Friday, May 8, 2009


Sidang DUN Perak telah berlangsung pada hari Khamis 7 Mei.

PR dituduh sebagai mengamalkan undang-undang rimba kerana mempertahankan hak dan mendaulatkan undang-undang.

Tapi jika dilihat insiden Speaker Dewan V. Sivakumar di kerumuni, diseret keluar dan dikurung dalam bilik persalinan oleh anggota-anggota keselamatan, jelaslah kepada kita bahawa yang mengamalkan undang-undang rimba itu ialah kerajaan BN.

Speaker Dewan adalah ibarat tuan rumah kepada sidang DUN.

Tapi tuan rumah yang tidak mampu dipecat secara mengikut peraturan sidang dewan oleh BN, terus saja digomol dan diseret keluar daripada Dewan Undang Negeri Perak.

Walaupun UMNO dan BN merasakan mereka memiliki majoriti ahli dewan, bukan bermakna mereka boleh melanggar semua undang-undang dan peraturan dewan sedia ada.

Untuk buang MB mesti melalui sidang undi tak percaya atau MB letak jawatan, untuk buang speaker kenalah tunggu speaker mengundur diri atau tamat tempoh mandat dengan pembubaran dewan.

Jika tak sabar juga, berundinglah secara budiman dengan speaker dewan dan PR sendiri.

Jika BN yang kononnya ada simple majoriti terus bersultan di mata, beraja di hati tanpa mengikut lunas undang-undang, bagaimanakah pula nasib golongan minoriti di negeri Perak yang tidak menyokong BN?



Adakah mereka akan dibela dan diberi perhatian oleh kerajaan baru BN ini. Kerajaan yang pada awal penubuhannya telah menunjukkan sikap bongkak, sombong, angkuh dan tidak menghormati undang-undang.

Hanya dengan sedikit kuasa yang mereka miliki, semua undang-undang dilanyak dan diubah suai sesuka hati mereka.

Tidak ada lagi prinsip keadilan, kesaksamaan dan keluhuran undang-undang yang menjadi teras utama sebuah negeri yang merdeka, maju dan terus maju.

Hampir semua speaker dan timbalan speker DUN-DUN seluruh negara terkujat dengan layanan ganas terhadap YB speaker DUN Perak oleh kerajaan BN.

BN sudah hilang roh. Mereka hanya menilai sesuatu dengan nilai benda semata-mata. Manakah manusia mampu mencapai mercu kegemilangan tanpa nilai-nilai teras seperti keimanan, keadilan, hak kesama rataan...

Zahirnya mereka mengheret speaker DUN Perak tanpa peri kemanusiaan, hakikatnya mereka mahu menegakkan undang-undang rimba, the survival of the fittest, hanya yang kuat boleh meneruskan kehidupan, yang lemah hanyalah makanan kepada yang kuat.

Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Raji'un.

Komen Presiden di sini.

0 comments :

ARKIB