Sunday, November 16, 2008

Pada 8 November 2008, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah telah merasmikan program Ihtifal PASTI dan Penyampaian Sijil dan Hadiah di PASTI Al-Iman Pekan Bukit Payong dalam satu majlis yang meriah yang dihadiri oleh anak-anak pelajar PASTI, ibu bapa, guru-guru dan para penggerak PASTI Al-Iman.

Sehingga hari ini, PASTI Al-Iman masih lagi membuka pendaftaran pelajar bagi kana-kanak berumur 5 dan 6 tahun pada tahun 2009, di mana sebarang persoalan boleh dikemukakan kepada Tuan Haji Nu'man Syaf'ie selaku Pengerusi PASTI Al-Iman atau terus berhubung dengan cawangan PAS Pekan Bukit Payong.

Diselitkan beberapa gambar sempena program Ihtifal tersebut.


YB Ustaz Mohd Nor menyampaikan hadiah kepada seorang anak PASTI sambil diperhatikan oleh Saudara Nasir Ismail, Ketua Cawangan PAS Pekan Bukit Payong.


Pengerusi PASTI, Tuan Haji Nu'man sedang membacakan nama-nama penerima anugerah PASTI Al-Iman, turut kelihatan bendahari Cawangan PAS Pekan Bukit Payong dan guru-guru.

Sebahagian ibu bapa yang hadir bersama keluarga.

Anak-anak pelajar dan ibu bapa mendengar ucapan perasmian oleh YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.

YB Ustaz Mohd Nor ketika berucap merasmikan majlis Ihtifal PASTI Al-Iman.

Thursday, November 13, 2008

Penyelaras Pemuda DUN Bukit Payong akan menganjurkan satu majlis makan malam pada 30 November 2008 bagi mengumpul dana untuk menjalankan lebih banyak program-program pemuda dalam masa terdekat.

Penyertaan orang ramai adalah amat dialu-alukan.

Maklumat lanjut boleh didapati daripada setiausaha Penyelaras Pemuda DUN Bukit Payong, Encik Syukri.
Satu sidang akhbar diadakan oleh Hamas pada hari Khamis 13 November 2008 bagi menegaskan bahawa pemburuan dan penangkapan beratus-ratus anak buah dan penyokong Hamas adalah perancangan yang didalangi oleh Israel dan Amerika yang telah dijalankan dengan jayanya oleh pentadbiran Mahmud Abbas.



Sidang akhbar itu dihadiri oleh tiga orang kepimpinan Hamas iaitu Dr. Salah al-Bardawil selaku wakil ahli parlimen Hamas, Fauzi Barhum selaku jurucakap Hamas dan Fathi Hammad. Klik untuk berita lanjut.

Sebelum itu, pada 11 November lalu Dr.Musa Abu Marzouq, Timbalan Ketua Sekretariat Politik Hamas, menyatakan Hamas setelah berbincang dengan kumpulan-kumpulan Islam yang lain, telah menghantar surat kepada pihak penganjur dialog Mesir, bahawa Hamas tidak akan hadir dialog hasil daripada kajian mendalam.

Dr. Musa Abu Marzouq jua menempelak kenyataan akhbar bersama yang dibuat oleh Mahmud Abbas dengan Condelezza Rice, setiausaha negara Amerika Syarikat bahawa di sana tidak ada sebarang tangkapan politik sedang berlaku di Tebing Barat. klik untuk berita lanjut.

Wednesday, November 5, 2008

4 November 2008; Dr. Musa Abu Marzouq, Timbalan Ketua Sekretariat Politik Hamas, menegaskan bahawa Hamas adalah pihak yang paling mengharapkan kejayaan dialog damai anjuran Kaherah bagi menamatkan perpecahan sesama sendiri di Palestin.



Walaupun begitu, kertas cadangan damai Kaherah itu tidak boleh diterima bulat-bulat, kerana kertas cadangan tersebut turut mengandungi perkara-perkara yang di luar daripada kepentingan dan keperluan sebenar negara Palestin.

Ini kerana Hamas berpendapat perkara-perkara mengenai gencatan senjata dan rundingan damai dengan Israel tidak patut dibincangkan dalam dialog anjuran Mesir ini.

Bagi Hamas, pihak-pihak yang bertelingkah di Palestin perlu terlebih dahulu berdamai dan mencapai persetujuan sesama mereka barulah mereka boleh menangani permasalahan berkaitan hubungan dengan Israel dengan lebih berkesan sebagai entiti 'Palestin' yang sebenar.

Beliau juga berharap dunia Arab dan Mesir agar berdiri sama rata di atas satu pentas dengan tidak menekan mana-mana pihak untuk menerima cadangan penyelesaian tertentu sahaja bagi permasalahan yang dibincangkan di dalam dialog.

Walaupun Hamas tidak menyetujui semua perkara dalam kertas cadangan Kaherah, Hamas tetap akan menyertai dialog tersebut dan mengutarakan pandangan-pandangan dalam dialog tersebut bagi kesatuan dan kebaikan rakyat Palestin.

Lihat Pusat Info Palestin

Sunday, November 2, 2008

Ijtima' berlangsung meriah di tengah-tengah bandar Cukai Kemaman dihadiri oleh lebih 7000 perwakilan, pemerhati dan pengunjung daripada seluruh pelusuk negeri Terengganu di Dewan Dato' Seri Amar Di Raja.


Host unlimited photos at slide.com for FREE!

YB Dato' Seri Presiden sebelum menyampaikan ucaptama.

Host unlimited photos at slide.com for FREE!

Wakil DAP dan Kelab Penyokong PAS.

Host unlimited photos at slide.com for FREE!

Gambar di dalam dewan.


YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang, Presiden PAS merangkap penasihat Badan Perhubungan PAS Terengganu, menyampaikan ucaptama bertajuk PAS untuk semua : Penghayatan dan Tuntutan.

Dalam bahagian akhir ucaptama tersebut disebutkan secara jelas tentang tuntutan dan arahan daripada kepimpinan PAS Negeri Terengganu di peringkat akar umbi untuk;

  1. Memantapkan strukur organisasi.
  2. Menambahkan bilangan ahli melalui program-program.
  3. Kempen daftar pemilih.
  4. Meleburkan kongkongan UMNO.
  5. Mempertingkatkan engagement dengan pelbagai pihak.
  6. Menyemarakkan roh jihad dan pengorbanan.
  7. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan media.
Beberapa statistik berkaitan sokongan kepada PAS turut disentuh dan dianalisa.

Ucaptama itu kemudiannya dikupas dan dibahaskan oleh wakil-wakil daripada setiap kawasan dan dewan-dewan untuk menghasilkan strategi yang lebih mantap dan berkesan untuk diguna pakai sebagai strategi dakwah dan pilihanraya di negeri Terengganu Darul Iman.

Allahu Akbar!

ARKIB