Sunday, January 30, 2011

Daripada Malaysiakini






Untuk keputusan rasmi SPR, Lihat Harakah Daily di ruang sebelah kanan, Klik di sini.


Setakat ini daripada kami. Kita sudah berjuang, kalah menang Allah yang tentukan. Tahniah kepada Cikgu Mala dan semua petugas daripada semua parti dalam PR, semua sayap dan semua NGO yang membantu kempen. Semoga Allah Taala jualah yang memberi ganjaran yang berlipat kali ganda.


Keputusan rasmi SPR setakat 8.14 pm: 


PAS 1599, 
BN 3751
Majoriti 
2152


Keputusan Tak Rasmi Sehingga pukul 8.00 pm

PAS 2, 963
BN  6, 698
Majoriti: 3,735



PESAN CIKGU NORMALA DALAM TWITTERNYA : Secara peribadinya saya berbangga dengan perjuangan dan petugas yg komited bersama UBAH SEKARANG..terima kasih kepada semua bantu saya. 

Keputusan Tak Rasmi Sehingga pukul 7.27 pm

PAS 2, 779
BN  6, 139

Keputusan Tak Rasmi Sehingga pukul 7.12 pm

PAS 2, 609
BN  4, 923

Keputusan Tak Rasmi Sehingga pukul 7.00 pm

PAS 2, 090
BN  4, 712

Saturday, January 29, 2011



Mengundi PAS dalam pilihanraya ini tidak  menunjukkkan anda adalah seorang  penyokong PAS yang bersetuju sepenuhnya dengan PAS dan Pakatan Rakyat,  jika anda memang bukan ahli PAS atau penyokong PAS sebelum ini.


Tetapi  anda mengundi PAS juga boleh memberi salah satu makna daripada yang berikut;

  • Anda tak bersetuju dengan Chua Soi Lek.
  • Anda tak bersetuju dengan bentuk kempen MCA menakut-nakutkan bukan Islam kepada hukum Islam.
  • Anda tidak bersetuju cara BN mengganggu kempen PAS dengan muzik, pekikan dan kata-kata kesat.
  • Anda merasakan BN sepatutnya memilih calon yang lebih baik daripada saudara Mohd  Azahar yang terbukti cuai dalam kes lelongan tanah saudara Mansor.
  • Anda ingin menunjukkan  kepada BN, anda berupaya mengundi selain BN kerana BN memandang rendah kepada kuasa anda untuk membuat perubahan.
  • Anda tidak setuju harga minyak dinaikkan.
  • Anda tidak bersetuju kerajaan menghapuskan subsidi.
  • Anda tidak bersetuju peranan isteri Perdana Menteri yang mencampuri urusan petadbiran negara secara melampau.
  • Anda tidak bersetuju dengan gelaran First Lady of Malaysia yang diguna-pakai oleh Datin Seri Rosmah Mansur.
  • Anda tidak bersetuju FELDA membayar peneroka dengan harga yang jauh lebih rendah daripada standard industri sawit yang sebenarnya.
  • Anda rasa Cikgu Mala adalah calon yang bersopan santun, mesra dan mudah didekati.
  • Anda rasa Cikgu Mala telah mempertahankan prinsip agama Islam secara penuh hikmah.
  • Anda rasa PAS patut diberi ruang untuk menjadi pengimbang kepada kuasa monopoli UMNO dalam politik Johor.


Atau anda ada alasan sendiri yang lain.

UNDILAH PAS, ANDA AKAN LEBIH DIHARGAI OLEH KERAJAAN BN !





 Cikgu Bad daripada PKR turut berkempen.

 Dataran Cikgu Mala di Labis, selepas selesai kuliah Dhuha oleh YAB MB Kelantan.

 Sebelum sidang media.

YB Salehuddin Ayub mengetuai sidang akhbar.

 
Daripada Astro Awani pun ada.

 Dataran Cikgu Mala, nama diberi sempena calon PAS.

 Di Felda Chemplak.
 Sebahagian rombongan daripada Marang dan Kuala Nerus.

 Peguam merakamkan PRK DUN Tenang dengan videocam baru!

Haji Hanafiah dalam satu perbincangan kempen.

 Banner menggambarkan harapan muhibbah rakyat Malaysia.

 Membuat pengumuman tentang program terkini.

 Cikgu Mala melambai sopan merayu sokongan anda.

Kesan Kenaikan Harga Barang.

Tak lupa, Selamat Tahun Baru Cina kepada pengundi Tionghua.

Friday, January 28, 2011

Jika pengundi DUN Tenang memilih untuk mengundi BN dan BN menang dalam pilihanraya ini, inilah isyarat yang dihantar oleh para pengundi kepada parti yang memerintah;

1. BN bebas menghapuskan subsidi harga barang pada masa depan kerana pengundi Tenang tidak terkesan dan tiada sebarang masalah dengan kenaikan harga petrol dan barang-barang keperluan lain kerana  harga komoditi getah dan sawit sedang melambung pada waktu ini.

2. MCA bebas menghina Islam dan nilai-nilai Islam sebab orang melayu Islam di Tenang tidak kisah dengan komen-komen komponen BN yang menghina Islam asalkan BN terus memberi perhatian kepada tuntutan-tuntutan orang melayu dalam meneruskan kelangsungan hidup semasa pilihanraya ini.

3. FELDA akan terus memanipulasikan peneroka FELDA dengan perkhidmatan yang bertaraf rendah tetapi dicajkan dengan mahal kepada para peneroka kerana peneroka di DUN Tenang tetap akan mengenang jasa BN dalam menubuhkan FELDA walaupun penyalahgunaan dana FELDA untuk pelbagai tujuan yang tidak menguntungkan peneroka telah didedahkan dengan seluas-luasnya.

4. UMNO bebas memilih calon yang mewakilinya walaupun calon itu dibuktikan di mahkamah telah tidak menjalankan amanah dengan adil dan saksama sebagaimana sepatutnya kerana pengundi Tenang masih mengundi Azahar  walaupun dia pernah diturunkan pangkat dan gagal menjalankan tugas sebagai ADO dengan adil dan saksama.

5. PAS akan terus lemah di Johor dan orang melayu Johor tidak ada peluang untuk membuat rundingan yang lebih menguntungkan dengan Kerajaan BN kerana Kerajaan BN tidak gusar sedikit pun bahawa rakyat tidak akan menyokong mereka dalam mana-mana pilihanraya.   

UNDILAH PAS DAN BN AKAN LEBIH MENGHARGAI ANDA! 

Wednesday, January 26, 2011

Gambar daripada Al-Jazeera

26 Jan - Selepas demonstrasi besar-besaran semalam di seluruh Mesir menuntut rejim Hosni Mubarak selama 30 tahun ditamatkan, Al-Jazeera, klik,  melaporkan bahawa Kerajaan mesir hari ini menutup perkhidmatan Tweeter ke seluruh Mesir kerana para demonstran menggunakan Tweeter sebagai medium perhubungan utama bagi mencetus dan mengatur tunjuk perasaan terbesar di Mesir pada abad ini.

Zaman Ledakan teknologi maklumat menyebabkan maklumat tersebar dengan sangat cepat melalui pelbagai medium seperti Tweeter, Facebook dan Blog, sehingga ruang untuk memperbodohkan rakyat dan dunia menjadi sangat sempit untuk rejim-rejim  yang zalim dan menguruskan harta negara sebagai harta dan milik peribadi yang hanya dikongsikan dengan keluarga terdekat dan para kroni.

Al-Jazeera menyebut dalam laporannya itu, “…Sebelum ini, Kerajaan Tunisia pun tahu tentang bahaya internet dan blog dalam menyatukan pendapat awam setelah mengambil pengajaran daripada siri protes yang berlaku di Iran selepas pilihanraya umum 2009 yang lalu, sebab itulah Kerajaan Tunisia menutup laman-laman blog sejak bulan April tahun lepas, seolah-olah mereka dapat mencium akibat  buruk yang akan menimpa mereka”.

Kerajaan Malaysia mula hendak mengambil langkah seperti Kerajaan Zine el-Abidine Ben Ali di Tunisia, di mana KDN ingin meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) untuk terus mengawal kebebasan media di negara ini.

Agaknya Kerajaan Malaysia pun sudah tercium nasib sama yang akan menimpa mereka sebagaimana rejim Zine el-Abidine Ben Ali di Tunisia dan rejim Hosni Mubarak di Mesir.

Agak-agaknya lah…

Selepas menuduh PAS bersikap agresif dengan membakar bendera BN pada permulaan kempen, BN bertindak lebih agresif lagi dengan menugaskan pasukan khas berbaju T BN mengganggu ceramah kempen PAS yang dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Felda Chempelak Barat malam tadi.

Menurut portal berita Malaysiakini, klik, kira 30 orang berbaju T BN itu menunggu Lim Guan Eng sejam lebih awal di sebuah rumah bertentangan dengan tempat ceramah dan ceramah Guan Eng selepas itu diganggu dengan menyanyi dan menjerit, lebih pelik lagi mereka turut menggunakan lafaz selawat, tahmid dan tahlil bagi tujuan mengganggu ceramah bukan untuk mendekatkan diri dengan Allah!

15 polis yang cuba menasihatkan mereka daripada menggangu ceramah pun tidak berjaya menghalang gerombolan samseng UMNO yang memberi syarat bahawa mereka hanya akan bersurai hanya bila Guan Eng selesai berucap.

Yang pelik lagi samseng BN memegang poster yang tertulis: "Jangan jadi bodoh dengar cakap orang kafir", walhal Chua Soi Lek pun bukan Islam juga dan terang-terang menghina Islam tapi turut memakai baju biru T BN sama macam pakaian samseng BN tersebut.

Guan Eng pula pada malam itu membela prinsip Islam yang dipegang oleh Cikgu Mala yang tidak bersalam dengan lelaki yang bukan mahram sambil membidas Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang enggan meminta maaf, beliau juga menyentuh tentang pentadbiran beliau yang mengembalikan peruntukan sekolah agama rakyat (SAR) di Pulau Pinang.

UMNO ni kadang-kadang tak sedar dia dah lama berkawan dengan MCA yang diselubungi dengan nilai perkauman yang sangat tebal, tetapi sibuk sangat menuduh PAS berkawan dengan DAP yang sama-sama menuntut kerajaan yang lebih adil, lebih telus dan berkebajikan kepada rakyat – sambil mereka melabelkan DAP sebagai anti Islam dan anti melayu.

Monday, January 24, 2011

Update : TPM akhirnya, minta MCA jangan komen lagi pasal bersalam, bimbang undi melayu pula merosot.



Bulan Ogos 2010, Datuk Seri Chua Soi Lek mengingatkan masyarakat cina tentang isu penubuhan negara Islam kerana  negara-negara  Islam adalah mundur dan rasuah dan kenyataannya itu dibidas oleh Lim Guan Eng pada 7 Ogos dengan menyifatkan Chua Soi  Lek sebagai jahil tentang sejarah tamadun Islam yang hebat.

Bulan Januari 2011, di Tenang, Chua terus memberi amaran kepada masyarakat cina tentang bahaya PAS yang berjuang untuk menegakkan negara Islam yang disokong oleh TPM Datuk Seri Muhyiddin Yasin.

Chua terus maju setapak lagi menghina hukum Islam apabila tentang calon PAS, Cikgu Normala yang bersalam dengan lelaki menggunakan sarung tangan disifatkan sebagai adat yang  tidak mesra dan tidak sesuai memimpin masyarakat Malaysia.




Isu tidak boleh bersalam antara bukan mahram (lingkungan saudara terdekat dalam perundangan Islam) adalah sama seperti isu wanita bertudung di mana ia telah diajar dan sedia difahami oleh ummat Islam di Malaysia sejak di bangku sekolah lagi, yang tinggal hanyalah perbezaan daripada sudut mengamalkannya, dan ia boleh dilihat antara amalan isteri PM dan isteri TPM sendiri daripada aspek memakai tudung.  

UMNO terus membiarkan presiden MCA itu menghentam Islam, asalkan tidak menghentam melayu secara langsung, kerana walaupun ramai orang melayu adalah Islam, tetapi PAS dilihat lebih komited dalam melaksanakan prinsip-prinsip Islam sebagai cara hidup.

Tan Sri Mufti Perak yang menyokong Datuk Seri Zamri Kadir sebagai MB Perak pun sampai menyebut, “…saya bukan sebut ini untuk pertahankan calon PAS tapi ini melibatkan ajaran agama.” Klik di sini.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Zainul Rijal dalam responnya tentang kenyataan Chua itu juga menggesa Chua memohon memohon maaf kerana “memperlekehkan ajaran Islam” ini dengan “cuba menggambarkan pengamal ajaran Islam adalah anti sosial dan tidak boleh berkhidmat kepada masyarakat”. Klik disini.

Chua Soi Lek tidak pernah meminta maaf, walaupun dalam isu meminta masjid memperlahankan azan di Masjid Ikhlasiah, Pantai Dalam, peguam MCA yang membuat aduan tentang bunyi azan yang mengganggu tidurnya telah meminta maaf kepada Imam Masjid berkenaan.

Begitulah, orang melayu ditakut-takutkan dengan DAP sebagai anti melayu dan anti Islam, walaupun pemimpin DAP cuba mendekati al-Quran, masjid dan para ulama’ serta cuba untuk lebih memahami Islam bagi merapatkan hubungan muhibbah antara kaum.

Walhal Presiden MCA yang mewakili MCA terang-terang anti melayu yang berpegang dengan ajaran Islam, lepas ini mungkin isu tudung pula.

Tidak ada UMNO, PERKASA, Ulama’ Muda UMNO, YB Zulkifli Nordin dan NGO Melayu yang kisah.

PAS melalui Cikgu Mala terus melangkah memperjuangkan Islam, menerangkan ajaran Islam dan berusaha mendapatkan sokongan strategik  daripada pelbagai pihak bagi membentuk negara Malaysia yang adil, telus dan berkebajikan kepada rakyat semua kaum. 

Saturday, January 22, 2011

22 Jan - Selesai sudah proses penamaan calon PRK DUN Tenang. PAS lawan BN. Ramai yang hadir berpendapat ini adalah himpunan mengiringi calon PR yang paling ramai sepanjang sejarah PRK selepas PRU 12. Harakah Daily menyebut beribu-ribu dan Buletinonline menyasarkan 20 orang yang mengiringi calon PAS, Cikgu Normala Sudirman.

Perarakan yang diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Naib-Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub. Turut menyertai perarakan ialah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw. Presiden PKR, Datuk Sri Dr Wan Azizah Ismail dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menunggu di tepi jalan menyertai perarakan itu kira-kira jam 8.50 pagi.



Pesuruhjaya PAS Johor bersama-sama mengiringi calon.

Lautan penyokong PAS

Calon BN dan Pasukan Pengiring

Presiden PAS dan rombongan mengiringi calon PAS

Cikgu Normala disahkan sebagai calon yang bertanding mewakili PAS 
dan Mohd Azahar Ibrahim sebagai calon BN.

Rentetan Hari Penamaan calon daripada laman rasmi http://n05tenang.pas.org.my


12:01
admin: 
Kempen kedua-parti kini bermula sehingga 12 tengah malam 29 Januari, Sabtu nanti.
12:00
admin: 
Kedua-dua penyokong calon mula beredar. Keadaan di pusat penamaan calon mula lengang.


11:48
admin: 
Laungan takbir bergema dari kumpulan penyokong Pakatan Rakyat.
11:43
admin: 
Calon PAS mula bergerak keluar dari pusat penamaan menuju ke kawasan penyokong berhimpuan di luar dewan.

11:42
admin: 
Nama calon Pakatan Rakyat, Normala Sudirman mendahului nama calon BN dalam kertas undi.
11:37
admin: 
Sah, hanya satu lawan satu di Tenang, BN-PAS

11:29
admin: 
Pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan nama calon yang layak bertanding.
11:27
admin: 
Ada tiga bantahan dikemukakan, tetapi Md Asri menolak semua bantahan tersebut.

11:24
admin: 
Keadaan di dewan pencalonan - masih menunggu nama-nama calon yang layak bertanding diumumkan.
11:18
admin: 
Seramai 14,753 pengundi yang melibat 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos, layak memilih ADUN Tenang.


11:13
admin: 
Tempoh bantahan berakhir.
10:55
admin: 
Masa bantahan masih berbaki 5 minit. Jika tidak ada calon yang ditolak, pilihan raya kecil ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Azahar dan Normala.

10:53
admin: 
Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS Dun Tenang ialah Timbalan Pesuruhjaya II PAS Negeri Johor, Haji Dzulkefly Ahmad.
10:33
admin: 
Manakala calon BN pula, Mohd Azahar Ibrahim dicadang oleh Ma Chong Pah dan disokong Jayaraman Chinasamie.

10:29
admin: 
Borang calon PAS Normala Sudirman dicadang oleh Mahat Jamin dan disokong Rosiah Ahmad.
10:28
admin: 
Pengarah Pilihan Raya Kecil BN Dun Tenang ialah Datuk Abdul Ghani Othman.

10:23
admin: 
Hanya dua borang pencalonan dipamer iaitu masing-masing dari calon PAS dan calon BN. Tidak ada calon Bebas yang mengemukakan pencalonan.
10:03
admin: 
Pegawai SPR mengumumkan tempoh hantar kertas pencalonan ditutup. Tempoh bantahan selama sejam bermula, jika ada.

9:49
admin: 
Kedua-kedua calon dan pimpinannya berbual sesama mereka di khemah yang disediakan SPR.
9:46
admin: 
Kedua-dua calon BN dan PAS telah mengemukakan borang masing-masing.

9:41
admin: 
Calon PAS, Puan Normala Sudirman mengemukakan borang pencalonannya jam 9.10 pagi tadi.
9:38
admin: 
Sementara di luar dewan, kedua-dua penyokong parti berkumpul. Penyokong BN bernyanyi, Penyokong Pakatan Rakyat mengibarkan kain rentang seperti 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia' sambil berselawat.

9:32
admin: 
Pegawai pengurus SPR bagi pilihan raya Dun Tenang ini ialah Md Asri Amir.
9:29
admin: 
Azahar calon pertama menyerahkan borang pencalonannya.

9:28
admin: 
Calon PAS, Normala Sudirman kini masuk ke pusat penamaan jam 9.02 tadi. Kini sedang berada di khemah calon PAS yg disediakan SPR.
9:24
admin: 
Penyokong PR kini mencecah 20 ribu orang berada di hadapan pusat penamaan. Sementara pimpinan PAS sedang berbincang dengan pihak keselamatan.

9:20
admin: 
Pintu laluan masuk yang kecil menyebabkan pimpinan kenamaan berasak masuk ke dewan.

Monday, January 17, 2011

LABIS, 16 Jan: Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.
Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.
Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku
Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.
Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.
Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.
Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.
Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.
Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.
Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.
Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

ARKIB