Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Walillaahil hamd
Alhamdulillah.Kita telah selamat
menempuh dugaan dalam bulan Ramadhan.Bulan yang menjadi madrasah bagi mendidik
diri menjadi orang yang bertaqwa seperti firman Allah dalam ayat 183 surah
al-Baqarah “moga-moga kamu bertaqwa”.
Sahabat-sahabat sekelian suka
saya menyentuh khusus berkenaan rasuah yang sedang teruk membarah dalam
masyarakat kita sekarang ini. Ini adalah hasil daripada hilangnya taqwa kepada
Allah.Tidak merasakan dosa atas perbuatan yang dilarang oleh Allah.Maka apakah
hasilnya dari berpuasa itu?
Saya menyeru kepada semua agar
menjauhkan diri daripada rasuah,menentang pelbagai bentuk rasuah dan juga kita
mesti berperanan untuk memastikan rasuah mati dalam masyarakat kita dengan
mengenal asalnya,caranya, pemberinya dan juga penerimanya.Untuk mencapai maksud
ini, kita hendaklah mencarinya dengan ilmu.Apa lagi kalau tidak dengan mukjizat
yang Allah kurniakan kepada kita iaitulah al-Quran.
Rasuah berlaku kerana ketidakpedulian
kerajaan yang memerintah untuk membanterasnya dengan Islam.Masih ada dalam
kepompong pemikiran sesetengah cerdik pandai bahawa Islam bukan jalannya. Mengingatkan
orang Islam akan dosanya rasuah, bagi mereka seperti tidak perlu sedangkan
diutuskan rasulullah kepada manusia untuk memberi peringatan ancaman kepada mereka
yang ingkar dan memberikan berita gembira kepada mereka yang taat.
Begitulah malangnya nasib kita
jika dibiarkan orang yang tidak amanah terus menerus memegang tampuk kekuasaan
sedangkan kita mempunyai pilihan dan mampu menukarkan mereka dengan insan-insan
yang taqwa kepada Allah.
Oleh itu jadikanlah ramadhan yang
baru sahaja berlalu sebagai titik perubahan kepada bukan sahaja dalam kualiti
ibadat peribadi kita malah dalam membentuk masyarakat keseluruhannya agar lebih
bertaqwa kepada Allah.Maka saya menyeru kepada semua umat Islam agar hidup
dalam ketaqwaan dengan membuang segala-gala yang tidak selari dengan Islam
termasuklah membuang pemerintah yang tidak bertaqwa kepada Allah dan menggantikannya dengan yang hanya takutkan Allah insyaAllah
Dan akhir kata, saya serta keluarga, dan
seluruh AJK MTD Bukit Payong mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat
Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin, Taqabbalallahu minna waminkum.Kullu a’am
wa antum bikhair
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu
Akbar,
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu
Akbar,
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu
Akbar,
Walillaahil hamd
0 comments :
Post a Comment