(YB Ustaz Mohd Nor bergambar bersama sebahagian anak-anak miskin selesai membeli
barang keperluan sekolah dalam Program BAck To School anjuran MTD Bukit Payong)
Bukit Payong : Satu program yang dinamakan “Program
Back To School” telah diadakan di Bukit Payong semalam.
Program berbentuk kebajikan itu yang
bertujuan membantu dan mengurangkan beban beberapa keluarga-keluarga miskin
terpilih di sekitar Bukit Payong dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup
sekarang ini.
Program anjuran Badan Kebajikan
Majlis Tindakan DUN Bukit Payong (MTD) itu telah berjaya membantu kira-kira 30
orang pelajar bagi persiapan mereka untuk menghadiri sesi persekolahan baru
pada Januari ini.
Setiap pelajar diberikan sehelai
baju, seluar, kasut dan stokin dan mereka dijemput untuk mengukur saiz sendiri
di sebuah kedai berdekatan di sini bagi memudahkan mereka.
Seorang ibu yang mendapat bantuan
ini Puan Zainun Abdul Rahman (kiri) mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada
penganjur program ini.
“Saya rasa gembiralah dengan
bantuan ini sebab anak-anak nak ke sekolah tapi bajupun masih tak ada.
Saya rasa sukalah (gembira)
dengan program ni, memudahkan anak-anak nak pergi sekolah dan terima kasih saya
ucapkan kepada YB Ustaz Mohd Nor Hamzah atas penganjuran program ini,” kata
beliau.
Sementara itu Wakil Rakyat Bukit
Payong, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata program ini adalah satu program yang sangat
bagus dan menzahirkan bahawa MTD Bukit Payong sentiasa prihatin dengan masalah
rakyat.
“Dengan kenaikan harga barang
yang sangat membebankan rakyat, kita tampil sebagai pembantu untuk meringankan
bebanan ini sebagai menurut kehendak Islam.
Saya suka mengajak rakyat
terbanyak untuk melihat keadaan ini bila kerajaan yang salah kita pilih, maka
beban itu terpikul atas bahu kita juga, tetapi mereka semua bersenang lenang,”
ujarnya.
Ditanya siapakah yang menaja
program ini, beliau menjawab program ini adalah sumbangan orang ramai dan juga
derma dari dermawan-dermawan yang kaya yang prihatin dengan nasib orang-orang
miskin.
Beliau berharap agar lebih ramai
lagi dermawan-dermawan turun membantu orang-orang miskin kerana cengkaman hidup
sekarang ini perlukan kerjasama semua pihak bagi meringankan beban mereka.
Pada 29 Disember ini pula bantuan
seterusnya kepada anak-anak yatim akan dihulurkan bagi meringankan beban mereka
menghadapi sesi persekolahan baru akan datang.
0 comments :
Post a Comment