Monday, August 6, 2012


Bukit Payong : Majlis Tindakan DUN Bukit Payong hari ini telah berjaya mengadakan program pengagihan sumbangan aidilfitri peringkat pertama kepada mereka yang memerlukan sumbangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong.
Majlis yang telah diadakan di Madrasah Darul Iman Titian Baru itu, disempurnakan oleh wakil rakyat DUN Bukit Payong Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah itu dihadiri oleh kira-kira 150 orang penerima sumbangan.
Menurut Mohd Kamal Mohd Yusof (gambar), penyelaras program jumlah 150 orang ini ialah sebahagian daripada keseluruhan penerima di kawasan Kedai Buloh, Kampung Laut, Surau Haji Mat Zin dan Sena Rendang.
Manakala selebihnya penerima-penerima yang telah dikenalpasti kira-kira 350 orang lagi, tanpa mengira fahaman politik, akan diagihkan sedikit masa lagi mengikut kawasan-kawasan yang telah ditetapkan.
Menurut beliau lagi, barang-barang dan wang bagi menjayakan program ini telah disumbangkan oleh dermawan-dermawan dari luar dan dalam kawasan.
Ustaz Mohd Nor pada permulaan ucapannya menyatakan bahawa sumbangan ini bukan daripada beliau akan tetapi dari sumbangan orang ramai dan berterima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang membantu merealisasikan program itu.
“Sumbangan ini bukan duit saya. Jangan salah faham. Ini adalah hasil dari sumbangan daripada orang-orang yang ingin mencari keredhaan Allah dalam bulan yang penuh berkat ini,” kata beliau
Dalam ucapannya lagi, Ustaz Mohd Nor, beliau menekankan perlunya agar semua peringkat masyarakat menambahkan ilmu terutama dibulan Ramadhan ini.
Beliau menggesa agar majlis-majlis ilmu diikuti dan dicari lebih dari harta yang mana ilmu agama akan membantu manusia diakhirat nanti sedangkan harta dunia akan kita tinggalkan.
“Dengan ilmu, kita dapat membezakan antara hak dan batil. Kita tidak akan mudah ditipu oleh sesiapapun apabila kita mempunyai ilmu.
Carilah harta dunia, akan tetapi jangan dilupakan harta akhirat,” pesan beliau kepada mereka yang hadir.
Beliau mengakhiri ucapannya dengan meminta agar penerima-penerima bantuan memanjatkan syukur kepada Allah dan mendoakan kebaikan kepada penderma-penderma kepada program ini.

0 comments :

ARKIB