Friday, May 15, 2009

Kerajaan Terengganu Gagal Hentikan Pesta Liar Di Pulau-pulau PDF Print E-mail
Written by Wartawan Buletin
Friday, 15 May 2009 00:53

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita5/pestaberahi.jpgKUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT) merasa amat dukacita kerana masalah gejala sosial yang berlaku di negeri Terengganu tidak pernah ‘surut’ dan sesetengah ‘maksiat terancang’ muncul kembali serta berleluasa akhir-akhir ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Setiausaha Dewan tersebut, Wan Mohd Faizul Wan Abas mendedahkan kegiatan maksiat dan tidak bermoral ‘Pesta Berahi’ telah kembali ke pulau-pulau di negeri Terengganu sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar tempatan.

Tahun lepas, akhbar yang sama telah melaporkan kejadian pesta seumpama itu yang dianjurkan pihak tertentu.

Pesta liar di pulau dilaporkan menjadi trend masa kini apabila ia dikatakan lebih ‘selamat’ daripada tindakan pihak berkuasa, peserta bebas melakukan apa saja dan penganjur boleh mendapat untung besar.(Gambar)

Seks, arak dan dadah adalah menu utamanya, yang boleh diperolehi dengan mendapatkan tiket berharga RM250 hingga RM700 untuk menyertai parti eksklusif di sebuah pulau.


Oleh yang demikian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung Ustaz Mohd Nor Hamzah telah menegur kerajaan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kali pertama Mei tahun lepas.

Beliau berkata satu pesta berlaku di Pulau Perhentian dan laporan tersebut menunjukkan seolah-olah kerajaan negeri tidak mengambil kesempatan (tindakan) bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan permasalahan itu.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita5/usmnor.JPG“Sehingga terdedah, kata-kata dari para pelancong asing yang datang ke Pulau Perhentian,

“mereka berkata, jika disko-disko di bandar masanya terhad dan bimbang diserbu pihak berkuasa tetapi di sini (pulau) saya dapat berpesta sepuas-puasnya,”ujarnya yang kini adalah Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu. (Dengar Ucapan ADUN Bukit Payunghttp://www.buletinonline.net/images/stories/berita5/audio.gif)

Tindakbalas dari teguran tersebut, pihak kerajaan negeri telah memberikan jawapan sekadar ‘manis dibibir mulut’ pada sidang DUN yang sama .

ADUN Kuala Besut, Dr. Abdul Rahman Mokhtar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri berkata kerajaan negeri memandang serius gejala maksiat di pulau peranginan bertaraf antarabangsa itu kerana jika dibiarkan, ia boleh menjejaskan imej negeri di mata umum.

''Kerajaan telah mengeluarkan amaran kepada pemilik chalet terbabit supaya jangan lagi mengulangi perbuatan yang sama,'' katanya

Tanpa pemantauan dan tindakan yang berterusan dari pihak kerajaan, akhirnya gejala buruk tersebut muncul kembali.

Wan Faizul berkata permasalahan gejala sosial tersebut berulang menggambarkan ketidakupayaan kerajaan untuk membendungnya.

Ia adalah kerana, katanya, berpunca dari sikap agensi dan beberapa pihak dalam kerajaan yang bersikap menutup mata dengan gejala tersebut.

Oleh yang demikian, DPPNT mendesak pihak kerajaan segera mengambil tindakan pro aktif bagi menanganinya.

“Kami mendesak pihak kerajaan segera mengambil tindakan pro aktif, kewujudan (semula) gejala ini menggambarkan kepada masyarakat (umum) sikap dan kegagalan Kerajaan BN untuk menyelesaikan masalah tersebut,”tegasnya dalam kenyataan yang diterima melalui e-mel oleh Buletinonline.

Beliau menggesa supaya pihak kerajaan dan pemimpin UMNO/BN benar-benar mengambil perhatian dan cakna bukannya sibuk mengejar kekayaan dan kepentingan diri sehingga berlaku kemelut politik di Terengganu yang tidak akan berkesudahan.

Last Updated on Friday, 15 May 2009 01:05

3 comments :

Unknown said...

Perkara ini bukan sahaja berlaku di Pulau Perhentian, tp semua pulau di Terengganu yg ada chalet/resort.
Dan bukan sekarang je berlaku, sebelum ne pun dah berlaku. Terutamanya selepas 2004 dimana bee end dapat semula Terengganu. Saya dah melawat beberapa pulau sebelum ne.
Semua pulau buat pesta disko dan seumpamanya tgh malam. Pesta maksiat jangan cerita lah...
Pergi lah round lah pulau2 tu.
Mcm terasa berada di Bukit Bintang atau berada di disko KL.

Unknown said...

pesta begini biasa diadakan,untuk menjadi seperti pesta fullmoon party di koh samui..kerajaan mesti bertindak tegas..untuk menyelamatkan akidah org islam di malaysia..seks bebas,dadah,arak adalah menu utama..

malaysia baru said...

Apa di harap dari kerajaan BN?
Orang yg baik sahaja yg membenci maksiat.
Ada ke ADUN BN yg membenci maksiat?

ARKIB