Wednesday, October 24, 2012

MCA DAPAT RESTU UMNO

Presiden MCA , Dr Chua Soi Lik meneruskan agenda menghina Islam, syariat Islam dan masyarakat Islam. Dewan Pemuda PAS Terengganu sangat sensitif dengan kenyataan Presiden MCA dengan menyeru seluruh rakyat supaya menolak kenyataan yang berunsur fitnah dan jahat. MCA tidak berhak untuk mempertikaikan syariat Islam dan menghina masyarakat Islam. MCA berani dan bersifat terbuka menghina Islam dan syariatnya kerana pemimpin UMNO menjadi jaguh menghina syariat Islam. Rakyat Malaysia mesti bangkit menunjukkan bantahan terhadap penghinaan kepada Syariat Islam oleh MCA sebagaimana bantahan terhadap filem yang menghina Rasulullah dan pengajarannya.

UMNO gagal untuk mengajar MCA untuk menghormati syariat Islam dan masyarakat Islam, walapun UMNO telah bersahabat dan bergabung dengan MCA lebih daripada 55 tahun. UMNO telah berjaya diperkuda dan diperlembukan oleh MCA sehingga UMNO merestui penghinaan terhadap  Islam dan syariatnya.

Kenyataan pimpinan MCA yang sangat banyak dalam menghina Islam dan syariatnya,  tidak akan dilupai oleh masyarkat Islam yang bermaruah.

1-    Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pada 23 September 2011 pernah menegaskan di hadapan para wartawan, jika Umno melaksanakan hudud, MCA akan keluar Barisan Nasional

2-    Pada 4 December 2011 , selepas merasmikan Forum mengenai hudud di Wisma MCA, sekali lagi Chua menegaskan bahawa Malaysia akan kehilangan pelabur dan negara akan binasa jika hudud dilaksanakan.

3-    Presiden MCA  menulis dalam twitternya pada 1 Julai 2012 (sebagai respon) kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah yang mencadangkan pelaksanaan hudud di Johor bahawa:“Adun Umno Johor itu tentu sudah kehabisan idea dan hilang akal untuk mencadangkan hudud di Johor meliputi bukan Islam.

4-    Presiden MCA ; “Apa baiknya untuk mengetahui tatasusila/nilai orang Islam.?” Ia menghina wanita Islam, Cikgu Normala yang tidak berjabat tangan dengan lelaki ajnabi.

5-    Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.  "MCA akan terus mempertahankan kepentingan orang Cina dan tidak akan membiarkan Selangor menjadi sebuah negara Islam,". – 18 ogos 2012.

Kenyataan terbaru : Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, pelaksanaan hukum hudud di negara ini, dasar yang dihasratkan oleh Pas selama ini, akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan di sektor perkhidmatan dan pelancongan. – Sinarharian 18 okt 2012.

Kami menganggap kenyataan ini berunsur hasutan dan berniat jahat terhadap Islam dan masyarakat Islam.

1-    Kami bersedia mengadakan dailog dan perbincangan dengan pimpinan MCA untuk memahamkan tentang kemurniaan syariat Islam dan keadilan undang-undang jenayah dalam Islam. Kami menyakini bahawa pimpinan MCA bermulut celupar dan berfikir jijik tentang syariat Islam kerana UMNO merestuinya dan gagal untuk memahamkan MCA tentang Islam.

2-   Kenyataan ini menganggap bahawa  perlaksanaan syariat Islam akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan merupakan fitnah dan hanya berasaskan sms yang tidak diperakui kesahihannya pada sudut keilmuan dan terpinggir daripada kajian inteletual. Rakyat sewajarnya menolak kepimpinan yang membuat andaian bohong dan rambang. Jika hanya satu  SMS menjadi sumber rujukan dalam menentukan hala tuju pentadbiran dan pembangunan negara oleh pimpinan MCA, nescaya UMNO telah merestui kebodohan dalam pemerintahannya sebagaimana pimpinan MCA berjaya memperbodohkan beberapa Perdana Menteri dalam isu Zon Bebas Cukai Pelabuhan Kelang.

3-    Perlaksanaan undang-undang jenayah Islam dikenakan pada golongan penjenayah muslim dalam perkara-perkara mungkar yang boleh mendatangkan kemudharatan kepada masyarakat dan negara. Kenyataan ini mencerminkan keperibadian MCA yang sangat menyayangi jenayah dan menggalakkan masyarakat Islam supaya melanggari kemungkaran yang dilarang oleh agama mereka. Di samping, MCA seolah-olah menuduh masyarakat Islam sangat ramai bekerja dan berminat dalam perlacuran dan sektor minuman haram. Apakah jumlah 1.2 juta menggambar jumlah pekerja muslim dalam sektor pelacuran dan minuman haram ?.

4-   Adakah pelacuran, perjudian, kecurian, rompakan dan samun yang mahu dibanteras oleh syariat Islam, dibenarkan oleh agama-agama lain ?. Semua agama dalam dunia ini membenci dan melarang semua bentuk jenayah yang ditentang oleh Hudud. Hanya golongan penjenayah dan tidak beragama melupai kemurniaan dan nilai-nilai kebaikan dalam agama.

5-    Di masa syariat Islam dihina oleh MCA, seluruh mufti dan ustaz-ustaz dalam UMNO terus diam menikus dan seolah-olah mengiyakan kenyataan ini. Kemungkinan juga ustaz-ustaz dan mufti dalam UMNO juga tidak memahami syariat Islam dan mahu agar rakyat terus tidak memahaminya. Inilah hasrat Amerika dan sekutunya Barat yang mendesak agar pengajian tentang Hudud dan jihad dimansuhkan daripada sukatan pelajaran di seluruh pusat pengajian sehingga tekanan terus dilakukan terhadap sekolah-sekolah agama rakyat.

6-    Sewajarnya, ahli-ahli UMNO mendesak supaya dikeluarkan MCA daripada Barisan Nasional kerana MCA bukan sahaja menghina Islam tetapi keperibadian melayu yang bencikan jenayah dan kemungkaran. Kemungkinan golongan melayu muslim dalam UMNO hilang maruah dan harga diri, jika terus membiarkan MCA menghina agama mereka.

MCA akan terus berkuasa untuk menghina Islam selama mana Barisan Nasional memerintah dan UMNO menang dalam pilihanraya. MCA akan berdiam dan tidak berani menghina syariat Islam, jika UMNO kalah dalam pilihanraya kali ini. MCA berani kerana restu dan sokongan pimpinan UMNO. Jika UMNO tiada kuasa, nescaya hilang kesombongan MCA terhadap Islam dan masyarakat Islam. Jika masyarakat Islam sayang kepada Islam dan mahu agar MCA faham Islam, maka tiada jalan dan kaedah yang paling selamat melainkan kalahkan UMNO dalam pilihanraya ke 13.
 
Mohd Nor Hamzah
Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu
25hb Okt 2012/8 Zulhijjah 1433

0 comments :

ARKIB