Thursday, May 2, 2013

Petikan : Buletin Online
 
http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/mohd%20nor%20hamzah.jpgMARANG - Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata suasana pilihanraya umum pada kali ini sangat berbeza berbanding pilihanraya lalu, apabila kempen PAS mendapat sambutan yang baik bukan hanya dari masyarakat, bahkan daripada pengundi-pengundi UMNO sendiri.

Beliau yang merupakan caon PAS bagi kerusi N18 Dun Bukit Payong bersyukur kerana jentera pilihanraya PAS bagi Dun tersebut bergerak dengan baik, walaupun terdapat beberapa tindakan 'provokasi' dari musuh, Umno dan Barisan Nasional (BN)

"Alhamdulillah perkembangan di DUN Bukit Payong yang juga suku daripada kawasan parlimen Marang (yang ditandingi oleh Presiden PAS) Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sedang bergerak dengan baik dengan jentera-jenteranya berjalan dengan bagus,

"Ada beberapa tempat UMNO cuba nak 'provok' untuk mengadakan pertelingkahan di Kampung Undang dan Mak Kemas, (sebaliknya) kita mendapat maklumat walaupun kawasan itu dianggap kubu UMNO tapi pengundi di kalangan ahli UMNO sendiri memberi persetujuan kepada kita untuk membuat perubahan pada pilihanraya kali ini,

"Kempen kali ini sangat berbeza sekali apabila kita mendapat sambutan yang baik daripada pengundi-pengundi UMNO sendiri,"tegasnya.

Beliau berkata, sebelum ini pada pilihanraya umum kali ke-12 tahun 2008, pengundi-pengundi UMNO agak agresif dan agak ekstrem apabila berdepan dengan skuad kempen PAS .

Menurutya, mereka seolah-olah menyekat dan menghalang, tapi kali ini, mereka memberi ruang dan mengucapkan selamat datang serta memberi kepercayaan dan keyakinan untuk kemenangan PAS pada kali ini.

Keyakinan itu, katanya, ditambah dengan dapatan dari hasil kajian yang dibuat berkait isu 'Bertam PM307' keatas pengundi Dun terbabit.

"Saya mendapat respons seolah-olah 100 orang yang kita anggap 'Dacing' (pengundi BN), tapi mereka menjawab 'ini kalilah' kita akan mengundi PAS InsyaAllah, jadi (ia) suatu perubahan yang besar.

"Kita mengadakan program konvoi bermotor baru-baru ini dihadiri oleh Ustaz Azhar Idrus dan Tok Guru Haji Hadi mendapat sambutan petugas-petugas hampir 2 ribu orang itu petugas kita penggerak kita dan InsyaAllah, memberikan sesuatu faktor kemenangan,"jelasnya.

Bahkan, beliau melihat, markas-markas UMNO hanya dihadiri oleh 'budak-budak' yang tidak cukup umur untuk mengundi, sebaliknya wanita-wanita dan para pemuda berkumpul di markas-markas PAS.

Namun begitu, beliau memberi peringatan kepada para pengundi agar sedar dan berhati-hati kerana menurutnya BN akan menaburkan 'wang rasuah' dalam tempoh dua atau tiga hari sebelum hari mengundi.

"Kita (PAS) memberi nasihat kepada pengundi-pengundi, kemungkinan kita sedar (atau tidak) dia, tiga hari sebelum mengundi UMNO (BN) akan tabur duit sebanyak mungkin.

"Hari ini saya mendapat maklumat ejen-ejen UMNO mula berkumpul dan bertemu dengan beberapa orang untuk membahagikan sekurang-kurangnya RM 500 dulu (dan) saya mendapat maklumat Mat Said (MB) juga turun ziarah dia akan beri RM1000 pada orang itu,

"Dan mana-mana orang-orang UMNO yang tidak bekerja (kempen pilihanraya) yang menunjukkan sikap untuk boikot, dia (akan) serah sampai beberapa ribu ringgit,"katanya.

Justeru, bagi menghadapi suasana itu, beliau meminta supaya rakyat mengambil pesanan yang dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Aziz, "orang beri kain pelikat pakai, orang beri gula kacau, orang beri duit ambil tapi bila undi, pangkah PAS".

0 comments :

ARKIB