada semua apabila exco tidak menghormati
Speaker.
Sementara itu YAB Menteri Besar
Dato Ahmad Said juga didapati gagal mematuhi arahan Speaker yang mengarahkan
wakil-wakil rakyat agar mendapatkan sumber hanya dari hansard atau laman
kerajaan negeri dan bukan dari akhbar.
Beliau telah mengemukakan tuduhan
sesetengah pengguna internet yang menggelarkan beliau sebagai “Robin Hood”
apabila beliau menahan sebuah lori roti bagi mengagihkannya kepada mangsa
banjir yang terperangkap di jalanraya.
Namun hal tersebut dibantah oleh
wakil rakyat Pakatan Rakyat kerana sumber yang beliau nyatakan dari beberapa blog.
Bantahan dari PR dikemukakan
kerana Adun mereka Azan Ismail baru sahaja mendapat amaran dari Speaker kerana
mengambil sumber rujukan dari akhbar apabila beliau cuba meminta penjelasan
berkenaan pembaziran RM800 juta dalam projek LPT 2.
Namun bantahan dari Pakatan
Rakyat tidak diendahkan dan Dato' Ahmad Said meneruskan
penjelasannya.
0 comments :
Post a Comment