Thursday, May 16, 2013


Saya mewakili saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Terengganu mengucapkan salam sejahtera sepanjang hidup belia dalam merentasi ranjau perjuangan. Kami meletakkan harapan besar untuk mengajak dan membimbing belia untuk menghayati firman Allah di dalam surah al-Kahfi ayat 13 dan 14:
“Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (Dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.”
Kami yakin bahawa belia hari ini akan menjadi pencorak fenomena politik dan corak kepimpinan dimasa depan. Masa depan untuk Islam. Oleh itu, generasi belia perlu merasa tinggi dan mulia dengan snjungan Rsulullah : “Golongan muda yang setia membantuku.”
Justeru, generasi belia perlu memeperkukuhkan keilmuan, aqidah dan kemahiran mereka untuk membina pembangunan yang seimbang dan adil. Generasi belia yang tidak terasing daripada gelombangan kesedaran politik untuk menentang segala kebejatan, penyelewengan dan kezaliman. Generasi belia perlu berperanan untuk kesejahteraan dan kebajikan semua.
Seluruh belia yang masih berada di menara gading perlu menumpukan kemantapan ilmu dan kebijaksanaan, disamping melibatkan diri dengan seluruh perkembangan politik dan masyarakat. Jangan pisahkan daripada realiti kehidupan. Generasi belia mesti menjadi golongan yang memimpin bukan hamba yang dipergunakan oleh pihak yang mahu memperbodohkan rakyat. Generasi belia mesti bangkit dengan syakhsiyah murni dan melangsungkan gerakan tajdid dimasa depan.
Salam sejahtera dan Selamat Hari Belia untuk semua belia.

Y.B Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu
ADUN Bukit Payong

0 comments :

ARKIB