Oleh : Mat Teropong
Bismillahir rahmaanir
rahiim
Setelah berteka-teki dengan siapa
calon yang akan memikul amanah parti masing-masing, maka semalam pemutus kepada
persoalan itu terjawab dengan kedua-dua calon parti telah diterima SPR tanpa
ada pihak ketiga yang menjadi pengacau daun. PAS dan Umno telah mengemukakan
calon mereka dan tanpa bantahan dari mana-mana pihak, SPR dengan rasminya
mengisytiharkan pertandingan PRK Kuala Besut kali ini satu lawan satu. Endut @
Azlan Yusof dari PAS (kanan) dan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dari Umno.
Tradisi berakar umbi penduduk di
DUN Kuala Besut yang mana kebanyakan mereka terdiri dari nelayan, melayu dan
sedikit terpinggir dari pembangunan, maka isu-isu yang akan lebih tertumpu
kepada isu-isu kemiskinan, perumahan, tanah, subsidi dan pelbagai isu kekampungan bagi
menarik undi dari penduduk. Dan tentulah
juga isu agama akan menjadi salah satu isu besar kerana penduduk di Kuala Besut
hampir semuanya beragama Islam.
Pemilihan Tengku Zaihan Che Ku
Abdul Rahman sebagai calon Umno sedikit sebanyak mengejutkan banyak pihak
termasuk rakyat Terengganu secara keseluruhannya kerana latarbelakangnya yang
berkelulusan kejuruteraan awam dan menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah,
Seksyen Perhubungan Awam Bahagian Koperat Jabatan Pengairan dan Saliran, jelas
dia bukan berpendidikan agama kerana mengikut laporan beberapa akhbar sehari
sebelum pengisytiharan nama calon Umno dilakukan oleh Tan Sri Muhyidin, nama
beliau dilaporkan tiada dalam senarai pendek. Yang ada hanyalah Nik Zulhaiza Ismail
dan Zahanapi Sagaf, AJK Umno Bahagian Besut.
Tidak seperti salah seorang nama
yang juga hangat disebut yang akan mewakili Umno iaitu Nik Zulhaiza Nik Ismail,
Bekas Kadhi Besut yang sekarang menjadi Pegawai Agama Dungun. Dengan jawatan
yang Nik Zulhaiza sandang maka amat nyata bahawa dia seorang yang berkelulusan
agama. Sepertimana yang kita sedia maklum, Terengganu sehingga sekarang masih
tidak mempunyai exco agama dalam pentadbirannya. Bukan kerana tidak mahu tetapi
tidak ada seorangpun dari Adun-Adun dari
Umno yang layak menjawat jawatan itu. Lihat sajalah perbahasan di Sidang DUN
Penggal Pertama baru-baru ini, bagaimana seorang exco yang mendakwa dia akan
menjawab persoalan agama, tercungap-cungap menjawab persoalan YB Pas dari Paka
berkenaan pemberhentian penghantaran pelajar ke Mesir dalam bidang agama.
Sehinggakan MB terpaksa bangun menjawab bagi menyelamatkan keadaan, walaupun
jawapannya juga “kelabu”.
Ustaz Ramli Nuh yang diharapkan
menjadi exco agama, tersungkur di Tepoh terkena pukulan pendatang baru dari
PAS, Ustaz Hishamuddin Karim. Ustaz Khazan, tak diketahui kenapa tidak
dicalonkan semula di Dun yang Umno “boleh menang” iaitu Batu Rakit. Atau mungkin
kerana dia orang Idris? Entahlah. Yang pastinya semua calon-calon dan YB-YB Umno dalam
PRU 13 lalu selain dari dua orang ustaz itu, semuanya tidak berkelayakan dalam
bidang agama. (Gambar kanan Ramli Nuh dan Khazan sedang meraikan jemaah haji yang berangkat ke Tanah Suci Mekah)
Maka peluang yang hadir di depan
mata Umno dengan harapan yang menggunung rakyat Terengganu agar seorang exco
yang menjaga hal-hal berkaitan agama akan dilahirkan dengan tersenarainya nama
Nik Suhaiza akhirnya ranap, musnah, hancur lebur dek kerana permainan politik
Umno Terengganu. Dengan majoriti yang sangat selesa sebanyak 2434 dan boleh
dikatakan Kuala Besut ialah kubu Umno maka apakah lagi alasan untuk Umno
meminggirkan seorang yang berlatar belakangkan agama bagi mengisi jawatan exco
agama?
Begitulah nilai agama disisi
Umno, tiada yang lebih tinggi melainkan percaturan politik yang dimainkan bukan
sahaja untuk berhadapan dengan musuh yang nyata di luar parti mereka, malahan
lebih-lebih lagi mereka akan memerangi musuh-musuh yang seselimut dengan mereka
yang bagi mereka musuh seselimut inilah yang lebih bahaya dari musuh di luar.Dan
untuk menang dalam pertembungan sesama sendiri, apa sahaja akan mereka
korbankan termasuklah agama. Kalau tidak, masakan mereka sanggup “cah keting”
sesama mereka jika sekiranya orang yang mereka inginkan menjadi calon tidak
terpilih. Bukankah itu budaya Umno? Saya tidak menulis kosong, tapi bukti yang
telah lama diketahui rakyat sehinggakan pemimpin-pemimpin mereka sendiri
runsing dan berbincang secara terbuka perihal “cah keting” ini. PRK Kuala Besut ini mungkin acara "cah keting" blok utara dan selatan sekaligus mengenepikan peluang mewujudkan exco agama yang mana ianya juga sebenarnya hak rakyat beragam Islam di Terengganu. Blok utara mungkin sengaja memilih calon ini agar kelihatan pentadbiran Terengganu sekarang lemah dalam menjaga agama......mungkin?
Yang mereka kejarkan hanyalah pembangunan
material dan bukan kerohanian sepertimana yang Allah dan rasul ajarkan. Bagi
mereka semakin miskin rakyat dengan agama maka akan lebih mudahlah bagi mereka
untuk menguasai minda rakyat. Akan tetapi apabila rakyat kaya dengan kefahaman
agama dan mengamalkan prinsip agam Islam ini, maka mereka akan merasa cemas
kerana rakyat akan mempunyai kekuatan dan ketahanan agama iaitu senjata yang
paling ampuh bagi melawan asakan-asakan minda yang memesongkan tujuan hidup ini
iaitu untuk beribadat kepada Allah. Inilah sebenarnya penekanan dalam politik PAS.
Maka tiadalah alasan bagi rakyat
Kuala Besut dalam PRK ini kecuali menghukum parti yang tidak ada dalam
pemikiran mereka tentang Islam. Dengan mudah sahaja mereka melepaskan peluang
untuk mewujudkan exco agama kerana jawatan exco agama ini sangat penting bagi
menjaga pentadbiran agama Islam kerana Islam adalah nyawa dalam pentadbiran kita di negeri Darul
Iman ini. Maka inikah parti yang mencanangkan menegakkan Islam? Sudahlah YB-YB
yang ada tak layak untuk jadi exco agama, bila datang peluang,
dihumbankannya pula. Jadi marilah sama-sama kita “mengajar” Umno agar sedar
diri bahawa kita mencintai agama kita.
0 comments :
Post a Comment