Friday, December 31, 2010

Jumaat, 31 Disember adalah hari terakhir tahun 2010, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah turun ke pasar Pekan Bukit Payong berjumpa dengan para peniaga dan para pengunjung pasar dengan disertai beberapa jawatankuasa cawangan Pekan Bukit Payong dan Pemuda DUN yang turut serta membahagikan kalendar tahun baru yang tiba esok.


Setelah itu, YB sempat minum pagi dan bersantai di kedai Awi di depan Dewan Futsal Bukit Payong sebelum ke Masjid Rusila bagi menggantikan kuliah pagi Jumaat yang tak dapat disampaikan oleh YB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang menjalankan tugas di luar negara.



Berjumpa dan bertanya khabar.

Sayur baru tiba.

Minum pagi di kedai Awi.


Hari masih gelap, sempat juga YB bertemu warga pasar pada hari ini.


Ustaz Mohd Nor selesai membeli beberapa barangan keperluan di pasar.

Pada 27 Disember baru-baru ini, Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang (DPPKM) telah turun ke DUN Bukit Payong.

Antara program yang diaturkan ialah minum petang bersama pemuda sekitar kedai buluh, menziarahi beberapa warga DUN Bukit Payong yang kurang sihat dan usrah bersama antara DPPKM dan Penyelaras Pemuda DUN Bukit Payong.

Turut sama ialah YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, ADUN Bukit Payong dan Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi selaku Timbalan Ketua DPPKM.

Disertakan beberapa gambar kenangan.


Minum petang bersama penduduk sekitar, turut kelihatan YB Ustaz Mohd Nor yang meluangkan masa menyertai program ini.


Kelihatan beberapa orang jawatakuasa pemuda yang turut serta.

Menziarahi saudara Alwi yang kurang sihat dilanda masalah sakit saraf dirumahnya, turut serta Ustaz Zakaria Latif, Ketua Urusan Ulama' DUN.

Sekitar usrah pada malam itu yang diadakan di Madrasah Darul Iman.


Ustaz Khalil membentangkan kertas kerja khas pada sesi usrah tersebut.

Semua orang khusyu' mendengar, merenung dan berfikir... Bukan mudah kerja menegakkan Islam ni.

Pada 16 Disember 2010, satu program Motivasi bersama dengan Ustaz Mizan Mohd Nor telah dianjurkan oleh Penyelaras Pemuda DUN Bukit Payong dengan kerjasama Pejabat ADUN Bukit Payong bermula jam 6 petang sehingga jam 11.30 malam di Surau Kampung Tok Dir.Program yang dihadiri oleh lebih 300 orang peserta daripada kampung-kampung sekitar DUN Bukit Payong itu, turut mendapat suntikan semangat daripada YB Ustaz Mohd Nor Hamzah yang menyampaikan kuliah maghrib.

Beberapa gambar sekitar program.

Peserta yang sayangkan agama mereka mengangkat tangan.


Mendengar ceramah motivasi.


Ustaz Mizan menyampaikan ceramah sepenuh hati.

Ada juga ibu bapa yang turut sama.

Krew Ustaz Mizan.


Diiringi persembahan multimedia.

Ibu bapa memerhatikan daripada belakang.

Berdoa sebelum program berakhir.

Pak Aziz bersama dengan peserta cilik.

Suasana di depan Surau Kampung Tok Dir.


Peserta bersalam dengan Ustaz Mizan selepas tamat program.


Tok Bilal De, Ketua cawangan Tok Dir memberikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.

Seorang lagi pemenang cabutan bertuah menerima hadiah daripada Ustaz Mizan.


Friday, December 3, 2010

Pertubuhan Islam Bestari dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Ru
Muda akan menganjurkan satu kem kepimpinan yang menekankan
pengajian Al-Quran dan motivasi bina Syaksiyyah iaitu CAMP LEADERSHIP
AL-QURAN DAN SYAKHSIYYAH.

Antara program menarik ialah;

Motivasi daripada pakar-pakar
Hafazan surah dan doa
Bina Syakhsiyyah dan Kepimpinan
Qiamullail
Musabaqah dan macam-macam lagi!

Antara tokoh-tokoh terkenal yang dijemput khas untuk memberikan pengisian
ialah;

Ustaz Mohd Zawawi Yusoh, pendakwah dan penceramah terkenal

Ustaz Tarmizi Ali, Juara Akademi Al-Quran

Ustaz Mohd Mizan Mohd Nor, Pengurus Taman Al-Quran Hadiqatul Muqarrabin


Untuk mendaftar sila hubungi;

Ustaz Azizuddin 013 921 7374
Ustaz Jailani 019 996 0923
Ustaz Fakhrurrazi 013 356 9946

Program akan berlangsung di Masjid Ru Muda, Marang bermula 10 hingga 17 Disember 2010 dengan yuran sebanyak RM250.

Jom jayakan program-program motivasi berbentuk Islamik!

Wednesday, December 1, 2010






Majlis ini dianjurkan oleh Badan Kebajikan PAS DUN Bukit Payong pada 20/11/2010 di PASTI Kedai Buluh.

Muqaddimah majlis ini diserikan dengan memberi cenderahati berupa kain pelikat kepada setiap peserta yang berkhatam. Cenderahati ini disampaikan oleh YB Ustaz Mohd Nor Hamzah (ADUN Bukit Payong).

Majlis berkhatam ini dimulakan dengan perarakan motorsikal antik sebanyak 40 buah; dimana peserta berkhatam akan menaiki motorsikal ini dan diarak bermula dari PASTI Kg. Tok Dir ke PASTI Kg. Kedai Buluh. Dalam perarakan ini, kumpulan rebana silat yang menaiki kenderaan telah mengalunkan dan membunyikan gendang silat bagi menaikkan semangat kanak-kanak tersebut.


Seramai 150 kanak-kanak berusia antara 8 hingga 12 tahun menyertai majlis ini, mereka telah diarak sejauh 3 km dengan meriahnya.

Inilah kal pertama perarakan yang meriah ini diadakan' walaupun majlis khatam beramai-ramai ini sentiasa diadakan setiap tahun yang dianjurkan oleh DUN Bukit Payong.

Daripada: Mohd Nasir Bin Ismail ( Ketua Penerangan PAS DUN Bukit Payong )

ARKIB