(Sebahagian muslimat yang hadir dalam program anti murtad anjuran Ameerah Bukit Payong)
Ameerah Bukit Payong telah
menganjurkan satu program ceramah bagi menangani isu murtad iaitu isu besar
yang dibimbangi masyarakat Islam seluruhnya.
Program selama dua jam itu
dipenuhi dengan ceramah oleh pendakwah bebas Ustaz Muhammad Fitri Abdullah yang
juga bekas mubaligh hindu itu dan disertakan sesi soal jawab oleh peserta.
Bagi Ameerah program ini adalah
bagi memberi kesedaran masyarakat setempat untuk meningkatkan kefahaman akan bahayanya gejala
murtad ini.
Salah seorang jawatankuasa
penganjur saudari Nurul Izzah Rosely berkata, program ini adalah salah satu
cara Ameerah membantu masyarakat bagi membuka minda mereka dengan
perkara-perkara yang mungkin agak asing bagi sesetengah mereka.
Beliau berkata Ameerah mengambil
inisiatif bagi memupuk kesedaran kepada masyarakat kampung yang mana sekarang
ini mungkin gejala ini masih tidak mengancam di kampung-kampung tetapi belum tentu dimasa depan.
Ameerah adalah satu entiti
daripada Dewan Muslimat PAS yang ditubuhkan kira-kira dua tahun lalu yang diambil
dari perkataan arab yang bermaksud “Pemimpin Muda”.
Keanggotaan mereka terdiri daripada
gadis-gadis remaja dan dewasa yang berusia antara 18 hingga 40 tahun yang
berfungsi sebagai rakan kepada golongan muda.
Dalam program bertajuk “Indahnya
Hidayah Allah” itu pendengar mendapat banyak manafaat tentang bahaya murtad dan
langkah-langkah mengatasinya.
Nurul Izzah berkata program ini
mencapai maksud dengan kehadiran hampir 300 orang melebihi sasaran 200 orang
yang menggabungkan ahli Muslimat PAS dan Ameerah di Dun Bukit Payong.
Beliau yang jelas gembira dengan jumlah
kehadiran itu seterusnya menyatakan bahawa program seterusnya ialah kempen mencintai
ibu bapa yang dijangka akan berlangsung pada bulan Mac nanti.
“Ameerah sentiasa akan membantu
bagi membina masyarakat yang lebih baik.
Kita melihat ramai remaja yang
ada masalah dengan ibu bapa mereka.
Jadi kita akan mengambil langkah
mencegah gejala ini melalui kempen mencintai ibu bapa yang akan diadakan pada
bulan Mac nanti insyaAllah,” katanya
Program itu diakhiri dengan
ucapan penutup oleh YB Ustaz Mohd Nor Hamzah yang menggalakkan agar penekanan
tauhid diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak agar gejala murtad dapat
dihindari.
0 comments :
Post a Comment