Petikan : Buletin Online
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) mengingatkan seluruh pemuda supaya bewaspada daripada sikap ganas dan agresif pihak lawan kerana tragedi keganasan terhadap petugas Pakatan Rakyat di Kemaman membuktikan sikap dan perangai pihak lawan yang sanggup melakukan apa sahaja.
Ia adalah gambaran betapa golongan yang gila kuasa, tidak sanggup untuk melihat dan menerima kekalahan dalam pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) dengan cara demokratik dan adil.
Oleh itu, kami mendesak agar pihak kesalamatan supaya bertindak tangkas dan tegas dalam mengawal keselamatan. Siasatan mesti dibuat dan hukuman yang sewajarnya terhadap golongan yang mencetuskan keganasan itu meti dikenakan.
Sesungguhnya, Pemuda PAS dan para petugas PAS seluruhnya, dididik dengan kesedaran dan kesabaran serta disiplin diri supaya tidak mengganggu pihak lawan dan mencetuskan keganasan.
Justeru kami mengharapkan seluruh rakyat dapat melihat betapa kegagalan pemimpin Umno untuk mendidik dan mengawal ahli-ahli mereka supaya bersopan dan jangan bersikap jahat.
Kalau rakyat pelbagai bangsa dan negara di dunia telah berani buat perubahan kepimpinan negara mereka kerana keganasan pemerintah, pengikut dan tali barut pimpinan negara mereka, maka rakyat Terengganu mesti buat perubahan dalam PRU-13 dengan cara demokrasi untuk menolak pimpinan negeri yang membiarkan pengikut mereka melakukan kekejaman dan keganasan.
Bencilah keganasan dengan tolak Barisan Nasional!
Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu

0 comments :
Post a Comment