Bismillah
3 – Alasan MB dengan menyatakan pembelian ini adalah strategi serampang dua mata iaitu ianya boleh digunakan juga bagi operasi menyelamat banjir adalah dangkal dan tidak berpijak di bumi nyata. Jika sekiranya ketika banjir, ianya hanya ingin digunakan untuk mengangkut orang ramai ke tempat yang lebih selamat, banjir baru-baru ini telah membuktikan yang kita tidak memerlukan Amphicoach ini yang bernilai jutaan ringgit bagi kerja-kerja menyelamat. Kita hanya perlu kepada bot-bot kecil yang lebih mudah untuk masuk ke kawasan-kawasan sempit bagi tujuan menyelamat. Kenyataan ini membuatkan kita tertanya-tanya, adakah MB juga pakar dalam bidang ‘Emergency Response’ kerana sepatutnya kenyataan berkaitan dengan kerja-kerja penyelamat ini datangnya dari pihak berkaitan seperti JPAM atau JBPM setelah kajian dilakukan. Ini adalah kali kedua dalam masa terdekat, MB cuba menjadi jurucakap pakar setelah baru-baru ini beliau dilihat seolah-olah bercakap bagi pihak saintis ketika menjawab persoalan tujuan lawatan beliau ke Antartika yang menggunakan duit rakyat.
4 - Juga yang perlu diambil kira ialah tentang penyelenggaraan samada dari kos dan juga alat ganti dimana kita sedia maklum, kenderaan ini hanya ada dua buah di Malaysia, jadi bayangkan dimana hendak dicari alat gantinya. Hal ini boleh memberi ruang berlakunya penyelewengan seperti yang pernah terjadi keatas kenderaan kerajaan yang mana kos penyelenggaraannya diluar jangkaan sehingga menjadi kes polis.
5 – Ketika kehidupan rakyat makin tersepit dengan kenaikan kos barangan dan juga pendapatan yang tidak seberapa sehinggakan ada penoreh yang bersabung nyawa diserang beruang di Merchang semata-mata ingin mencari sedikit wang bagi menyara keluarga, pembelian dengan harga jutaan ringgit ini adalah sesuatu yang memperlihatkan kurangnya sensitiviti kerajaan atas kesusahan hidup rakyat ketika ini. Sepatutnya penumpuan kepada masalah kehidupan rakyat perlu dititikberat dan diutamakan.
6 - Dengan rekod beberapa siri kegagalan projek di Kenyir ini seperti projek Taman Burung yang mana burung-burung berharga ribuan ringgit seekor, telah banyak ‘hilang’ ditelan pemangsa. Maka PAS percaya alasan pembelian Amphicoach berharga enam juta ringgit yang dikatakan bagi tujuan tarikan pelancongan dan kerja-kerja penyelamat ketika banjir ini tidak lebih hanyalah sebagai kosmetik sahaja bagi ‘menghalalkan’ duit rakyat diambil kerana terdapat laporan Amphicoach ini sebenarnya hanya berharga sekitar tiga juta ringgit dua buah. Ini menimbulkan tanda tanya besar, bagaimanakah kiraan pembelian ini menjadi enam juta? Adakah wang rakyat akan menjadi seperti burung di Taman Burung Tasik Kenyir yang ‘hilang’ ditelan pemangsa tanpa dapat dikesan?
1 – Saya merujuk satu laporan
akhbar yang melaporkan Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said telah
mengumumkan bahawa kerajaan negeri dalam proses membeli dua buah ‘Amphicoach’
ataupun Bas Amfibia (dua alam) berharga tiga juta ringgit setiap satu bagi
menjadi tarikan terbaru pelancong di Pulau Bebas Cukai di Tasik Kenyir.
2 – PAS Terengganu memandang
langkah pembelian ini sebagai satu perkara yang tidak penting, tidak mendesak
dan tidak perlu diberi keutamaan. Ini
kerana sepatutnya kerajaan lebih mengutamakan
pengusaha-pengusaha bot yang telah sekian lama menjalankan perniagaan mereka di
situ. Langkah memperkenalkan Amphicoach ini hanya akan mengundang
ketidakpuashatian para pengusaha sedangkan matlamat industri pelancongan adalah
bagi meningkatkan ekonomi penduduk setempat.3 – Alasan MB dengan menyatakan pembelian ini adalah strategi serampang dua mata iaitu ianya boleh digunakan juga bagi operasi menyelamat banjir adalah dangkal dan tidak berpijak di bumi nyata. Jika sekiranya ketika banjir, ianya hanya ingin digunakan untuk mengangkut orang ramai ke tempat yang lebih selamat, banjir baru-baru ini telah membuktikan yang kita tidak memerlukan Amphicoach ini yang bernilai jutaan ringgit bagi kerja-kerja menyelamat. Kita hanya perlu kepada bot-bot kecil yang lebih mudah untuk masuk ke kawasan-kawasan sempit bagi tujuan menyelamat. Kenyataan ini membuatkan kita tertanya-tanya, adakah MB juga pakar dalam bidang ‘Emergency Response’ kerana sepatutnya kenyataan berkaitan dengan kerja-kerja penyelamat ini datangnya dari pihak berkaitan seperti JPAM atau JBPM setelah kajian dilakukan. Ini adalah kali kedua dalam masa terdekat, MB cuba menjadi jurucakap pakar setelah baru-baru ini beliau dilihat seolah-olah bercakap bagi pihak saintis ketika menjawab persoalan tujuan lawatan beliau ke Antartika yang menggunakan duit rakyat.
4 - Juga yang perlu diambil kira ialah tentang penyelenggaraan samada dari kos dan juga alat ganti dimana kita sedia maklum, kenderaan ini hanya ada dua buah di Malaysia, jadi bayangkan dimana hendak dicari alat gantinya. Hal ini boleh memberi ruang berlakunya penyelewengan seperti yang pernah terjadi keatas kenderaan kerajaan yang mana kos penyelenggaraannya diluar jangkaan sehingga menjadi kes polis.
5 – Ketika kehidupan rakyat makin tersepit dengan kenaikan kos barangan dan juga pendapatan yang tidak seberapa sehinggakan ada penoreh yang bersabung nyawa diserang beruang di Merchang semata-mata ingin mencari sedikit wang bagi menyara keluarga, pembelian dengan harga jutaan ringgit ini adalah sesuatu yang memperlihatkan kurangnya sensitiviti kerajaan atas kesusahan hidup rakyat ketika ini. Sepatutnya penumpuan kepada masalah kehidupan rakyat perlu dititikberat dan diutamakan.
6 - Dengan rekod beberapa siri kegagalan projek di Kenyir ini seperti projek Taman Burung yang mana burung-burung berharga ribuan ringgit seekor, telah banyak ‘hilang’ ditelan pemangsa. Maka PAS percaya alasan pembelian Amphicoach berharga enam juta ringgit yang dikatakan bagi tujuan tarikan pelancongan dan kerja-kerja penyelamat ketika banjir ini tidak lebih hanyalah sebagai kosmetik sahaja bagi ‘menghalalkan’ duit rakyat diambil kerana terdapat laporan Amphicoach ini sebenarnya hanya berharga sekitar tiga juta ringgit dua buah. Ini menimbulkan tanda tanya besar, bagaimanakah kiraan pembelian ini menjadi enam juta? Adakah wang rakyat akan menjadi seperti burung di Taman Burung Tasik Kenyir yang ‘hilang’ ditelan pemangsa tanpa dapat dikesan?
7 – Oleh itu PAS yakin dan
percaya wang rakyat dapat diselamatkan jika sekiranya kerajaan negeri
membatalkan pembelian ini yang pada pendapat PAS ianya tidak ada bezanya dengan
kisah pembaziran-pembaziran sebelum ini seperti stadium runtuh, Lawatan ke
Antartika, Projek Ubi Gadong, Projek Kambing Kaprima, Fertigasi Mega, kelewatan
projek LPT dan banyak lagi projek-projek
yang kita boleh senaraikan sebagai pembaziran wang rakyat yang tidak sedikit
malah mencapai bilion ringgit yang mana akhirnya pembuat onar terselamat tetapi
duit rakyat tetap juga hangus.
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
2 Jamadil Akhir bersamaan 2 April
2014
0 comments :
Post a Comment