Friday, April 29, 2011



Berita TV3 dan media lain mem'berita' kan pula tentang cara pemberita dimarahi oleh DS Anwar kerana bertanya tentang bila lagi Anwar nak memberikan DNA beliau kepada polis.

Dah lah kena tuduh berzina yang dinafikan oleh beliau, DNA yang diambil secara berhelah oleh PDRM boleh digunakan semula dalam mahkamah, orang yang sebarkan video lucah tidak ditahan polis, penjelasan mufti-mufti dan para ulama' disisihkan, kisah bersumpah dalam masjid yang tidak boleh dijadikan hujjah untuk menjatuhkan maruah orang Islam lain dibesar-besarkan... Anwar kena pula tunjuk 'cool' dan 'tidak emosi' kepada pemberita yang hendak menghangatkan lagi cerita seks yang akan mengukuhkan persepsi buruk terhadap ketua pembangkang itu.  

Video seks  itu disebarkan dalam internet dan sebahagiannnya oleh TV3, gambar dan ulasan yang 'hangat' disiarkan oleh pelbagai bentuk media, yang menggambarkan pelakunya ialah Anwar walaupun dinafikan oleh Anwar dan keluarganya.

Tidak ada orang berminat dengan penafian, seolah-olah semua orang berminat dengan video tersebut saja.



Orang yang sehebat Anwar Ibrahim yang terus kuat berdepan dengan pelbagai bentuk fitnah dan konspirasi pun tetap seorang manusia biasa... Maruahnya dihina, diperleceh dan dipijak-pijak.

Walaupun amarahnya yang dikawal ketat, akhirnya terzahir juga, walaupun masih terkawal... Kalau calang-calang orang, ada juga yang kena tampar dan kena maki dengan perkataan yang kesat, kelat dan pedas!!!   

Bila undang-undang Islam disisihkan, maruah sesiapa pun boleh dihina dengan sehina-hinanya tanpa batas dan tanpa bukti yang sewajarnya.

Malu tetap terpalit, walaupun berita dan dakwaan tidak benar... Malu turut terpalit kepada anak-anak kecil, keturunan dan generasi orang yang dimalukan tersebut, dan dia tetap dianggap oleh orang ramai mangsa media tidak beretika sebagai 'kotor' dan  'hina', sehingga tidak ada 'air mutlak' yang boleh mensucikannya...

Ajaklah anak-isteri kita, saudara mara dan rakan taulan kita menonton video penuh klip seks yang dituduh dilakukan oleh Anwar, siarkanlah kepada seluruh rakyat Malaysia.... kerana kita, rakyat Malaysia bukanlah lagi masyarakat timur yang beragama dan pemalu, tetapi kita hanyalah kononnya 'pencari kebenaran'...  

Malukanlah Anwar Ibrahim semalu-malu pertuduhan dalam segala bentuk media dan sebaran... kerana anda tidak lagi malu kepada Allah dan tidak takut kepada amaran-Nya... Jika kamu tidak ada sekelumit perasaan malu lagi, buatlah apa saja yang engkau suka. 


0 comments :

ARKIB