Saturday, April 30, 2011





KUALA LUMPUR: Bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz mengingatkan trio Datuk T supaya mengingati azab Allah, sebelum salah seorang daripadanya, Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat.

Shamsul adalah pendakwah bebas yang dimaksudkan pihak media, ketika hadir memberi ‘khutbah’ kepada Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim di Masjid Amru Ibnu Al As, Sentul petang tadi.

Kehadirannya pada mulanya disangka Pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Beliau kemudiannya mengambil tempat dan duduk di hadapan ketiga individu berkenaan sebelum Eskay bersedia mengangkat sumpah.

Shamsul ketika dihubungi Keadilandaily.com berkata, beliau berbuat demikian supaya Eskay memikirkan semula tindakannya yang boleh memakan diri berikutan sumpah laknat tersebut.

Selain menasihati ketiga mereka, Shamsul turut memberikan sebuah buku berkaitan hukum qazaf kepada indivitu terbabit.

“Saya ada menghulurkan buku itu kepada Eskay dan memberikan nasihat berbunyi ‘jangan ambil kira habuan dunia kerana azab Allah lebih pedih’.

“Apabila melakukan pembohongan akan ada implikasi terutamanya apabila pembohongan itu yang ingin dijadikan sebagai sumpah laknat,” katanya.

Tambahnya, beliau juga menyedari bahawa Eskay membaca sumpah berkenaan mengikut skrip yang ditulis pada sehelai kertas selepas enggan menerima nasihatnya.

“‘Skrip’ yang disiapkan kepada Eskay itu tidak dapat mengelakkan beliau di dalam jenayah qazaf,” katanya yang percaya skrip itu disediakan pihak tertentu.

Sebelum ini Shamsul memberitahu bahawa sumpah membuktikan pertuduhan zina cuma dilakukan oleh pasangan suami isteri, seperti digariskan dalam perundangan Islam.

Sumpah tersebut dipanggil sebagai sumpah Li’an yang dinyatakan dalam Al Quran dalam Surah An Nur.

“Sumpah li’an ini pula adalah sumpah saling rela dilaknat, ia tak ‘laku’ kalau hanya sebelah pihak sahaja. Kedua, ia tidak ‘laku’ kalau tidak membabitkan suami dan isteri,” ujarnya.

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz1KzwSr97a

Friday, April 29, 2011



Berita TV3 dan media lain mem'berita' kan pula tentang cara pemberita dimarahi oleh DS Anwar kerana bertanya tentang bila lagi Anwar nak memberikan DNA beliau kepada polis.

Dah lah kena tuduh berzina yang dinafikan oleh beliau, DNA yang diambil secara berhelah oleh PDRM boleh digunakan semula dalam mahkamah, orang yang sebarkan video lucah tidak ditahan polis, penjelasan mufti-mufti dan para ulama' disisihkan, kisah bersumpah dalam masjid yang tidak boleh dijadikan hujjah untuk menjatuhkan maruah orang Islam lain dibesar-besarkan... Anwar kena pula tunjuk 'cool' dan 'tidak emosi' kepada pemberita yang hendak menghangatkan lagi cerita seks yang akan mengukuhkan persepsi buruk terhadap ketua pembangkang itu.  

Video seks  itu disebarkan dalam internet dan sebahagiannnya oleh TV3, gambar dan ulasan yang 'hangat' disiarkan oleh pelbagai bentuk media, yang menggambarkan pelakunya ialah Anwar walaupun dinafikan oleh Anwar dan keluarganya.

Tidak ada orang berminat dengan penafian, seolah-olah semua orang berminat dengan video tersebut saja.



Orang yang sehebat Anwar Ibrahim yang terus kuat berdepan dengan pelbagai bentuk fitnah dan konspirasi pun tetap seorang manusia biasa... Maruahnya dihina, diperleceh dan dipijak-pijak.

Walaupun amarahnya yang dikawal ketat, akhirnya terzahir juga, walaupun masih terkawal... Kalau calang-calang orang, ada juga yang kena tampar dan kena maki dengan perkataan yang kesat, kelat dan pedas!!!   

Bila undang-undang Islam disisihkan, maruah sesiapa pun boleh dihina dengan sehina-hinanya tanpa batas dan tanpa bukti yang sewajarnya.

Malu tetap terpalit, walaupun berita dan dakwaan tidak benar... Malu turut terpalit kepada anak-anak kecil, keturunan dan generasi orang yang dimalukan tersebut, dan dia tetap dianggap oleh orang ramai mangsa media tidak beretika sebagai 'kotor' dan  'hina', sehingga tidak ada 'air mutlak' yang boleh mensucikannya...

Ajaklah anak-isteri kita, saudara mara dan rakan taulan kita menonton video penuh klip seks yang dituduh dilakukan oleh Anwar, siarkanlah kepada seluruh rakyat Malaysia.... kerana kita, rakyat Malaysia bukanlah lagi masyarakat timur yang beragama dan pemalu, tetapi kita hanyalah kononnya 'pencari kebenaran'...  

Malukanlah Anwar Ibrahim semalu-malu pertuduhan dalam segala bentuk media dan sebaran... kerana anda tidak lagi malu kepada Allah dan tidak takut kepada amaran-Nya... Jika kamu tidak ada sekelumit perasaan malu lagi, buatlah apa saja yang engkau suka. 


Monday, April 25, 2011

Hazayani Zakaria, lihat Harakah 

KUALA LUMPUR, 25 April: Kempen Anti Saman ekor (KASE) menyambut baik pengumuman polis untuk menghentikan saman ekor di samping mendesak polis agar turut memansuhkan segala saman ekor yang telah dihantar kepada pengguna jalan raya.


Pengerusi KASE, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, pengumuman polis itu membuktikan apa yang diperjuangkan pihaknya selama ini benar dan kini ia disahkan oleh pihak polis sendiri kerana sistem itu gagal mendidik pengguna.



Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN), Datuk Khalid Abu Bakar mengumumkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak lagi menggunakan kaedah menyorok di belakang tiang dan belukar dalam mengendalikan operasi perangkap laju di jalanraya membuka pekung mereka sendiri.



Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman ekor (KASE), Datuk Mahfuz Omar berkata, pengumuman itu membuktikan tindakan tersebut gagal mendidik pengguna jalan raya agar memandu secara berhemah.



Mahfuz berkata, pengumuman itu sekaligus mengesahkan perjuangan KASE yang menuntut saman ekor dihapuskan.





"KASE menyambut baik pengumuman ini kerana ia bukan sahaja lebih efisyen dan telus malah boleh menyelesaikan masalah-masalah lain seperti penggunaan nombor pendaftaran palsu dan secara tidak langsung mendidik pengguna jalanraya supaya memandu dengan berhemah.



"Pengumuman TKPN tersebut juga telah membuka pekung mereka kerana jelas selama ini mereka melakukan tindakan secara tidak wajar," kata beliau kepada Harakahdaily.



Undang-undang dan peraturan ujar Mahfuz, bukan untuk mengenakan mana-mana pihak tetapi  bertujuan mengawal keharmonian dan keselamatan masyarakat.



Meskipun menyambut baik pengumuman tersebut, KASE tetap mempersoal kelambatan PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyedari tindakan mereka selama ini tidak efisyen sebaliknya menimbulkan masalah kepada pengguna jalan raya.



"Persoalannya, kenapa setelah lebih dua dekad baru PDRM menyedari bahawa tindakan tersebut tidak cekap, tidak efisyen malah telah menimbulkan pelbagai masalah kepada pengguna jalanraya?



"KASE berasa amat malang mempunyai agensi penguatkuasa yang lembab dalam mengenalpasti cara perlaksanaan undang-undang dan peraturan. Setelah berapa banyak rakyat disusahkan dan dipaksa membayar kompaun tanpa sebarang bukti kesalahan, barulah PDRM sedar tindakan tersebut tidak efisyen dan mengumumkan tidak akan digunakan lagi. Kenapa baru sekarang mereka sedar?" soalnya.





Hapus kira saman ekor terdahulu



Naib Presiden PAS itu turut mempersoal status saman ekor yang terpaksa dibayar pemilik kenderaan setelah gagal memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu.



Beliau mendesak saman yang dikeluarkan sebelum pengumuman ini dibuat dihapus kira keran aianya dikeluarkan secara tidak telus dan menyalah gunakan peraturan jalan raya.



"Apakah status saman-saman ekor yang sudah dibayar ekoran paksaan PDRM dengan ugutan menyenarai hitam pemilik kenderaan? KASE berpendapat bahawa saman-saman ekor yang dikeluarkan dan terdapat di dalam sistem PDRM sebelum pengumuman TKPN dibuat hendaklah dihapuskira," katanya.



Selain itu, KASE juga menuntut penjelasan PDRM dan JPJ berkaitan proses penguatkuasaan perangkap had laju yang mula berkuat kuasa Februari lalu yang menggunakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dikendalikan oleh dua syarikat swasta iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd.



"Pengenalan AES melalui APJ 2010 ini menggambarkan bahawa semua perangkap had laju akan dikendalikan hanya oleh dua syarikat swasta ini. Apakah status saman-saman yang dikeluarkan oleh PDRM sejak 1/2/2011 ini?



"Tidakkah ianya bertindih dengan AES? Penjelasan perlu diberikan supaya tidak ada penguatkuasaan bertindih dilakukan di mana pengguna akan terbeban dan dizalimi. Adakah dengan pengenalan dan perlaksanaan AES ini bermaksud PDRM tidak lagi menjalankan operasi perangkap hadlaju? soalnya.



Sehubungan itu tegas Mahfuz, KASE terus mendesak kerajaan menghapus kira saman-saman ekor yang lama dan seterusnya memperbanyak kempen penerangan berkaitan AES dan juga kesan Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 kepada rakyat keseluruhannya.



"KASE berpendapat APJ 2010 yang diperkenalkan masih tidak difahami oleh rakyat. Bagaimana hendak kuatkuasakan undang-undang jika rakyat tidak pernah diberikan pemahaman dan maklumat," katanya.

Sunday, April 24, 2011


23 April – Mesyuarat Agung PAS Kawasan Marang Kali ke 27 telah dirasmikan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr. Haron Din dengan dihadiri oleh lebih 800 orang perwakilan dan pemerhati di Dewan Utama, Terengganu Equestrian Resort (TER) di Kuala Ibai.

Tuan Haji Yahaya Ali selaku YDP PAS Kawasan Marang mengalu-alukan kedatangan perasmi dan para perwakilan ke mesyuarat agung dan turut menyingkap beberapa gagasan, program dan harapan beliau dalam memperkasakan PAS Kawasan Marang, termasuk cadangan mendirikan sebuah dewan PAS Kawasan Marang di dalam kompleks Madrasah Darul man.  

Dato’ Dr. Haron sebelum itu menerima lintas hormat perbarisan Jabatan Amal dan Briged Amal, Pemuda PAS Kawasan Marang di perkarangan TER sambil diiringi dengan lagu PAS dan lagu amal, dengan turut disaksikan oleh seluruh  jawatankuasa PAS Kawasan Marang.

Dalam ucapan perasmian tersebut, Dato’ Dr.Haron Din mengulas tentang tanggungjawab mendirikan agama dalam ayat ke 13, surah asy-Syura, sebagai perintah Allah yang terus menerus dipertanggung-jawabkan ke atas para rasul secara sambung menyambung dan diteruskan pula oleh para pengikut mereka.

Perjuangan menegakkan agama pada zaman mutakhir ini menyaksikan kemunculan tokoh-tokoh pemimpin seperti Ibnu Badis di Algeria, Jamaludin Syakib Arsalan, Hasan al-Banna dan Syed Qutb di Mesir, perjuang Dr. Hatta dan Pak Nasir di Indonesia dan ramai lagi.

Perjuangan Ikhwanul Muslimin di Mesir yang suatu ketika dulu pernah dipandang ringan sudah mula membuahkan hasil di dunia arab, di mana Mesir, Tunisia, Syiria sudah mula menunjukkan perubahan yang ketara.

Perjuangan menegakkan agama tidak akan mencapai kejayaan dalam sekelip mata, sehinggakan baginda Rasulullah SAW yang sentiasa mendapat wahyu dan bimbingan daripada Allah dan ditemani oleh malaikat Jibril as pun memerlukan masa lebih 20 tahun untuk menjayakan usaha tersebut.    

Perjuangan PAS juga adalah sebuah kesinambungan bagi perjuangan menegakkan agama di bumi Malaysia sejak tahun 1951, di mana sejarah mencatatkan kesinambungan kepimpinan yang menerajui parti seperti Dr. Burhanuddin al-Helmy dan  Prof. Dr. Zulkifli yang diteruskan olehTuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada masa ini.   

Oleh kerana, perjuangan ini panjang dan dipenuhi liku maka pejuang PAS hendaklah memperkemaskan ‘bahtera’ perjuangan, hendaklah banyak 'berbekal' tetapi tidak membawa ‘beban’ yang tidak terlalu berat dan mengikhlaskan niat dalam berjuang, lantaran lautan perjuangan sangat dalam dan bergelora, perjalanan yang panjang memerlukan bekalan yang banyak, beban yang terlalu berlebihan akan merencatkan perjalanan dan niat yang tidak suci akan diperiksa oleh Tuhan Yang Maha Melihat.

Akhirnya, Timbalan Mursyidul Am mengulas tentang pandangan Islam mengenai klip video yang dikatakan membabitkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan memberikan gambaran peristiwa yang hampir sama yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW, iaitu berita bohong tentang kecurangan isteri baginda, Sayyidatina Aisyah.

Peristiwa tersebut yang disebarkan oleh kaum munafiqin dan orang yang beriman yang terpedaya dengan dakyah kaum munafiqin, melibatkan isteri yang dikasihi oleh baginda yang merupakan anak kepada sahabat karib baginda dan melibatkan sahabat besar dalam medan jihad iaitu Safwan bin Mu’at’thal bertujuan untuk meruntuhkan kredibiliti baginda Rasulullah SAW.


Peristiwa yang membelenggu kehidupan Rasulullah SAW dan ummat Islam selama 40 hari atau 3 bulan itu benar-benar memberikan tekanan yang sangat hebat, sehingga baginda Rasulullah SAW hampir-hampir menceraikan ummul Mukminin, Aisyah untuk mengurangkan kadar tekanan hebat ke atas Islam dan kepimpinan Islam yang diselubungi dengan tuduhan yang seberat itu.

Akhirnya, wahyu turun secara panjang lebar dalam surah an-Nur membebaskan Aisyah dan Safwan daripada tuduhan liar kaum munafiqin dengan memberikan jalan kepada orang yang tercalar maruahnya untuk meminta bukti 4 orang saksi daripada golongan yang menuduh dan jika tidak mereka hendaklah didakwa melakukan jenayah Qazaf.

Kesimpulannya,  petunjuk Islam mengenai perbuatan jenayah menuduh orang berzina, iaitu mendatangkan 4 orang saksi dan bukannya dengan bersumpah la’nat mubahalah dan bukan juga dengan bersumpah di depan Ka’abah, bahkan orang yang bersumpah dengan menuduh satu pihak lain berzina pula patut dikenakan hukuman Qazaf.

Seterusnya, mesyuarat agung dirasmikan dengan lafaz ‘Bismillahir Rahmanir Rahim’ dan ungkapan ‘teruskanlah perjalanan dengan mendapat keberkatan daripada Allah dan teguhkanlah langkah-langkah kamu dengan mendapat pertolongan daripada Allah”.

Perjalanan mesyuarat agung berjalan dengan lancar dan turut melibatkan acara pemilihan jawatankuasa kerja PAS Kawasan Marang yang baru dengan dikendalikan oleh Unit Keselamatan Negeri yang dipimpin oleh saudara Yasin.

Kepimpinan Jawatankuasa PAS Kawasan Marang yang baru menyaksikan pemegang-pemegang jawatan mendapat sokongan daripada para perwakilan untuk meneruskan tanggung jawab mereka dalam memperkasakan PAS Kawasan Marang bagi sesi 2011/13.   

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah mendapat undi tertinggi dalam pemilihan kali ini.


Ucapan penuh Tuan Guru Timbalan Musyidul Am di radio buletinonline. Klik.




  Perbarisan Hormat Jabatan Amal dan Briged Amal di perkarangan TER.

 Timbalan Mursyidul Am di pentas perbarisan.

 Tegap dan gagah berani belaker nih...

 Tabik hormat dan melaporkan persediaan.

 Bergerak untuk memeriksa perbarisan.



 Antara Jawatankuasa yang turut berada di tapak perbarisan.


 Dato' Dr Haron Din memeriksa perbarisan dengan diringi oleh YDP PAS Kawasan Marang.

 Perwakilan daripada Pekan Bukit Payong diluar dewan
.
 Di kaunter pendaftaran, kelihata perwakilan daripada Kampung Baru, Rhu Muda.

 Memasuki dewan mesyuarat.


 Abang-abang Unit Keselamatan.



 Qari membetulkan pembesarkan suara sbelum mempedengarkan bacaan daripada surah as-Saff.

 Ustaz Ya dan perwakilan Titian Baru.

YDP PAS Kawasan Marang, Tuan Haji Yahaya Ali menyampaikan ucapan.


Cikgu Hassan Jusoh selaku pengerusi Majlis Perasmian.

Dato' Dr.Haron Din memberikan ucapan perasmian yang memberi semangat dan merungkai isu dengan jelas dan menarik. 

Wakil kaum tionghua turut hadir dalam mesyuarat ini.

Anugerah DUN dengan pertambahan ahli terbanyak.


Dato' Dr. Haron melancarkan kutipan derma untuk membina dewan PAS Kawasan Marang di Bukit Payong.

Mengutip derma setelah pelancaran derma dibuat daripada Dewan Pemuda Kawasan.



Perwakilan Dewan Muslimat Kawasan.


Sumbangan derma disampaikan kepada Timbalan Mursyidul Am.



Semoga Allah memberi ganjaran kepada para  penderma yang bermurah hati menyumbang kepada perjuangan Islam.

Cenderahati kepada Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din dan isteri.

Sesi Rehat.



Ustaz Sulaiman mengundi.


Ada ucapan yang kelakar agaknya...




Wakil Dewan Pemuda. saudara Rusli bertanyakan soalan.


ARKIB