Thursday, May 19, 2011


19 Mei - Semua dijemput solat jenazah ke atas Allahyarham al-Fadhil al-Ustaz al-Mujahid Haji Kassim Ahmad, veteran, bekas kepimpinan utama dan aktivis PAS Terengganu selepas solat Asar di Masjid at-Taqwa, Batu Enam pada hari ini. Al-Fatihah.

Wednesday, May 18, 2011

Sumber : Malaysiakini

lok yim pheng nutp sec gen 060905












Kira-kira 400,000 guru kelas biasa kecewa dengan pengumuman kerajaan pada Hari Guru baru-baru ini yang hanya membawa berita gembira kepada 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Lok Yim Pheng berharap kerajaan akan menangani rintihan dan masalah serta memberikan mereka lebih banyak peluang kenaikan pangkat.

"Ironinya di sebalik membawa kegembiraan, pengumuman itu menimbulkan kebimbangan dan rasa sedih di kalangan guru kerana sejumlah besar daripada mereka seperti diketepikan," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Lok juga meminta guru-guru yang dipinggirkan ini tetapi menjadi "teras" pendidik peringkat akar umbi supaya bertenang dan meneruskan tugas-tugas murni mereka seperti biasa serta menyerahkan kepada kesatuan soal mengenai perjuangan menjaga kebajikan mereka.

education school science class 040405Beliau berkata, pihak kesatuan yang mewakili 140,000 guru di seluruh negara akan berusaha untuk mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secepat mungkin untuk memaklumkan sendiri mengenai rintihan dan masalah yang dihadapi oleh guru kelas biasa.
Ramai tak puas hati

Menurutnya, pihak kesatuan tidak akan menghampakan guru-guru ini kerana mereka merupakan "tonggak" pendidikan, di mana semua sekolah bergantung kepada kejayaan meraka melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

"Tanpa dedikasi guru-guru kelas ini, kalangan guru besar dan pengetua sahaja tidak akan dapat mengendalikan sekolah," katanya.

Sementara itu, tinjauan rambang Bernama mengesahkan kenyataan kesatuan itu bahawa ramai guru pada dasarnya tidak berpuas hati dengan pengumuman kerajaan yang memberikan kelebihan hanya buat ketua-ketua sekolah.

Seorang guru yang dikenali sebagai Chandran, 45, yang berpengalaman 18 tahun mengajar berkata, beliau amat sayangkan karier sebagai seorang guru dan amat sayangkan muridnya, namun beliau merasa kecewa kerana merasakan dedikasinya selama ini seperti tidak dipandang.

"Saya biasanya pulang ke rumah sejam atau dua jam lebih lewat kerana saya lanjutkan masa mengajar di sekolah, khusus buat pelajar yang lemah, malah saya ambil inisiatif himpunkan mereka pada hujung minggu untuk membantu mereka dalam pelajaran, namun ini nampaknya tidak dihargai oleh pihak sekolah," katanya.

Seorang lagi guru yang hanya mahu dikenali sebagai Miss Tan berkata, beliau sedih dengan pengumuman itu, kerana beliau mahupun rakan-rakan sejawatannya tidak memperolehi apa-apa manfaat daripadanya.

"Kami bekerja keras, tapi dedikasi kami seperti tidak dihargai," katanya.

Thursday, May 12, 2011

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI TERENGGANU
11 MEI 2011

Baru-baru ini rakyat dikejutkan dengan berita dalam laman blog, kononnya ada majlis perjumpaan paderi seluruh negara di Pulau Pinang beberapa hari lalu, membincangkan agenda menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan.

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Islam adalah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman di mana-mana bahagian Persekutuan.
Soalnya, bolehkah Kristian menjadi agama Persekutuan? Bolehkah perlembagaan dipinda di Dewan Rakyat untuk mengubah apa yang termaktub?

Sebenarnya, ia tidak mudah seperti difikirkan untuk mendapat sokongan dua pertiga di Dewan Rakyat bagi mengubah perlembagaan apatah lagi ianya berkaitan agama Islam.

Apa sahaja berkaitan Islam untuk dipinda atau dimansuhkan perlu dibawa kepada Majlis Raja-Raja, Ia tidak boleh dipinda dengan sokongan dua pertiga di Parlimen saja, sebaliknya perlu persetujuan Majlis Raja-Raja. Usaha mengubah apa yang termaktub dalam perlembagaan tersebut perlu perkenan Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama Islam dan Majlis Raja-Raja.

Kalau dilihat kepada keseluruhan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan iaitu pada (4) dinyatakan tiada apa-apa dalam Perkara ini mengurangkan kuasa mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.

Ini telah menjadikan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan sebagai satu peruntukan yang tunggal dan tidak boleh mempengaruhi apa-apa Perkara yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Penafsiran sekarang terhadap Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan sekadar amal ibadat dan upacara sahaja.

Bagi kita sebagai muslim adalah berhak untuk menganut dan mengamalkan agama dengan sepenuhnya sebagaimana yang terkandung di dalam Al Quran dan As Sunnah.

Oleh kerana itu tafsiran yang sempit itu perlu diubah kerana Islam telah dianuti dan diamalkan di Tanah Melayu ini lama sebelum Perlembagaan Persekutuan wujud lagi. Sebagai contoh Batu Bersurat Terengganu yang mencatatkan hukum hudud yang telah diamalkan oleh penduduk tempatan beratus tahun dahulu.

Justeru, kami melihat isu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi merupakan provokasi Umno Barisan Nasional semata-mata. Pakatan Rakyat sendiri telah meletakkan asas yang dipersetujui bersama dalam menerajui politik negara sebagaimana yang telah diputuskan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Shah Alam (2009) dan diperkukuhkan menerusi Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang (2010), iaitu akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini. Tekad ini adalah suatu ikrar yang terpahat dalam polisi bersama Pakatan Rakyat.

Sekian.


“ ISLAM ADIL UNTUK SEMUA ”
“ MURNIKAN PERJUANGAN, MAKNAKAN KEMENANGAN ”

Yang benar
DPP NEGERI TERENGGANU
  
WAN MOHD FAIZUL BIN WAN ABAS
Setiausaha


6 Mei - Rehlah pemuda PAS UPU Atas Tol telah diadakan di Tasik Kenyir dengan disertai oleh 36 orang peserta dengan bermotosikal.

Program-program yang diadakan termasuklah memancing, mandi manda dan sukan ringan serta disusuli dengan program ceramah agama dan kuliah maghrib.

Program dirasmikan oleh YB Ustaz Mohd Nor bih Hamzah.

Disertakan beberapa gambar kenangan.

Sebelum pembahagian hadiah.

Sungai tempat bermandi manda.


Rehlah di bawah jambatan.


Orang kuat program Din dan Hassan.

Makan dulu dengan tertib dan teratur.



Ustaz Sukri sempat termenung.




Gulai kambing dengan nasi.

Mendengar perasmian penutup oleh Ketua Pemuda DUN Bukit Payong.



Sekitar majlis penyampaian hadiah.












Tuesday, May 10, 2011

 Tuan Guru bersalaman dengan Tengku Sri Bendahara Raja.

Sumber :  Harakahdaily
 Khairul Azlam Mohamad   

KUALA TERENGGANU, 9 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi peringatan kepada pihak tertentu agar tidak melakukan provokasi hingga mencetuskan ketegangan kaum di negara ini berhubung isu ‘Kristian agama rasmi’.

Menurutnya, tindakan seumpama itu tidak demokratik yang sengaja cuba dicetuskan pihak tertentu setiap kali menjelang pilihan raya.

“Saya melihat isu sehari dua ini lebih bersifat kepada satu permainan politik pilihan raya".

“Saya harap jangan provokasikan di saat hampir pilihan raya macam masa-masa lalu. Kemudian ambil tindakan ISA di kalangan orang tertentu. Ini suatu tindakan yang tidak demokratik dan tidak betul,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Yang Keempat, Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-12, di sini hari ini.

Katanya, dalam Konvensyen Pakatan Rakyat semua parti menerima apa yang sudah diasaskan dalam Perlembagaan.

Menurutnya, Islam agama Persekutuan dan institusi Raja-Raja yang termaktub dalam Perlembagaan diterima sebulat suara oleh Pakatan Rakyat.

Menurutnya, sebarang isu yang berkaitan dengan polisi dan dasar akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat.

“Dengan sebab itu, saya tidak risau dengan isu ini. Sebab, saya melihat isu ini lebih ke arah isu mainan politik pilihan raya. Ini satu benda yang tidak betul di kalangan pihak tertentu,” ujarnya.

Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mahu semua pihak supaya menjaga keharmonian kaum di negara ini.

Beliau juga menyarankan agar diadakan siri perbincangan dan dialog dari masa mengenai perkara itu sebagaimana isu kalimah Allah sebelum ini.

“Dan kerajaan pernah menganjur melalui IKIM, dalam isu kalimah Allah dulu, saya hadir sendiri dan melibatkan kalangan akademik, kita bincang. Itu lebih baik. Cara berilmu dan bukan lepas tangan begitu sahaja,” ujarnya.

Perasmian Sidang Dun Terengganu telah disempurnakan oleh Ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja Terengganu, Tengku Sri Bendahara Raja.

Sunday, May 8, 2011

Sumber : Tranungkite
Sumber lain : Buletinonline

Oleh Mohamad Nor Syafiq


KUALA TERENGGANU 7 MEI : Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Datuk Seri Najib Razak supaya jangan terlalu yakin dan angkuh untuk merampas kembali Selangor daripada pimpinan Pakatan Rakyat.Sebaliknya, Anwar memberi amaran kepada Perdana Menteri Najib Razak agar tidak  mengamalkan "politik rampas" semata-mata untuk memerintah negara. Ini politik rampas tidak boleh (diamalkan), bini (isteri) orang nak rampas... Perak rampas... Selangor nak rampas... mana boleh macam ini. 


“Najib jangan bongkak... insya-Allah kami akan tawan Putrajaya, kamu akan jadi ketua pembangkang yang baru,” katanya pada ceramah perdana isu-isu semasa di Madrasah Darul Iman, Kedai Buluh di sini malam tadi.


Anwar ketika berucap di hadapan kira-kira 4,000 orang itu turut menggesa supaya rakyat melakukan perubahan dan memilih Pakatan Rakyat bagi menggantikan Umno-Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.


Laporan media semalam menyebut, Najib mahu Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan BN dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13, yang disifatkannya “sudah hampir tiba.”


Presiden Umno itu berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja ‘senjata’ yang dimiliki mereka.


Pada pilihan raya umum 2008, selain Selangor, Pakatan Rakyat berjaya menguasai Perak, Pulau Pinang dan Kedah dengan mengekalkan Kelantan di bawah pentadbiran PAS.


Namun Perak dirampas semula BN setahun kemudian.


“Kita tidak harus membiarkan maruah parti terus tercemar dan tercalar dengan terus bersedih kerana kekalahan lepas.


“Kita juga tidak boleh terus terbawa-bawa dengan kesedihan, kehilangan keyakinan kita, sebaliknya kita mesti menyusun semula barisan, kuatkan iltizam dan semangat juang serta bangkit menebus kekalahan dengan semangat juang yang tidak tahu erti kalah,” kata Najib yang juga pengerusi Umno Selangor.


Jelas Anwar, Pakatan Rakyat akan mempertahankan setiap kerusi yang dimenanginya walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai strategi kotor Umno-BN.


“Kita perlu pertahankan kerusi-kerusi ini, saya percaya Umno akan gunakan apa sahaja cara untuk melemahkan kita.


“Mereka (Umno-BN) kata kita bermimpi (untuk tawan Putrajaya) tapi jangan lupa kita pernah menang di Terengganu, Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan, malah di Wilayah Persekutuan juga kita menang... cukuplah dengan sistem sedia ada (sekarang), kita perlukan perubahan,” katanya.


Dalam masa yang sama, Anwar berkata, janji-janji yang terkandung dalam dasar bersama tiga parti gagasan itu yang termaktub dalam Buku Jingga akan dilaksanakan sebaik sahaja berjaya menawan Putrajaya.


Tambah Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi, setiap yang dijanjikan itu bukan janji kosong, sebaliknya ia akan dilaksanakan.


Buku Jingga yang terdiri daripada dasar kerajaan Pakatan Rakyat dan 10 inisiatif 100 hari pertama pemerintahan diperkenalkan pada konvensyen keduanya di Pulau Pinang Disember lalu.

PS ;

1. Beberapa penceramah pada malam tersebut ialah YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ustaz Dato' Haji Abu Bakar Chik dan Prof. Dr. Mohd Nor Manuty, sementara itu YDP PAS Kawasan Marang, Tuan Haji Yahaya Ali turut hadir dan majlis dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Maarof.


2. Beberapa gambar sekitar ceramah akan menyusul...


Ceramah DSAI di radio buletinonline. KLIK.
Ceramah Ustaz Dato' Haji Abu Bakar Chik di radio buletinonline. KLIK.



Friday, May 6, 2011

Sumber- Malaysiakini


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencetuskan teka-teki mengenai tarikh pilihan raya umum ke-13 apabila menyebut timbulnya ramalan ia akan diadakan pada 11.11.11 kerana angka 11 amat signifikan dalam hidup beliau.

Ketika ditanya pemberita, beliau tidak mengia mahupun menafikan ramalan itu, sebaliknya menyifatkan ramalan sedemikian memang menjadi kegemaran dalam arena politik sebelum ini.

NONE"Saya rasa elok diteruskan teka teki ini," katanya.
Bagaimanapun, Najib menekankan perlunya untuk kerajaan BN terus bekerja melaksanakan program-program transformasi bagi menyakinkan rakyat.


"Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa, tak semestinya pada (bulan) 11 ataupun 11 haribulan.


"Ini merupakan satu proses, selagi semboyan belum dibunyikan, kita masih buat kerja," katanya.


Apabila diminta mengulas lanjut sama ada kemungkinan tarikh tersebut besar, Najib berkata: "Tarikh itu ada kaitan dengan hidup saya, tapi sama ada pilihan raya itu...Wallahhualam".


Sebelum itu, Najib dalam usaha merapatkan hubungannya dengan golongan muda ke udara di rangkaian radio Hot FM pagi ini dan menceritakan signifikan angka 11 dalam hidupnya.
NONEKatanya, nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya.


Antaranya ialah Allahyarham ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan, dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946.


Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11.

Nombor plat kereta rasmi beliau juga bernombor 11.
Wawancara selama sejam bermula jam 7.30 pagi itu juga disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen 8TV.

Thursday, May 5, 2011



4 Mei - Konvoi Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan diserang di mana seorang polis dilaporkan terbunuh dan seorang lagi cedera di Kastamonu di Barat Laut Turki, demikian dilaporkan oleh al-Jazeera dan hurriyetdailynews.

Pasukan penyerang menggunakan bom dan melepaskan tembakan terhadap kereta polis yang mengiringi bas yang membawa aktivis utama parti AKP pimpinan Erdogan, namun mereka berjaya melepaskan diri setelah berbelas tembakan di dalam kawasan dipenuhi hutan.

Ketika serangan, Erdogan telah berlepas meninggalkan Kastamonu dengan helikopter ke Amasya dalam rangka kempen pilihanraya yang akan berlangsung pada 12 Jun akan datang.   

Dalam ceramah kempennya, Erdogan melahirkan rasa sedih beliau ke atas serangan tersebut dan mengaitkan serangan itu dengan gerakan pemisah Turki, sementara ramai komentator di laman al-Jazeera mengaitkan serangan itu dengan pasukan khas Syiria atau Israel lantaran  sikap Erdogan yang dilihat tidak menyebelahi pimpinan kedua-dua buah negara.
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 5 Mei: PAS terkejut dengan kenyataan Dr Juanda Jaya, Mufti Perlis yang mengatakan siapa yang menghalang penyatuan PAS dan Umno adalah pengkhianat.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) menasihatkan Sahibussamahah itu jangan terlalu gopoh memberi pandangan mengenai perkara itu.
Perlu diingatkan, katanya sebarang pandangan yang keluar daripada orang agama ia mempunyai implikasi yang besar kepada orang awam.
Beliau berkata, sepatutnya sebagai seorang mufti perlu berpegang kepada disiplin untuk mengeluarkan sebarang kenyataan, antaranya ialah perlu memahami tasawwur (gambaran sebenar) perkara yang hendak dihukum, barulah ia mendapat natijah yang betul.
“PAS bimbang kenyataan ini akan diperalatkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, terutama Umno yang akan menjaja pandangan ini bahawa Umno hendak kepada perpaduan, yang tidak mahu kepada perpaduan ialah PAS, sehingga rakyat nampak PAS jahat, manakala Umno baik,” ujarnya kepada Harakahdaily.
PAS, jelasnya tegas dengan prinsip bahawa penyatuan yang tidak berlandaskan kepada prinsip Islam, seperti bersatu dengan parti yang jelas mengkhianati amanah rakyat selama mereka memegang tampuk kuasa 54 tahun. 
Katanya, ketika bercakap soal perpaduan Melayu dalam masa yang sama tabiat jahat tidak pernah dibuang, seperti diskriminasi pada Kelantan mengenai tuntutan royalti minyak.
“PAS menasihat kepada Sahibussamahah supaya menggunakan platform Mufti untuk menasihat pemimpin Umno BN supaya kembali kepada penghayatan agama dan laksanakan amanah dengan baik.
“Tegur mereka supaya tidak zalim kepada rakyat yang berlainan ideologi,” ujarnya.

KUALA TERENGGANU - Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan penuh sedar dan sengaja telah dua kali mengeluarkan kenyataan yang menghina umat Islam seluruh dunia.

Sebelum ini, ketika membuat lawatan ke Turki, Najib telah meminta masyarakat antarabangsa memulau Ikhwanul Muslimin daripada penyusunan kuasa di Mesir kerana katanya Ikhwanul Muslimin menjadi punca keganasan.

Bahkan, lebih terus lagi, Najib mengatakan Ulamak terkemuka dunia, Sheikh Yusof al Qardawi adalah penyokong keganasan.

Pengerusi Asian Federation of Muslim Youth (AFMY), Dato' Ustaz Abu Bakar Chik berkata, Najib sekali lagi menghina umat Islam apabila beliau menuduh as Syahid Osama bin Laden, yang dibunuh tentera Amerika adalah menjadi punca keganasan antarabangsa. 

"Najib dengan penuh sedar dan sengaja menghina umat Islam apabila beliau menuduh as syahid Osama bin Laden menjadi punca keganasan antarabangsa"

"Sebelum ini beliau telah meminta masyarakat antarabangsa memulau Ikhwanul Muslimin daripada penyusunan kuasa di Mesir kerana katanya Ikhwanul Muslimin menjadi punca keganasan bahkan beliau mengatakan Sheikh Yusof al Qardawi adalah penyokong keganasan,"ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat petang semalam, Rabu 4 Mei.

Menurutnya, krisis keamanan dan keselamatan dunia yang berlaku pada hari ini adalah disebabkan oleh dasar Barat dan inperialisme mereka yang mahu menguasai dunia lain.

Barat juga, kata beliau, bersekongkol dengan 'konspirasi Yahudi' dan pelobi-pelobi Kristian untuk menghancurkan bangsa dan agama lain didunia ini, terutamanya Islam.

"Sehingga hari ini krisis keamanan dan keselamatan dunia adalah disebabkan oleh dasar Barat dan inperialisme mereka yang mahu menguasai dunia lain yang mereka anggap menentang kepentingan Barat,

"Konspirasi Yahudi untuk menghancurkan umat Islam telah bersepakai dengan konspirasi pelobi-pelobi Kristian dan dalam usaha mereka meneruskan rancangan perang salib ke atas umat Islam,"jelasnya.

Oleh  sebab itulah, beliau yang juga Ahli Jawatankusa PAS Pusat berkata,  perjanjian Balfore (1948) yang telah berjaya membawa Yahudi ke Palestin dan membentuk negara haram Israel yang dipimpin oleh Zionis di bawah naungan Amerika Syarikat dan sekutu-kutunya.



Menurutnya lagi, melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), telah dilantik beberapa negara yang mempunyai kuasa 'veto' iaitu, Amerika Syarikat, Great Britain, Rusia dan Perancis untuk meneruskan 'konspirasi Zionis'. 

Katanya, AS dan sekutu-kutunya kini menggunakan North Atlantic Treaty Organisation (NATO) melancarkan 'imperialisme baru', dengan menggunakan seluruh kekuatan ketenteraan telah menyerang dan menguasai Afganistan serta Iraq.

Oleh itu, katanya, pendirian Najib yang menuduh secara melulu, tokoh-tokoh yang menentang kezaliman dan kepentingan Barat, menggambarkan sikap beliau yang menentang usaha-usaha menegakkan keadilah sejagat berasaskan ajaran Islam. 

Justeru, beliau menyeru umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia, agar berdiri teguh dibelakang gerakan Islam diseluruh dunai bagi menumbangkan kerajaan-kerajaan zalim, yang menjadi tali barut kepada 'Barat dan Zionis'.

"Kita (saya) menyeru kepada umat Islam agar berdiri teguh dibelakang gerakan Islam diseluruh dunai bagi menumbangkan kerajaan-kerajaan zalim yang menghina umat Islam dan menjadi tali barut kepada zionis dan pelobi-pelobi Kristian sedunia." 



"AS dan Yahudi adalah kuasa-kuasa durjana yang menguasai polisi Order Baru Dunia (New World Order) dan proses globalisasi yang sedang berjalan hari ini,"tegasnya.

Beliau turut mengajak semua semua bangsa dan agama, memperjuangkan Order Dunia Yang Adil (Just World Order) berteraskan kedamaian sejagat yang dimajukan oleh Islam.

Tuesday, May 3, 2011




3 Mei - Al-Jazeera melaporkan, Syeikh Hassan at-Turabi, pemimpin Parti Himpunan Rakyat Sudan menyifatkan kematian Osama bin Laden dengan cara tragis seperti ini sebagai menyedihkan dunia Islam, "walaupun ada perbezaan pendapat antara kami, kerana beliau adalah orang Islam"  dan Osama lebih rela "syahid daripada ditangkap dan dihina". 

Beliau menyatakan cara perjuangan Osama Laden adalah salah dan merosakkan nama baik Islam apabila ia menyerang orang yang tak bersalah untuk menyakiti pihak yang dianggapnya sebagai bersalah.

Ismail Haniyeh, pemimpin Hamas juga berpendapat demikian namun tetap menyifatkan Bin Laden sebagai 'seorang mujahid muslim daripada kalangan bangsa arab'.

Tentera Amerika masih berdolak-dalik untuk mengeluarkan gambar pembunuhan Osama setelah gambar kepala Osama yang kononnya ditembak disifatkan oleh pelbagai pihak sebagai 'super imposed'. 

Pengkebumian Osama di laut oleh pihak tentera juga menimbulkan debat, ketidakpuasan hati dan lebih banyak 'teori konspirasi'. 

Sunday, May 1, 2011


30 April – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu telah mengadakan Muktamar Agung ke 42 di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu dengan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Sebelum itu, YB Ustaz Nasharudin telah diiringi oleh kira-kira 40 buah motosikal ke Markaz Tarbiyyah yang turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Pesuruhjaya iaitu Ustaz Abu Bakar Chik dan Ustaz Satiful Bahri Mamat dan beberapa orang tetamu jemputan.

Ustaz Nasharudin mempersoalkan tentang pihak yang meminta Presiden PAS berundur kerana ketewasan PAS dalam pilihanraya negeri Sarawak, walhal Presiden PAS yang sama juga yang mengetuai parti mendapat kemenangan dalam beberapa pilihanraya kecil sebelum itu seperti di Bukit Gantang dan Kuala Terengganu.

Semangat perubahan di dunia arab juga turut disentuh oleh Timbalan Presiden PAS itu, bagi memberi motivasi kepada para pemuda PAS di tanahair untuk meneruskan perjuangan dengan lebih bersemangat lagi.

Usul daripada DPP Kawasan Marang untuk menjadikan ARC sebagai sebuah Lajnah atau Jabatan dalam DPPNT telah diterima sebulat suara oleh para perwakilan setelah dibahaskan.

Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Ustaz Mohd Soud dan Ustaz Saiful Anbiya’ tidak lagi bertanding dalam pemilihan pada kali ini kerana faktor umur.

Jawatankuasa baru Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu yang baru dipilih, sekali lagi menyandarkan amanah kepimpinan kepada YB Ustaz Mohd Nor Hamzah selaku Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Ridzuan Hashim selaku Timbalan Ketua, Ustaz Kamaruzaman Abdullah sebagai Naib Ketua.

Sementara Ustaz Wan Faizul Wan Abbas dan Saudara Saufi Chik mengekalkan jawatan sebagai setiausaha dan bendahari.

Muktamar dihadiri oleh lebih 400 orang perwakilan dan pemerhati.

ARKIB