Monday, January 30, 2012

Petikan : Harian Metro

KUALA TERENGGANU: "Hidang aku nasi" itulah permintaan seorang penyamun selepas memecah masuk ke dalam rumah seorang pembantu veterinar di Kampung Bukit Payung, Besut, di sini pagi semalam.

Bagaimanapun ketika penyamun itu sedang asyik menjamu selera, anak perempuan pemilik rumah itu sempat melarikan diri ke rumah jiran berdekatan dan menelefon bapanya bagi memaklumkan kejadian tersebut dan seterusnya membuat laporan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K Manoharan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, suspek yang bersenjatakan sebilah parang telah memecah masuk ke rumah berkenaan dan mengugut anak perempuan pemilik rumah yang ketika itu tinggal berseorangan supaya menyerahkan semua barang berharga.

"Mangsa 21 tahun yang dalam keadaan ketakutan kemudian terus menyerahkan dua utas gelang emas yang dipakainya.

"Selepas mendapat barang kemas itu suspek kemudian meminta mangsa menghidangkannya nasi, namun mangsa menyuruh suspek mengambil sendiri nasi di dapur sebelum mengambil peluang melarikan diri ke rumah jiran untuk mendapatkan bantuan," katanya kepada pemberita ketika ditemui, di sini hari ini.

Menurut Manoharan, tidak lama selepas itu bapa mangsa tiba bersama beberapa anggota polis, namun suspek bersama seorang rakannya yang menunggu di dalam kereta berjaya melarikan diri.

Katanya hasil siasatan yang dijalankan, polis telah menahan seorang lelaki berusia 21 tahun kira-kira jam 8 malam tadi di Jalan Pasir Akar dan hasil soal siasat, seorang lagi suspek berjaya ditahan.

"Kita berjaya menahan suspek utama yang berusia 29 tahun kira-kira sejam kemudian di Kampung Bukit Payung dan hasil penahanan kedua-dua suspek itu polis berjaya merampas parang yang digunakan dalam kejadian itu," katanya.

Bagaimanapun dua utas gelang emas yang disamun itu telah diserahkan kepada rakan wanitanya untuk dijual.

"Kita telah menelefon keluarga wanita berkenaan memaklumkan kejadian itu sebelum wanita berusia 28 tahun itu tampil menyerahkan diri di Balai Polis Jerteh kira-kira jam 10.30 pagi tadi dan hasil siasatan yang dijalankan wanita itu mengakui telah menjual gelang emas yang bernilai RM800 itu di sebuah kedai emas di Jerteh.

"Polis telah pergi ke kedai emas berkenaan pagi tadi dan menahan seorang jurujual yang berusia 31 tahun bagi membantu siasatan, bagaimanapun jurujual berkenaan memaklumkan barang kemas itu telah diserahkan kepada pemilik kedai dan kita akan membuat tangkapan ke atas pemilik kedai berkenaan," katanya.

Manoharan berkata kedua-dua suspek yang positif dadah jenis methamfetamine itu direman selama seminggu dari semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana merompak menggunakan senjata. -- BERNAMA

Wednesday, January 11, 2012





Tentatif :

12hb Khamis :
9.00 malam : Pelancaran - Motivasi PR 13 oleh PJ YB Hj Mohd Wahid Endut di Markas Besar DUN Bukit Payong

13hb Jumaat :
8.30 pagi : Pelancaran AMERAH DUN dan Sukaneka AMERAH di Paya Resak oleh YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
9.00 pagi : Bolasepak 9 sebelah piala YB padang Titian Baru
5.00 petang : Himpunan Perdana Berbasikal DUN Bukit Payong dan pelancaran kelab basikal Bukit Payong di Pasar Kedai Buluh oleh YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
9.00 malam : Ceramah berkelompok pemuda

14hb Sabtu
8.00 pagi : YB bersarapan bersama rakyat di Kedai Manan, Kedai Buluh
8.00 pagi : Pertunjukan masakan,rawatan as-syifa dan perkhidmatan kesihatan di Kampung Sena Rendang.
5.00 petang : Sambungan pertandingan bolasepak dan juga perlawanan khas antara AJK DUN melawan Veteran DUN
9.00 malam : kursus PACA PRU 13 di Markas Besar DUN Bukit Payong

16hb Isnin
8.00 pagi : YB bersarapan di Pekan Bukit Payong dan berkunjung ke rumah masyarakat Tionghua sempena Tahun Baru Cina
3.00 petang : Bacaan yaasiin di Kampung Padang Lebam
5.00 petang : Jejak Pemuda Atas Tol sebar risalah
9.00 malam : Ceramah di Surau Hj Daud oleh Ust kamaruzzaman Abdullah (Naib Ketua DPPNT) dan Suhaimi Saad (Ketua Penerangan Perhubungan PAS Pahang)

17hb Selasa
0800 pagi : YB bersama rakyat di Kampung Laut
3.00 petang : Bacaan yaasin di Kampung Laut

18hb Rabu
3.00 petang : Bacaan yaasin di Kampung Surau Haji Daud
9.00 malam : Ceramah di Kg Atas Tol oleh Mazlan Aliman (AJK PAS Pusat) dan Bob Lokman (Bekas artis)

19hb Khamis
3.00 petang : Bacaan Yaasin di Kampung Surau Panjang

20hb Jumaat
3.00 petang : Ijtimak Muslimat.Perasmian Oleh YB Ustaz Mohd Nor Hamzah di Markas Besar DUN Bukit Payong

21hb Sabtu
0700 pagi : YB bersama rakyat di Titian Baru
0800 pagi : Sukaneka dan pertunjukan ARC di Madrasah Darul Iman
0900 malam : Ceramah Perdana di Kg Laut

22-25hb Ahad hingga Rabu
Lawatan Pemuda ke UPU-UPU

26hb Khamis
7.15 malam : Solat maghrib dan solat hajat di Pasar Kedai Buluh bersama peniaga-peniaga
9.00 malam : Ramah Mesra Pemuda di Kampung Kubang Palas

27hb
9.00 malam : Malam Kesenian Islam bersama kumpulan al-Rush dan Irwan Syahman




BERSAMA-SAMALAH KITA MERANCAKKAN PROGRAM GERAK GEMPUR INI DENGAN MENYUMBANGKAN APA-APA YANG TERDAYA DISUMBANGKAN OLEH ANDA DEMI UNTUK MEMPERTAHANKAN DUN BUKIT PAYONG AGAR TETAP KEKAL DALAM NAUNGAN PARTI ISLAM PAS INSYAALLAH

Monday, January 9, 2012


Petikan Harakahdaily:

KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

Tuesday, January 3, 2012


Marang : Mahasiswa adalah golongan terpelajar yang bakal menjadi sebahagian daripada kepimpinan negara dimasa hadapan.

Mereka perlu dilayan dengan sepatutnya oleh semua pihak terutama pihak berkuasa.

Jikapun tuntutan mereka tidak dapat dipenuhi, janganlah pihak-pihak tertentu bertindak melampaui batas.

Demikian gesaan yang dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkaitan isu mahasiswa yang didakwa dipukul baru-baru ini.

Dalam kejadian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim itu, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang telah tercedera dan dibawa ke hospital berdekatan.

Beliau dilaporkan mengalami pendarahan di mulutnya dalam perhimpunan yang disertai kira-kira 60 orang mahasiswa itu ketika cuba dileraikan polis.

Perhimpunan yang dinamakan prokebebasan itu bertujuan untuk menuntut penghapusan AUKU dan menzahirkan sokongan kepada Adam Adli agar tiada tindakan displin dikenakan keatas beliau.

Keganasan yang berlaku juga mengundang kemarahan dan kritikan pedas dari pelbagai pihak hingga ada yang menamakannya sebagai peristiwa “pembantaian siswa”.

Menurut Ustaz Mohd Nor lagi, jika sekiranya terbukti benar polis melakukan kekerasan, maka mahasiswa perlu bangkit segera.

“Mereka perlu buat perubahan demi masa depan negara.

Jangan biarkan pihak-pihak tertentu menyekat kebebasan pemikiran anda semua dengan tindakan mengugut dan ganas sebegini seperti yang berlaku kepada Safwan dan juga Adam Adli,” tegas beliau.

ARKIB