Tuesday, December 31, 2013

Assalamualaikum kepada semua rakyat Malaysia keseluruhannya dan Terengganu khususnya. Saya ingin mengucapkan “Selamat Menyambut Tahun Baru 2014” yang bakal menjenguk kita tidak sampai beberapa jam lagi. Kami berdoa dan berharap agar anda semua berada dalam rahmat Allah sentiasa. Rahmat dalam semua bentuk, bukan sahaja dari segi kehidupan peribadi malahan lebih jauh dari itu rakyat semua dilimpahi rahmat melalui keadilan yang dikehendaki Islam dalam pentadbiran politik, ekonomi, kemasyarakatan,...

Sunday, December 29, 2013

(YB Ustaz Mohd Nor bergambar bersama sebahagian anak-anak miskin selesai membeli barang keperluan sekolah dalam Program BAck To School anjuran MTD Bukit Payong) Bukit Payong : Satu program yang dinamakan “Program Back To School” telah diadakan di Bukit Payong semalam. Program berbentuk kebajikan itu yang bertujuan membantu dan mengurangkan beban beberapa keluarga-keluarga miskin terpilih...

Wednesday, December 25, 2013

Satu kem yang dinamakan Kem Adam dan Hawa (KEMAH) peringkat kawasan Marang telah diadakan di Madrasah Darul Iman baru-baru ini sempena musim cuti sekolah akhir tahun. Program yang mensasarkan anak-anak muda berumur antara 13 hingga 20 tahun itu berlangsung selama tiga hari. Program itu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi...

Tuesday, December 24, 2013

(Sebahagian muslimat yang hadir dalam program anti murtad anjuran Ameerah Bukit Payong)   Ameerah Bukit Payong telah menganjurkan satu program ceramah bagi menangani isu murtad iaitu isu besar yang dibimbangi masyarakat Islam seluruhnya. Program selama dua jam itu dipenuhi dengan ceramah oleh pendakwah bebas Ustaz Muhammad Fitri Abdullah yang juga bekas mubaligh hindu itu dan disertakan...
Saya ingin menarik perhatian rakyat Terengganu dengan laporan seramai kira-kira 200 orang guru Kafa dikatakan telah ditamatkan kontrak oleh Yayasan Islam Terengganu (lihat lampiran). Dari sumber-sumber yang saya perolehi, tindakan ini dianggap sebagai tidak demokratik dan kelihatannya seperti satu agenda membalas dendam. Dengan menamatkan kontrak mereka, kerajaan seolah-olah telah menutup...

Sunday, December 22, 2013

Barisan Exco DPPNT sesi 2013-2015 bergambar kenangan bersama TPj 1 mantan KP DPPNT selesai majlis makan malam   Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) baru-baru ini telah mengadakan satu majlis makan malam yang dinamakan “Jasamu Dikenang” bagi menghargai jasa kepimpinan lama DPPNT yang terdahulu. Majlis yang dikhususkan bagi mengenang jasa mantan ketua DPPNT YB Ustaz Mohd Nor...

Friday, December 20, 2013

Alhamdulillahi rabbil alamiin. Segala puji bagi Allah yang masih lagi memberikan hidayah petunjuk pada kita agar istiqamah dalam melaksanakan kerja-kerja Islam. Saya memohon taufik dan hidayah dari Allah swt agar terus dapat memikul amanah atas perlantikan Ketua Penerangan serta kepercayaan yang diberikan oleh YB Pesuruhjaya PAS Terengganu yang baru Ustaz Satiful Bahari Mamat dalam memenuhi segala gerakan yang akan dilakukan oleh pimpinan PAS negeri Terengganu sesi 2013-2015 kearah memerintah...

Sunday, December 15, 2013

Petikan : Buletin Online   PAS Terengganu Umum 'Kabinet Baru'   KUALA TERENGGANU – Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) mengumumkan senarai Kepimpinan Harian PAS Terengganu bagi sesi 2013 – 2015. Pesuruhjayanya yang baru dilantik, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat, membuat pengumuman tersebut di pejabat Perhubungan PAS, Taman Seri Intan Jalan Sultan Omar, sebentar tadi. Berikut adalah senarai ‘Kepimpinan Harian’ tersebut; Pesuruhjaya : YB Ustaz Satiful Bahri Mamat...
Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi membentangkan bajet 2014 yang berlangsung selama empat hari bermula 9 Disember dicemari dengan peristiwa Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) melawan arahan Speaker Dewan. Kejadian tersebut berlaku dengan jelas pada hari terakhir persidangan itu ketika bacaan usul dijalankan bagi meluluskan beberapa enakmen. Exco Perindustrian dan Perdagangan Tengku Putera Tengku Awang  cuba mencadangkan kepada speaker agar dicatatkan dalam handsard sikap berkecuali...

Wednesday, December 11, 2013

“Semua soalan saya ditolak, samada soalan lisan ataupun yang bertulis, “ begitulah luahan kekesalan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah. Beliau seperti tidak percaya dengan penolakan kesemua soalan-soalan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu kali ini. Dan penolakan soalan-soalan ini pada pendapat beliau, sebagai bukti kerajaan tidak mengambil berat tentang permasalahan rakyat. Kesemua 12 soalan beliau yang ditolak itu adalah...

Monday, December 9, 2013

Petikan : Sinar Harian             Mohd Fauzi menjual ubi kayu pada harga RM2 sekilogram dan mampu menjual 100 kilogram sehari pada musim tengkujuh.                                                        ...

Tuesday, December 3, 2013

Oleh : Mat Teropong Mengamati isu terbaru yang berlaku di negeri Terengganu Darul Iman iaitu isu Sabasun, saya ingin mengajak para pembaca memikirkan sejenak perihal sejarah, perlakuan dan pemikiran kita sebagai bangsa melayu. Sangkutkan sebentar baju Umno anda ataupun PAS mahupun PKR bagi menghadam lontaran pendapat saya ini. Jadikanlah diri kita sebagai bangsa melayu sahaja tanpa prejudis pengaruh politik kepartian. Sabasun sebagaimana yang telah diketahui umum oleh penduduk Terengganu amnya...

Monday, December 2, 2013

Petikan : Buletin Onine   Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang pertama selepas Muktamar Agung Tahunan PAS ke 59 yang baru sahaja berakhir pada minggu yang lalu telah diadakan pada hari ini, Ahad 1 Disember 2013 di Pejabat Agung PAS Pusat. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh saya selaku Presiden Parti, dan dihadiri oleh Timbalan Presiden, semua Naib Presiden, dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Mesyuarat telah berbincang dan membuat keputusan jawatan...
Bukit Payong : Satu majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar-pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang pada peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)  telah diadakan di Dewan Madrasah Darul Iman Titian Baru Kedai Buluh. Seramai 61 pelajar cemerlang dari seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong yang telah memperolehi keputusan 5A dalam UPSR itu serta ibu bapa...

Saturday, November 30, 2013

Petikan : Malaysiakini Polis berjaya merungkai kes pembunuhan ketua penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Ahmad Raflie Ab Malik, dengan penangkapan 13 pengikut kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun dan merampas pistol yang dipercayai ada kaitan dengan kes itu.   Tangkapan itu termasuk dua wanita.   Perkara itu diumum oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya @KBAB51 malam tadi.   "Syabas kepada Team Cantas BAman...

Thursday, November 28, 2013

  Petikan : Malaysiakini   Pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob di Putrajaya hari ini merupakan urusan kerajaan negeri dan Pusat dan bukannya Umno-PAS.Exco penerangan Kelantan Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata, sebagaimana dijelaskan oleh menteri besar, ia adalah pertemuan muhibah antara ketua kerajaan negeri dengan ketua...
CARTOONKINI   Petikan :Malaysiakini    Malaysia mungkin menaikkan tarif bekalan elektrik antara enam dan tujuh sen bagi satu kilowatt tahun depan, kata Menteri Tenaga. Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili.   Bagaimanapun, Ongkili berkata kerajaan akan memastikan kenaikan tarif tidak menjejaskan kumpulan berpendapatan rendah.  ...
Petikan : Buletin Online   KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut optimis terhadap muzakarah antara Pas dan Umno dan berharap ia benar-benar direalisasikan dalam memastikan pemerintahan Islam dilaksanakan sepenuhnya di negara ini. Menurutnya, Pas Terengganu turut mengalu-alukan muzakarah tersebut sebagaimana dinyatakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini dalam ucapan penggulungan sempena Muktamar Agung Pas Ke-59 barubaru ini. “Saya daripada...

Tuesday, November 19, 2013

Petikan : Sinar Harian             Suhaizan(kiri), Kamaruzaman(tengah) dan Zulhazmi(kanan)   MUKADIMAH Pertandingan tiga penjuru merebut jawatan Ketua Pemuda menyaksikan kehadiran wajah baru dan lama. Berbeza prinsip dan visi dalam perjuangan, ketiga-tiganya begitu optimis dalam usaha membangkitkan semangat baru orang muda. Hanya...

Saturday, November 9, 2013

Petikan : Buletin Online   KEMAMAN – Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berkata, pemergian Allahyarham Ustaz Awang Jusoh merupakan satu kehilangan besar buat PAS negeri Terengganu dan PAS Kawasan Kemaman.   Wahid berkata tokoh yang ‘gigih seperti arwah sukar dicari ganti.   “Saya amat terharu dan sangat terasa kehilangan seorang sahabat, tok guru dan...

ARKIB