Barisan Exco DPPNT sesi 2013-2015 bergambar kenangan bersama
TPj 1 mantan KP DPPNT selesai majlis makan malam
Dewan Pemuda PAS Negeri
Terengganu (DPPNT) baru-baru ini telah mengadakan satu majlis makan malam yang dinamakan “Jasamu
Dikenang” bagi menghargai jasa kepimpinan lama DPPNT yang terdahulu.
Majlis yang dikhususkan bagi
mengenang jasa mantan ketua DPPNT YB Ustaz Mohd Nor Hamzah yang bersara wajib
pada pemilihan yang lalu dan menyaksikan Ustaz Kamaruzzaman Abdullah dipilh
sebagai ketua yang baru.
Dalam ucapan penghargaannya Ustaz
Kamaruzzaman berkata kekuatan DPPNT dan berada di tempat sekarang ini adalah
hasil dari sumbangan orang-orang terdahulu.
Sambil mengucapkan selamat
bertugas kepada Ustaz Mohd Nor di posisi baru beliau sebagai Ketua Penerangan
PAS Terengganu, beliau juga melahirkan hasrat untuk melihat Pemuda mencari lebih
banyak peluang bagi membantu PAS Terengganu.
Turut hadir dalam majlis tersebut
ialah Timbalan Pesuruhjaya 1 (TPJ 1)PAS Terengganu Dr Alias Razak yang
menggantikan Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Saiful yang tidak dapat hadir.
Sementara itu Ustaz Mohd Nor
mengucapkan terima kasih atas segala bantuan Pemuda PAS selama beliau menerajui
DPPNT samada bantuan dari dalam ataupun luar.
Bagi beliau, kerjasama serta
gandingan kepakaran semua dalam DPPNT yang memberikan kekuatan Pemuda dan
percaya hal tersebut mesti diteruskan bagi melangsungkan kecemerlangan dan
bergerak lebih jauh lagi.
Beliau turut menyentuh berkenaan
cabaran generasi Y yang dilihat perlu ditangani secara bersungguh-sungguh.
“Generasi Y ini pemikiran mereka
sebenarnya kritis bagi sesuatu isu.
Pemuda juga perlu gerakkan minda
generasi ini bagi yang masih terlena agar tidak mudah ditipu dan sedar apa yang
terjadi di sekeliling mereka,” saran beliau.
Beliau mengakhiri ucapannya
dengan memberi ingatan agar Pemuda tidak merasakan bahawa merekalah yang memulakan
perjuangan ini dan menjadi pengakhirnya sebaliknya perlu memahami bahawa mereka
hanyalah penyambung perjuangan.
“Berkerjalah bagi mencari redha
Allah buakn untuk nama dan tujuan lain,” pesan beliau kepada Pemuda.
Majlis diakhiri dengan penganugerahan
watikah perlantikan oleh TPJ 1 kepada seramai 31 ahli jawatankuasa (Ajk) yang dipilih serta dilantik.
Seramai 13 orang Ajk telah
dipilih dalam pemilihan yang lalu manakala 18 lagi dilantik bagi memenuhi kuota
Ajk DPPNT.
0 comments :
Post a Comment