Thursday, December 3, 2009

Beberapa Gambar Banjir Lagi

Meredah banjir untuk bertanya khabar dan berkongsi serba sedikit beban.


Si cilik meenjadi wakil menerima sumbangan.

Sempat juga bertanya khabar selain memberi sumbangan.

YB Ustaz Mohd Nor menyampaikan sedikit sumbangan kepada mangsa banjir.

Meredah air banjir di Batu 9, Bukit Payong.
Saudara Halim dan Syukri turut membantu YB mengharungi banjir.



Thursday, November 26, 2009

Banjir Melanda Bumi Terengganu

Sekarang musim tengkujuh melanda negeri Terengganu, tidak terkecuali DUN Bukit Payong turut dilanda banjir. Bila banjir melanda, mangsa-mangsa banjir mengalami pelbagai kesulitan untuk menyelamatkan barang-barang dan meneruskan aktiviti harian. Kita doakan mereka dikurnakan kesabaran untuk menempuhi ujian daripada Allah Taala.


Dalam masa yang sama, pembangunan lebuhraya LPT dan penambunan tanah untuk pasar borong baru dikatakan punca utama air bertakung di kawasan-kawasan perumahan dan beberapa kampung seperti Taman Perumahan Rumah Murah dekat Giat Mara Bukit Payong, Taman Al-Amin, kampung padang Mengkuang, Batu Sembilan dan banyak lagi.


YB ADUN Bukit Payong turut meninjau keadaan banjir, bertanya khabar mangsa-mangsa banjir dan memberikan sedikit sebanyak sumbangan termampu untuk mengurangkan serba sedikit beban mangsa banjir.

Disertakan beberapa gambar. Insya Allah nanti ada lagi beberapa gambar menyusul.



Banjir dihalaman sebuah rumah di Bukit Payong.

Ustaz Mohd meninjau keadaan banjir di Perumahan dekat Giat Mara.

YB meredah banjir.

Dapat dilihat air banjir mengalir seperti sungai.

Ada yang cuba membuat benteng menghalang air masuk ke dalam rumah.

YB memaklumkan bantuan sedikit sebanyak akan dibahagikan.

Lori yang membawa sedkit sumbangan dengan beberapa orang sukarelawan.


Kanak-kanak masih hendak bergembira... Tapi kena hati-hati tahu!

Kenderaan pacuan 4 roda Unit Amal juga turut membawa bantuan.



Tuesday, November 24, 2009

MAJLIS PELANCARAN MAJLIS BERTINDAK BANJIR DUN BUKIT PAYONG


Pengarah Majlis Bertindak Banjir sedang memberikan taklimat.

Setelah mengharungi banjir dan menyampaikan sedikit bantuan bersama dengan YB Ustaz Mohd Nor Hamzah siang tadi, Majlis Tindakan DUN Bukit Payong telah menubuhkan Majlis Bertindak Banjir DUN Bukit Payong bagi membantu mangsa banjir melalui organisasi yang lebih tersusun.


YB Ustaz Mohd Nor Hamzah sendiri mempengerusikan Majlis tersebut. Sementara Pengarah Majlis ialah saudara Mustafa, Ketua Unit Amal saudara Saidi dan setiausaha saudara Rosli.


Pusat Majlis Bertindak Banjir DUN Bukit Payong bertempat di bangunan PASTI DUN Bukit Payong. Pusat ini adalah untuk menyelaraskan aktviti lawatan, bantuan dan bertindak sebagai penempatan tambahan mangsa banjir selain daripada pusat perpindahan di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Masyarakat.


Saudara Syukri mempengerusikan majlis pelanacaran.


YB Ustaz Mohd Nor melancarkan penubuhan Majlis Bertindak Banjir DUN Bukit Payong.



YB Ustaz Mohd Nor memakaikan baju hujan kepada Pengarah, Saudara Mustafa sebagai gimik pelancaran.


Membahagikan baju hujan kepada sukarelawan yang hadir.


Sebahagian lagi sukarelawan yang hadir.

Sebaik mesyuarat selesai, masing-masing bersurai dengan hala tuju yang jelas.

Monday, August 10, 2009

Perhimpunan mansuhkan ISA dan para peniaga

Pada 1 Ogos baru-baru ini, lebih 80 ribu orang rakyat Malaysia mengadakan perhimpunan aman mendesak kerajaan agar menghapuskan ISA di Kuala Lumpur.

Esoknya, wakil persatuan peniaga menyebutkan kerugian besar yang mereka alami dan Menteri Wilayah Persekutuan memberikan jumlah anggaran kerugian sehingga RM 200 juta.

Adalah malang sekali negara kita apabila, para peniaga yang diwakili oleh ketua persatuan peniaga di Jalan Tunku Abdul Rahman hanya mementingkan duit dan keuntungan semata-mata, tidak ada tanggung jawab sosial dan tidak ada semangat pariotik dalam menjadikan Malaysia adil untuk semua.

Kerugian duit berniaga separuh hari membutakan mata mereka terhadap nasib tahanan ISA dan keluarga mereka yang dizalimi yang tidak pun diberi peluang untuk dbicarakan secara adil, mereka juga membutakan hati mereka daripada melihat bagaimana akta ISA telah digunakan untuk menyekat kebebasan berpolitik secara adil dan matang.


Para penunjuk perasaan pula disalahkan atas tindakan polis yang merosakkan harta benda dan menyebabkan kekacauan atas alasan polis terpaksa bertindak untuk mengawal keamanan.

Sebetulnya, keamanan sedia terkawal kalau polis tidak menahan penunjuk perasaan ke istana negara untuk menyerahkan memorandum sebab tidak ada antara penunjuk perasaan yang membawa senjata untuk melawan polis, atau untuk merosakkan kemudahan awam apatah lagi untuk memusnahkan tempat-tempat perniagaan para peniaga.

Jika para penunjuk perasaan tidak ada pedoman dan pemimpin yang bertegas untuk berdemonstrasi secara aman, mungkin provokasi polis seperti itu akan membuatkan mereka hilang pertimbangan dan mereka mungkin boleh dipersalahkan.

Berhimpun secara aman adalah hak rakyat dalam negara demokrasi di mana polis sepatutnya menjaga keamanan bukannya menghalang perhimpunan.

Hak peniaga tidak dicabuli oleh para penunjuk perasaan bahkan mereka sempat shopping sebelum dan selepas perhimpunan aman, banyak kedai makan yang dapat untung segera pada sebelah pagi sebelum zohor, tidak ada premis yang dirosakkan.

Sebagaimana para peniaga ada hak untuk berniaga, rakyat Malaysia yang terasa dizalimi juga ada hak untuk berhimpun secara aman.

Kenyataan wakil peniaga nampak sangat seperti mereka tidak peduli apa nak jadi ada negara malaysia walaupun ia akan berubah daripada negara berprinsipkan demokrasi kepada sebuah negara diktator dan negara polis, asalkan mereka dapat berniaga dan mengaut keuntungan jutaan ringgit walaupun atas penderitaan orang lain.

Sebetulnya pada hari itu, ada juga peniaga yang patriotik, mereka memberikan minuman percuma, tidak mengenakan harga yang berganda berikutan kemunculan ramai orang yang lebih ramai daripada biasa, menyaksikan keganasan polis dan memberikan perlindungan kepada orang awam yang terperangkap dalam kepungan polis dan beberapa pertolongan yang menggambarkan sifat kemanusiaan masih tidak ditutup oleh sifat ketamakan dan keuntungan segera dalam bentuk wang ringgit semata-mata.



Dekat Pertama Kompleks.

Berjalan melintasi kedai-kedai.

Keletihan kerana semburan air kimia dan gas pemedih mata dan hati.

Bersama peniaga dekat Masjid India.




Kedatangan Dato' Ustaz Abu Bakar Chik dan Ustaz Azman Syapawi

Friday, June 12, 2009

SENARAI PENUH AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT 2009/11

AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT
& PESURUHJAYA PAS NEGERI-NEGERI/WILAYAH PERSEKUTUAN
SESI 2009 /2011

Presiden
DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG

Timbalan Presiden
USTAZ NASHARUDIN MAT ISA

Naib Presiden
DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
SALAHUDDIN AYUB
DATO' MAHFUZ OMAR

Ketua Dewan Ulama
DATO’ USTAZ HARUN TAIB

Ketua Dewan Pemuda
USTAZ NASRUDIN HASSAN TANTAWI

Ketua Dewan Muslimat
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH

Setiausaha Agung
DATO' MUSTAFA ALI

Ketua Penerangan
USTAZ IDRIS AHMAD

Bendahari
DR MOHD HATTA RAMLI

Ketua Pengarah Pilihan Raya


DATO’ USTAZ ABDUL HALIM ABDUL RAHMAN

Ahli Jawatankuasa


DATO' SERI IR. MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN

DATO' KAMARUDDIN JAFFAR

DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABD RAZAK

DATO' DR HAJI HASAN MOHD ALI

USTAZ ABDUL GHANI SAMSUDDIN

DATO’ USTAZ ABU BAKAR CHIK

MOHAMED HANIPA MAIDIN

DATO' IR AMIRUDDIN HAMZAH

DR LO’ LO’ MOHAMAD GHAZALI

USTAZ ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN

DR DZULKEFLY AHMAD

DR SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI

USTAZ HASHIM JASIN

MAZLAN ALIMAN

USTAZ TAIB AZAMUDDIN MD. TAIB

DR MUJAHID YUSOF RAWA

DATO’ HAJI HUSAM MUSA

MOHAMAD SABU

MOHD ANUAR TAHIR

ASMUNI AWI

MOHAMAD TAUFEK ABDUL GHANI

DR SITI MARIAH MAHMUD

WAN UBAIDAH WAN OMAR

MUHAMAD ABDULLAH

Pesuruhjaya PAS Negeri
PERLIS : USTAZ HASHIM JASIN

KEDAH : DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABDUL RAZAK

PULAU PINANG : USTAZ MOHD SALLEH MAN

PERAK : USTAZ ABU BAKAR HUSIN

KELANTAN : TUAN GURU DATO’ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

TERENGGANU : USTAZ HARUN TAIB

PAHANG : DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN

SELANGOR : DATO� DR HASAN MOHD ALI

W. PERSEKUTUAN : MOHAMAD NOOR MOHAMAD

NEGERI SEMBILAN : ZULKEFLY MOHAMAD OMAR

Tuesday, June 2, 2009

Stadium Sultan Zainal Abidin Runtuh!

Stadium Sultan Zainal Abidin yang merupakan stadium utama di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu dan dijulang sebagai mercu tanda negeri Terengganu ole Kerajaan Negeri Teregganu rupanya tidak bertahan lama, ia runtuh pada pukul 9.30 pagi tadi, pada tarikh 2 Jun 2009.

Runtuh...!!!


Stadium ini menjadi gelanggang untuk Sukan Malaysia (SUKMA) ke 12 daripada 31 Mei hingga 9 Jun 2008 yang lepas, di mana ia dirasmikan dalam acara gilang gemilang oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 10 Mei 2009 dengan dihadiri oleh orang-orang kenamaan dan rakyat jelata.

Stadium ini juga mempunyai rekod gagal disiapkan mengikut jadual dengan perbelanjaan membina sehingga hampir mencecah RM 300 juta, walaupun begitu ada cakap-cakap ketika ia dirasmikan ia belum siap sepenuhnya kerana lengkungan bumbungnya tidak separa bulat sebagaimana sepatutnya yang boleh dilihat dengan mata kasar.

Di sebalik runtuhnya stadium ini, tergambar sifat rakus manusia yang mendapat keuntungan besar disebalik projek yang bukan sahaja disiapkan tidak mengikut spesifikasi bahkan membahayakan nyawa manusia, atlet, pegawai sukan, penonton, pelancancong bahkan yang lebih dasyat lagi bumbung di atas pentas Di Raja turut runtuh.

Stadium ketika perasmian.

Pembinaan sebuah stadium melibatkan kelulusan awal agensi-agensi kerajaan negeri, kontraktor-kontraktor yang dilantik, pakar perunding kejuruteraan, arkitek dan seterusnya pengeluaran CFO yang melibatkan pelbagai jabatan sepatutnya mampu menghalang mala petaka seperti ini, namun nampaknya seperti ada 'permainan' dalam padang yang tidak sama rata yang melibatkan pihak yang lebih 'atas', sewajarnya disiasat rapi oleh SPRM.

Sejak BN negeri mencadangkan rampasan royalti negeri Terengganu oleh Kerajaan Pusat dengan dinamakan wang ihsan, isu berkaitan perbelanjaan wang royalti itu oleh kerajaan BN di peringkat pusat atau negeri tidak pernah sampai kepada noktah yang menggembirakan dan memberikan manfaat kepada rakyat Terengganu sebagaimana sepatutnya, bersesuaian dengan jumlah mega juta-jutaan ringgit bagi projek-projek tersebut.

Alasan Kerajaan Persekutuan merampas semula 'wang ihsan' itu ialah kerana bimbang kerajaan PAS akan menyalahgunakan duit tersebut untuk kepentingan parti dan individu berkepentingan sehingga menjejaskan kebajikan rakyat Terengganu, nampaknya sebaliknya pula yang terjadi ibarat seperti mengangkat musang sebagai gembala.

Yang lebih teruk lagi, wang ihsan tersebut tidak bleh diaudit mengikut prosedur kewangan biasa Kementerian Kewangan, ia memang terbuka kepada penyelewengan.

Keruntuhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menambahkan remuk hati rakyat Terengganu yang telah sedia remuk, semua pihak yang pernah mengaut 'keuntungan' atau 'komisyen' patut disiasat.

Mulai hari ini, seperti biasa setiap pihak akan mengelakkan diri daripada dikaitkan dengan Stadium Sultan Zainal Abidin termasuk Dato' Idris Jusoh, BN Terengganu dan Kerajaan Pusat.

Jika kita masih yakin hanya BN yang mampu memerintah secara berkesan, keyakinan kita sangat jauh meleset.

Friday, May 15, 2009

Kerajaan Terengganu Gagal Hentikan Pesta Liar Di Pulau-pulau

Kerajaan Terengganu Gagal Hentikan Pesta Liar Di Pulau-pulau PDF Print E-mail
Written by Wartawan Buletin
Friday, 15 May 2009 00:53

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita5/pestaberahi.jpgKUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT) merasa amat dukacita kerana masalah gejala sosial yang berlaku di negeri Terengganu tidak pernah ‘surut’ dan sesetengah ‘maksiat terancang’ muncul kembali serta berleluasa akhir-akhir ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Setiausaha Dewan tersebut, Wan Mohd Faizul Wan Abas mendedahkan kegiatan maksiat dan tidak bermoral ‘Pesta Berahi’ telah kembali ke pulau-pulau di negeri Terengganu sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar tempatan.

Tahun lepas, akhbar yang sama telah melaporkan kejadian pesta seumpama itu yang dianjurkan pihak tertentu.

Pesta liar di pulau dilaporkan menjadi trend masa kini apabila ia dikatakan lebih ‘selamat’ daripada tindakan pihak berkuasa, peserta bebas melakukan apa saja dan penganjur boleh mendapat untung besar.(Gambar)

Seks, arak dan dadah adalah menu utamanya, yang boleh diperolehi dengan mendapatkan tiket berharga RM250 hingga RM700 untuk menyertai parti eksklusif di sebuah pulau.


Oleh yang demikian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung Ustaz Mohd Nor Hamzah telah menegur kerajaan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kali pertama Mei tahun lepas.

Beliau berkata satu pesta berlaku di Pulau Perhentian dan laporan tersebut menunjukkan seolah-olah kerajaan negeri tidak mengambil kesempatan (tindakan) bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan permasalahan itu.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita5/usmnor.JPG“Sehingga terdedah, kata-kata dari para pelancong asing yang datang ke Pulau Perhentian,

“mereka berkata, jika disko-disko di bandar masanya terhad dan bimbang diserbu pihak berkuasa tetapi di sini (pulau) saya dapat berpesta sepuas-puasnya,”ujarnya yang kini adalah Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu. (Dengar Ucapan ADUN Bukit Payunghttp://www.buletinonline.net/images/stories/berita5/audio.gif)

Tindakbalas dari teguran tersebut, pihak kerajaan negeri telah memberikan jawapan sekadar ‘manis dibibir mulut’ pada sidang DUN yang sama .

ADUN Kuala Besut, Dr. Abdul Rahman Mokhtar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri berkata kerajaan negeri memandang serius gejala maksiat di pulau peranginan bertaraf antarabangsa itu kerana jika dibiarkan, ia boleh menjejaskan imej negeri di mata umum.

''Kerajaan telah mengeluarkan amaran kepada pemilik chalet terbabit supaya jangan lagi mengulangi perbuatan yang sama,'' katanya

Tanpa pemantauan dan tindakan yang berterusan dari pihak kerajaan, akhirnya gejala buruk tersebut muncul kembali.

Wan Faizul berkata permasalahan gejala sosial tersebut berulang menggambarkan ketidakupayaan kerajaan untuk membendungnya.

Ia adalah kerana, katanya, berpunca dari sikap agensi dan beberapa pihak dalam kerajaan yang bersikap menutup mata dengan gejala tersebut.

Oleh yang demikian, DPPNT mendesak pihak kerajaan segera mengambil tindakan pro aktif bagi menanganinya.

“Kami mendesak pihak kerajaan segera mengambil tindakan pro aktif, kewujudan (semula) gejala ini menggambarkan kepada masyarakat (umum) sikap dan kegagalan Kerajaan BN untuk menyelesaikan masalah tersebut,”tegasnya dalam kenyataan yang diterima melalui e-mel oleh Buletinonline.

Beliau menggesa supaya pihak kerajaan dan pemimpin UMNO/BN benar-benar mengambil perhatian dan cakna bukannya sibuk mengejar kekayaan dan kepentingan diri sehingga berlaku kemelut politik di Terengganu yang tidak akan berkesudahan.

Last Updated on Friday, 15 May 2009 01:05