Sunday, October 14, 2012

Kemasik : Rakyat Terengganu diminta memikirkan adakah benar BN yang mengaku membuat janji dan menepatinya atau sekadar gimik bagi menipu rakyat.
Gesaan ini dibuat oleh Adun Bukit Payong Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika menyampaikan ceramah ringkas dalam majlis Hi Tea bersama pengundi-pengundi di UPU Air Jernih, Kemasik baru-baru ini.
Ini menurut beliau terbukti apabila jemaah haji yang satu masa dahulu dijanjikan 12 penerbangan terus pada tahun ini hanya mendapat dua penerbangan terus sahaja dari Terengganu ke Madinah dan Jeddah.
“Orang nak pergi hajipun kena tipu. Dulu kata nak bagi 12 penerbangan (terus) tahun ni, tapi hanya dua saja penerbangan terus saja.
Satu penerbangan pada 29hb September dan satu lagi pada 9hb Oktober kalu saya tak silap,” kata beliau.
Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said dilaporkan berkata ketika dalam satu majlis menandatangani MoU dengan Saudi Airlines pada 14 April lalu, untuk mendapatkan 12 penerbangan terus dari Terengganu ke Madinah dan Jeddah.
Tahun lalu sebanyak lapan penerbangan terus telah dilakukan dan kesemua penerbangan itu akan menggunakan pesawat Airbus 350.
Seterusnya Ustaz Mohd Nor mengingatkan pengundi-pengundi tentang duit royalti petroleum yang dijanjikan akan dibayar kembali pada kempen pilihanraya kecil Kuala Terengganu oleh BN dahulu, sehingga sekarang masih belum diperolehi.
Malah menurut beliau lagi, kerajaan negeri dibawah pimpinan Dato Seri Ahmad Said juga telah menggugurkan saman terhadap Petronas dan menyelesaikan di luar mahkamah serta menolak untuk dibincangkan di dalam sidang DUN.
“Jadi tuan-tuan fikir sendirilah,adakah janji ini ditepati atau apa,” tanya beliau.
 
Program Hi Tea yang dianjurkan oleh UPU Air Jernih itu juga turut dihadiri oleh beberapa wakil masyarakat cina disebalik tohmahan yang dibuat oleh BN dengan menakut-nakutkan bukan Islam dengan isu hudud.

0 comments :

ARKIB