PAS
merupakan parti yang sangat setia dengan perjanjiannya. Pimpinan PAS perlu
dipuji dengan akhlak mulia dalam memperteguh dan memperkukuh pakatan dan tahaluf
siasii ke arah menuju kemenangan Islam. PAS dan pimpinan tidak akan
mengkhianati perjanjian dan tahaluf ini, walaupun sejarah pernah membukti PAS
telah dikhianati rakan tahaluf politik seperti UMNO dan Semangat 46. Pengalaman
pahit dengan pengkhianatan rakan tahaluf, tidak pernah mematikan perjuangan dan
perjalanan politik PAS. PAS terus mengajak rakan tahaluf siasi agar menghormati
dan bertasamuh dengan segala perselisihan dan kekhilafan idealogi dan
bersepakat untuk bekerjasama dalam perkara yang dipersetujui bersama. Kenapa beberapa orang pimpinan DAP
dan PKR tidak boleh berdiam diri untuk
tidak terus mempertikai Negara Islam dan perlaksanaan Undang-Undang Jenayah
Syariah Islam ? Marilah kita tumpukan tindakan untuk menggenggam jari jemari
untuk membuatkan satu penumbuk kukuh dan kuat bagi menjatuhkan Barisan Nasional
dan UMNO dalam PRU 13.
Dalam kitab
dongeng ‘Kalilah wa Dimnah’ terdapat satu cerita menarik yang dapat kita
jadikan pengajaran berharga dalam menjalani tahalauf siasi. Ringkasan cerita
itu adalah seperti berikut ;
Konon ada
seekor singa dan tiga ekor sapi yang berbeza-beza warnanya. Seekor berwarna
putih, dan yang dua berwarna hitam dan merah. Keempat haiwan ini hidup di
tengah-tengah hutan. Singa tidak dapat menerkam salah satu dari tiga sapi
tersebut, kerana ketiga sapi bersatu dan saling bekerjasama menjaga antara satu
sama lain. Singa mempunyai niat jahat, dia memujuk dua ekor sapi yang berwarna
hitam dan merah untuk pergi menikmati keindahan hutan dan mencari makan. Kedua
sapi itu dengan senang hati pergi berkeliling hutan.
Sang singa
gembira kerana ia punya kesempatan untuk memangsa sapi yang berwarna putih,
kerana sapi itu hanya sendirian. Setelah memangsakan sapi putih, sang singa
mengejar kedua sapi yang tadi pergi.
Singa
mendatangi sapi hitam dan berkata : “Aku mempunyai cadangan, bagaimana kalau aku membunuh sapi
merah dan kemudian harta di hutan ini, kita bahagi antara kita berdua. Ini
tentunya lebih menguntungkan kamu daripada harta di hutan ini dibahagikan
menjadi tiga bersama sapi merah.” Sapi hitam bersetuju dangan cadangan singa
itu dan akhirnya sang singa menerkam sapi merah.
Sekarang di
hutan itu hanya ada seekor sapi hitam dan seekor singa. Dan di saat singa mulai
lapar tidak ada lain melainkan dia mesti memangsakan sapi hitam tadi. Ketika
singa hendak menerkamnya, sapi hitam mengingatkannya perjanjian yang pernah
disepakati kedua, namun singa tidak ingat dengan janjinya. Maka di waktu itu,
sapi hitam baru menyedari bahawa dia dibohongi oleh sang singa, dan sang sapi
hitam pun berkata : “Sebenarnya aku telah mati di saat singa menerkam sapi
putih kawanku.”
Pengajaran
cerita ini sangat mudah difahami oleh mereka yang melalui pergolakkan politik
negara hari ini. Barisan Nasional sangat menyedari kekuatan PAS dan pengundi
melayu. UMNO hanya mengharapkan sokongan pengundi melayu untuk meneruskan UMNO
berada di persada politik tapi musuh sebenar UMNO ialah PAS. Jika PAS kalah
bererti UMNO menang, maka UMNO berjaya menolak segala usaha PAS ganti UMNO.
Bagaimana UMNO bagaikan sang singa tadi mahu menjauhkan sokongan melayu dan rakyat
terhadap PAS ? Bila PAS gagal menjatuhkan UMNO, bermakna UMNO terus berkuasa.
Pakatan Rakyat juga tidak akan kuat, jika PAS lemah dan tidak mendapat sokongan
rakyat dan pengundi melayu. UMNO akan pastikan rakyat dan pengundi melayu tidak
mempercayai PAS untuk menegakkan negara Islam dan melaksanakan syariat Islam,
akhirnya rakyat dibutakan oleh media pro UMNO dan terus menyokong UMNO yang
penipu dan zalim. Jika PAS ditolak oleh
rakyat, maka PKR dan DAP tidak akan memerintah juga kerana PAS sahaja insyaAllah
yang mampu menjatuhkan UMNO yang menjadi parti tulang belakang dalam Barisan
Nasional. Patah tulang belakang, nescaya lumpuh Barisan Nasional selepas PRU
13. Takbir.....!!!
Ustaz Mohd Nor Hamzah
8 Syawal 1433
Ustaz Mohd Nor Hamzah
8 Syawal 1433
0 comments :
Post a Comment