Sunday, February 13, 2011

11 Feb – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu telah menganjurkan program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 2011 di padang bola, Pekan Batu Enam, Kuala Terengganu dengan dihadiri oleh ribuan para pemuda Islam daripada seluruh negeri Terengganu.

Program HIMPIT menerima suntikan motivasi daripada Abang Mat Sabu yang memberikan input-input motivasi tentang mehnah dan tribulasi yang dihadapi oleh gerakan Islam daripada seluruh dunia pada abad ke 21 terutama yang berkaitan dengan penyelewengan pilihanraya oleh kerajaan-kerajaan daripada dunia ketiga dan beliau member amaran jika demokrasi pilihanraya terus dicabuli, rakyat akan berarak ke jalan raya menuntut keadilan.

Setelah itu, majlis perasmian dilangsungkan bermula dengan ucapan pengarah HIMPIT 2011, Ustaz Ridzuan Hasyim, ucapan ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu dan ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasruddin Hassan Thantawi, yang turut dihadiri oleh wakil DAP, PKR dan wakil Dewan Pemuda PAS Pusat, saudara Khairul Faizi, saudara YB Mohd Firdaus Jaafar dan saudara Mohd Adram di samping wakil-wakil Badan Perhubungan Negeri Terengganu.

Ustaz Nasruddin menjawab persoalan berkaitan kenyataan beliau mengenai Valentine day disalah lapor oleh wartawan yang menelefon beliau, di mana lantaran itu, beliau menerima kecaman daripada pelbagai pihak termasuk oleh tokoh dalam PAS sendiri tetapi beliau tetap bertegas usaha dakwah akan tetap dijalankan DPPP untuk mengurangkan bebanan masalah sosial yang membanjiri ummat Islam dewasa ini.


Majlis Perasmian dijalankan oleh Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS, di mana ucapan beliau menegaskan menggantikan UMNO menjadi tanggungjawab PAS di seluruh negara di samping memberikan senario terkini tentang demonstrasi rakyat Mesir yang ingin menjatuhkan rejim zalim Hosni Mubarak di sana.

Seterusnya, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkhutbah di Masjid Kampung Batin, Seberang Takir dan Ustaz Nasruddin Hassan berkhutbah  Jumaat di Masjid Batu Enam berdekatan dengan tapak HIMPIT.       

Sebelah petang, ceramah Ustaz Azahar al-Idrus mengambil tempat dengan coleteh berunsurkan tazkirah yang menggelikan hati dan mendatangkan pengajaran khususnya berkaitan Valentine Day dan pergaulan bebas yang terkeluar daripada batas-batas agama Islam.

Sebelah malam pula satu ceramah diadakan di Kampung Petai Bubus.

Beberapa gambar sekitar program disertakan untuk tatapan.




Suasana sekitar pendaftaran sebelah pagi.








Pengarah program sedang memastikan beberapa keperluan majlis perlu dilengkapkan oleh para petugas.




Abang Mat sebelum berucap dan semasa berucap.






Ustaz Saiful. Ustaz Wan Faizul dan wakil DAP, Encik Ng Chai Hin.

Jabatan Amal dan skuad mereka.





Tempat khas parkir motosikal ARC di tapak HIMPIT.







Ustaz Razki dan 'brader-brader' Unit Amal yang bertugas.





Rombongan ARC








Perbincangan antara Timbalan Ketua dan Bendahari tentang perkara-perkara penting.


Di meja pendaftaran


Orang arab pun ada join jugak!



Jawatankuasa DPPNT dalam saff

Perbarisan Jabatan Amal



Ustaz Nasruddin menerima tabik hormat.





Episode Sebuah Perjuangan, lawo jugak kereta Ustaz!


Abang Mat beramah mesra dengan pegawai Amal


Pengarah Program Ustaz Ridzwan Hasyim

Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.






Antara pimpinan dan jemputan.

Ustaz Nasruddin Hassan Thantawi berucap.

From Dungun with fighting spirit.


Kuda untuk gimik perasmian.







Orang ramai mendengar dan melihat daripada jauh.


Setiausaha PAS Kawasan Setiu sentiasa bermuka manis... Payah cari ni.

YB Dr. Alias turut hadir.


Ustaz Abu Bakar Soleh, masih muda lagi!





Gimik pelancaran.




Jabatan Amal, dulu dan sekarang.





Ustaz Din kena jengok jugak!

Rombongan Presiden PAS tiba diiringi ARC.



Kenderaan membawa Datuk Seri Presiden.



Masih sempat berbincang sekejap Ketua Pemuda dengan Presiden.



Tuan Guru Presiden menyampaikan ucapan perasmian.


Wakil DPPP.


Kenderaan Ahli Parlimen Marang.





Din yang masih macho.



Ayah Wer pun sempat posing.


Ustaz Mohd Nor bersama bekas-bekas ketua pemuda negeri Terengganu.

Cenderahati untuk Tuan Guru.

Ustaz Azhar Al-Idrus menyampaikan kuliah khas sempena HIMPIT dipengerusikan oleh setiausaha DPPNT, Ustaz Wan Faizul.

Dalam panas terik, peserta program masih tekun mendengar kuliah Ustaz Azhar.






Abang Unit Amal yang mengawasi perjalanan program tanpa kejadian tidak diingini.


0 comments :

ARKIB