Wednesday, October 3, 2012

Petikan : Buletin Online

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita5/pentas%20utama.jpgSETIU - Himpunan Kebankitan Rakyat - PAS Ganti Umno Kali Ke-5 (PGU5.0) sepertimana empat PGU sebelumnya akan menarik ramai anak-anak muda di negeri ini melalui dua program serentak iaitu Himpunan Pemuda-Pemudi & Muslimat Terengganu (Himpit) yang diadakan secara khusus bermula pada petang Jumaat 5 Oktober hingga pagi Sabtu, 6 Oktober.

Pengarah PGU5.0 YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata sasaran utama PGU 5.0 kali ini adalah golongan muda-mudi yang menjadi penentu kemenangan parti dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Katanya, di Terengganu kuasa pengundi muda sangat besar hingga 40 peratus yang boleh menjadi undi penentu mana-mana parti bertanding kelak.

“Pada himpunan PGU 5.0 kali ini, kita (PAS) cuba sasarkan kepada anak-anak muda lelaki dan perempuan. Golongan (muda) ini sangat besar di Terengganu hingga 40 peratus dari jumlah pengundi.

“Pengundi muda ini menjadi sasaran kepada mana-mana parti bertanding termasuk PAS dan Umno. Kita (PAS) tidak mahu terlepas peluang ini, Insya’Allah,” ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu menjelaskan program Himpit lebih mensasarkan kepada golongan pemuda, pemudi dan muslimat.

Antaranya, kata Ustaz Mohd Nor, pada hari Jumaat (5 Oktober) diadakan aktiviti sukan Futsal Piala Ketua Pemuda DPPNT di Felda Selasih, Setiu.

Manakala, katanya, hari Sabtu (6 Oktober) diadakan larian Hijau bermula di tapak PGU5.0, pada jam 7.00 pagi.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita5/pintu%20gerbang%20PGU5.0.jpgIa diikuti pula dengan aktiviti sukan seperti bowling kelapa, tuju gol, sepak raga bulat, tuju jarring dan timbang bola. Aktiviti bermotor seperti motor lambat, cabut tayar, pemanduan berhemah, motor cantik serta kemahiran titi jambatan dengan motosikal.

“Aktiviti Indoor Game pula seperti PS2, dart, catur, magic cube, teka biji, persembahan pentas para pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dan acara muslimat dengan penampilan khas, Noryn Aziz.

“Kita (PAS) yakin akan lebih ramai tokoh-tokoh masyarakat, ahli sukan, artis dan pegawai-pegawai kerajaan, swasta akan bersama dengan PAS dalam program PGU 5.0 ini,” jelasnya.

Menurutnya, pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu akan dihukum oleh rakyat yang melihat PAS wajar menggantikan Umno pada PRU13.

Harakah dimaklumkan, konvoi bermotosikal (ARC) dan pacuan 4 roda (4x4) mengiringi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia, Nik Abdul Aziz Nik Mat bermula di Dataran Ketara, Besut, pada jam 2.00 petang, 6 Oktober.

Selepas itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan merasmikan Himpunan Kebangkitan PGU 5.0 serta pengistiharan beberapa orang tokoh masyarakat menyertai PAS di Dataran Pekan Jabi tersebut.

Kuliah santai pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus bersama Salebriti Bob Lokman akan menyusul sekitar jam 5.00 petang yang bakal menyaksikan kehadiran ribuan anak-anak muda serta peminatnya.

Acara kemuncak PGU 5.0 itu dengan Ceramah Perdana yang akan disampaikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Beaufort Sabah, Dato’ Seri Panglima Lajim Ukim, Adun Triang-DAP, Leong Ngah Ngah, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut serta tokoh-tokoh yang baru menyertai PAS.

0 comments :

ARKIB