Tuesday, April 16, 2013

Petikan : Buletin Online
 
http://www.buletinonline.net/v6/images/stories/berita62/mnor%20hamzah.jpgDewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) mengingatkan seluruh pemuda supaya bewaspada daripada sikap ganas dan agresif pihak lawan kerana tragedi keganasan terhadap petugas Pakatan Rakyat di Kemaman membuktikan sikap dan perangai pihak lawan yang sanggup melakukan apa sahaja.

Ia adalah gambaran betapa golongan yang gila kuasa, tidak sanggup untuk melihat dan menerima kekalahan dalam pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) dengan cara demokratik dan adil.

Oleh itu, kami mendesak agar pihak kesalamatan supaya bertindak tangkas dan tegas dalam mengawal keselamatan. Siasatan mesti dibuat dan hukuman yang sewajarnya terhadap golongan yang mencetuskan keganasan itu meti dikenakan.

Sesungguhnya, Pemuda PAS dan para petugas PAS seluruhnya, dididik dengan kesedaran dan kesabaran serta disiplin diri supaya tidak mengganggu pihak lawan dan mencetuskan keganasan.

Justeru kami mengharapkan seluruh rakyat dapat melihat betapa kegagalan pemimpin Umno untuk mendidik dan mengawal ahli-ahli mereka supaya bersopan dan jangan bersikap jahat.

Kalau rakyat pelbagai bangsa dan negara di dunia telah berani buat perubahan kepimpinan negara mereka kerana keganasan pemerintah, pengikut dan tali barut pimpinan negara mereka, maka rakyat Terengganu mesti buat perubahan dalam PRU-13 dengan cara demokrasi untuk menolak pimpinan negeri yang membiarkan pengikut mereka melakukan kekejaman dan keganasan.

Bencilah keganasan dengan tolak Barisan Nasional!

Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu

Sunday, April 14, 2013

Petikan : Buletin Online

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/Tolak2.jpgKUALA TERENGGANU - Lebih 1,000 orang anak-anak muda Terengganu yang menyertai Konvoi NGO anak muda TOLAK Umno dan Barisan Nasional berjaya menamatkan jelajah mereka di pantai perangnan Batu Burok pada kira-kira jam 5.30 petang.

Pegerusi TOLAK, Azan Safar berkata, sasaran konvoi TOLAK adalah menyebarkan risalah kepada kawasan-kawasan yang 'kuat' Umno sekitar Parlimen Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/Tolak1.jpg"hari ini kita bersama gelombang anak muda Tolak Umno-BN, pakatan 30 NGO yang dilancarkan pada 15 Mac yang lalu di ibu pejabat Umno PWTC, tanda anak muda dan mahasiswa tidak takut dan tidak gentar berhadapan dengan Umno-BN,

"hari ini kita berkumpul untuk menunjukkan kepada kumpulan Umno ini, anak muda sudah bersedia untuk tolak Umno-BN dalam PRU13, kita tidak lagi akan memberi mandat kepada Umno-BN kerana mereka tidak menjaga kebajikan, buktinya royalti minyak tidak diberikan kepada negeri Terengganu,"ujar Azan

Beliau berkata demikian ketika pelepasan Konvoi Tolak dari perkarangan stadium 'runtuh', Stadium Sultan Mizan Zainal Abdidin di Gong Badak pada jam 10.00 pagi hari ini Sabtu, 13 April.

Monday, April 8, 2013

Petikan : Buletin Online
 
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/SK%20Kedai%20Buloh%20retak2.jpgMARANG - Pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu khianat kepada rakyat dengan menyembunyikan masalah keretakan bangunan Sekolah Redah Kedai Buloh, di Jalan Kedai Buloh, Bukit Payong dekat sini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, beliau memberitahu pihak media supaya membuat liputan sebaik sahaja mengetahui tentang kerosakan teruk sekolah tersebut.

Malangnya, kata beliau, pihak media telah dihalang oleh pemimpin Umno dari mendedahkan perkara tersebut.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/SK%20Kedai%20Buloh%20retak1.jpg"Sekolah Rendah Kedai Buloh, guru besar (dan) cikgu-cikgu tahu, berlaku retakan (pada bangunan) sehingga syiling sekolah tercabut jatuh dalam bilik guru perempuan,

"Saya telefon wartawan suruh wartawan massuk dalam suratkhabar tiba-tiba disekat, supaya wartawan jangan buat liputan takut (bimbang) rakyat tahu,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ceramah Pasca Pembubaran Parlimen di Kedai Buloh, pada Khamis malam, 4 April lalu.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/SK%20Kedai%20Buloh%20retak4.jpgSelaku ADUN kawasan terbabit, Ustaz Mohd Nor berkata, beliau telah membawa perkara tersebut dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (Sidang DUN) dan meminta kerajaan negeri mengambil tindakan sewajarnya.

Sebaliknya, kata beliau, Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said hanya menyifatkan keretakan yang boleh mengancam nyawa itu, hanyalah kerosakan kecil sahaja.

"Saya sebut dalam Dewan (Sidang DUN) kenapa kerajaan tak ambil cakna dan prihatin walaupun sekolah itu dalam keadaan bahaya, (boleh) mengancam nyawa pelajar-pelajar dan guru-guru.

Mereka jawab dalam Dewan sikit je kita selesailah, Mad Said jawab sikit je (keretakan itu) (kata Mad Said) hok gitu bising!,"jelas Ustaz Mohd Nor.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/SK%20Kedai%20Buloh%20retak3.jpgMenurutnya walaupun kerosakan tersebut yang dianggap remeh oleh kerajaan Umno-BN dan Menteri Besar Terengganu, namun sehingga kini, kerosakan pada bangunan sekolah itu masih belum diperbaiki.

Beliau mendakwa, ia adalah kerana Umno-BN mahu mengkhianati rakyat dengan menuduh kawasan Kedai Buloh adalah kawasan kuat PAS dan tidak perlu dibuat sebarang pembaikian terhadap keretakan yang berlaku pada bangunan sekolah itu.

Tinjauan mendapati, kerosakan yang teruk pada bangunan sekolah tersebut termasuk retak pada tiang, tetulang konkrit dan syiling yang tercabut [gambar].

Sunday, April 7, 2013

Petikan : Buletin Online
 
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/mohd%20nor%20hamzah%20azhar%20idrus.jpgKUALA TERENGGANU - Fokus utama dan istimewa Dewan Pemuda PAS Terengganu (DPPNT) adalah Naib Ketuanya, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah yang insyaAllah akan bertanding di peringkat parlimen Hulu Terengganu, disamping ketuanya sendiri, Ustaz Mohd Nor Hamzah yang dijangka akan mempertahankan kerusi DUN Bukit Payong.

Menurut Ustaz Mohd Nor, Timbalan Ketua Ustaz Ridzuan Hashim pula, insyaAllah akan meneruskan perjuangan di DUN Teluk Pasu.

Katanya, pemuda akan membuat sentuhan istimewa dengan melantik pendakwah terkemuka Ustaz Azhar Idrus sebagai 'Duta' Dewan Pemuda PAS Terengganu sepanjang kempen pilihanraya umum kali ke-13 yang dijangka berlangsung pada hujung bulan ini.

"InsyaAllah, fokus utama dan istimewa di parlimen yang akan ditandingi oleh Ustaz Kamaruzaman (Abdullah) Naib Ketua DPPNT, kita akan membuat sentuhan 'istimewa' dengan seluruh pengundi muda,

" Ustaz Azhar (akan) menjadi 'Duta' Pemuda PAS di sepanjang (kemen) PRU-13,"ujar beliau yang juga mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi DUN Bukit Payong.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program 'Gateh Bersama Ustaz Azhar Idrus' di sini Jumaat baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, DPPNT akan berusaha keras bagi memastikan calon-calon di kalangan pemuda yang telah diberi amanah untuk bertanding dalam PRU-13, memperolehi kejayaan.

Oleh itu, menurutnya, DPPNT akan akan melancarkan secara rasmi 'Tawaran Anak Muda Berkebajikan ke Wisma Darul Iman dan Putrajaya dalam masa terdekat.

"Kita akan lancarkan (manifesto) tawaran anak muda berkebajikan ke wisma (Darul Iman) dan Putrajaya, dan kita mahu anak-anak muda tahu dan merasai, sesungguhnya kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat, (di) Terengganu dan Pusat, ambil cakna kebajikan dan agenda kehidupan mereka,"tambahnya

Wednesday, March 27, 2013


Rhu Muda : Seramai kira-kira 500 orang anak muda dari semua cawangan PAS di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong berikrar untuk menolak Umno dan BN dalam pilihanraya umum (PRU) ke 13 nanti.
Mereka menyatakan hasrat mereka itu dalam program Konvoi Pemuda DUN Bukit Payong Tolak Umno – BN anjuran Alternative Riding Club (ARC) DUN Bukit Payong baru-baru ini.
Menurut koodinator program saudara Muhammad Rahim Razali (kiri) program ini bertujuan memberi kesedaran kepada pengundi-pengundi muda di DUN Bukit Payong terutama pengundi baru, agar tidak melakukan kesilapan dengan mengundi BN dalam PRU nanti.
Ianya juga bertujuan menarik seramai mungkin orang-orang muda yang dikategorikan sebagai pengundi atas pagar di DUN Bukit Payong.
“Mereka ini bukan semuanya ahli PAS, sebahagiannya adalah orang atas pagar.
Matlamat program ini melebihi sasaran kerana sebahagian mereka yang dulu kita kenal pasti sebagai penyokong Umnopun ada turut serta dalam program ini,” katanya.
Beliau yang juga Ketua ARC Bukit Payong menambah, ahli dari cawangan yang kurang aktif sebelum ini turut menghantar ramai peserta, sekaligus menunjukkan semangat kerja untuk PRU semakin meningkat.
Ditanya samada program ini akan diadakan lagi, beliau menjawab bahawa ianya sudah dalam perancangan ARC Bukit Payong untuk bergabung dengan ARC Marang bagi mengembangkan program ini keperingkat kawasan.
Aktiviti yang berbentuk santai ini juga diisi dengan slot motivasi agama oleh wakil rakyat DUN Bukit Payong, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, hadiah cabutan bertuah dan makan tengahari.
Program yang dijayakan bersama dengan Kelab Pacuan Empat Roda Parlimen Marang (PASAK) itu bermula dari Markas PAS Atas Tol menuju ke pantai Rhu Muda dan berakhir dengan konvoi pulang ke Titian Baru dan bersolat jemaah di Masjid Titian Baru.

Wednesday, March 20, 2013

Bismillahirrahmaanirrahiim

Tiba-tiba ada suara yang mengajak kepada apa yang dipanggil sebagai “Perpaduan”. Belum hilang ingatan rakyat kepada tuduhan “PAS Parti Ajaran Sesat” yang mereka adakan wacana suatu ketika dulu (sehinggakan huruf jawipun berterabur tak tahu nak eja – sesat jadi “Syesyat”)mereka mengajak PAS bersatu pula. Sekejap sesat, sekajap bersatu....macam biskut.
Bagi saya, saya boleh menerima perpaduan itu dengan kita pakat-pakat menyokong PAS dalam PRU nanti. Bermakna Umno mesti menyuruh penyokongnya mengundi PAS kerana itulah langkah pertama kearah perpaduan PAS – Umno. Kenapa perlu Umno menyokong PAS dalam PRU nanti untuk bersatu? Ini sebabnya :
1-56 tahun Umno khianati rakyat dengan tangannya berlumuran dengan darah dan najis hasil daripada sikap jahatnya terhadap PAS, Islam dan rakyat diwaktu yang sama Umno mula cemburu dengan perpaduan  yang berjaya dibina oleh PAS melalui kerjasamanya dengan parti PKR dan DAP yang mula mendapat sokongan dan keyakinan rakyat untuk mengadakan perubahan dalam PRU.
2-Umno mula menggunakan bahasa perpaduan untuk menarik pengundi sebagaimana golongan-golongan yang pernah menggunakan isu perpaduan untuk mengekalkan kuasanya. Semenjak zaman nabi s.a.w pembesar-pembesar Mekah cuba untuk menggunakan kalimah perpaduan bagi menyerang nabi Muhammad dengan menganggap nabilah punca pemecah perpaduan masyarakat. Rakyat perlu bersatu dibawah kepimpinan Mekah untuk menghalang segala perpecahan yang dilakukan oleh nabi Muhammad s.a.w.
3-Demikianlah juga komunis yang masuk dalam tanahair umat Islam menggunakan istilah perpaduan untuk menarik sokongan rakyat bagi menyokong ideologi komunis. Sesungguhnya isu kalimah perpaduan yang dibawa oleh Fathul Bari merupakan isu yang lapuk kerana Umno sebenarnya tidak pernah memiliki cita-cita untuk kepentingan Islam melainkan terus mengkhianati rakyat Kelantan, rakyat Terengganu dan Malaysia seluruhnya. Umno cuba untuk menggunakan kalimah perpaduan bagi menjayakan kaedah yang dibawa oleh penjajah untuk memerintah.
4-Kita mengulangi apa yang disebut oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang menegaskan bahawa Umno mesti menyatakan kesediannya untuk menolak fahaman kebangsaan, tapi sayang Umno mula menggunakan pendekatan  perkauman dengan menjaja filem Tanda Putera dan terus menyerang kaum-kaum yang lain yang sebenarnya kaum-kaum lain itu ada kepentingan bersama dalam negara yang berdaulat ini.
5-Dalam waktu Fathul Bari menyeru untuk diadakan perpaduan antara PAS, Umno dalam masa yang sama juga sebenarnya sedang menunjukkan pengkhianatan mereka terhadap rakyat Malaysia ini apabila diakui sendiri bagaimana pemberian kad pengenalan kepada warga asing sebagaimana ianya mula menunjukkan persoalan-persoalan yang banyak berkenaan isu di Sabah. Bahkan hari ini terpapar bagaimana Umno mula menggunakan kuasa dengan memberikan kad pengenalan kepada warga asing untuk berkuasa di Selangor dan dimana-mana negeri. Pengkhianatan ini tidak boleh dimaafkan kerana pengkhiantan ini bukan sahaja berlaku terhadap PAS bahkan keatas seluruh rakyat.
Banyak lagi senarai kegagalan Umno dalam menjaga Islam, melayu dan negara. Umno sebenarnya boleh diselamatkan dengan seluruh penyokong-penyokong Umno meninggalkan Umno dengan mematikan Umno dan memastikan PR menang dalam PRU yang akan datang dan membentuk perpaduan yang sangat hebat dan yang sangat dibanggakankan oleh rakyat Malaysia seluruhnya.
Ustaz Mohd Nor Hamzah
19hb Mac 2013

Monday, March 18, 2013

Petikan : Sinar Harian
Suami mengamuk bakar tilam
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan
MARANG – Harapan seorang isteri supaya suami dapat menjaga dirinya selepas kematian bapa hanya tinggal harapan, sebaliknya hidupnya pula jadi tidak tentu arah apabila suami terjebak najis dadah.

Malah, suaminya itu tergamak membakar katil dan tilam di bilik tidur mereka di Kampung Surau Haji Mat Zain di sini, petang kelmarin selepas permintaannya mendapatkan RM50 tidak dapat ditunaikan.

Dalam kejadian antara jam 2.30 hingga 3 petang itu, suspek berusia 31 tahun itu membakar katil dan tilam bernilai RM1,000, bertujuan merosakkan harta milik mereka di rumah keluarga isterinya.

Mangsa berusia 29 tahun berkata, sebelum kejadian, suaminya datang ke tempat kerjanya di Kampung Padang Midin untuk meminta sejumlah wang.

“Saya tiada wang dan kemudian, suami seperti mengugut akan melakukan sesuatu sebab saya tidak dapat tunaikan permintaannya.
 
“Suami terus pulang ke rumah dan melepaskan geram dengan membakar katil serta tilam,” katanya.
Mangsa yang belum mempunyai anak dan tinggal bersama ibu dan empat adik beradiknya di rumah terbabit berkata, dia sering berdepan dengan kejadian seumpama itu.
Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis.
 
Difahamkan, suspek yang pernah terlibat dalam kes penagihan dadah sebelum ini dan dipercayai masih dalam pengawasan polis ditahan untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan kejadian berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Sunday, March 17, 2013

Jambu Bongkok : PAS Pengkalan Berangan yakin dan percaya peluang dan harapan untuk merampas kembali Dun Pengkalan Berangan daripada BN semakin cerah.

Keyakinan itu bukan hanya satu mimpi tetapi ianya bersandarkan kepada hakikat penerimaan perjuangan PAS oleh rakyat Pengkalan Berangan sejak akhir-akhir ini semakin meningkat.
Ini terbukti dengan kemasukan seramai 190 orang ahli baru  yang  baru sahaja dianugerahkan sijil keahlian di Cawangan Jambu Bongkok dalam satu majlis di sini baru-baru ini.
Menurut Timbalan Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Pengkalan Berangan Ustaz Sulaiman Sulong (kiri)sebahagian besar ahli baru daripada keseluruhan jumlah itu adalah terdiri dari golongan muda.
Beliau berkeyakinan bahawa kemasukan ahli-ahli baru ini adalah hasil dari gerak kerja semua ahli yang tidak mengenal putus asa dalam mempromosikan PAS dan dasarnya kepada masyarakat sekeliling.
“Kita yakin dan percaya mereka ini telah memahami dengan jelas dasar perjuangan PAS yang memperjuangkan Islam secara menyeluruh. Oleh itu mereka menyertai kita.
Tawaran dalam manifesto PAS juga menarik minat mereka untuk turut serta dalam jemaah kita dan seterusnya kita berharap mereka akan berusaha memberi kefahaman kepada rakan-rakan mereka di luar sana,” ujar beliau.
Beliau yang juga Pengarah PASTI Terengganu juga menyeru agar semua lapisan masyarakat yang masih di luar PAS agar mencontohi perubahan yang telah dilakukan oleh golongan muda Jambu Bongkok ini.
Setiausaha UPU Jambu Bongkok Saudara Saifillah Ismail (kiri) menerima sijil keahlian mewakili 190 orang ahli baru PAS di Jambu Bongkok daripada Adun Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah baru-baru ini
 
Majlis penyerahan sijil keahlian itu telah disempurnakan oleh Adun Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga sebagai penceramah jemputan dalam majlis tersebut.
Turut diundang sebagai penceramah ialah wakil muslimat PAS Puan Rusni Hassan, bekas ahli Puteri Umno Banggol Donas yang turut mendedahkan pelbagai penyelewangan yang telah dilakukan oleh Umno.

Friday, March 15, 2013



Kampung Bukit : Kehadiran orang ramai ke program ceramah PAS di Kampung Bukit baru-baru memberikan satu gambaran bahawa perubahan positif sedang berlaku kepada para pengundi di kampung tersebut.
Suatu masa dahulu keadaan di kampung ini sangat berbeza dengan kehadiran yang sangat sedikit dan agak sukar bagi pertugas-pertugas PAS bagi mengadakan program kerana kekurangan sokongan.
Tetapi pada program terbaru, dengan kehadiran mencecah 200 orang yang sebahagian besarnya ialah pemuda, ianya seperti menyatakan kehendak dari golongan pemuda sedang meluap-luap bagi menukar kerajaan.
Kenyataan ini dipersetujui oleh wakil rakyat Bukit Payong Ustaz Mohd Nor Hamzah yang turut merasakan sesuatu yang positif telah berlaku di Kampung Bukit ini.
“Ini adalah hasil usaha kerja keras dan tawakkal kepada Allah oleh para pertugas-pertugas PAS.
InsyaAllah sekiranya dilipat gandakan usaha maka tidak mustahil kampung ini akan dikuasai oleh PAS,” kata beliau.
Siri program ceramah secara intensif bagi DUN Bukit Payong itu turut mengundang Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan Ustaz Fadhli Shaari.
Turut hadir sebagai penceramah ialah Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Kamaruzzaman Abdullah menggantikan Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasruddin Hassan selain daripada Ustaz Mohd Nor sendiri.
Teruja dengan pendedahan-pendedahan yang tidak didapati dalam media arus perdana, yang dibongkar satu persatu oleh para penceramah, penduduk kampung yang hadir tidak berganjak sehingga tamat program.
Harapan dari petugas-petugas PAS pada malam itu agar sokongan ini dapat diterjemahkan dalam pilihanraya nanti.
YB Ustaz Mohd Nor kemudiannya bergegas ke Kampung Surau Haji Mat Zin bagi menyampaikan satu lagi ceramah di sana.

Thursday, March 7, 2013



Kampung Laut : Seramai lebih kurang 40 orang petugas PAS bagi Unit Peti Undi (UPU) Kampung Laut hadir dalam majlis perasmian pelancaran gerak kerja UPU itu semalam.

Majlis yang telah dirasmikan oleh YB Adun Bukit Payong Ustaz Mohd Nor itu adalah untuk memberi motivasi kepada petugas-petugas PAS di Kampung Laut agar mengerahkan seluruh tenaga bagi mengekalkan kemenangan PAS di Dun, Parlimen dan seterusnya merampas kembali negeri.
Dalam ucapannya, Ustaz Mohd Nor menyatakan bahawa rakyat sekarang sudah cerdik dengan tidak menerima bulat-bulat apa yang dihidangkan oleh pemerintah baik dengan berita ataupun kebendaan.
“Rakyat terutama orang muda sekarang ini sudah cerdik. Mereka ambil apa yang diberikan, tetapi bila undi, mereka fikir dulu sebab undi adalah hak mereka,” ujar beliau.
Ini bermakna menurut beliau lagi keadaan sekarang sudah tidak semestinya memihak kepada pihak yang memberikan wang atau apa-apa kebendaan bagi memujuk pengundi seperti keadaan zaman dahulu.
Perkara ini berlaku adalah hasil dari penyebaran maklumat berterusan tanpa jemu dari petugas-petugas PAS yang sangat komited dalam tugasan mereka bagi menyedarkan rakyat akan tipu daya dalam politik.
“Maklumat seperti wang kerajaan adalah wang dari rakyat dan bukan hak mutlak kerajaan sudah difahami oleh sebilangan besar rakyat sekarang.
Buktinya sehingga sekarang pilihanraya belum diisytiharkan menunjukkan ketakutan dan keyakinan Umno bahawa rakyat menolak mereka sekarang ini,” tambah beliau lagi.
Contoh kesungguhan penyebaran maklumat seperti inilah yang sangat dituntut dari petugas-petugas bagi membantu pimpinan PAS untuk mengalahkan musuh khususnya dalam pilihanraya yang semakin hampir.
Beliau  kemudiannya mengingatkan semua agar menetapkan keikhlasan dalam hati supaya sentiasa pekerjaan ini dikira sebagai pahala di sisi Allah.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Nor bagi memohon keberkatan dalam pekerjaan ini.

ARKIB