Saturday, February 5, 2011

4 Februari - Majlis Pelancaran Gerakerja Jentera Pilihanraya DUN Bukit Payong telah dirasmikan oleh Presiden PAS, YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang bertempat di halaman Madrasah Darul Iman, Kedai Buluh yang dihadiri oleh para aktivis parti daripada cawangan-cawangan di DUN Bukit Payong.

YB Datuk Seri Tuan Guru telah disambut oleh Jawatankuasa MTD DUN Bukit Payong yang diketuai oleh Ustaz Baharudin selaku Pengerusi MTD DUN dan Saudara Haji Yahaya Ali selaku YDP PAS Kawasan Marang, di mana Majlis dimulakan dengan pemeriksaaan perbarisan Briged Amal Muda daripada Madrasah oleh YB Tuan Guru.

Sesi ucapan dimulakan dengan ucapan Saudara Yahya Ali selaku YDP PAS Kawasan dan ucapan Ustaz Mohd Nor Hamzah selaku ADUN Bukit Payong, seterusnya disusuli dengan ucapan perasmian oleh YB Datuk Seri Tuan Guru.

YB Datuk Seri Tuan Guru telah menyentuh tentang salisilah perjuangan Islam yang panjang bermula daripada sejarah para rasul dan para penenang mereka sehingalah realiti perjuangan menegakkan Islam dalam realiti hari ini berhadapan dengan musuh akan terus berusaha untuk menggagalkan perjuangan Islam.



Beliau juga meminta kita bersyukur kerana dipilih untuk menjadi pendokong perjuangan Islam yang penuh ujian dan mehnah pada saat ramai orang hanya ingin menjadi penyokong sahaja, namun kempen mengajak rakyat kepada perjuangan Islam adalah usaha dakwah yang akan diganjari oleh Allah Taala dengan ganjaran yang sangat besar.

Majlis selepas itu menyaksikan sumbangan derma kepada MTD DUN oleh cawangan-cawangan dan ahli korporat, seterusnya penerahan bendera kepada wakil cawangan dan gimik banner pelancaran.


 Perbarisan Amal 'cilik'.

 Antara pimpinan yang hadir, YB Ustaz Mohd Nor, Ustaz Baharudin, Saudara Yahaya Ali, Ustaz Ariffin Deraman dan Saudara Nasir selaku pengacara majlis.

 Pemeriksaan barisan Amal 'cilik'.


 Menerima laporan daripada ketua perbarisan Amal.





















Daripada Pekan Bukit Payong.

Ni masa sesi latihan terakhir sebelum ketibaan YB Tuan Guru.

0 comments :

ARKIB