Monday, February 21, 2011

Update;
Rumusan Ceramah Presiden; Klik di sini.
Rumusan Ceramah Timbalan Presiden; Klik di sini. 
Rumusan lain; Klik di sini.


18 Februari – Himpunan 30 ribu pemuda PAS daripada seluruh negara berlangsung dengan penuh semangat di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut dengan dihadiri oleh barisan EXCO Pemuda PAS Pusat, beberapa orang mantan kepimpinan Pemuda Pusat, kepimpinan PAS setempat, kepimpinan PAS Kedah, para jemputan khas yang mewakili organisasi-organisasi politik dan NGO serta lebih 30 ribu pemuda PAS daripada seluruh negara, termasuk daripada negeri Terengganu yang berbaju hijau 'orang muda geng kite', 'PAS ganti UMNO'.

Himpunan dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak dengan dipengerusikan oleh YB Ustaz Nasir zakaria dan didahului oleh ucapan-ucapan oleh saudara Khairul Faizi, Setiausaha DPPP dan Ustaz Nasaruddin Hassan Thantawi, Ketua DPPP di mana semangat pemuda dalam himpunan 15K di Kelantan berjaya menyuntik kejayaan kepada himpunan pemuda 30K pada hari ini yang kebetulan juga rakyat Mesir sedang mengadakan himpunan 3 juta orang di Medan Tahrir bagi meraikan kejatuhan Presiden Mubarak.

YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan dalam ucapannya sangat tersentuh dengan kedatangan puluhan ribu pemuda yang sanggup datang untuk menunjukkan semangat juang mempertahankan kerajaan-kerajaan negeri dibawah Pakatan Rakyat dan Kerajaan Kedah dan Kelantan yang dipimpin oleh PAS, di mana beliau sendiri terus bekerja untuk berkhidmat, menguatkan parti dan mempertahankan kerajaan Kedah daripada hari pertama bertugas sebagai menteri besar tanpa mempunyai tempoh bertenang untuk ‘honeymoon’.

YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan juga berucap dengan nada seperti orang yang kembali muda sepenuhnya, antara lain melahirkan rasa bersyukur di atas perjuangan pejuang-pejuang PAS terdahulu yang meninggalkan benih-benih perjuangan yang sangat subur di kalangan anak-anak muda apada hari ini, di mana kita pada hari ini hanya bertanggungjawabmenjaganya dengan memagari dan membajainya dan tidak akan membiarkannya rosak dan dimusnahkan.



Kejutan menarik selepas ucapan Ustaz Azizan ialah apabila selebriti terkenal, Bob Lokman mengisytiharkan menyertai PAS di pentas program dan dipakaikan baju Himpunan 30K Pemuda PAS oleh Menteri Besar Kedah itu sambil diikuti dengan laungan takbir.

Seterusnya pidato berapi-api disampaikan oleh dua mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Datuk Abu Bakar Chik dan YB Salahuddin Ayub yang melahirkan kegembiraan tak terhingga mereka melihat Dewan Pemuda yang mereka tinggalkan mengalami perkembangan yang sangat sihat dan berjaya menambat hati golongan muda untuk bersama-sama perjungan PAS.

Pidato terakhir ialah daripada Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS yang antara lain menggesa pemuda yang hadir pada hari mendekatkan diri dengan Allah bagi mengikat diri mereka dengan perjuangan Islam yang penuh pancaroba sambil diakhiri dengan doa yang pada permulaannya menyaksikan cahaya matahari dilindungi awan yang meneduhi peserta himpunan.

Program diakhiri dengan doa wehdah oleh semua peserta sambil mengangkat dan berpegangan tangan.

Berikut hampir 200 gambar kenangan.



 Bas daripada DUN Bukit Payong bertolak daripada Masjid Titian Baru Kedai Buluh.



 Bas sebelum bertolak.

 Selepas subuh, sempat singgah di pusara 13 syuhada' Memali yang dikebumikan di Parit Panjang, yang paling kanan sekali ialah pusara al-Marhum asy-Syahid Ustaz Ibrahim Libya.



 Nisan-nisan pusara syuhada' adalah kurniaan daripada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah.

 Pusara  Allahyarham Tuan Guru Hj.Omar Zuhdi,pengasas Pondok Lanai yang mengisytiharkan Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya mati sebagai syahid ma'rakah.



 Imam dan Ustaz Masjid Parit Panjang tempat kami tumpang bermalam.

 Antara bas-bas dari Terengganu yang singgah di sini.

 Orang ramai bersesak di pintu masuk Himpunan.



 Ustaz Rasyid daripada Darusy Syifa' Terengganu.


 Di hadapan pintu masuk ke tapak program.





 SU Pemuda DUN Bukit Payong dengan AJK DUN daripada Surau Haji Yaakob yang berpakaian ala pemuda Palestin.

 Kepimpinan Negeri Terengganu Lapis Kedua akan datang, Insya Allah.

 Ustaz Wan Faizul dan Ustaz Muhammad Khalil di meja pendaftaran Negeri Terengganu.

 Tak lama lagi, para pemberita kena cari awak-awak ni pulaklah!

 Antara kepimpinan Pemuda di atas pentas, yang di belakang Ketua Pemuda, Dr. Raja Iskandar al-Hiss, pernah rasmikan mesyuarat agung PAS Kawasan Marang tahun lepas.

 Lautan pemuda.






 Bendera berkibar semasa menyanyikan lagu Negaraku, lagu PAS dan lagu Amal.



 Bendera daripada seluruh negara.

 Antara jemputan yang hadir.




 Motor peserta di tempat khas.

 Bendera Terengganu turut berkibar.

 Wartawan dan jurugambar sibuk merakamkan peristiwa bersejarah ini.

 Kanak-kanak yang bakal mewarisi perjuangan.


 Daripada Pulau Pinang.



 Parking motosikal tak putus-putus menerima 'tetamu'
.


 Ini belakang sekali dekat Rumah Anak Yatim.



 Bendahari Pemuda PAS Terengganu dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang sedang merenung dan mencongak sesuatu dalam panas terik.

 Tidak mahu lari daripada medan Himpunan, ada berselimut dan duduk...tak mahu beralah.


 Orang mude Geng Kite memenuhi ruang belakang baju.



 Ucapan Khairul Faizi.



 SU DPPP, Saudara Khairul Faizi.

 YAB Ustaz Azizan berada di atas pentas.




 Siapa kenal kereta ini?



 Ustaz Hassan Nasrullah ... Ops.. Silap.. Nasaruddin Thantawi

 Ketua Pemuda dengan ucapan penuh bersemangat tetapi dalam bentuk menginsafi diri dan memantapkan persediaan pemuda ke medan juang.

 Kelihatan Ustaz Abu Bakar Chik, Salahuddin Ayub, YAB Ustaz Azizan dan Ustaz Azman Shafawi.


 Pengerusi, YB Ustaz Nasir kelihatan meminta sesuatu daripada petugas.

 Sebatang pokok dalam puluhan ribu manusia.

 DUN Mana nie?


 Masih segak dengan scrambler.




Ahli PAS daripada pelbagai bangsa, namanya Habibur Rahman kalau tak silap.




 YAB Ustaz Azizan Razak, MB dan Pesuruhjaya PAS Kedah. 





 Minuman disediakan oleh pihak penganjur.





 Kaunter pendaftaran pemilih tak dilupakan.



 Senyuman istimewa Cikgu Fauzi of MAMPAT.

 Saudara Fadhli Ghani, intetelek dan orang kuat arkib PAS. 

 Abang Mat Ridwan of ARC, special shot .

 Nampak kelibat Bob Lokman tu...

 Bob dipakaikan baju Himpunan 30 K.





 YB Ustaz Mohd Nor Hamzah bersama anakanda.


 Ustaz Mohd Nor bertanya khabar anak-anak buah di bawah cahata terik matahari.









 Ustaz Abu Bakar Chik sedang menyampaikan pidato berapi-api.







 Pandangan daripada sudut belakang tapak perhimpunan.




 Sempat jugak bergambar dengan YB kat belakang tapak himpunan.





 Doa wehdah dengan penuh semangat sambil berpegangan tangan.




 La Syarqiyyah La Gharbiyyah.... Daulah, Daulah Islamiyyah.


 Posing terakhir sebelum tamat majlis.



Ustaz Dato' Tuan Ibrahim tuan Man menyampaikan pidato penutup.



 Berteduh.


 Menumpang sedikit bayang pokok pun tak apa.


 Pokok 'kembang semangkuk bayang'

 Asrama Anak Yatim.





 Menadah tangan dan mengaminkan doa yang dibacakan oleh Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim.


 Ustaz Faisal masih ceria dalam panahan cahaya matahari.

 Ustaz Ridzuan Mohd Nor sedang menandatangani autograf buku baru karangannya Menerjang Badai, menjawab buku Menuju PAS Baru oleh Dr. Mujahid.

 Ustaz Abu Darda' pun ada.

 Menjamu selera.


 Dalam Dewan untuk persembahan artis-artis termasuk Bob Lokman.




 Ami Jagat membaca sajak.





 YB Mohd Firdaus Jaafar memberi sedikit taklimat pilihanraya.

Inilah rupa Dewan Tertutup daripada luar.


 Sebelum pulang, ke Pekan Rabu dulu boss....






0 comments :

ARKIB