Petikan : Buletin Online
MARANG – Mantan Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata program Pemuda PAS mestilah digarapkan dan dilaksanakan serta dijayakan bersama anak-anak muda di seluruh kawasan.
Katanya, kepurusan piliharaya umum kali ke-13 lalu menunjukkan, arus sokongan pengundi muda telah membawa perubahan dan memenangkan calon-calon Pemuda PAS.
Beliau yakin sokongan orang muda dan pengundi itu akan kekal dan memenangkan PAS pada piliharaya umum kali ke-14 akan datang.
“Realitinya pengundi-pengundi muda mulai mendekati program-program kita (dan) arus tersebut dilihat daripada perubahan sokongan pengundi muda kini.
“Sokongan ini pastinya akan meningkat dan terus meningkat serta menjadi petanda positif dalam menghadapi PRU 14 sekiranya diiringi pelbagai tindakan dan program terbaik,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melepaskan konvoi motosikal berkuasa besar di perkarangan masjid Rusila pada Jumaat 25 Oktober.
Namun begitu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong menegaskan, kebangkitan orang_orang muda itu tidak akan bererti apa-apa kepada Islam sekiranya tidak dibimbing dengan tarbiyah islamiyah.
“Pemuda perlu dibimbing dan dipandu dengan bijaksana dan uslub yang tepat.
Pemuda hari ini terdedah dengan pelbagai cabaran dari segi politik, kerjaya dan kemasyarakatan,”katanya.
Oleh itu, kepimpinan pemuda yang akan mewarisi kepimpinan parti pada masa depan perlu bersedia dan menyiapkan diri dengan ilmu-ilmu agama, pengetahuan am dan gerakan.
“Kepimpinan pemuda yang akan mewarisi kepimpinan Parti pada masa depan perlu bersedia dan menyiapkan diri dengan persediaan iman, yang membentuk syaksiah islamiyyah yang sempurna mampu bertahan menghadapi cabaran.
“(Perlu juga) persiapan ‘thaqafah’ islamiyyah dan thaqafah ‘ammah’ iaitu ilmu-ilmu Islam yang dipelajari daripada al-Quran, as-Sunnah, as-Sirah an-Nabawiyah, kehidupan para sahabat, fiqh dan usul fiqh, ilmu Aqidah, ilmu tazkiyah dan sistem-sistem Islam,
“(Dan juga) persediaan haraki, untuk bergerak dan menggerakkan bantera Islam dengan adab-adab berjemaah, melatih diri dan beribadat kepada Allah, melatih diri soal tanzim (organisasi) serta melatih diri menanggung kesusahan dan menghadapi ujian,”jelasnya.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Ustaz Kamaruzaman Abdullah, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim dan Ustaz Mohamad Khalil Abdul Hadi, masing-masing mereka diamanahkan sebagai Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu yang baru.
0 comments :
Post a Comment