Friday, June 12, 2009

AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT
& PESURUHJAYA PAS NEGERI-NEGERI/WILAYAH PERSEKUTUAN
SESI 2009 /2011

Presiden
DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG

Timbalan Presiden
USTAZ NASHARUDIN MAT ISA

Naib Presiden
DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
SALAHUDDIN AYUB
DATO' MAHFUZ OMAR

Ketua Dewan Ulama
DATO’ USTAZ HARUN TAIB

Ketua Dewan Pemuda
USTAZ NASRUDIN HASSAN TANTAWI

Ketua Dewan Muslimat
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH

Setiausaha Agung
DATO' MUSTAFA ALI

Ketua Penerangan
USTAZ IDRIS AHMAD

Bendahari
DR MOHD HATTA RAMLI

Ketua Pengarah Pilihan Raya


DATO’ USTAZ ABDUL HALIM ABDUL RAHMAN

Ahli Jawatankuasa


DATO' SERI IR. MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN

DATO' KAMARUDDIN JAFFAR

DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABD RAZAK

DATO' DR HAJI HASAN MOHD ALI

USTAZ ABDUL GHANI SAMSUDDIN

DATO’ USTAZ ABU BAKAR CHIK

MOHAMED HANIPA MAIDIN

DATO' IR AMIRUDDIN HAMZAH

DR LO’ LO’ MOHAMAD GHAZALI

USTAZ ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN

DR DZULKEFLY AHMAD

DR SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI

USTAZ HASHIM JASIN

MAZLAN ALIMAN

USTAZ TAIB AZAMUDDIN MD. TAIB

DR MUJAHID YUSOF RAWA

DATO’ HAJI HUSAM MUSA

MOHAMAD SABU

MOHD ANUAR TAHIR

ASMUNI AWI

MOHAMAD TAUFEK ABDUL GHANI

DR SITI MARIAH MAHMUD

WAN UBAIDAH WAN OMAR

MUHAMAD ABDULLAH

Pesuruhjaya PAS Negeri
PERLIS : USTAZ HASHIM JASIN

KEDAH : DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABDUL RAZAK

PULAU PINANG : USTAZ MOHD SALLEH MAN

PERAK : USTAZ ABU BAKAR HUSIN

KELANTAN : TUAN GURU DATO’ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

TERENGGANU : USTAZ HARUN TAIB

PAHANG : DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN

SELANGOR : DATO� DR HASAN MOHD ALI

W. PERSEKUTUAN : MOHAMAD NOOR MOHAMAD

NEGERI SEMBILAN : ZULKEFLY MOHAMAD OMAR

Tuesday, June 2, 2009

Stadium Sultan Zainal Abidin yang merupakan stadium utama di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu dan dijulang sebagai mercu tanda negeri Terengganu ole Kerajaan Negeri Teregganu rupanya tidak bertahan lama, ia runtuh pada pukul 9.30 pagi tadi, pada tarikh 2 Jun 2009.

Runtuh...!!!


Stadium ini menjadi gelanggang untuk Sukan Malaysia (SUKMA) ke 12 daripada 31 Mei hingga 9 Jun 2008 yang lepas, di mana ia dirasmikan dalam acara gilang gemilang oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 10 Mei 2009 dengan dihadiri oleh orang-orang kenamaan dan rakyat jelata.

Stadium ini juga mempunyai rekod gagal disiapkan mengikut jadual dengan perbelanjaan membina sehingga hampir mencecah RM 300 juta, walaupun begitu ada cakap-cakap ketika ia dirasmikan ia belum siap sepenuhnya kerana lengkungan bumbungnya tidak separa bulat sebagaimana sepatutnya yang boleh dilihat dengan mata kasar.

Di sebalik runtuhnya stadium ini, tergambar sifat rakus manusia yang mendapat keuntungan besar disebalik projek yang bukan sahaja disiapkan tidak mengikut spesifikasi bahkan membahayakan nyawa manusia, atlet, pegawai sukan, penonton, pelancancong bahkan yang lebih dasyat lagi bumbung di atas pentas Di Raja turut runtuh.

Stadium ketika perasmian.

Pembinaan sebuah stadium melibatkan kelulusan awal agensi-agensi kerajaan negeri, kontraktor-kontraktor yang dilantik, pakar perunding kejuruteraan, arkitek dan seterusnya pengeluaran CFO yang melibatkan pelbagai jabatan sepatutnya mampu menghalang mala petaka seperti ini, namun nampaknya seperti ada 'permainan' dalam padang yang tidak sama rata yang melibatkan pihak yang lebih 'atas', sewajarnya disiasat rapi oleh SPRM.

Sejak BN negeri mencadangkan rampasan royalti negeri Terengganu oleh Kerajaan Pusat dengan dinamakan wang ihsan, isu berkaitan perbelanjaan wang royalti itu oleh kerajaan BN di peringkat pusat atau negeri tidak pernah sampai kepada noktah yang menggembirakan dan memberikan manfaat kepada rakyat Terengganu sebagaimana sepatutnya, bersesuaian dengan jumlah mega juta-jutaan ringgit bagi projek-projek tersebut.

Alasan Kerajaan Persekutuan merampas semula 'wang ihsan' itu ialah kerana bimbang kerajaan PAS akan menyalahgunakan duit tersebut untuk kepentingan parti dan individu berkepentingan sehingga menjejaskan kebajikan rakyat Terengganu, nampaknya sebaliknya pula yang terjadi ibarat seperti mengangkat musang sebagai gembala.

Yang lebih teruk lagi, wang ihsan tersebut tidak bleh diaudit mengikut prosedur kewangan biasa Kementerian Kewangan, ia memang terbuka kepada penyelewengan.

Keruntuhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menambahkan remuk hati rakyat Terengganu yang telah sedia remuk, semua pihak yang pernah mengaut 'keuntungan' atau 'komisyen' patut disiasat.

Mulai hari ini, seperti biasa setiap pihak akan mengelakkan diri daripada dikaitkan dengan Stadium Sultan Zainal Abidin termasuk Dato' Idris Jusoh, BN Terengganu dan Kerajaan Pusat.

Jika kita masih yakin hanya BN yang mampu memerintah secara berkesan, keyakinan kita sangat jauh meleset.

Friday, May 15, 2009

Kerajaan Terengganu Gagal Hentikan Pesta Liar Di Pulau-pulau PDF Print E-mail
Written by Wartawan Buletin
Friday, 15 May 2009 00:53

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita5/pestaberahi.jpgKUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT) merasa amat dukacita kerana masalah gejala sosial yang berlaku di negeri Terengganu tidak pernah ‘surut’ dan sesetengah ‘maksiat terancang’ muncul kembali serta berleluasa akhir-akhir ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Setiausaha Dewan tersebut, Wan Mohd Faizul Wan Abas mendedahkan kegiatan maksiat dan tidak bermoral ‘Pesta Berahi’ telah kembali ke pulau-pulau di negeri Terengganu sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar tempatan.

Tahun lepas, akhbar yang sama telah melaporkan kejadian pesta seumpama itu yang dianjurkan pihak tertentu.

Pesta liar di pulau dilaporkan menjadi trend masa kini apabila ia dikatakan lebih ‘selamat’ daripada tindakan pihak berkuasa, peserta bebas melakukan apa saja dan penganjur boleh mendapat untung besar.(Gambar)

Seks, arak dan dadah adalah menu utamanya, yang boleh diperolehi dengan mendapatkan tiket berharga RM250 hingga RM700 untuk menyertai parti eksklusif di sebuah pulau.


Oleh yang demikian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung Ustaz Mohd Nor Hamzah telah menegur kerajaan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kali pertama Mei tahun lepas.

Beliau berkata satu pesta berlaku di Pulau Perhentian dan laporan tersebut menunjukkan seolah-olah kerajaan negeri tidak mengambil kesempatan (tindakan) bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan permasalahan itu.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita5/usmnor.JPG“Sehingga terdedah, kata-kata dari para pelancong asing yang datang ke Pulau Perhentian,

“mereka berkata, jika disko-disko di bandar masanya terhad dan bimbang diserbu pihak berkuasa tetapi di sini (pulau) saya dapat berpesta sepuas-puasnya,”ujarnya yang kini adalah Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu. (Dengar Ucapan ADUN Bukit Payunghttp://www.buletinonline.net/images/stories/berita5/audio.gif)

Tindakbalas dari teguran tersebut, pihak kerajaan negeri telah memberikan jawapan sekadar ‘manis dibibir mulut’ pada sidang DUN yang sama .

ADUN Kuala Besut, Dr. Abdul Rahman Mokhtar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri berkata kerajaan negeri memandang serius gejala maksiat di pulau peranginan bertaraf antarabangsa itu kerana jika dibiarkan, ia boleh menjejaskan imej negeri di mata umum.

''Kerajaan telah mengeluarkan amaran kepada pemilik chalet terbabit supaya jangan lagi mengulangi perbuatan yang sama,'' katanya

Tanpa pemantauan dan tindakan yang berterusan dari pihak kerajaan, akhirnya gejala buruk tersebut muncul kembali.

Wan Faizul berkata permasalahan gejala sosial tersebut berulang menggambarkan ketidakupayaan kerajaan untuk membendungnya.

Ia adalah kerana, katanya, berpunca dari sikap agensi dan beberapa pihak dalam kerajaan yang bersikap menutup mata dengan gejala tersebut.

Oleh yang demikian, DPPNT mendesak pihak kerajaan segera mengambil tindakan pro aktif bagi menanganinya.

“Kami mendesak pihak kerajaan segera mengambil tindakan pro aktif, kewujudan (semula) gejala ini menggambarkan kepada masyarakat (umum) sikap dan kegagalan Kerajaan BN untuk menyelesaikan masalah tersebut,”tegasnya dalam kenyataan yang diterima melalui e-mel oleh Buletinonline.

Beliau menggesa supaya pihak kerajaan dan pemimpin UMNO/BN benar-benar mengambil perhatian dan cakna bukannya sibuk mengejar kekayaan dan kepentingan diri sehingga berlaku kemelut politik di Terengganu yang tidak akan berkesudahan.

Last Updated on Friday, 15 May 2009 01:05

Friday, May 8, 2009


Sidang DUN Perak telah berlangsung pada hari Khamis 7 Mei.

PR dituduh sebagai mengamalkan undang-undang rimba kerana mempertahankan hak dan mendaulatkan undang-undang.

Tapi jika dilihat insiden Speaker Dewan V. Sivakumar di kerumuni, diseret keluar dan dikurung dalam bilik persalinan oleh anggota-anggota keselamatan, jelaslah kepada kita bahawa yang mengamalkan undang-undang rimba itu ialah kerajaan BN.

Speaker Dewan adalah ibarat tuan rumah kepada sidang DUN.

Tapi tuan rumah yang tidak mampu dipecat secara mengikut peraturan sidang dewan oleh BN, terus saja digomol dan diseret keluar daripada Dewan Undang Negeri Perak.

Walaupun UMNO dan BN merasakan mereka memiliki majoriti ahli dewan, bukan bermakna mereka boleh melanggar semua undang-undang dan peraturan dewan sedia ada.

Untuk buang MB mesti melalui sidang undi tak percaya atau MB letak jawatan, untuk buang speaker kenalah tunggu speaker mengundur diri atau tamat tempoh mandat dengan pembubaran dewan.

Jika tak sabar juga, berundinglah secara budiman dengan speaker dewan dan PR sendiri.

Jika BN yang kononnya ada simple majoriti terus bersultan di mata, beraja di hati tanpa mengikut lunas undang-undang, bagaimanakah pula nasib golongan minoriti di negeri Perak yang tidak menyokong BN?



Adakah mereka akan dibela dan diberi perhatian oleh kerajaan baru BN ini. Kerajaan yang pada awal penubuhannya telah menunjukkan sikap bongkak, sombong, angkuh dan tidak menghormati undang-undang.

Hanya dengan sedikit kuasa yang mereka miliki, semua undang-undang dilanyak dan diubah suai sesuka hati mereka.

Tidak ada lagi prinsip keadilan, kesaksamaan dan keluhuran undang-undang yang menjadi teras utama sebuah negeri yang merdeka, maju dan terus maju.

Hampir semua speaker dan timbalan speker DUN-DUN seluruh negara terkujat dengan layanan ganas terhadap YB speaker DUN Perak oleh kerajaan BN.

BN sudah hilang roh. Mereka hanya menilai sesuatu dengan nilai benda semata-mata. Manakah manusia mampu mencapai mercu kegemilangan tanpa nilai-nilai teras seperti keimanan, keadilan, hak kesama rataan...

Zahirnya mereka mengheret speaker DUN Perak tanpa peri kemanusiaan, hakikatnya mereka mahu menegakkan undang-undang rimba, the survival of the fittest, hanya yang kuat boleh meneruskan kehidupan, yang lemah hanyalah makanan kepada yang kuat.

Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Raji'un.

Komen Presiden di sini.

Thursday, May 7, 2009

Assalamualaikum wm. wbt.

Saya mengucapkan syukur kehadrat Allah yang mengurniakan nikmat Islam dan hidayat perjuangan aqidah suci. Saya juga berdoa kepada Allah sentiasa agar Allah menganugerahkan kekuatan untuk memikul amanah Islam bagi menggerakkan sayap kanan Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Terengganu. Saya mengajak para pemuda untuk bersama menuju perubahan. Perubahan bersama Islam. Firman Allah : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah satu-satu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada mereka."


Kita melihat kekayaan negeri Terengganu terus dibolot dan dirampas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Royalti petroleum Terengganu terus disalah gunakan oleh Kerajaan Pusat (BN). Isu kemiskinan, pembaziran dan jenayah serta gejala sosial mesti diselesaikan mengikut nilai-nilai Islam. Penyalahgunaan hak rakyat Terengganu mesti diubah oleh rakyat dengan kekuatan kuasa undi. Cuba kita bayangkan dan fikirkan, jumlah perbelanjaan Dana Khas Kerajaan Persekutuan bagi tempoh 2000 hingga 2008 adalah sebanyak RM 14.16 bilion. Daripada jumlah tersebut, RM 6.21 bilion disalurkan terus kepada Kerajaan Negeri Terengganu dan RM 6.27 bilion kepada kementerian dan agensi Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek di Terengganu. Antaranya ialah projek Pembangunan Taman Tamadun Islam di Pualau Wan Man, Projek Pembangunan Semula Pulau Duyong, Projek Lebuhraya Timur Fasa II, Projek Menaik Taraf Lapangan Terbang Kuala Terengganu, Program Pendidikan Terenggan Terbilang dan projek-projek pembinaan jalan /jambatan.


Kerajaan Pusat seolah-olah tidak bertanggungjawab dalam pembangunan Negeri Terengganu. Semua projek-projek yang sepatutnya dibiayai dan dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat terpaksa ditanggung dengan menggunakan wang / royalti petroleum yang dirampas daripada rakyat. Menaik Taraf Lapangan Terbang Kuala Terengganu merupakan tanggungjawab Kerajaan Pusat. Kenapa ia dibiayai dengan menggunakan wang rakyat Terengganu ? Sepatutnya dengan 14.16 bilion ini akan dapat dipergunakan oleh kerajaan Terengganu untuk menunaikan tangggungjawab bidangkuasa Kerajaan Terengganu.

Baki sebanyak 1.68 bilion iaitu sebanyak 873.4 bilion pula digunakan untuk membiayai Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad. Oleh itu, rakyat dan pemuda Terengganu mesti membuat satu perubahan besar dalam Pilihanraya ke 13 bagi menyedarkan Kerajaan BN yang menyalahgunakan wang dan hak rakyat Terengganu. Hak Terengganu, hak rakyat bukan hak Kerajaan Pusat dan hak BN. Ubah minda dan ubah sokongan untuk bersama Islam dan PAS. Sekian, wassalam.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
7 Mei 2009
KUALA TERENGGANU – Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu yang baru mengalu-alukan kerjasama pihak media melaporkan setiap aktiviti, program dan kenyataan akhbar yang bakal dibuat dengan adil dan saksama.


Setiausahanya Wan Mohd Faizul Wan Abas berkata pihaknya bersedia untuk menjadi Dewan Pemuda PAS yang “Mesra Media” sesuai dengan prinsip kebasan akhbar dan etika kewartawanan baik yang diterimapakai.

Mengulas tentang pelantikan beliau ke jawatan tersebut, beliau menyifatkan ia adalah suatu amanah yang besar untuk dipikul.

“Saya selaku Setiausaha yang diamanahkan, sedaya upaya akan memastikan pemuda PAS Terengganu terus berada di landasan yang betul dan istiqamah dalam apa yang telah dirancang,”katanya ketika dihubungi Buletinonline semalam.


Beliau turut menyatakan kesediaannya untuk mengurus sayap penting PAS itu ke arah menjadi pemuda contoh di Malaysia dan InsyaAllah akan berusaha merampas semula pemerintahan kerajaan Terengganu daripada Barisan Nasional (BN).



Sementara itu, Ketua Pemuda yang baru dilantik, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata beliau akan memastikan pemuda-pemuda negeri Terengganu akan menjadi ejen kepada suatu perubahan.

“Pemuda adalah ejen perubahan, pencetus perubahan, pendesak perubahan dan penggerak perubahan,

“kita mahu semua pemuda tidak kira bangsa dan ugama, berubah kepada yang lebh baik, bersesuaian dengan prinsip-prinsip Islam,”ujarnya.

Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu yang telah bermuktamar kali ke 40 pada 2 Mei 2009 yang lalu menyaksikan perubahan saf kepimpinan yang bakal menguruskan perjalanan organisasi itu bagi sesi 2009/2011.

Mereka yang terpilih menganggotai jawtankuasa pemuda negeri adalah Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi, YB Ustaz Mohd Noor Hamzah, Ustaz Ridzuan Hashim , Ustaz Kamaruzaman Abdullah, Ustaz Ahmad Bukhori Ghazali, Ustaz Ahmad Kamal Ali

Ustaz Hisyamuddin Abd Karim , Ustaz Jamaludin Jusoh, Wan Mohd Faizul Wan Abas, Ustaz Mohd Hanafi Abdul Aziz dan Ustaz Saiful Ambia Darusa

Pelantikan keatas jawatan utama telah pun diputuskan dalam mesyuarat pendek selepas pemilihan, seperti berikut;

Ketua : Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah

Timbalan Ketua : Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah

Naib Ketua : Ustaz Ridhuan Hashim

Setiausaha : Saudara Wan Mohd Faizul Wan Abas

Wednesday, January 14, 2009

  1. Akhir-akhir ini calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh diselubungi masalah imej sombong dan tidak mesra rakyat. Beliau sampai diajar oleh pihak pengurus kempen BN supaya sentiasa senyum sepanjang kempen PRK Kuala Terengganu. Masalah imej ini disuarakan sendiri oleh orang-orang UMNO dan para pemimpin mereka termasuk Datuk Seri Abdullah Badawi. Kalau tak ada angin masakan pohon besar bergoncang sendiri!

  2. Dalam pilihanraya ini, sudah jelas menunjukkan bahawa UMNO Terengganu telah menyalahgunakan kuasa dan melakukan pembaziran harta rakyat yang tidak pernah disaksikan di Malaysia sejak daripada merdeka. Tapi mereka masih menyatakan mereka cakna rakyat...

  3. Jika dibahas isu belanja monsoon cup RM 300 juta, itu sudah cukup untuk menunjukkan UMNO tidak berminat untuk menyediakan prasana dan aktiviti bagi keperluan rakyat seperti pendidikan, peluang bisnes, rumah kos rendah dan sebagainya.

  4. Kalau diteliti lagi, entah apa yang telah dibuat dengan RM 7.3 billion royalti milik rakyat Terengganu!

  5. Dah terang lagi bersuluh, kita tersalah pilih pemimpin yang kononnya mesra rakyat tetapi sebenarnya adalah lebih mirip kepada 'perompak terhormat harta rakyat'.

Wednesday, January 7, 2009

Kadang-kadang sekeping gambar mengandungi seribu makna.

Dalam pilihanraya kecil P036 Kala Terengganu menyaksikan sokongan terbuka masyarakat pelbagai bangsa dan budaya kepada PAS sama ada sebagai ahli PAS, ahli Kelab Penyokong PAS, ahli parti dalam Pakatan Rakyat dan penyokong-penyokong PAS secara tradisi.

PAS for All. PAS untuk semua. Islam menjadi rahmat kepada seluruh alam. Semua pihak bersama PAS untuk menjatuhkan UMNO dan BN dengan segala kezaliman, pembaziran dan salah guna kuasa.

Lihat sendiri gambar-gambar berikut;


Calon PAS YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut dalam perarakan ke pusat penamaan calon dengan diiringi oeh TG Dato' Seri Presiden PAS, Timbalan Presiden PAS, Pesuruhjaya PAS Terengganu dan ramai lagi termasuk pimpinan daripada Pakatan Rakyat.

Kelab Penyokong PAS daripada kaum tionghua bergambar di jalan Sultan Mahmud, jalan yang menuju ke pusat penamaan calon.

Dr. Khazani, nama yang pada awalnya dicadangkan bertanding oleh YB Wahid sebagai calon PAS, turut sama meyertai kemeriahan hari penamaan calon.


Orang ramai di Wisma Awang Chik turut menyaksikan kemeriahan penamaan calon di sebelah kem PAS daripada pandangan sebelah atas.

Daripada Kuala Kangsar mewakili 3 parti utama dalam Pakatan Rakyat.

Ustaz Bob daripada Jeli, Kelantan, tidak mahu terlepas peluang membantu jentera PAS dalamPRK P036 Kuala Terengganu.


Jalan masuk ke stadium yang ditutup daripada semua penjuru menyebabkan, para penyokong PAS, antaranya saudara Syukri terpaksa melalui jalan-jalan kecil di tepi-tepi rumah penduduk untuk sampai ke jalan Sultan Mahmud.


Ahli Kelab Penyokong PAS Terengganu daripada kaum India, tulisan PAS jelas terpapar pada bajunya.


Kelab penyokong PAS daripada kaum India membat persembahan menarik dengan gendang dan pelabagai alatan lain yang unik sepanjang proses penamaan calon berlangsung.

Jalan pintas ke staium ditutup. Seorang penyokong PAS berunding dengan polis untuk melalui jalan pintas kerana sudah terlalu lama berjalan... Letih jugak kalau dah berjalan samapi 5 km.


Daripada DAP pun ada.

Melalui jalan pusara ke pusat penamaan calon dengan penuh semangat.



Mencari jalan pintas melalui jirat cina.


Penuh kenderaan di Surau dekat jalan pusara. Ramai yang parking di sini untuk berjalan kaki ke stadium sebab semua jalan utama dah ditutup oleh pihakberkuasa.

Pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu pastinya sangat penting dalam mencorakkan politik Malaysia dalam masa terdekat. Kemenangan PAS di P036 Kuala Terengganu akan memantapkan lagi momentum kuasa rakyat yang sudah jelak dan mual dengan BN dan UMNO yang tidak henti-henti menyalahgunakan kuasa, mengayakan kroni dan menidakkan hak rakyat yang perlukan pembelaan.


Haji Mohd Abdul Wahid Endut adalah harapan PAS untuk memenangi P036 Kuala Terengganu. Beliau memang terkenal lantang dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu. Suara beliau di parlimen mewakili rakyat Terengganu pasti amat ditunggu-tunggu.

Berikut adalah biodata calon PAS ini:


Nama penuh: Mohd Abdul Wahid bin Hj. Endut
Umur:51 tahun
Tarikh lahir:29 hb September 1957
Tempat kelahiran:Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu
Tempat tinggal:Kampong Seberang Baruh Kiri,


Jalan Kelantan, Kuala Terengganu


Keluarga

Isteri:Wan Fatimah binti Wan Abdullah
Pekerjaan Isteri:Guru (P.K. HEM)
Anak:9 orang – 2 lelaki dan 7 perempuan



Taraf Pendidikan:1. Sekolah Rendah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu


2. Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu


3. Universiti Pertanian Malaysia ( UPM ) Serdang



Pengalaman kerja:1. Pegawai Tadbir UPM


2. Peniaga


3. Exco Kerajaan Negeri Terengganu – 1999 – 2004


4. ADUN Wakaf Mempelam sejak 1990 – hingga sekarang

Haji Wahid masih lagi sebagai Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terenganu.

Sunday, November 16, 2008

Pada 8 November 2008, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah telah merasmikan program Ihtifal PASTI dan Penyampaian Sijil dan Hadiah di PASTI Al-Iman Pekan Bukit Payong dalam satu majlis yang meriah yang dihadiri oleh anak-anak pelajar PASTI, ibu bapa, guru-guru dan para penggerak PASTI Al-Iman.

Sehingga hari ini, PASTI Al-Iman masih lagi membuka pendaftaran pelajar bagi kana-kanak berumur 5 dan 6 tahun pada tahun 2009, di mana sebarang persoalan boleh dikemukakan kepada Tuan Haji Nu'man Syaf'ie selaku Pengerusi PASTI Al-Iman atau terus berhubung dengan cawangan PAS Pekan Bukit Payong.

Diselitkan beberapa gambar sempena program Ihtifal tersebut.


YB Ustaz Mohd Nor menyampaikan hadiah kepada seorang anak PASTI sambil diperhatikan oleh Saudara Nasir Ismail, Ketua Cawangan PAS Pekan Bukit Payong.


Pengerusi PASTI, Tuan Haji Nu'man sedang membacakan nama-nama penerima anugerah PASTI Al-Iman, turut kelihatan bendahari Cawangan PAS Pekan Bukit Payong dan guru-guru.

Sebahagian ibu bapa yang hadir bersama keluarga.

Anak-anak pelajar dan ibu bapa mendengar ucapan perasmian oleh YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.

YB Ustaz Mohd Nor ketika berucap merasmikan majlis Ihtifal PASTI Al-Iman.

ARKIB