Marang : Adun Bukit Payong Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Pengarah Program Pas Ganti Umno (PGU) 5.0 di DUN Jabi Setiu, hari ini menzahirkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang terlibat menjayakan program tersebut.
Beliau mendedikasikan ucapan terima kasih itu kepada PAS
Kawasan Setiu sebagai tuan rumah, petugas-petugas PAS dari pelbagai lapisan pangkat
dan semua ahli PAS dan PR dari seluruh pelusuk Terengganu.
“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS Kawsan
Setiu dan seluruh jentera yang telah bersusah payah mengembeling tenaga bagi
menjayakan program ini.
Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada ahli jawatankuasa dan
kariah Masjid Pekan Jabi diatas kerjasama yang telah diberikan. Kami memohon
kemaafan sekiranya ada kelemahan kami sewaktu program ini berlangsung.
Juga kepada pasukan keselamatan yang membantu melicinkan
perjalanan program ini,” katanya.
Ustaz Mohd Nor sangat berpuashati dengan perjalanan PGU 5.0
ini secara keseluruhannya dan tidak menolak kemungkinan akan ada lagi PGU
seterusnya sekiranya tiada pilihanraya umum selepas oktober ini.
Ditanya mengenai kemasukkan tiga orang tokoh dalam program
itu semalam, beliau menyatakan ianya adalah isyarat jelas PAS diterima oleh
semua lapisan masyarakat.
“Kemasukan Tengku Paduka (Tengku Ibrahim) ini jelas
memperakui bahawa PAS menjulang institusi istana apabila kerabat diraja sanggup
bersama-sama PAS.
Manakala penyertaan saudara Amzad yang mewakili golongan
profesional ke dalam PAS ini sebenarnya menzahirkan keyakinan mereka iaitu PAS
layak memerintah dan memimpin.
Jadi tuduhan PAS parti ajaran sesat telah memberikan kesan
positif bukan kepada Umno tetapi kepada PAS dimana golongan cerdik pandai malah
yang dalam Umno sendiri seperti Datuk Osman, tahu bahawa tuduhan itu hanyalah bohong,”
tegas beliau lagi.
Semalam dalam program PGU 5.0 itu tiga orang tokoh anak
Terengganu telah mengisytiharkan diri menyertai PAS.
Mereka ialah Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ibrahim ibni al
Marhum Sultan Ismail Nasirudin Shah atau lebih dikenali sebagai Ku Duka
dikalangan rakyat Terengganu.
Beliau pernah menjadi wakil rakyat DUN Tanggol pada tahun
1990 mewakili Parti Melayu Semangat 46 ketika itu.
Tokoh kedua ialah Datuk Osman Abu Bakar bekas wartawan utusan
dan pegawai akhbar di Kementerian Pertahanan dan Pegawai Perhubungan Khas
kepada tiga menteri pertahanan iaitu Tan Sri Taib Mahmud, Tun Hussein Onn dan
Tun Mahathir Mohammad.
Ketiga, seorang profesional muda, saudara Ahmad Amzad bin
Mohammad@Hashim, Pengerusi Eksekutif Norstar Technology Pulau Pinang dan juga
bekas Pengarah Urusan di MSET Shipbuilding Corperation Sdn. Bhd.
Mereka menyerahkan borang keahlian mereka kepada Mursyidul Am
PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disaksikan oleh Presiden PAS Tuan
Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung PAS Dato’ Mustafa Ali dan
saf kepimpinan PAS Terengganu.
0 comments :
Post a Comment