Jabatan Amal
adalah satu nama yang sinonim dengan kerja-kerja kebajikan bagi membantu
masyarakat tanpa mengira faktor politik, agama, bangsa serta status dan
sentiasa di hadapan apabila bantuan diperlukan masyarakat.
Kesungguhan dan
keihklasan yang mereka tunjukkan dalam gerak kerja kebajikan ini, telah menarik
perhatian masyarakat antaranya ketika memberikan bantuan banjir di Kuantan dan
Kemaman baru-baru ini.
Dengan kemahiran
yang pelbagai yang dimiliki oleh ahli-ahlinya, masyarakat memberikan
kepercayaan kepada mereka dan hampir semua kerja amal dapat dilakukan dengan
sebaiknya.
Baru-baru ini
satu gotong royong bagi menyiapkan bangunan Surau al – Quddus setinggi satu
tingkat di Kampung Batu 9 telah diadakan oleh jawatankuasa surau dengan
kerjasama Jabatan Amal Kawasan Marang.
Seramai
kira-kira 20 orang anggota Jabatan Amal yang mahir bertukang, hadir dalam
program gotong royong ini dan ini adalah kali kedua mereka menjayakan program
sebegini di surau ini.
Surau yang lokasinya
terletak berhampiran susur masuk ke Lebuhraya Pantai Timur di simpang empat
Bukit Payong itu sebenarnya telah lama dibina tetapi pembinaannya berjalan agak
perlahan kerana faktor kewangan.
Kos pada ketika
itu dianggarkan sebanyak RM 150 ribu dan selepas lapan tahun berlalu, kos itu sudah
pastinya semakin meningkat.
Dengan sumbangan
orang ramai, surau yang mula dibina pada tahun 2006 itu sekarang ini kembali
rancak pembinaannya dan dijangka siap sebelum Ramadhan ini.
Dan bagi
mengurangkan lagi kos pembinaan, penduduk kampong bergotong royong pada setiap
hujung minggu membina surau ini.
Pengerusi
Jawatankuasa Surau al-Quddus Batu 9 Haji Mamat Jusof, 59, berharap dengan
siapnya bangunan ini serta kedudukan surau yang sangat strategik ini akan memberikan
lebih keselesaan dan menarik kehadiran lebih ramai jemaah.
Beliau berkata
untuk itu ( menarik lebih ramai jemaah), bukan sahaja keselesaan yang
ditekankan, tetapi jawatankuasa juga telah merancang mempelbagaikan lagi
program untuk jemaah yang kebanyakkannya adalah penduduk setempat.
0 comments :
Post a Comment