Tuesday, February 22, 2011


Alhamdulillah PAS telah mengadakan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa-Jaminan PAS 19 Februari bertempat di MBSA Shah Alam, bagi membincangkan masalah Melayu dan Bumiputera di negara ini dan membuat 12 jaminan.


Klik di sini, untuk laporan buletinonline.


Pada 7 Jun 2008, Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang sudah membuat usul agar isu-isu berkaitan orang melayu Islam diberikan perhatian khusus oleh PAS. Usul ini diluluskan dalam mesyuarat pemuda PAS Kawasan Marang seterusnya diluluskan dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu pada tahun yang sama. Tetapi usul ditolak oleh Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat dengan para pembahas menyifatkan usul tersebut bersifat rasis dan jauh tersasar daripada prinsip keadilan Islam.


Alhamdulillah pada hari ini, usul ini sudah masak dan difahami kepentingannya dengan cara yang betul.


Berikut usul tersebut bersama penerangan tentang sebab dan matlamat usul ini dicadangkan. Diperturunkan semula di sini sebagai catatan sejarah.


Gelombang rakyat dalam PRU 2008 telah menolak gabungan parti komponen BN menyaksikan UMNO sebagai komponen utama BN menjadi semakin goyah. Gabungan parti pembangkang pula bersedia pada bila-bila masa untuk menggantikan pakatan BN. Oleh itu, isu-isu berkaitan Islam dan hak keistimewaan orang Melayu yang gagal dimartabatkan oleh UMNO dalam gabungan BN, DPPKM merasakan isu-isu tersebut perlu dipertegaskan dan mendapat nafas baru dalam usaha memperjuang dan mempertahankannya.

…Menyedari bahawa isu-isu berkaitan Islam dan hak dan keistimewaan orang Melayu Islam adalah warisan perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan yang perlu terus menerus diperjuangkan.

…Dan menyedari bahawa isu-isu berkaitan Islam dan hak istimewa orang Melayu Islam adalah sangat dekat di dalam hati orang Melayu Islam di negara ini sehingga mereka sanggup berkorban apa sahaja untuk mempertahankannya.

…Dan menyedari bahawa isu-isu berkaitan Islam dan hak istimewa orang Melayu Islam adalah sangat serius kerana ia bakal mencorakkan masa depan anak bangsa yang bermaruah, berdaulat dan dihormati.

…Dan menyedari bahawa PAS berdiri di dalam Pakatan Rakyat sebagai komponen tonggak kepada prinsip ketuanan Melayu Islam di negara Malaysia tercinta - bagi menggantikan peranan UMNO dalam BN - dalam sebuah kerajaan baru yang bakal ditubuhkan di peringkat pusat.

…Dan menyedari bahawa sebarang kenyataan tanpa penelitian tajam  tentang isu-isu berkaitan keistimewaan orang Melayu Islam daripada pimpinan PAS akan mengundang pelbagai akibat 


Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang mencadangkan agar sebuah Sekretariat Perundingan Melayu Islam Malaysia (SPMIM) ditubuhkan sebagai sekretariat tetap di peringkat PAS Pusat. Sekretariat ini dicadangkan agar diketuai oleh Presiden atau Timbalan Presiden PAS. Sementara anggota-anggotanya pula dilantik daripada  ketua setiap Dewan, beberapa AJK PAS Pusat, tokoh-tokoh masyarakat, pakar ekonomi, pakar undang-undang, budayawan, pakar bahasa, tokoh-tokoh NGO Melayu dan ahli-ahli akademik.

SPMIM  ini akan menjalankan fungsi-fungsi berikut;

…mempertahankan prinsip raja berperlembagaan, kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan, hak-hak istimewa orang Melayu dan bahasa Melayu.

…mengenal pasti hak-hak dan keistimewaan orang Melayu Islam dalam perlembagaan persekutuan dan negeri-negeri, mengenal pasti hak-hak dan keistimewaan orang Melayu Islam yang telah dicabuli dan mengenal pasti hak-hak dan keistimewaan orang Melayu yang masih perlu dituntut.

…mengkaji tuntutan pelbagai pihak dalam isu-isu berkaitan Islam dan hak-hak istimewa orang Melayu Islam serta menentukan had batasan dalam kesediaan bertoleransi dalam perkara-perkara tersebut dan seterusnya mengemukakan cadangan kepada PAS dalam menangani pelbagai tuntutan tersebut.

…memberikan cadangan alternatif yang komprehensif dan praktikal,  bagi meningkatkan pegangan ekuiti orang Melayu Islam bagi menggantikan polisi DEB dan DPN yang dilihat gagal memartabatkan penguasaan ekonomi ummat Melayu Islam di negara ini. 

0 comments :

ARKIB