Kampung Laut : Seramai lebih
kurang 40 orang petugas PAS bagi Unit Peti Undi (UPU) Kampung Laut hadir dalam
majlis perasmian pelancaran gerak kerja UPU itu semalam.
Majlis yang telah dirasmikan oleh
YB Adun Bukit Payong Ustaz Mohd Nor itu adalah untuk memberi motivasi kepada
petugas-petugas PAS di Kampung Laut agar mengerahkan seluruh tenaga bagi
mengekalkan kemenangan PAS di Dun, Parlimen dan seterusnya merampas kembali
negeri.
Dalam ucapannya, Ustaz Mohd Nor
menyatakan bahawa rakyat sekarang sudah cerdik dengan tidak menerima
bulat-bulat apa yang dihidangkan oleh pemerintah baik dengan berita ataupun
kebendaan.
“Rakyat terutama orang muda
sekarang ini sudah cerdik. Mereka ambil apa yang diberikan, tetapi bila undi,
mereka fikir dulu sebab undi adalah hak mereka,” ujar beliau.
Ini bermakna menurut beliau lagi
keadaan sekarang sudah tidak semestinya memihak kepada pihak yang memberikan
wang atau apa-apa kebendaan bagi memujuk pengundi seperti keadaan zaman dahulu.
Perkara ini berlaku adalah hasil
dari penyebaran maklumat berterusan tanpa jemu dari petugas-petugas PAS yang
sangat komited dalam tugasan mereka bagi menyedarkan rakyat akan tipu daya
dalam politik.
“Maklumat seperti wang kerajaan
adalah wang dari rakyat dan bukan hak mutlak kerajaan sudah difahami oleh
sebilangan besar rakyat sekarang.
Buktinya sehingga sekarang
pilihanraya belum diisytiharkan menunjukkan ketakutan dan keyakinan Umno bahawa rakyat menolak mereka sekarang
ini,” tambah beliau lagi.
Contoh kesungguhan penyebaran
maklumat seperti inilah yang sangat dituntut dari petugas-petugas bagi membantu
pimpinan PAS untuk mengalahkan musuh khususnya dalam pilihanraya yang semakin
hampir.
Beliau kemudiannya mengingatkan semua agar menetapkan keikhlasan dalam hati supaya sentiasa pekerjaan ini dikira sebagai pahala di sisi Allah.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa
oleh Ustaz Mohd Nor bagi memohon keberkatan dalam pekerjaan ini.
0 comments :
Post a Comment