Marang : Ustaz Nasharuddin Mat Isa digesa agar bersikap berhati-hati dan bertaqwa dengan godaan hizbu syaitan yang sentiasa mencari-cari cara untuk melemahkan pendukung-pendukung Islam.
Gesaan itu dibuat oleh YB Bukit Payong, Ustaz Mohd
Nor Hamzah ketika ditanya pendapatnya berkenaan gambar Ustaz Nasharuddin dan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tersebar di internet ketika keduanya
berada di Mekah.
Ustaz Mohd Nor yang juga Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT),menambah lagi sebagai seorang
sahabat dia wajib menasihati Ustaz Nasha kerana bimbang dia akan tergelincir
dari landasan perjuangan PAS.
“Pesanan ini adalah ikhlas datang
dari seorang sahabat.
Dia sepatutnya berwaspada dengan
godaan dan pujuk rayu hizbu syaitan yang sentiasa akan menggoda
pendukung-pendukung Islam.
Saya minta dia bertaqwa kepada
Allah
Gambar itu boleh menimbulkan
fitnah kepada orang ramai,” katanya.
Gambar-gambar Ustaz Nasha yang
dilihat sangat mesra dengan PM itu telah tersebar di internet sejak semalam
yang sekaligus telah diberi komen-komen negatif oleh mereka yang dipercayai
penyokong PAS.
Dipercayai Ustaz Nasha menjadi
jurubahasa kepada Najib dalam satu majlis yang turut dihadiri oleh beberapa
ulamak dari negara arab.
Hal ini menyebabkan Dewan Pemuda
PAS Kelantan (DPPNK) mengeluarkan kenyataan mendesak agar Ustaz Nasha
menyatakan sikap dan melepaskan jawatannya beliau sebagai Ahli Parlimen Bachok
sekiranya beliau tidak boleh mengikut kehendak parti.
Sebelum itu dalam siaran Buletin
Utama, beliau dilaporkan sebagai berkata PAS wajar keluar dari Pakatan Rakyat
(PR) sekiranya Democratic Action Party (DAP) menentang hudud.
0 comments :
Post a Comment