- Akhir-akhir ini calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh diselubungi masalah imej sombong dan tidak mesra rakyat. Beliau sampai diajar oleh pihak pengurus kempen BN supaya sentiasa senyum sepanjang kempen PRK Kuala Terengganu. Masalah imej ini disuarakan sendiri oleh orang-orang UMNO dan para pemimpin mereka termasuk Datuk Seri Abdullah Badawi. Kalau tak ada angin masakan pohon besar bergoncang sendiri!
- Dalam pilihanraya ini, sudah jelas menunjukkan bahawa UMNO Terengganu telah menyalahgunakan kuasa dan melakukan pembaziran harta rakyat yang tidak pernah disaksikan di Malaysia sejak daripada merdeka. Tapi mereka masih menyatakan mereka cakna rakyat...
- Jika dibahas isu belanja monsoon cup RM 300 juta, itu sudah cukup untuk menunjukkan UMNO tidak berminat untuk menyediakan prasana dan aktiviti bagi keperluan rakyat seperti pendidikan, peluang bisnes, rumah kos rendah dan sebagainya.
- Kalau diteliti lagi, entah apa yang telah dibuat dengan RM 7.3 billion royalti milik rakyat Terengganu!
- Dah terang lagi bersuluh, kita tersalah pilih pemimpin yang kononnya mesra rakyat tetapi sebenarnya adalah lebih mirip kepada 'perompak terhormat harta rakyat'.
Wednesday, January 14, 2009
7:26 AM
ISC
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment