Tuesday, May 20, 2014

Assalamualaikum. Pemberitahuan, Blog YB Ustaz Mohd Nor Hamzah Adun Bukit Payong telah berpindah ke blog seperti link di bawah. Harap maklum

http://dunbukitpayongn18.blogspot.com/

Saturday, April 12, 2014


 
PAS sentiasa terbuka dalam menerima sesiapa sahaja sebagai sahabat, tanpa mengira latar belakang mereka asalkan mereka sanggup memberi ruang ataupun kerjasama kepada penyebaran dan perkembangan Islam.

Demikian yang dinyatakan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang semalam ketika menerima kunjungan muhibbah wakil NGO Haji Kamarudin Abdullah di rumahnya semalam.
Beliau memberi contoh tahaluf siyasi yang diadakan PAS dengan DAP, yang mana kesannya sangat positif apabila mereka mula membaca buku-buku Islam bagi menambah lagi pengetahuan mereka berkaitan Islam.
Keterbukaan PAS ini adalah salah satu daripada ramuan kejayaan mereka dalam mendepani halangan-halangan politik semasa iaitu saling lengkap melengkapi keperluan diantara masyarakat majmuk di Malaysia.
“Kita bersama bergerak membuang halangan yang ada untuk kelangsungan Islam.
Sehingga ada sesetengah orang kristian masuk Islam kerana surah at-Tiin yang mana permulaan ayat surah itu menyebut demi buah tiin, demi buah zaitun dan demi bukit Sinai dan demi tanah (Mekah) yang aman ini.
Mereka mendapati penyebutan buah tiin dan zaitun itu merujuk kepada tempat lahir nabi Isa a.s yang sememangnya subur dengan buah tiin dan zaitun, Bukit Tursina bagi nabi Musa dan tanah yang aman ialah Mekah.
Oleh kerana merasakan adanya hubungan ini maka ada orang kristian masuk Islam,” terang beliau.
Tambah beliau lagi, bangsa arab adalah bangsa yang paling keras jiwa mereka tetapi akhirnya tunduk kepada Islam melalui rasulullah, menunjukkan dengan kaedah dakwah yang berkesan akan membawa kejayaan.
Beliau menyarankan agar pendakwah-pendakwah memberikan kefahaman dan penerangan kepada sasaran dakwah mereka dengan fakta, hujah dan dialog dan bukannya menyerang serta bergerak dalam organisasi yang tersusun.
Maka tiada sebab sasaran dakwah itu akan menolak Islam selepas mereka difahamkan dengan fakta-fakta yang jelas tentang kebenaran islam.
Presiden NGO Islamic Propagation Society International (IPSI) Haji Kamarudin Abdullah yang diraikan sebagai tetamu Presiden PAS itu, melahirkan rasa gembiranya dengan kesanggupan kerjasama dari pihak PAS.
Beliau yang datang bagi mengadakan program penerangan berkenaan berdakwah kepada bukan Islam di sekitar Marang berkata banyak kelemahan yang beliau perhatikan dalam cara berdakwah kepada bukan Islam.
Beliau menyarankan agar para pendakwah membuang pemikiran sempit seperti menekankan bangsa, puak, parti dalam menyampaikan dakwah.
Kefahaman yang lemah dalam ilmu Islam juga memberikan kesan yang besar kepada cara berdakwah dan kadangkala menjadikan Islam itu lebih buruk pada pandangan bukan Islam.
“Kelemahan sebahagian pendakwah ialah tidak faham sepenuhnya berkenaan Islam.
Pendakwah mesti meningkatkan ilmu mereka dari semasa ke semasa dan kemantapan kefahaman kepada sesuatu perkara mesti diasah agar dapat salah faham dapat dielakkan,” tegas beliau.
IPSI ialah satu pertubuhan bukan kerajaan yang melakukan dakwah kepada bukan Islam dengan aktif disemua peringkat yang berpusat di Pulau Pinang dimana mereka adalah satu-satunya pertubuhan dakwah yang mempunyai bangunan sendiri.

Wednesday, April 2, 2014

Bismillah

1 – Saya merujuk satu laporan akhbar yang melaporkan Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said telah mengumumkan bahawa kerajaan negeri dalam proses membeli dua buah ‘Amphicoach’ ataupun Bas Amfibia (dua alam) berharga tiga juta ringgit setiap satu bagi menjadi tarikan terbaru pelancong di Pulau Bebas Cukai di Tasik Kenyir.
2 – PAS Terengganu memandang langkah pembelian ini sebagai satu perkara yang tidak penting, tidak mendesak dan  tidak perlu diberi keutamaan. Ini kerana  sepatutnya kerajaan lebih mengutamakan pengusaha-pengusaha bot yang telah sekian lama menjalankan perniagaan mereka di situ. Langkah memperkenalkan Amphicoach ini hanya akan mengundang ketidakpuashatian para pengusaha sedangkan matlamat industri pelancongan adalah bagi meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

3 – Alasan MB dengan menyatakan pembelian ini adalah strategi serampang dua mata iaitu ianya boleh digunakan juga bagi operasi menyelamat banjir adalah dangkal dan tidak berpijak di bumi nyata. Jika sekiranya ketika banjir, ianya hanya ingin digunakan untuk mengangkut orang ramai ke tempat yang lebih selamat, banjir baru-baru ini telah membuktikan yang kita tidak memerlukan Amphicoach ini yang bernilai jutaan ringgit bagi kerja-kerja menyelamat. Kita hanya perlu kepada bot-bot kecil yang lebih mudah untuk masuk ke kawasan-kawasan sempit bagi tujuan menyelamat. Kenyataan ini membuatkan kita tertanya-tanya, adakah MB juga pakar dalam bidang ‘Emergency Response’ kerana sepatutnya kenyataan berkaitan dengan kerja-kerja penyelamat ini datangnya dari pihak berkaitan seperti JPAM atau JBPM setelah kajian dilakukan. Ini adalah kali kedua dalam masa terdekat, MB cuba menjadi jurucakap pakar setelah baru-baru ini beliau dilihat seolah-olah bercakap bagi pihak saintis ketika menjawab persoalan tujuan lawatan beliau ke Antartika yang menggunakan duit rakyat.

4 - Juga yang perlu diambil kira ialah tentang penyelenggaraan samada dari kos dan juga alat ganti dimana kita sedia maklum, kenderaan ini hanya ada dua buah di Malaysia, jadi bayangkan dimana hendak dicari alat gantinya. Hal ini boleh memberi ruang berlakunya penyelewengan seperti yang pernah terjadi keatas kenderaan kerajaan yang mana kos penyelenggaraannya diluar jangkaan sehingga menjadi kes polis.

5 – Ketika kehidupan rakyat makin tersepit dengan kenaikan kos barangan dan juga pendapatan yang tidak seberapa sehinggakan ada penoreh yang bersabung nyawa diserang beruang di Merchang semata-mata ingin mencari sedikit wang bagi menyara keluarga, pembelian dengan harga jutaan ringgit ini adalah sesuatu yang memperlihatkan kurangnya sensitiviti kerajaan atas kesusahan hidup rakyat ketika ini. Sepatutnya penumpuan kepada masalah kehidupan rakyat perlu dititikberat dan diutamakan.

6 - Dengan rekod beberapa siri kegagalan projek di Kenyir ini seperti projek Taman Burung yang mana burung-burung berharga ribuan ringgit seekor, telah banyak ‘hilang’ ditelan pemangsa. Maka PAS percaya alasan pembelian Amphicoach berharga enam juta ringgit yang dikatakan bagi tujuan tarikan pelancongan dan kerja-kerja penyelamat ketika banjir ini tidak lebih hanyalah sebagai kosmetik sahaja bagi ‘menghalalkan’ duit rakyat diambil kerana terdapat laporan Amphicoach ini sebenarnya hanya berharga sekitar tiga juta ringgit dua buah. Ini menimbulkan tanda tanya besar, bagaimanakah kiraan pembelian ini menjadi enam juta? Adakah wang rakyat akan menjadi seperti burung di Taman Burung Tasik Kenyir yang ‘hilang’ ditelan pemangsa tanpa dapat dikesan?

7 – Oleh itu PAS yakin dan percaya wang rakyat dapat diselamatkan jika sekiranya kerajaan negeri membatalkan pembelian ini yang pada pendapat PAS ianya tidak ada bezanya dengan kisah pembaziran-pembaziran sebelum ini seperti stadium runtuh, Lawatan ke Antartika, Projek Ubi Gadong, Projek Kambing Kaprima, Fertigasi Mega, kelewatan projek LPT  dan banyak lagi projek-projek yang kita boleh senaraikan sebagai pembaziran wang rakyat yang tidak sedikit malah mencapai bilion ringgit yang mana akhirnya pembuat onar terselamat tetapi duit rakyat tetap juga hangus.


YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
2 Jamadil Akhir bersamaan 2 April 2014

Sunday, March 30, 2014


Jabatan Amal adalah satu nama yang sinonim dengan kerja-kerja kebajikan bagi membantu masyarakat tanpa mengira faktor politik, agama, bangsa serta status dan sentiasa di hadapan apabila bantuan diperlukan masyarakat.
Kesungguhan dan keihklasan yang mereka tunjukkan dalam gerak kerja kebajikan ini, telah menarik perhatian masyarakat antaranya ketika memberikan bantuan banjir di Kuantan dan Kemaman baru-baru ini.
Dengan kemahiran yang pelbagai yang dimiliki oleh ahli-ahlinya, masyarakat memberikan kepercayaan kepada mereka dan hampir semua kerja amal dapat dilakukan dengan sebaiknya.
Baru-baru ini satu gotong royong bagi menyiapkan bangunan Surau al – Quddus setinggi satu tingkat di Kampung Batu 9 telah diadakan oleh jawatankuasa surau dengan kerjasama Jabatan Amal Kawasan Marang.
Seramai kira-kira 20 orang anggota Jabatan Amal yang mahir bertukang, hadir dalam program gotong royong ini dan ini adalah kali kedua mereka menjayakan program sebegini di surau ini.
Surau yang lokasinya terletak berhampiran susur masuk ke Lebuhraya Pantai Timur di simpang empat Bukit Payong itu sebenarnya telah lama dibina tetapi pembinaannya berjalan agak perlahan kerana faktor kewangan.
Kos pada ketika itu dianggarkan sebanyak RM 150 ribu dan selepas lapan tahun berlalu, kos itu sudah pastinya semakin meningkat.
Dengan sumbangan orang ramai, surau yang mula dibina pada tahun 2006 itu sekarang ini kembali rancak pembinaannya dan dijangka siap sebelum Ramadhan ini.
Dan bagi mengurangkan lagi kos pembinaan, penduduk kampong bergotong royong pada setiap hujung minggu membina surau ini.
Pengerusi Jawatankuasa Surau al-Quddus Batu 9 Haji Mamat Jusof, 59, berharap dengan siapnya bangunan ini serta kedudukan surau yang sangat strategik ini akan memberikan lebih keselesaan dan menarik kehadiran lebih ramai jemaah.
Beliau berkata untuk itu ( menarik lebih ramai jemaah), bukan sahaja keselesaan yang ditekankan, tetapi jawatankuasa juga telah merancang mempelbagaikan lagi program untuk jemaah yang kebanyakkannya adalah penduduk setempat.

Saturday, March 29, 2014

Petikan : Buletin Online

MARANG – PAS tidak pernah berdendam dengan mana-mana musuh politiknya terutama dari kalangan pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) meski pun berlainan fahaman ideologi.
 
Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah tidak kekok untuk melawat serta menziarahi bekas Adun BN Pengkalan Berangan, Dato’ Yahya Khatib Mohamad yang mengidap penyakit angin ahmar.
 
Ustaz Mohd Nor berkata meski pun Umno-BN adalah ‘musuh’ politiknya tetapi hubungan persaudaraan Islam tidak ada batasan.
 
Menurutnya, secara peribadi Dato’ Yahya Khatib merupakan sahabat ketika berada di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu di penggal yang lalu.
 
Namun, katanya prinsip dan dasar Umno-BN tetap menjadi musuh politik PAS sampai bila-bila selagi parti itu tidak berubah.
 
CALON PAS PRU KE-13“Saya ziarah dia (Yahya) kerana beliau sakit terkena angin ahmar. Beliau saya anggap sebagai kawan dan sahabat politik ketika di dewan (Dun Terengganu dia Adun BN Pengkalan Berangan dan saya Adun PAS Bukit Payong.
 
“Tapi, prinsip dan dasar parti Umno-BN yang tidak betul itu tetap akan jadi musuh politik PAS sampai bila-bila selagi dia (parti) tidak berubah, Insya’Allah,” tegasnya kepada media, 28 Mac lalu.
 
Menurut Ustaz Mohd Nor, beliau diberitahu oleh bekas pemimpin Umno-BN itu untuk tidak akan terlibat secara langsung lagi dengan dunia politiknya.
 
Yahya Khatib pernah menjadi ahli Exco Kerajaan Negeri Terengganu dan bekas Ketua Umno Bahagian Marang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 13 Mac lalu akibat penyakit angin ahmar tahap satu.
 
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu, beliau bertanding sebagai calon BN bagi Parlimen Marang menentang Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tetapi tewas.

Friday, March 21, 2014

Petikan : The Malaysian insider

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Negeri Abdullah Zawawi Mohamed berkata kebakaran seluas kira-kira 1,276 hektar kawasan hutan tanah gambut membabitkan antara daerah Dungun, Setiu, Besut serta Kuala Terengganu dan Kemaman yang dikesan sejak Januari lalu. – Gambar fail.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Negeri Abdullah Zawawi Mohamed berkata kebakaran seluas kira-kira 1,276 hektar kawasan hutan tanah gambut membabitkan antara daerah Dungun, Setiu, Besut serta Kuala Terengganu dan Kemaman yang dikesan sejak Januari lalu. – Gambar fail.Enam lokasi kebakaran hutan tanah gambut dan belukar berjaya dikawal serta dipadamkan sepenuhnya oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu.
 
Pegawai Pusat Gerakan Operasi Negeri Abdullah Zawawi Mohamed berkata kebakaran seluas kira-kira 1,276 hektar kawasan hutan tanah gambut membabitkan antara daerah Dungun, Setiu, Besut serta Kuala Terengganu dan Kemaman yang dikesan sejak Januari lalu.
 
"Kesemua kebakaran melibatkan hutan tanah gambut serta belukar berjaya dipadamkan sepenuhnya secara berperingkat bermula 7 Mac sehingga 17 Mac lepas.
"Namun bagi kebakaran hutan di Setiu serta Dungun masih terdapat kepulan asap dan kita masih meletakkan anggota di kawasan hutan tanah gambut itu untuk mengawal kebakaran jika terdapat kebakaran berulang di kawasan itu," katanya kepada Bernama.
 
Menurutnya kawasan hutan di Tok Kah, Dungun paling teruk terbakar yang memusnahkan seluas 411 hektar hutan tanah gambut sejak 25 Januari.
 
Ini diikuti di Teluk Kalong, Kemaman seluas 260 hektar, Ladang Rakyat, Setiu 250 hektar dan Kampung Pagar Besi, Kuala Terengganu 200 hektar.
 
"Kebakaran di Tok Kah memakan operasi paling lama iaitu selama 51 hari kerana kedalaman tanah gambut yang terbakar sehingga mencecah 15 kaki dan hampir setiap tahun kebakaran hutan di kawasan itu berlaku dan kali terakhir dikesan pada tahun 2010," kata Abdullah Zawawi.
 
Beliau berkata bomba turut berdepan kesukaran untuk mengawal kebakaran itu antaranya tiada akses untuk melakukan pemadaman, punca air serta risiko haiwan berbisa semasa menjalankan operasi.
 
Sejumlah 263 pegawai dan anggota dikerah bagi mengawal kebakaran sehingga padam sepenuhnya, katanya. – Bernama, 21 Mac, 2014.

Tuesday, March 18, 2014


Bukit Payong : Satu kejohanan bolasepak Piala YB Bukit Payong telah diadakan selama dua hari bermula 14 – 15 Mac lalu di Padang Bola Kampung Gong Kubur, berdekatan Kampung Paya Resak dekat sini.
Kejohanan anjuran Pemuda PAS Dun Bukit Payong itu, bermatlamat bagi mengeratkan lagi hubungan antara rakyat agar dapat membentuk masyarakat yang lebih bersefahaman dan boleh bekerjasama sesama mereka terutama dari kalangan pemuda.
Sebanyak 32 pasukan dari seluruh Dun Bukit Payong telah mengambil bahagian dalam kejohanan yang menawarkan hadiah berjumlah RM1500 dan piala dan dijalankan berasaskan kehendak syariat iaitu semua pemain mesti menutup aurat.
Menurut penganjur program, saudara Rahim Razali, kejohanan ini akan dicadangkan supaya dijadikan acara tahunan memandangkan sambutan yang diluar dugaan ini.
Tambah beliau, PAS sentiasa peka dengan kehendak golongan muda dan sentiasa berusaha bagi menyediakan platform yang sesuai untuk orang muda mengenengahkan bakat mereka.
Pertandingan itu dirasmikan oleh wakil rakyat Dun Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah dan majlis penutupan serta penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pemuda Dun Bukit Payong Ustaz Zakaria Ismail.
Dalam ucapan perasmiannya Ustaz Mohd Nor berkata sukan adalah salah satu cara bagi Pas mempromosikan parti dikalangan masyarakat terutamanya anak-anak muda.
Kata beliau lagi, tidak perlu bertumbuk atau bergaduh semata-mata kerana merebut hadiah kerana itu bukan dari ajaran Islam, malah sepatutnya melalui sukan persahabatan akan lebih kukuh dibina.
“Tak perlulah kita berbalah atau berkelahi untuk merebut juara kerana bukan itu matlamat sebenar bersukan.
Dengan sukan sepatutnya kita yang dari mempunyai sedikit kawan, menjadi semakin ramai kawan dan bukannya lawan,” ujar beliau.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada penganjur kejohanan yang bertungkus lumus mengendalikan kejohanan dengan bersungguh-sungguh serta para penyokong yang memeriahkan lagi kejohanan itu.
Manakala ketika pada ucapan penutup dan majlis penyampaian hadiah, Ketua Pemuda Dun Bukit Payong, Ustaz Zakaria Ismail berkata, kejohanan ini bersandarkan kepada prinsip syariah yang menyerlahkan kecantikan Islam.

“Ukhuwah, menutup aurat serta dalam masa yang sama kita berdakwah kepada masyarakat.
Inilah kecantikan Islam yang mana kita boleh melakukan apa-apa perkara yang difikirkan baik asalkan selari dengan kehendak syariat,” tegasnya.
Dalam kejohanan itu pasukan tuan rumah, Gong Kubur telah muncul sebagai juara dengan menewaskan pasukan Kedai Buloh di perlawanan akhir manakala pasukan Surau Haji Mat Zain tempat ketiga dan Titian Baru keempat

1. Solat adalah wajib atas setiap muslim yang mukallaf walau apa jua keadaan sekalipun. Sehinggakan Islam telah menetapkan tatacara solat bagi orang yang sakit. Solat adalah menjadi fardu ain kepada semua muslim.

2. Saya terkejut dengan pendedahan yang telah dibuat oleh Persatuan Pembelajaran Perubatan Pasca Siswazah (PGMES) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang menyebut hanya 20 peratus pesakit beragama Islam menunaikan solat semasa mendapatkan rawatan di wad HSNZ. Menurut pengerusinya, Dr Nujaimin Uidin berkata, sebanyak 80 peratus pesakit yang ditempatkan di wad hospital berkenaan pula memberikan pelbagai alasan untuk tidak melaksanakan solat sedangkan menunaikan solat adalah wajib walaupun ketika sakit.

3. Kenyataan tersebut amat mendukacitakan Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu (BPPNT) yang bercita-cita mendaulatkan agama Islam di negeri ini. Saya difahamkan juga bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan satu konsep yang diberi nama Hospital Mesra Ibadah (HMI) lebih 5 tahun yang lepas. Akan tetapi perlaksanaan bagi merealisasikan konsep tersebut jauh terkebelakang. Ianya nampak tidak kemas dan tiada penegasan dari pihak hospital itu sendiri.

4. Adakah anggota hospital yang telah dilatih setiap tahun oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melaksanakan protokol atau tatacara dari HMI tersebut? Jika HMI ini dilaksanakan sepenuhnya, sudah tentu pesakit akan termotivasi bagi melaksanakan ibadah fardu ain mereka. Disamping itu saya melihat, suasana wad di HSNZ tidak kondusif untuk memudahkan pesakit melaksanakan ibadah harian mereka. Sebagai contohnya, sistem tandas yang tiada pengasingan antara tandas dan tempat mengambil wudhuk. Begitu juga tiada debu tayammun disediakan oleh pihak berwajib bagi membolehkan setiap pesakit yang terhalang mengangkat wudhuk dengan air.

5. Difahamkan HSNZ adalah salah sebuah hospital ‘Rakan Bayi’ dan telahpun berjaya dengan kempen-kempen program tersebut dengan memberikan maklumat dan kefahaman bagi ibu-ibu untuk menyusu badan. Oleh itu tiada alasan bagi pihak hospital untuk tidak melakukan program yang sama keatas solat dengan menekankan kembali perlaksanaan secara serius konsep Hospital Mesra Ibadah dengan meletakkan pegawai-pegawai agama dan kelengkapan dan keperluan solat serta kempen-kempen yang berterusan bagi membantu pesakit-pesakit melaksanakan solat ketika mendapat rawatan kerana solat adalah tiang agama, jauh lebih penting dari segala-galanya. Menurut tinjauan yang dilakukan, pihak hospital tidak proaktif dalam memberi penerangan kepada pesakit mengenai kepentingan ibadah solat. Bahan-bahan bermanfaat yang menerangkan tatacara solat semasa sakit juga tidak diwujudkan secara komprehensif.

6. Oleh itu kami BPPNT menggesa agar kerajaan negeri dan pihak Kementerian Kesihatan bersikap proaktif dalam mengangani masalah pesakit yang tidak solat ini agar kita semua tidak didakwa oleh Allah di akhirat nanti.


YB Ustaz Mohd Nor Hamzah Ketua Penerangan BPPNT 15 Jamadil Awwal 1435 bersamaan 18 March 2014

Friday, March 14, 2014


1. Pas Negeri Terengganu memandang serius dengan suasana jerebu yang melanda seluruh  negara ketika ini. Sehingga minggu lepas, angka terkini Indeks Pencemaran Udara (IPU) dari Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar mendapati bahawa majoriti negeri-negeri di Malaysia mengalami jerebu tahap kedua (IPU : 51 - 100 habuk halus). Manakala di beberapa tempat di negeri Selangor mengalami paras tidak sihat dengan IPU melebihi 200 habuk halus. Sehingga kenyataan ini ditulis, sebanyak 131 buah sekolah di daerah Klang telahpun diarahkan tutup. Negeri Terengganu juga tidak terkecuali mengalami masalah jerebu ini. Bacaan terkini IPU di Kemaman ialah 55. Di daerah-daerah lain seluruh Terengganu, alhamdulillah mencatatkan bacaan baik setakat ini.

2. Dalam masa yang sama, Kementerian Kesihatan menganggarkan bahawa akan berlaku cuaca panas terik sehingga pertengahan Mac ini. Suhu pada siang hari boleh mencecah sehingga 40 darjah selsius. Keadaan ini boleh menimbulkan gejala 'heat stroke' kepada individu yang melakukan aktiviti terdedah dibawah panas terik matahari.

3. Pas Negeri Terengganu menyeru seluruh rakyat Malaysia amnya dan seluruh rakyat Terengganu khasnya agar menjaga kesihatan diri dan keluarga. Meminum air masak secukupnya (lapan gelas air sehari). Mengurangkan pengambilan minuman berkafein dan makanan yang masin, berpakaian agak longgar. Memilih untuk melakukan aktiviti dalaman, mengurangkan aktiviti luar terutamanya aktiviti yang terdedah kepada cahaya matahari dan dalam suasana jerebu ini. Keadaan ini boleh memberi kesan kesihatan yang teruk kepada pengidap asma. Tidak terkecuali juga penyakit-penyakit lain yang tidak boleh terdedah kepada cuaca panas dan berjerebu. Rakyat juga diminta mendapatkan info kesihatan dari semasa ke semasa daripada pihak yang berwajib.

Sekian

 
Yb Ustaz Mohd Nor Hamzah

Ketua Lajnah Penerangan BPPNT

11 Jamadil Awwal 1435 bersamaan 14 Mac 2014

Thursday, March 13, 2014


Marang : Rakyat negeri Terengganu kebanyakannya mengambil sikap berhati-hati, menunggu apakah hasil siasatan oleh pihak berwajib berkaitan kes keracunan makanan yang dipercayai dibeli di Pasar Minggu Taman Syahbandar minggu lepas.
Ini penting bagi rakyat Terengganu kerana isu yang melibatkan kesihatan orang ramai bukanlah sesuatu isu yang boleh diambil mudah oleh sesiapapun apatah lagi jika ianya melibatkan nyawa orang yang tidak bersalah.
Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika ditemubual baru-baru ini berkata, sememangnya rakyat perlu mengambil langkah berhati-hati dalam hal ini.
Beliau menambah, jika semakin lama rakyat menunggu, maka akan semakin banyaklah lagi khabar angin yang akan tersebar yang boleh memberikan keadaan tidak selesa kepada masyarakat.
“Sekurang-kurangnya bagitahulah sedikit maklumat bagi rakyat memahami keadaan agar menutup ruang bagi pihak yang tidak bertanggungjawab dari membuat spekulasi.
Tambah-tambah lagi dengan adanya teknologi di tangan seperti Facebook, Twitter,WhatsApp, blog dan lain-lain lagi, amat mudah berita disebar,” katanya.
Beliau ditemui ketika membuat lawatan ke Pasar Malam Atas Tol yang baru dipindah lokasinya dari Kampung Atas Tol ke perkarangan Pasar Kedai Buloh yang baru.
Tapak tersebut dipindahkan kerana mengelakkan ganguan trafik serta lebih bersih, teratur dan menarik lagi dan ianya dipersetujui oleh persatuan peniaga.
YB Ustaz Mohd Nor yang juga Wakil Rakyat Dun Bukit Payong berkata pihaknya juga menerima banyak keluhan para peniaga pasar malam yang mendakwa perniagaan mereka terjejas dengan kes keracunan makanan ini.
Menurut aduan yang diterima oleh pihaknya, ramai pelanggan ketika ini mengurangkan aktiviti membeli belah terutamanya makanan di pasar-pasar malam kerana isu ini.
Ini menyebabkan para peniaga yang bergantung sepenuhnya dengan hasil jualan makanan di pasar-pasar malam mengalami kejatuhan jualan yang agak teruk dan sekaligus menjejaskan pendapatan mereka.
Beliau berkata lagi, rakyat bertindak sedemikian kerana kekurangan maklumat dan yang menjadi mangsa adalah peniaga-peniaga yang jujur, bersih serta yang mengamalkan etika berniaga dengan betul.
“Yang kasihan ialah peniaga-peniaga yang jujur yang kita tahu kejujuran mereka,” ujar beliau.
Oleh itu beliau menggesa agar pihak yang berkenaan tampil memberikan maklumat-maklumat bagi memahamkan orang ramai berkaitan isu ini.
Sementara itu beliau juga berharap agar tapak pasar malam yang baru ini akan memberikan lebih keselesaan kepada para peniaga serta pelanggan.
Beliau juga mendoakan agar semua kira-kira 40 orang peniaga itu mendapat keberkatan dalam perniagaan mereka di tapak yang baru.
Seorang peniaga Suhana Hussin 35, berharap agar perniagaan akan lebih maju lagi di tapak baru ini dan kejadian keracunan makanan itu tidak berulang lagi.

Saturday, March 8, 2014

Bismillah. Saya mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), ingin merakamkan ucapan dukacita yang teramat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan keluarga beliau diatas keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman keatas DSAI lima tahun penjara setelah menerima rayuan pendakwa dalam Kes Liwat 2. Kami menganggap keputusan ini tidak boleh diterima kerana bercanggah dengan hukum Islam dan kes ini sepatutnya diadili di Mahkamah Syariah dan bukannya sivil. Dengan sistem pembuktian yang kuat yang digunakan dalam Islam dalm kes Qazaf sebegini, maka saya yakin DSAI tidak akan dizalimi sepertimana sistem keadilan ciptaan manusia. Kami juga yakin dan percaya bahawa ini adalah keputusan yang dirancang bagi menamatkan karier politik DSAI di Malaysia. Jelas, ini adalah bayangan ketakutan Umno-BN kepada aura DSAI dan Pakatan Rakyat. Oleh sebab itu, mereka sanggup menggunakan segala jentera yang ada bagi mengekalkan kuasa mereka. Kami konsisten dengan pegangan kami iaitu akan membantu sedaya upaya kami ke atas mereka yang dizalimi. Sesungguhnya kami takut dengan doa orang-orang yang dianiaya. Kami bersama jentera-jentera kami, insyaAllah akan berjuang bagi menghapuskan kezaliman ini kerana Allah. Kami berdoa dan berharap agar Datin Seri Wan Azizah serta anak-anak dikurniakan ketabahan di atas ujian yang berat ini. Semoga Allah membantu DSAI serta keluarga mengharungi ujian ini. YB Ustaz Mohd Nor Hamzah Ketua Penerangan BPPNT 05 Jamadil Awwal 1435 bersamaan 08 Mac 2014

Thursday, March 6, 2014

1. PAS Negeri Terengganu merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Mohd Ilme Mat Adam atas kematian anak lelakinya, adik Muhammad Iqbal Rafie Mohd. Ilme akibat dari keracunan makanan pada hari Isnin, 3 Mac lalu. 2. Kejadian keracunan makanan ini sudah sampai peringkat wabak berlaku di sekitar Kuala Terengganu dengan jumlah mangsa setakat ini telah mencecah 101 orang yang sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Kami difahamkan bahawa keracunan ini adalah berpunca dari makanan yang dibeli oleh mangsa di Pasar Malam Taman Shahbandar, Kuala Terengganu. Kami ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dato’ Dr. Haji Anwa Sulaiman atas kepantasan pasukannya bertindak, apabila dimaklumkan bahawa, pihaknya sudahpun mengenal pasti tiga peniaga pasar malam yang terlibat dengan kes keracunan makanan ini. 3. PAS Negeri Terengganu memandang serius kejadian ini dan mendesak tindakan drastik dari pihak MBKT dan juga kerajaan negeri. Langkah-langkah penjagaan kebersihan perlu diperketatkan dengan penguatkuasaan Akta Makanan 1983 & Kebersihan Makanan 2009. 4. Pas Negeri Terengganu menggesa kerajaan negeri memperkemaskan prasarana yang mencukupi di semua lokaliti pasar malam seperti paip bekalan air bersih, tapak pasar minggu yang bertar bagi mengurangkan masalah debu, sistem kumbahan yang teratur dan pembuangan sisa buangan yang sistematik. Disamping itu juga bertindak tegas atas kecuaian dari aspek kebersihan yang dilakukan oleh para peniaga. Kami juga menyarankan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu menyiasat mana-mana peniaga yang tidak mematuhi aspek kebersihan ini termasuk tidak mengambil suntikan thypim, agar dikenakan hukuman yang lebih berat, supaya menjadi pengajaran kepada peniaga-peniaga yang lain. Suntikan ini penting bagi memastikan setiap pengendali makanan bukan pembawa kepada kuman berbahaya Salmonella Thypii. 5. Pas Negeri Terengganu juga menggesa MBKT mengazetkan secara khusus lokaliti setiap pasar malam agar setiap pengusaha tidak terpaksa berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat yang tidak terjamin kebersihannya. 6. PAS Negeri Terengganu juga menyeru kepada semua peniaga-peniaga di Terengganu yang majoritinya Islam, agar menitikberatkan soal kebersihan, sesuai dengan saranan Islam, Kebersihan Itu Sebahagian Dari Iman. 7. Kami juga menyeru agar orang ramai mengamalkan sikap yang lebih serius memilih untuk membeli di gerai-gerai atau kedai-kedai yang diketahui benar-benar menjaga kebersihan sahaja bagi mengelakkan kejadian ini dari berulang. YB Ustaz Mohd Nor Hamzah Ketua Penerangan BPPNT 2 Jamadil Awwal 1435 bersamaan 05 Mac 2014

Monday, March 3, 2014


Dia suka berjenaka, malah boleh bermesra dengan sesiapapun walaupun kali pertama berjumpa dan bertemu dengannya.
Namun apabila datang hal-hal yang penting dan mustahak, dia akan menjadi serius menumpukan perhatiannya kepada perkara tersebut.
Mungkin inilah antara ramuan kejayaan YB Haji Hanafiah Mat memikat hati pengundi Chukai dan sekaligus menjadi wakil rakyat PAS bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai, dalam parlimen Kemaman.
Bukan sahaja pengundi Melayu, malah pengundi bangsa lain juga mudah mesra dengan beliau, bersesuai dengan jawatan yang disandangnya, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Negeri Terengganu.
Kecaknaan beliau terserlah apabila baru-baru ini, beliau telah menziarahi kematian seorang perempuan berbangsa cina yang meninggal akibat kanser di Chukai.
Ketika mendapat berita itu, beliau sedang berada dalam program kuliah maghrib yang disampaikan oleh YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Penerangan PAS Terengganu di Surau Dusun Nyior.
Selesai solat isyak, beliau bergegas ke Rumah Mayat Jakar bagi mengucapkan takziah kepada keluarga Wong Chan Hai (Kedai Kopi Hai Peng) atas kematian isterinya Puan Tan 71 serta sempat bertanya khabar dengan orang ramai yang hadir.
Selesai menandatangani buku takziah di Jakar, beliau bergegas pula ke Pejabat PAS Kawasan Kemaman bagi menghadiri program usrah PAS Kawasan Kemaman.
Bagi beliau, hal berkaitan dengan perhubungan antara kaum sangat penting kerana, Malaysia terdiri daripada penduduk yang berbilang bangsa dan tiada kekuatan jika satu daripada bangsa ini diketepikan.
Beliau tidak mahu terikut-ikut dengan rentak permainan sesetengah pihak yang sentiasa mencari permusuhan antara kaum bagi menakut-nakutkan rakyat untuk mengekalkan kuasa.
“Bagi saya, semua kaum di Malaysia mempunyai kepentingannya yang tersendiri.
Baik Melayu, Cina, India dan lain-lain etnik, kita semua adalah rakan dan kita boleh hidup bersama tanpa ada rasa iri hati,” tegas beliau.
Beliau seterusnya menasihatkan semua rakyat Malaysia agar mengekalkan perpaduan antara kaum yang telah lama terjalin ini bagi memastikan keamanan di Malaysia dan tidak bermain dengan api perkauman.

Saturday, March 1, 2014


 
Bukit Besi : Satu program rehlah yang mengumpulkan anak-anak muda dari PAS Cawangan Kampung Surau Panjang dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Payong telah diadakan Jumaat lalu.
Program  selama dua hari itu malam itu, diadakan di Kawasan Perkelahan Air Terjun Chemerong, Pasir Raja, Dungun disertai oleh seramai 63 orang pemuda bermotosikal.
Menurut Ketua Pemuda PAS Cawangan Kampung Surau Panjang, saudara Zakaria Salleh, acara ini adalah acara tahunan dan ianya sudah menjangkau kepada tahun ke – 4 program ini dijalankan.
Tambah beliau lagi, rehlah ini bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan antara ahli Pemuda PAS cawangan sesama mereka.
Ianya juga diharap dapat mencari bakat-bakat baru untuk diketengahkan dalam organisasi Pemuda PAS, sebagai pemimpin dan penggiat parti agar dapat dimasa depan pelapis muda ini sudah bersedia untuk diserap masuk dalam organisasi.
“Kami menggunakan peluang ini bagi mengeratkan lagi hubungan antara ahli-ahi agar mudah mereka memahami sesama mereka terutama apabila menjalankan kerja-kerja parti.
Diantara mereka juga mungkin ada bakat terpendam untuk menjadi pemimpin, maka ini juga peluang bagi kami bagi mengenengahkan bakat-bakat mereka,” kata beliau.
Selain dari mengajar keselamatan jalanraya, beberapa pertandingan sesama peserta bagi memeriahkan lagi program, turut diadakan.
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, wakil rakyat Bukit Payong.
Dalam ucapan penutupnya, Ustaz Mohd Nor menekankan agar pemuda-pemuda Islam sentiasa mempersiapkan diri mereka dengan ilmu dunia dan akhirat agar tidak mudah ditipu oleh golongan-golongan yang berniat jahat.
“Janganlah kita kosong dengan ilmu dunia dan akhirat kerana dunia ini penuh dengan penipuan.
Mereka tidak dapat menguasai kita jika kita penuhkan diri kita dengan ilmu.
Oleh itu orang muda, jangan leka dengan hiburan sebab inilah antara cara mereka menipu dan menghanyutkan kita.
Berhibur tidak salah, kena pilih hiburan macamana dan kena ada hadnya serta jangan kita tinggal solat,” tegas beliau.
Turut hadir dalam majlis penutupan itu ialah Timbalan Ketua PAS Cawangan Kampung Surau Panjang, Haji Aziz Embong berserta Bendahari, Haji Said Mohammad.

Friday, February 28, 2014

Petikan : Buletin Online
 
KUALA TERENGGANU – Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu memberi sokongan penuh kepada kerajaan Brunei dalam melaksanakaan undang-undang Islam bermula pada April depan.
 
IMG-20140226-WA0106Pesuruhjayanya, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, komitmen dan kesungguhan negara Brunei Darussalam untuk melaksanakan hukum Allah itu adalah alternatif terbaik bagi menyelesaikan masalah sosial yang melanda dunia masakini.
 
“Yang pertama, kita memberi sokongan penuh kepada kerajaan Brunei.
 
Terdapat komitmen dan kesungguhan dan perbincangan kita kesediaan pihak kerajaan Brunei untuk melaksanakannya dan sudah mewartakannya tinggal lagi saat perlaksanaan yang diberi kepada tiga fasa ini iaitu selepas 6 bulan, 12 bulan dan 24 bulan.
 
“Dan kita merasakan itu tempoh yang sesuai dan kita harap apa yang dilakukan oleh kerajaan Brunei ini sebagai satu komitmen, bukan hanya tanggungjawab kepada Allah tapi sebagai alternatif terbaik terhadap permasalahan yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini,” ujarnya.
 
Menurutnya, tinjauan yang dibuat selepas mengadakan lawatan ke Negara itu, Brunei akan menjadi lebih aman selepas perlaksanaan undang-undang tersebut.
 
Beliau berkata, kadar jenayah Brunei menunjukkan penurunan mendadak selepas penwartaan kanun jenayah syariah itu.
 
“Permasalahan sosial di Brunei masih lagi di tahap rendah dan mengikut respon dari masyarakat, mereka menjangkakan bahawa Brunei akan menjadi lebih aman dan kadar jenayah yang kita dapat selepas pewartaan sudah semakin menurun,”jelasnya.
 
IMG-20140226-WA0072Beliau berkata demikian sebaik tiba di lapangan terbang Sultan Mahmud sekembalinya beliau bersama rombongan seamai 22 orang dari lawatan ke Brunei.sejak 23 Februari lalu.
 
Seramai sepuluh orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang Ahli Parlimen PAS dari negeri Terengganu mengadakan lawatan bagi meninjau persiapan Negara Brunei melaksanakan hokum Hudud dan Qisas bermula Ahad 23hb hingga Khamis 26 Februari.
 
Hasil tinjauan tersebut juga mendapati, rakyat Brunei kesuluruhannya mereka amat berbangga dan menanti-nantikan perlaksanaan undang-undang tersebut sudah sekian lama.
 
Menurutnya, beliau dimaklumkan, hasrat Sultan Brunei mahukan negaranya melaksanakan undang-undang Islam itu bermula sejak tahun 1996.
 
IMG-20140226-WA0084Oleh itu beliau berharap, langkah kerajaan Brunei itu akan menjadi meomentum mengembalikan kedaulatan Islam di Rantau Asia Tenggara dan seluruh dunia.
 
“Yang kedua, kita mengharapkan ianya sebagai satu momentum kepada perlaksanaan syariah di Asia Tenggara ini, untuk kembali semula kepada apa yang membebaskan kita daripada era penjajahan.
 
“Sebab sedia maklum rantau Asia Tenggara ini sudah melaksanaan syariah Islam sejak dari peringkat awal dahulu di bawah kerajaan Islam termasuk di Melaka dan sebagainya sehinggalah ke era penjajahan.
 
“Hari ini kita sudah merdeka lebih daripada separuh abad, sudah sewajarnya kita kembali semula kepada akar umbi kekuatan umat Islam itu,”tegas beliau.
 
Beliau yang juga ADUN Paka berkata, kerajaan negeri Terengganu sepatutnya Terengganu juga melaksanakan Kanun Jenayah Syariah yang sudah mewartakan pada tahun 2002.
 
IMG-20140226-WA0088“Sepatutnya, Terengganu juga perlu berusaha untuk melaksanakannya apatah lagi kita sudah mewartakan pada tahun 2002 dan kita sudah mendapat sokongan penuh.
 
“Dan ianya berkait dengan kerajaan negeri Terengganu yang melibatkan undang undang syariah…….sepatutnya tiada alasan lagi untuk Terengganu.
 
“Apatah lagi dari segi sumber dan kewangan Terengganu sendiri daripada hasil minyak yang lebih kurang macam Brunei, kita rasa sepatutnya lebih mendahului,”ujar beliau.
 
Justeru beliau mendesak kerajaan supaya membebaskan rakyat dari dosa akibat memenjarakan hokum syariah yang telah mendapat perkenan Tuanku Sultan.
 
“Kita (PAS) mendesak pihak kerajaan beri (tunjuk) kesungguhan, menggunakan bajet khas dan membuat latihan ke arah pelaksanaan dan membuat persediaan yang terbaik ke arah melaksanakan hukum syariah.
 
“Kita tidak mahu hukum syariah itu terpenjara di dalam bilik kebal dan hanya dalam catatan pewartaan tetapi tidak dilaksanakan. Ini merupakan satu dosa yang dilakukan oleh kerajaan Umno BN,” tegasnya.
Petikan : Buletin Online
 
BANDAR SERI BEGAWAN – Dewan Pemuda PAS egeri Terengganu melahirkan rasa syukur dan menyokong kerajaan Brunei DarusSalam yang akan melaksanakan undang-undang Ilam sepenuhnya bermula April depan.
 
Kamaruzzaman Abdullah Brunei1Ketuanya Ustaz Kamaruzzaman Abdullah beerharap langkah positif negara Brunei itu, sebuah negara umat Melayu Islam itu akan menjadi panduan dan ikutan kepada kerajaan Malaysia khususnya kerajaan negeri Terengganu DarulIman.
 
“Sikap pemuda PAS jelas, kita rasa bersyukur kepada Allah SWT, yang baru sahaja mengisytiharkan akan melaksanakan hukum Islam pada 22 Oktober lalu.
 
“Kita (harap) kerajaan Malaysia dan Terengganu khususnya (akan mengambil langkah) menyambung sahaja undang-undang yang telah diluluskan dan diwartakan pada tahun 2002.
 
“InsyaAllah (perlaksanaan undang-undang Islam di Brunei) akan menjadi panduan dan (memberikan) pengalaman kepada negeri Terengganu,” ujarnya.
 
Beliau berkata demikian selepas satu pertemuan dengan pihak pentadbir Universiti Islam Sultan Sharif Ali (Unissa) di sini semalam, Selasa 25 Februari.
 
Ustaz Kamaruzaman bersama 20 orang pemimpin PAS dan wakil-wakil rakyat dari Terengganu sedang mengadakan lawatan bagi meninjau persiapan Brunei dalam menguatkuasakan undang-undang Hudud dan Qisas.
 
Sehubungan itu, beliau yang juga merupakan Timbalan Pengarah Kolej Universiti Darul Quran Islamiah (KUDQI) berkata, perjumpaan tersebut telah membuka peluang baru kepada para pelajar KUDQI bagi melanjutkan pengajian di universiti tersebut.
 
“Ahamdulillah, perjumpaan dengan pihak pentadbir Universiti Islam Sultan Sharif Ali pada hari ini akan membuka lembaran baru kepada pendidikan KUDQI (dan) membuka pasaran baru kepada para pelajar KUDQI.
 
Mendalami ilmu-ilmu Islam di sini, jelasnya, akan mengambil masa bagi pemprosesan kerjasama antara KUDQI dan Unissa dalam tempoh dua tahun.

Wednesday, February 26, 2014


Satu program yang dinamakan “Nadwah Ulamak” anjuran Dewan Ulamak PAS Terengganu (DUPT) telah diadakan di Markas Tarbiyyah PAS Kawasan Kuala Terengganu, Kuala Ibai baru-baru ini.
Program yang bertujuan untuk menyatukan kefahaman jemaah PAS terutama pimpinan kawasan dan negeri itu dalam hal berkaitan dengan isu-isu jemaah, politik, dakwah, tarbiyyah dan lain-lain agar memahaminya.
Bagi mencapai matlamat program itu, satu kertas kerja tulisan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan telah dibentangkan oleh beliau sendiri.
Beliau memilih untuk mengupas isu bertajuk “Tahaluf Siyasi – Batas-Batas Hubungan Dengan Ghair al-Muslimin Dalam Kepercayaan Agama Dan Budaya”.
Program yang berjalan kira-kira tiga jam setengah itu dihadiri lebih 300 orang peserta yang terdiri dari kepimpinan PAS pelbagai peringkat bagi kawasan-kawasan dan dewan-dewan.
Peserta dihidangkan dengan kupasan secara ilmiah oleh Presiden berkenaan erti kata sebenar tentang tahaluf siyasi.
Dalam pembentangannya, Presiden menjelaskan penggunaan Ghair al-Muslimin digunakan bagi mengembalikan istilah al-Quran yang mana kita sekrang ini sudah terlalu lama menggunakan istilah moden.
Beliau menjelaskan, tahaluf siyasi adalah titik persamaan antara Islam dan bukan Islam yang zahir sahaja tanpa melibatkan aqidah.
“Tahaluf Siyasi adalah adalah pendekatan memperkenalkan Islam kepada bukan Islam melalui titik persamaan yang zahir wlaupun berbeza aqidah dan matlamat, kearah memperlihatkan kebaikan Islam dan kenal Islam.
Wajib muwajahah silmiyyah (berhadap secara damai), dahulukan konsep damai walaupun dalam perang dan apatah lagi ketika keadaan damai,” terang beliau sambil menukilkan ayat 61-63 dari surah al-Anfal.
Menyentuh soal wala’ (ketaatan) dalam tahaluf siyasi, beliau menjelaskan tiada wala’ kepada tahaluf siyasi, cuma kerjasama ataupun persefahaman sahaja kerana wala’ hanyalah kepada pimpinan jemaah sahaja.
Pendekatan yang disarankan kepada pendakwah-pendakwah adalah secara menerang dan bukannya menyerang agar maklumat-maklumat daripada dakwah itu mudah memasuki hati-hati bukan Islam.
Tahaluf siyasi ini tidak seharusnya dilihat dari sudut politik semata-mata malah lebih jauh daripada itu, ialah berdakwah kepada bukan Islam bagi mengajak mereka agar memeluk Islam.
Antara batas-batas yang digariskan pula dalam persefahaman dengan bukan Islam ini pula ialah seperti iman dan kufur, hala dan haram, hak mengamalkan ritual keagamaan dan budaya kaum masing-masing.
Kekhilafan tentang bolehnya tahaluf siyasi ini serta beberapa perkara yang melibatkan hal-hal teknikal, mestilah ditangani oleh mereka-yang ahli dalam fiqah ini dan bukannya orang awam yang tidak mendalam kefahaman mereka.
Pada dasarnya dengan tahluf siyasi yang betul, masyarakat madani boleh dibentuk di negara ini dan akan memberikan lebih keyakinan terhdap Islam iaitu menjadi agama fitrah kepada semua manusia.
Majlis diakhiri dengan soal jawab peserta dengan Dato’ Seri Tuan Guru Presiden berkaitan dengan isu-isu daripada kertas kerja serta juga yang berkaitan dengan hal ehwal semasa.

Monday, February 24, 2014


Kijal : Satu majlis Hi-Tea bagi mengumpul dana pendidikan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) telah diadakan di Pasti Cawangan Ibok dekat sini baru-baru ini.
Pelancaran majlis kutipan dana tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Penerangan PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong petang Jumaat lalu.
Menurut Pengerusi Pasti Kawasan Kemaman, Ustaz Muhammad Nakhaei Hanafiah, Pasti al-Huda ini adalah Pasti yang ke-25 di Kemaman dan yang kelima di Dun Kijal dan pihaknya berasa berbesar hati dengan penubuhan Pasti al-Huda ini.
Katanya lagi bangunan yang dijadikan Pasti ini sangat bermakna dan meninggalkan nostalgia kepada PAS Kemaman kerana ianya diasaskan oleh bekas Yang DiPertua PAS Kemaman allahyarham Ustaz Awang Dagang.
Ustaz Muhammad Nakhaei menambah, bangunan Pasti itu bukan sahaja berfungsi bagi mendidik kanak-kanak, malahan lebih dari itu, ianya turut dijadikan pusat pengajian bagi golongan dewasa.
“Sebelum ini kita sudah menjalankan kelas Iqra’ bagi menarik masyarakat tempatan.
Dan kita telah berjaya membina bangunan tambahan bagi kelas Pasti hasil dari inisiatif PAS cawangan dan sumbangan orang ramai,” ujarnya dengan gembira.
Setakat ini seramai 15 orang pelajar telah didaftarkan di Pasti al- Huda ini sebagai permulaan tahun pertama ianya beroprasi dan beliau yakin, bilangan pelajar akan bertambah dari tahun ke tahun berdasarkan kepercayaan masyarakat kepada Pasti.
Pasti ini dikendalikan oleh seorang guru dan seorang pembantu buat masa ini.
Dan jika peningkatan bilangan pelajar meningkat, maka pengurusan Pasti akan mencari tempat lain bagi membina bangunan yang lebih besar memandangkan tanah yang ada sekarang sudah hampir maksimum penggunaannya.
Ini kerana pengurusan Pasti al-Huda baru sahaja membina bangunan tambahan bagi menampung keperluan pendidikan mereka.
Beliau yakin dan percaya dengan kedudukan yang strategik itu, di lokasi yang ramai penduduk dan tiada Pasti lain berdekatan, akan lebih ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke Pasti al-Huda nanti.
Sebagai meraikan kelahiran Pasti ke-25 itu, hampir seluruh kepimpinan PAS Kawasan Kemaman hadir bagi memeriahkan lagi program tersebut.
Ini termasuklah Yang DiPertua (Ydp) PAS Kawasan Kemaman Ustaz Alias Abdul Hamid, bekas Ydp Ustaz Ismail Haron, Adun Chukai Haji Hanafiah Mat dan Pengarah Majlis Tindakan (MTD) DUN Kijal Ustaz Hazri Jusoh.
 
Lebih seratus penduduk sekitar turut sama meraikan majlis Hi-Tea ini dan tidak melepaskan peluang membuat kebajikan dengan sama-sama menghulurkan derma.

Saturday, February 22, 2014


Undang : Sekumpulan kira-kira 30 orang jemaah Surau Kampung Undang bersama-sama bergotong-royong memindahkan sebuah surau lama di kampung mereka Jumaat lalu.
Surau yang sudah agak uzur itu terpaksa dipindahkan atas alasan keselesaan bagi menampung bilangan jemaah yang semakin bertambah terutama ketika bulan Ramadhan.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Surau Kampung Undang Cikgu Daud Hassan, rancangan memindahkan surau itu sudah lama dirancang, akan tetapi kerana faktor-faktor seperti kewangan, menghalang ianya dilakukan lebih awal.
Setelah mendapat sedikit bantuan kewangan, maka mereka terus memulakan kerja-kerja pemindahan ini kerana bimbang jika menangguhkan lagi, pada bulan Ramadhan ini mereka tidak dapat menyiapkan kerja pemindahan ini.
Cikgu Daud berkata surau ini boleh dikatakan penting bagi kariah sekelilingnya kerana sering mengadakan kuliah-kuliah dan juga kelas-kelas agama bagi membantu kariah menambah ilmu akhirat mereka.
Lebih dari itu, hanya inilah surau yang terletak di sepanjang jalan antara Masjid Tok Dir dan Masjid Undang yang jauhnya kira-kira tiga kilometer.
“Jadi surau yang ada di tepi jalan besar ini, tak ada yang lain lagi kecuali surau ini.
Ini amat membantu jemaah-jemaah yang berdekatan yang tidak dapat berjemaah di Masjid Tok Dir atau Masjid Undang.
Apatah lagi kelas bagi muslimat, dan kita maklum muslimat di kampung-kampung ini biasanya tiada kenderaan, jadi bolehlah mereka datang ke surau ini yang agak dekat dengan mereka,” terang Cikgu Daud.
Turut hadir ialah wakil rakyat Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah yang dijemput bagi membacakan doa selamat dan menunaikan solat hajat sebelum memulakan kerja-kerja pemindahan itu.
Sebarang bantuan kewangan dan juga barang-barang bagi melancarkan kerja-kerja pemindahan ini, sangat dialu-alukan dan penyumbang boleh berhubung terus dengan Cikgu Daud Hassan di talian 019 9092947 bagi urusan derma.

Friday, February 21, 2014

*Laporan berdasarkan ketika tinjauan bersama YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
 
MARANG – Sikap membisu yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri Terengganu terhadap penduduk dan peniaga yang tinggal dan berniaga di sepanjang jalan dari Merchang ke Jambu Bongkok dekat sini, meresahkan mereka.
 
jalan mercang jambu bongkok5Ini kerana mereka tidak mendapat maklumat tepat dari kerajaan berkenaan status tanah yang telah diambil bagi melaksanakan projek pembesaran jalan dari Merchang ke Jambu Bongkok itu dan meninggalkan mereka dalam kebingungan.
 
Luahan hati sebahagian penduduk dan peniaga itu didengari oleh Ketua Penerangan Pas Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika menziarahi mereka bagi bertanya khabar tentang status mereka.
 
Seorang peniaga roti, Norhashimah Mamat yang telah menjalankan perniagaan itu sejak sekian lama berkata tiada hitam putih dan pengesahan terutama mengenai pampasan yang akan diberikan atas perobohan kedai mereka.
 
“Takdok (tiada) orang kerajaan mari (datang) nok bagitahu apa-apa sampai ke hari ni.
Exco pun takdok mari jumpa dengan kita,” kata beliau yang mendakwa sudah beberapa kali turun naik Pejabat Tanah Marang itu.
 
jalan mercang jambu bongkok3Mereka sekeluarga yang ditemui juga merasa tidak puas hati diatas cara kerajaan dan kontraktor menguruskan hal ini, terutama berkenaan sempadan tanah.
 
Norhashimah juga turut hairan kerana batu penanda tanah yang diletakkan dihadapan kedainya, tetapi pelebaran jalan dibuat sehingga lebih kurang tiga meter kedalam kedainya.
 
Ditambah lagi dengan ura-ura bahawa tanah yang sudah termasuk didalam rezab jalan tidak akan dibayar pampasan, dia berpendapat hal itu tidak adil bagi mereka yang sudah lama berniaga di situ.
 
“Macamana kita masa nak dapat kelulusan bina gerai dulu, dia terima geran tanah ni dan dok (tidak) timbul soal dimana tanah rezab dan sempadan jalan?
 
Le ni (sekarang), timbul pasal tanah rezab pulok (pula) masa nak ambik tanah ni.
 
Sedangkan kita duduk bayar lesen sokmo (sentiasa), duit kita dia ambik, bila kena hal gini, kalau dia tak mahu bayar, teruklah kita,” ujarnya kesal.
 
jalan mercang jambu bongkok4
Untuk rekod, sebanyak 15 buah rumah, tujuh buah premis perniagaan dan lebih 30 gerai jualan terutamanya gerai jagung akan terjejas disebabkan projek pelebaran jalan ini.
 
Beberapa orang lagi peniaga yang ditemui juga tidak mendapat gambaran yang jelas berkenaan status perniagaan mereka samada akan diberikan pampasan ataupun tidak.
 
Seorang peniaga jagung yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Lah memaklumkan bahawa dia hanya mendengar dari mulut ke mulut yang para peniaga akan dibayar seribu ringgit bagi setiap gerai jagung.
 
Tiada pengesahan samada dari pihak kerajaan mahupun wakil rakyat ataupun kontraktor berkenaan berita pampasan itu.
 
Menurut Kak Lah lagi, penjual biasanya memperolehi hasil jualan antara RM200 sehingga RM300 sehari dan jika pada hari minggu dan cuti am, hasil jualan boleh mencecah sebanyak RM500 sehingga RM600.
 
Menurutnya lagi, dia mungkin tidak akan meneruskan jualannya lagi selepas ini kerana tiada tanah untuk berniaga.
 
Seorang lagi peniaga, Puan Puteh pula berkata dia hanya mendapat tahu berkenaan pampasan itu melalui pekerja-pekerja yang terlibat dengan pelebaran jalan itu sahaja berkenaan adanya pampasan dan bukannya dari pihak yang berkuasa.
 
jalan mercang jambu bongkok6Masalah pelebaran jalan ini bukan sahaja melibatkan penduduk dan peniaga sahaja, malahan turut melibatkan tanah perkuburan yang ada berdekatan Kampung Pasir Putih juga turut termasuk dalam projek pelebaran ini.
 
Menurut maklumat dari beberapa penduduk yang sedang menggali kubur ketika tinjauan ini dilakukan, pelebaran jalan itu telah menimbus beberapa kubur lama yang sedia ada.
 
Namun dimaklumkan, wakil Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) telah datang bagi melihat keadaan tanah kubur tersebut semalam dan penduduk sedang menunggu keputusan JHEAT.
 
Mengulas isu ini, YB Ustaz Mohd Nor berkata tidak sepatutnya kontraktor terbabit datang dan mengerjakan tanah yang terlibat dengan pelebaran ini terutama berhampiran kubur secara semberono.
jalan mercang jambu bongkok2
 
“Walaupun kubur lama, mereka sepatutnya melihat jajaran kubur ini dahulu dengan nasihat dari pihak berwajib dan orang-orang kampung yang tahu dimana letaknya kubur-kubur ini.
 
Dalam Islam, kita percaya sesetengah mayat mungkin tidak mudah reput, jadi sepatutnya kita gali dan pindahkan mayat-mayat ini sebagai menghormati mayat dan juga ahli keluarga mereka,” kata beliau.
 
Beliau juga menyatakan pendedahan ini bukan bertujuan bagi menghalang atau menolak sebarang pembangunan, tetapi seharusnya setiap pembangunan itu memikirkan akan kesan kepada masyarakat sekeliling.
 
Ianya juga bagi memastikan semua projek pembangunan yang menggunakan duit rakyat, dilaksanakan dengan betul dan telus kerana projek ini akan dinilai oleh semua pihak.
 
Beliau seterusnya mendesak agar kerajaan membuat satu kenyataan rasmi berkenaan projek pelebaran jalan ini yang menurutnya ada beberapa perkara yang memerlukan penjelasan lanjut dari kerajaan.
 
jalan mercang jambu bongkok7“Persoalan seperti siapakah kontraktor yang mendapat projek ini?
 
Kenapa ianya dijalankan secara tidak teratur iaitu tanpa notis dan pemberitahuan umum terutama kepada penduduk dan peniaga di sepanjang jalan ini.
 
Juga berapakah pampasan yang akan diberikan kerajaan terhadap penduduk dan peniaga-peniaga yang 100 peratus melayu itu sebagai ganti rugi keatas perniagaan mereka.
 
Dan juga kerajaan juga perlu menjelaskan kekeliruan terhadap sempadan tanah yang dikatakan telah diambil sejak tahun 1963 lagi, kerana ada beberapa penduduk yang mengadu sempadan tanah tidak jelas.
 
Sehingga kini masih tiada wakil kerajaan mahupun exco datang bagi menjelaskan perkara ini,” tegas beliau.

Saturday, February 15, 2014

Bismillahir Rahmaanir Rahiim

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) amat wajar dimansuhkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan bukan sekadar untuk dikaji semula. Walaupun PBS bertujuan bagi mengimbangi pemarkahan secara fizikal dan mental iaitu bagi menilai IQ dan EQ iaitu sistem penilaian yang tidak berasaskan peperiksaan sahaja ataupun seperti yang dinyatakan oleh KPM, PBS ini adalah bentuk pendidikan holistik, namun perlaksanaannya yang begitu tunggang langgang dilihat sebagai satu kegagalan dalam perlaksanaan sistem PBS ini.
Paling bermasalah adalah sistem perekodan butiran ataupun pencapaian pelajar yang menjadi antara punca utama beban yang tidak sepatutnya dikenakan ke atas guru-guru. Ada yang terpaksa memasukkan data pada lewat malam, ada juga juga yang terpaksa bangun awal pagi semata-mata kerana ini. Keadaan ini sudah pasti akan menjejaskan kualiti rehat yang diperlukan oleh guru-guru, terutama bagi yang telah berkeluarga, bertambah lagi jika guru itu sudah mempunyai anak. Itu belum dikira jika pasangan guru itu tinggal berjauhan kerana lokasi sekolah (yang kadang-kadang sengaja dipisahkan kerana alasan politik).
Banyak lagi keburukan ataupun perkara yang menyusahkan terutama yang akan terbeban keatas guru-guru dan juga ketidakadilan permarkahan kepada pelajar-pelajar yang didedahkan diatas perlaksanaan PBS ini. Antara yang lain ialah permarkahan yang tanpa rujukan piawai oleh guru-guru, tiadanya projek perintis tetapi perlaksanaannya terus ke seluruh negara, perbezaan soalan bagi mencapai “Band” dan setelah tiga tahun, penyeragaman masih gagal dilakukan oleh kementerian. Kesusahan juga timbul kepada ibu bapa yang tinggal di pendalaman bagi mengakses internet dan masalah berganda bagi mereka yang tidak tahu menggunakan komputer.
Janji penambahbaikan oleh kedua-dua menteri pelajaran ditabur secukup rasa bagi menyedapkan hati pihak yang menolak perlaksanaan PBS kerana menyusahkan ini. Janji pertama oleh Menteri Pelajaran II Dato’ seri Idris Jusoh pada 10 September 2013 di Shah Alam dalam Program Bicara Minda bagi penambahbaikan PBS berlalu bersama angin. Kemudiannya datang lagi janji baru oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran I Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa hari lalu untuk mengangguhkan perlaksanaan PBS sehingga masalah-masalah yang ada diselesaikan.
Saya melihat PBS ini juga dilihat sebagai makmal ujikaji yang mana pelajar-pelajarnya menjadi bahan ujikaji manakala guru-guru pula menjadi robot di dalam makmal. Seharusnya kita sedar bahawa bayak perancangan yang dibuat oleh kerajaan, tidak menepati aspirasi rakyat, tetapi “trial and error” yang mana menjadi mangsa adalah rakyat terbanyak samada dalam bentuk kerahan tenaga mahupun kerahan wang iaitu pembaziran wang rakyat.
Terbukti bukan sahaja guru-guru yang membantah, malahan Profesor DiRaja Engku Aziz sendiri menggambarkan kejahatan “tangan-tangan gatal” yang jelas menganggu, menyebabkan sistem pendidikan negara menjadi caca marba. Lebih dari itu beban yang ditambah dengan sengaja keatas guru-guru ini dikhuatiri adalah kerana projek-projek yang disediakan oleh kroni bagi mengisi kantung masing-masing dan bukannya ikhlas kerana untuk menaikkan prestasi pelajar-pelajar. Ayuh guru-guru, anda semua bukan golongan yang boleh dipergunakan oleh kelompok-kelompok yang mempunyai agenda mereka tersendiri. Anda adalah pendidik, yang mendidik anak bangsa, saya menyeru kepada semua warga guru agar menyatakan sikap anda semua.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan Pas Terengganu
15 Rabi’ul Akhir 1435 bersamaan 15 Februari 2014

ARKIB